ALAM, MANUSIA DANBUDAYA PROF MADYA DR AZIMA ABDUL MANAF
MANUSIA Manusia dirujuk sebagai makhluk yang mempunyai akal budi Foster (1979) menyebut Aristotle telah membuat tanggapan bahawa manusia sebagai objek yang selalu bertindak untuk mencari kebahagiaan. Ini bermakna manusia sentiasa berusaha mencari sesuatu yang boleh memenuhi keperluan mereka dan dalam konteks perbincangan ini penyelidik menganggap bahawa manusia mempunyai keupayaan dan terus berusaha mengatasi halangan untuk mendapatkan sesuatu.
SAMB Dalam konteks geografi, manusia selalu dirujuk sebagai manusia geografi ( Human Geography ) Boehm (1996) menyebut bahawa manusia geografi merupakan manusia yang menumpukan aspek – aspek persekitaran, kebudayaan, aktiviti ekonomi dan hubungan sosial kelompok manusia. Ballard (1998) menyatakan bahawa semangat menjelajah adalah sebahagian daripada sifat manusia dan setiap manusia itu merupakan penjelajah. Ini membuktikan bahawa manusia sentiasa menjelajah dan mencari jawapan terhadap halangan – halangan persekitaran fizikal dengan tujuan dapat memanfaatkannya.
BUDAYA Budaya yang dikembangkan oleh manusia akan berimplikasi pada lingkungan tempat kebudayaan itu berkembang. Dengan menganalisis pengaruh akibat budaya terhadap lingkungan seseorang dapat mengetahui, mengapa suatu lingkungan tertentu akan berbeda dengan lingkungan lainnya dan menghasilkan kebudayaan yang berbeda pula.
SAMB Usaha untuk menjelaskan perilaku manusia sebagai perilaku budaya dalam lingkungannya, terlebih lagi persperktif lintas budaya akan mengandung banyak variabel yang saling berhubungan dalam keseluruhan sistem terbuka. Beberapa variabel yang berhubungan dengan masalah kebudayaan dan lingkungan: a) Physical Environment, menunjuk pada lingkungan natural. b) Cultural Social Environment, meliputi aspek-aspek kebudayaan beserta proses sosialisasi c) Environmental Orientation dan Representation, mengacu pada persepsi dan kepercayaan kognitif yang berbeda-beda pada setiap masyarakat mengenai lingkungannya. d) Out Carries Product, meliputi hasil tindakan manusia. Kebudayaan yang berlaku dan dikembangkan dalam lingkungan tertentu berimplikasi terhadap pola tata laku, norma, nilai dan aspek kehidupan lainnya yang akan menjadi ciri khas suatu masyarakat dengan masyarakat lainnya.
Kebudayaan Kebudayaan berasal dari kata budaya yang berarti hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Definisi Kebudyaaan itu adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea yang terdapat dalam fikiran manusia Kebudayaan itu bersifat abstrak. Namun kebudayaan juga dapat kita nikmati dengan panca indera kita. Lagu, tari, dan bahasa merupakan salad sate betook kebudayaan yang dapat kita rasakan. Banyak pakar dalam bidang sosial mendefinisikan kebudayaan secara istilah, diantaranya dua antropolog Melville J. Herkovits dan Bronislaw Malinowski yang mengemukakan bahwa Cultural Determinism bererti segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Herkovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari sate generasi ke generasi yang lain (superorganic).
ALAM Alam merupakan terjemahan dari "nature", yang berasal dari kata Latin natura, atau "kualitas esensial, disposisi bawaan“ Natura adalah terjemahan Latin dari kata Yunani physis (φύσις), yang awalnya terkait dengan karakteristik bawaan yang dimiliki tanaman, haiwan, dan berbagai fitur lain di dunia. Konsep alam sebagai keseluruhan, atau alam semesta fisik, merupakan pengembangan konsep aslinya; dimulai dari penerapan kata Yunani physis (φύσις) oleh falsafah pra-Socrates, dan sejak saat itu terus berkembang.
samb " menjurus kepada geologi dan kehidupan, alam mungkin mengacu secara umum ke berbagai benda bukan hidup, ke proses yang berhubungan dengan benda hidup mengenai keberadaan jenis-jenis tertentu suatu benda dan bagaimana mereka berubah dengan sendirinya, seperti cuaca dan geologi dan dari mana semua hal-hal tersebut tersusun darinya. Ianya diertikan sebagai "lingkungan alam" atau haiwan, batu, hutan, pantai, dan secara umum hal-hal yang belum diubah secara substansial oleh campur tangan manusia, atau yang bertahan meskipun ada intervensi manusia. Sebagai, contoh, objek yang dibuat dan interaksi manusia umumnya tidak dianggap sebagai bahagiandari alam, kecuali jika dinilai sebagai, misalnya, "sifat manusia" atau "seluruh alam".
Kaitan Manusia Dan Budaya Manusia sebagai perilaku kebudayaan yakni dapat dipandang setara yang dinyatakan sebagai dialektis, proses dialektis tercipta melalui tiga tahap: 1. Eksternalisasi, proses manusia mengekspresikan dirinya dalam membangun dunianya 2. Objektivitis, proses msyarakat menjadikan realiti objektif, iaitu kenyataan yang terpisah dari manusia dan berhadapan dengan manusia 3. Internalisasi, proses masyarakat disergap kembali oleh manusia, yakni manusia y ang mempelajari kembali masyarakatnya sendiri agar dapat hidup dengan baik
samb manusia sebagai objek yang dinamik dengan bertitik tolak daripada pendapat para sarjana yang mendokong pemikiran serba kemungkinan (Environmental Possibilism) yang menyatakan bahawa manusia mempunyai peranan yang positif dan boleh mengatasi rintangan atau sekatan alam sekitar.
samb Kebudayaan yang berlaku dan dikembangkan dalam lingkungan tertentu berimplikasi terhadap pola tata laku, norma, nilai dan aspek kehidupan lainnya yang akan menjadi ciri khas suatu masyarakat dengan masyarakat lainnya.
Interaksi di antara sistem fizikal dengan sistem gunaan manusia mempunyai persamaan maksud bagaimana manusia menggunakan keupayaan teknologi dalam hubungan pelbagai peringkat dengan alam sekitar yang memiliki sistem tersendiri. ini bermakna manusia perlu membuat penyesuaian mengikut keadaan dan keperluan selaras dengan persekitaran fizikal Aktiviti kelompok manusia di sesuatu kawasan ditentukan oleh persekitaran fizikal dan pola penempatan atau landskap budaya dibina berdasarkan kesesuaian halangan persekitaran fizikal yang ditempuh. samb
Rumusan Oleh itu, hubungan manusia yang erat dengan persekitaran fizikal membawa pada pemahaman manusia terhadap keadaan persekitaran fizikal yang memberi kelebihan kepada manusia memahami halangan yang mereka hadapi dan dengan pengetahuan ini membolehkan mereka mengatasi halangan berkenaan