Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)"— Transcript presentasi:

1 EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

2 PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME lahir daripada cara manusia belajar. Murid akan membina makna tentang dunia dengan cara melakukan sintesis daripada pengalaman baharu terhadap perkara yang mereka telah fahami sebelumnya. Menurut Vgostsky (1976), pelopor teori konstruktivisme, kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain.

3 Seseorang murid akan cuba menyesuaikan sebarang maklumat baharu yang diperolehnya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baharu dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru. Menurut Jonessan (1991), melalui prinsip kontruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif olerh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya

4 Ausubel (1963), faktor paling penting dalam proses menerima maklumat adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu. Pengetahuan ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran murid-murid.

5 Ciri pembelajaran secara konstruktivisme ialah:
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu idea.

6 Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen.
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Menyokong pembelajaran secara koperatif. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baharu dengan memahaminya melalui penglibatan murid dalam keadaan dunia sebenar.

7 TEORI GESTALT DALAM SENI
Gestalt, dalam bahasa Jerman bererti ”pola” atau ”konfigurasi”, adalah keseluruhan yang diintergrasikan dan mempunyai indentiti dan makan yang tersendiri. Maka, bahagian-bahagian tertentu dapat diidentifikasikan sebagai unsur dan bahagian-bahagian tertentu dihubungkan dalam pola-pola yang berbentuk konfiguratif.

8 Psikologi Gestalt untuk merumuskan garis- garis besar pengajaran.
Sinar-sinar berkekuatan tinggi, kerangka, kontras dan teknik ilustrasi dapat digunakan untuk membuat rangsangan visual. Ini dapat menyedarkan murid terdapat hubungan antara unsur-unsur yang dapat disimpan sebagai ilmu pengetahuan yang tersusun dan teratur.

9 Hamalik (1980) memberi prinsip-prinsip belajar Gestalt, iaitu belajar dimulai dari suatu keseluruhan. Keseluruhan merupakan permulaan, kemudian menuju ke bahagian-bahagian dari hal-hal yang kompleks, menuju ke hal-hal yang sederhana. Keseluruhan memberi makna terhadap suatu bahagian, individu adalah bahagian-bahagian dari keseluruhan. Pendekatan adalah persamaan dengan dengan teori ”trial and error”.

10 Prosedur Pembelajaran
Gestalt sesuatu hasil karya itu dihubungkan dengan latar belakang penciptaan, proses kreatif, konsep estetika, latar sosial budaya dan landasan falsafah. Dalam bilik darjah, pendekatan Gestalt ini boleh diserapkan melalui beberapa kaedah berikut:

11 Kita harus melihat karya itu secara keseluruhan dengan menghayati hasil karya itu. Hasil karya mesti difahami dan dihayati. Guru pula meminta muridnya menceritakan serba sedikit dengan karya yang telah dihasilkan. Kita analisis tema, motif, gambaran atau mesej. Perhatikan struktur penghasilan karya itu. Berikan interpretasi. Kegiatan di bilik darjah isikan diskusi untuk menyimpulkan terhadap karya yang dihasilkan.

12 Pembelajaran menggunakan pendekatan Getalt bertujuan:
Murid ditugaskan mencari sendiri karya orang lain, membaca dan mengapresisasikannya. Pembelajaran menggunakan pendekatan Getalt bertujuan: Memudahkan murid memahami makna, baik yang berbentuk konvensional atau kontemporari. Murid dapat membaca dan memahami karya dengan cepat dan baik.

13 Murid dapat mengubah karya.
Murid mendapat bekalan yang memadai dan lebih trampil.

14 TEORI SOSIAL-INTERAKSI PIAGET
Jean Piaget ialah pakar biologi yang berpendapat manusia mempunyai skema yang boleh membantu mereka mengatur dan memahami rangsangan yang diterima dari persekiataran. Manusia mempunyai hubungan interaksi dengan persekitaran.

15 Diperingkat bayi, didapati mahir dengan aktiviti menghisap
Diperingkat bayi, didapati mahir dengan aktiviti menghisap. Bayi didedahkan kepada pengalaman yang dapat membezakan dan mengorganisasikan aktiviti mereka. Skema pemikiran mental kanak-kanak: - Asimilasi - Akomodasi Asimilasi ialah proses mendapatkan pengetahuan sebagai pengetahuan yang baharu untuk dimasukkan atau digabungkan dengan skema yang memang telah ada dalamdiri kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman yang dibina dari semasa ke semasa.

16 Proses akomodasi pula adalah satu proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubahsuaian kepada skema pemikiran yang memang telah sedia ada kerana pengetahuannya yang baharu. Dengan pengalaman baharu, kanak-kanak terpaksa mengakomodasikan maklumat yang ada dalam skema yang telah sedia ada untuk memahami keadaan yang sebenar.

17 Menurut Piaget, terdapat EMPAT peringkat perkembangan intelektual kanak-kanak, iaitu:
Peringkat sendori motor Peringkat praoperasi Peringkat operasi konkrit Peringkat operasi formal Berikut ialah ciri perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori ini:

18 Peringkat Umur Ciri-ciri Keupayaan Kognitif Sensori motor 0 – 2 tahun Pemikiran terhad kepada skema dan penggunaan deria untuk mengetahui dunia sekeliling. Praoperasi 2 – 7 tahun Pemulaan pemikiran simbolik Operasi konkrit 7-12 tahun Pemulaan pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud Operasi formal 12 ke atas Pemikiran abstrak, meramal dan hipotetsikal.

19 Teori ini, menganggap seni kreatif adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.
Kanak-kanak mempunyai suatu daya penguasaan kognitif yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji. Dalam seni kreatif, kanak-kanak boleh memilih bentuk-bentuk yang diterima dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur.


Download ppt "EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google