Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR."— Transcript presentasi:

1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
HATIFAH BT MAT DIAH NUR ATIRAH BT MAHAZI NUR ATIQAH BT MUSTAFFA MOHD AL-HAFIZ BIN MUSTAPA

2 Kaedah-kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur
Kaedah ialah prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Jenis-jenis kaedah : Kaedah Terus Kaedah Fonetik/Linguistik Kaedah Eklektik Kaedah Audio-Lingual Kaedah Komunikatif

3 Kaedah Terus Pengajaran dan pembelajaran secara natural iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan dalam bahasa ibunda. Diajar secara konkrit. Pengajaran suatu topik baharu berdasarkan topik yang telah diajar. Kesalah dikurangkan kerana murid dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur dalam bahasa sasaran.

4 Kaedah Fonetik/Linguistik
Dikenali sebagai kaedah reform. Pengajaran dimulakan dengan latihan pendengaran, kemudiannya sebutan. Latihan sebutan dimulakan dengan bunyi, perkataan, frasa dan ayat. Ayat-ayat dibina kemudian digabungkan menjadi dialog dan cerita. Menggunakan simbol fonetik. Nahu atau tatabahasa dikemukakan sebelum peraturan dan rumus-rumus bahasa diajar. Murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang dibaca.

5 Kaedah Eklektik Mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah-kaedah yang lain. Kaedah yang aktif. Kemahiran bahasa diajar mengikut susunan. Bersifat fleksibel kerana guru boleh mengubahsuai mengikut keperluan murid Aspek tatabahasa diajar mengikut situasi sama ada induktif atau deduktif.

6 Kaedah Audio-Lingual Gabungan dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur. Bahan bantu mengajar untuk audio seperti radio, pita perakam dan piring hitam. Melalui pengalaman mendengar, murid dilatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengarinya termasuk nada dan intonasi secara latih tubi. Murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar dan bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi.

7 Kaedah Komunikatif Berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif. Teori pembelajaran berdasarkan teori interaksi. Mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak melibatkan komunikatif dan interaksi bahasa. Melalui pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat gambarkan makna dalam struktur ayat.

8 Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Teknik ialah cara-cara yang digunakan dalam pengajaran. Jenis-jenis teknik : Teknik soal jawab Teknik main peranan Teknik lakonan/drama Teknik permainan bahasa Teknik hafazan Teknik latih tubi Teknik perbincangan Teknik penyelesaian masalah

9 Teknik soal jawab Mewujudkan interaksi guru dengan murid.
Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab. Tujuannya ialah: Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid Untuk mengalakkan murid berfikir secara logik, kreatif, inovatif, dan kritis.

10 Teknik main peranan Melakonkan sesuatu situasi.
Murid diberikan peranan dan bertindak sebagai watak dalam situasi tersebut. Murid cuba menjelaskan sesuatu situasi kepada murid-murid lain.

11 Teknik lakonan/drama Tujuannya ialah :
Melatih murid menggunakan kemahiran bahasa mendengar dan bertutur. Menggunakan unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik ( mimik muka, gerak tangan, bahasa badan dan lain-lain). Murid bebas meluahkan sesuatu. Menimbulkan keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran.

12 Teknik permainan bahasa
Memberi peluang kepada murid dapat latihan intensif, pembelajaran bermakna dan alat diagnostik. Contohnya : Permainan menyampaikan pesanan Permainan tekalah saya Permainan memerhati dan mengingat Permainan berpasangan Permainan slip undian

13 Teknik hafazan Dikenali juga sebagai teknik latih tubi informan.
Dibahagikan kepada dua dengan nisbah 1:2. 1 bahagian ialah demonstrasi iaitu : Pengajaran tatabahasa /nahu, sebutan dan pembendaharaan kata. Dilakukan oleh guru yang terdiri daripada penutur jati. 2 bahagian latih tubi : Guru membaca beberapa baris ayat Murid mengajuk sehingga ayat itu dapat dihafal

14 Teknik latih tubi Teknik ini ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya ialah murid dapat menguasai kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Berasaskan kaedah pengajaran audio-lingual. Lima aspek yang ditekan : Sebutan (Accent) Tatabahasa (Grammar) Perbendaharaan kata (Vocabulary) Kafasihan ( Fluency) Kefahaman ( Comprehension)

15 Teknik perbincangan Didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan : Melatih murid meluahkan perassan dan pendapat yang bernas. Murid dapat bekerjasama untuk menyatakan pendapat masing-masing.

16 Teknik penyelesaian masalah
Merupakan aktiviti yang melibatkan masalah yang berbentuk perkataan, teka-teki, teka silang kata dan kuiz. Prinsip-prinsip : Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan. Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid- murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

17 Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. Guru perlu berbincang dengan murid tentang perlbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk ajar cara untuk menyelesaikan masalah. Proses itu hendaklah dilakukan oleh murid sendiri.

18 Sekian……


Download ppt "KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google