SISTEM RANGKA
Komponen Sistem Rangka Sistem rangka merupakan sokongan dan memberi bentuk terhadap tubuh manusia. Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon dan kartilej. Dalam tubuh manusia, terdapat 206 ketul tulang yang berlainan bentuk dan saiz. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.
Ligamen Sejenis tisu berfiber kenyal yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Fungsi: a) mengekalkan dan menetapkan tulang pada kedudukannya. b) membolehkan pergerakan pada sendi.
Tendon Sejenis tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat. Melekatkan otot pada tulang dan juga otot yang lain. Apabila otot berkontraksi, tendon yang terdapat pada hujung otot akan menarik tulang. Hal ini menyebabkan pergerakan pada tulang-tulang yang membentuk sendi.
Kartilej Tisu yang kuat tetapi lembut, elastik dan tiada saluran darah. Menyaluti hujung tulang yang membentuk sendi. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz disamping meningkatkan stabiliti pada sendi. Fungsi: a) melindungi tulang-tulang daripada haus semasa berlaku geseran antara sendi. b) penyerap hentakan.
Menentukan postur badan Fungsi Sistem Rangka Sokongan Pergerakan Perlindungan Menentukan postur badan Penyimpanan mineral Pembentukan sel darah
1. Sokongan tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh: pelekat otot-otot rangka pada tulang-tulang rangka
2. Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh: sendi lutut melibatkan fibula, tibia dan femur.
3. Perlindungan Rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, otak, jantung dan mata. Contoh: kranium melindungi otak, sangkar rusuk melindungi paru-paru dan jantung.
4. Penyimpanan mineral Tulang rangka merupakan tempat menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral-mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan. Terdapat lemak yang disimpan di dalam kaviti tulang, di mana lemak ini akan diserap ke dalam darah dan digunakan oleh tisu-tisu lain sebagai sumber tenaga apabila diperlukan.
5. Pembentukan sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.
6. Menentukan postur badan Sistem rangka penting dalam menentukan bentuk postur badan yang baik. Postur badan yang baik ialah apabila berat badan manusia tersokong pada kedudukan yang betul semasa melakukan aktiviti.
Klasifikasi Tulang Tulang panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang mampat. Contoh: Humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges
2. Tulang pendek Lazimnya, tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berongga dan ukuran panjang dan lebarnya tidak begitu banyak perbezaan. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Contoh: Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).
3. Tulang leper/pipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi sebagai melindungi organ-organ yang lembut. Contoh: rusuk, ileum, sternum, skapula dan kranium
4. Tulang tak sama bentuk Tulang –tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam jenis tulang panjang, tulang pendek dan tulang leper. Berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. Contoh: tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus).
Struktur Tulang Panjang Menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang panjang bukan sahaja secara diameter tatapi juga memanjang. Setiap tulang panjang mempunyai dua epifisis dan di antara epifisis itu terdapat diafisis. Hampir keseluruhan permukaan tulang dilapisi periosteum kecuali permukaan tulang yang berartikulasi dengan tulang lain.
Epifisis Terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga. Terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang. Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.
Diafisis Tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai periosteum. Melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang.
Periosteum Menyediakan salur darah dan saraf ke tulang. Merupakan bahagian tulang yang menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter.
Perkembangan dan Pertumbuhan Tulang Pembentukan tulang Sel-sel tulang Tulang terdiri dari sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiber-fiber yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit. Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.
b) Osifikasi tulang Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin. Tulang lembut ini kemudiannya membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang. Proses ini bermula ketika embrio berusia enam minggu dan berterusan sehingga dewasa.
Peringkat-peringkat semasa proses osifikasi tulang rangka Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. Osteoblas memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ini ke bahagian dalam tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru. Semasa proses ini berterusan, kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang akan dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti mendulari.
Tumbesaran tulang Semasa proses tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis. Pada akhir akil baligh, ketika tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon ekstrogen dan testosteron merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal lalu menyebabkan plat epifisial mengecil.
Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu. Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah akibat daripada pertambahan beban ke atas tulang.
Rangka aksial Tengkorak Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala. Bahagian-bahagian tengkorak ialah: 1) Kranium Berfungsi untuk melindungi otak. Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak)
2) Soket mata (atau Orbit) Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata. 3) Tulang hidung Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut. 4) Lubang telinga Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga. 5) Rahang atas (atau Maksila) Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
6) Rahang bawah (atau Mendibel) Berfungsi menyokong barisan gigi bawah. Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya. 7) Bukaan pada dasar tengkorak Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.
Tulang vertebra Terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi dan disambung oleh rawan. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bahagian-bahagian tulang vertebra ialah: JENIS VERTEBRA BILANGAN VERTEBRA TEMPAT Vertebra serviks 7 Bahagian leher Vertebra toraks 12 Bahagian toraks Vertebra lumbar 5 Bahagian pinggang Sakrum Bahagian punggung Koksik 4 Bahagian hujung tulang belakang
Bahagian-bahagian vertebrata 1) Sentrum Bersifat Pejal dan tegar Memberi sokongan Menentang daya mampatan 2) Arka Merupakan lengkuk saraf Terletak pada bahagian dorsal sentrum Melindungi saraf tunjang 3) Salur saraf Merupakan salur rongga kosong Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
4) Zigapofisis Merupakan muka sendi antara 2 vertebra. Prazigapofisis mengarah ke atas. Postzigapofisis mengarah ke bawah. 5) Cuaran spina Berfungsi untuk melekatkan otot 6) Cuaran melintang
Sangkar Thorasik Sangkar thorasik berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu. Tulang-tulang yang membentuk sangkar thorasik ialah: a) 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan. b) 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus. c) 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan. 4) pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.
Rangka Apendikular Rangka apendikular bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung. Lengkungan pektoral Terdiri daripada 2 tulang iaitu: Tulang klavikel Berbentuk rod dan melengkung sedikit. Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain. Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
Tulang skapula Berbentuk sekeping tulang leper dan lebar yang berupa segitiga. Terletak di bahagian bahu dan bercantum dengan bahagian belakang tulang rusuk. Mempunyai lesung glenoid yang bersendi dengan tulang humerus anggota hadapan. Pada permukaan luar skapula terdapat spina yan terdiri daripada dua cuaran iaitu: metakromium akromiom
Tangan Terdiri daripada a) Humerus merupakan tulang terpanjang b) radius-ulna lengan bawah dan terdiri dari pada 2 batang tulang c) karpus tulang pergelangan tanga ( 8 tulang kecil) d) metakarpus merupakan tapak tangan (5 tulang) bersendi dengan falanks e) falanks (14 tulang)
Jenis-Jenis Sendi
Sendi berdasarkan fungsi
Sendi Berdasarkan Struktur
Jenis-jenis sendi sinovial
Jenis-jenis sendi sinovial
Jenis-jenis sendi sinovial
Jenis-jenis pergerakan
Pergerakan Asas
Pergerakan Asas
Pola artikular dan fungsi
Rumusan Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang, ligamen, tendon dan kartilej. 2. Fungsi sistem rangka adalah sebagai sokongan, perlindungan, pergerakan, pembentukan sel darah dan penstoran mineral. 3. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan kepada tulang panjang, tulang pendek, tulang leper dan tulang tidak sama bentuk.
4. Proses tumbesaran tulang secara memanjang melibatkan sel-sel pada plat epifisial pada kedua-dua epifisial. Manakala tumbesaran secara diameter berlaku akibat penambahan berat ke atas tulang. 5. Sendi merupakan tempat pertemuan dua atau lebih tulang dan jenis sendi dinamakan mengikut tulang atau bahagian tulang yang terlibat. 6. Sendi boleh diklasifikasi berdasarkan fungsi dan struktur.
Tahukah anda ? Tangan manusia mempunyai 27 tulang. Muka manusia mempunyai 14 tulang. Tengkorak manusia mempunyai 22 tulang. Tulang yang terpanjang ialah tulang femur yang merupakan 1/4 jumlah tinggi manusia.
Sum-sum tulang menghasilkan kira-kira 2 Sum-sum tulang menghasilkan kira-kira 2.6 juta sel darah merah per saat. Tulang merupakan benda hidup yang menghasilkan sel yang membuatkannya kuat. Oleh itu, tulang akan diperbaiki jika ia rosak. Apabila lahir, manusia mempuyai 300 tulang dan apabila dewasa, manusia mempunyai 206 tulang.