Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengurusan Koleksi Perpustakaan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengurusan Koleksi Perpustakaan"— Transcript presentasi:

1 Pengurusan Koleksi Perpustakaan

2 Pengenalan Koleksi perpustakaan tidak terhad kepada satu jenis bahan atau bidang perkara tetapi meliputi pelbagai jenis bahan bercetak, bahan pandang dengar (media) dan meliputi puluhan bidang perkara. Kesemua bahan ini perlu diurus dan diselenggara secara sistematik dengan kaedah-kaedah dan tatacara pengurusan tertentu agar segala khazanah ilmu dan maklumat dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan perpustakaan. Perpustakaan perlu membuat perancangan rapi samada yang berbentuk jangka pendek atau jangka panjang demi untuk mencapai kualiti pengurusan koleksi perpustakaan. Pengurusan dan penyelenggaraan koleksi perpustakaan tidak boleh disempurnakan bersendirian tetapi perlu didahului atau saling berkait dengan polisi perolehan, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia serta perancangan dan rekabentuk perpustakaan.

3 Matlamat Pengurusan Koleksi Perpustakaan
Memudahkan pencarian bahan di rak oleh pengguna dan kakitangan perpustakaan dengan cepat dan tepat. Menarik perhatian pelanggan ke arah penggunaan perpustakaan yang lebih berkesan dalam suasana yang kemas dan selesa untuk pembelajaran. Melindungi bahan perpustakaan yang mudah rosak akibat persekitaran, suhu dan kelembapan yang tidak sesuai supaya dapat digunakan dalam jangkamasa yang optimum. Meningkatkan keselamatan bahan daripada risiko kecurian .

4 KATEGORI KOLEKSI Koleksi monograf Koleksi terbitan bersiri
Koleksi audio visual Koleksi risalah Koleksi pekeliling Koleksi peta Koleksi surat khabar Koleksi Khas - koleksi nadir, koleksi haram, koleksi dokumentasi, koleksi Malaysiana Koleksi akta Koleksi statistik Koleksi Tokoh Koleksi tesis/disertasi Koleksi Seminar/Persidangan

5 PENILAIAN KOLEKSI Memberi peluang kepada Perpustakaan untuk menilai kembali kekinian koleksi sejajar dengan kehendak maklumat terkini dengan lebih terancang.

6 PENILAIAN KOLEKSI Kajian terhadap program universiti
Sentiasa mengambil tahu dan peka terhadap sebarang program yang akan ditawarkan. Mempunyai hubungan yang rapat dengan fakulti bagi mengetahui perkembangan fakulti. 2) Kajian terhadap keperluan pengguna Membuat tinjauan terhadap pengguna mengenai koleksi yang diperlukan oleh mereka. Tinjauan diadakan melalui pengedaran borang soal selidik, temuramah, temubual, pemerhatian dll.

7 PENILAIAN KOLEKSI 3) Cadangan Pelanggan
mendapat maklumbalas daripada pelanggan sama ada secara adalah mustahak atau bersesuaian dengan keadaan bertulis atau atas talian. Tinjauan koleksi sedia ada mempunyai data atau statistik bahan yang ada dalam koleksi. Pembahagian jumlah koleksi bagi setiap program juga perlu diambilkira untuk mengkaji kekukuhan koleksi. penggunaan bahan koleksi perlu disemak untuk mengetahui sejauh mana koleksi perpustakaan digunakan.

8 AKTIVITI PENGURUSAN KOLEKSI
Penyemakan Stok Memastikan keadaan koleksi berada dalam keadaan yang sempurna dan tidak mengalami cacat fizikal. Pengambilan Stok Mengira jumlah koleksi di atas rak, mengetahui jumlah koleksi yang hilang, mengetahui kekerapan pinjaman bahan, kekinian koleksi.

9 AKTIVITI PENGURUSAN KOLEKSI
Memperbaiki dan mengemaskini koleksi perpustakaan untuk mengelakkan pertindihan topik dan subjek perkara Perubahan penyimpanan isi kandungan dan format bahan. Koleksi yang terkini, mantap dan relevan lebih memudahkan proses pencarian maklumat. Mengoptimumkan penggunaan ruang perpustakaan. Mengenalpasti bahan-bahan yang rosak fizikal untuk sama ada dipilih buang atau menjalani proses pemeliharaan dan pemuliharaan. 3) Pilih Tepi/Pilih Buang

10 AKTIVITI PENGURUSAN KOLEKSI
4) Jilid Bahan Koleksi perpustakaan yang mempunyai frekuansi akan dijilid supaya pengguna mudah merujuk kepada isu terkebelakang. 5)Pemuliharaan Bahan perpustakaan yang berada dalam keadaan uzur atau tidak sempurna, perlu dibuat pemuliharaan dengan segera

11 KESIMPULAN Pelaksanaan pengurusan Koleksi Perpustakaan seharusnya menggambarkan keperluan pelanggan. Koleksi yang dibangunkan oleh perpustakaan mestilah berkait rapat dengan keperluan pelanggan dan organisasi. Bahan-bahan perlu diselenggarakan supaya berkeadaan baik untuk menarik pengguna dan menggalakkan suasana keilmuan.

12 Sekian, Terima Kasih


Download ppt "Pengurusan Koleksi Perpustakaan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google