Oleh : Oli Triana Ona Juwita Sari Periksa payudra Sendiri (SADAR) Oleh : Oli Triana Ona Juwita Sari
Apakah yang menyebabkan kanker payudara? Penyebab sebenarnya kanker payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.
Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanker payudara: Usia meningkat Ada keluarga yang menghidap kanser payudara. Telah mendapat kanser pada satu payudara. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun) Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak hawani.
CARA MELAKUKAN SADARI A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin Posisi 1 Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin
Posisi 2 Angkat kedua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.
Posisi 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.
Posisi 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.
B. Mengesan Perubahan Dengan Cara Berbaring Langkah 1: Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN
Langkah 2: Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.
Langkah 3 : Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa.
Langkah 4 : Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.
Langkah 5 : Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
Contoh-contoh gambar Kanser Payudara
____ __