Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Prof. Madya Dr. Norazlina Mohd. Kiram Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 TERAMPIL BERBAHASA MELAYU
cekap dan mahir menggunakan bahasa baik secara lisan mahupun tulisan menguasai bahasa yang dituturkan, khususnya Bahasa Melayu. verbal dan nonverbal

3 Empat aspek kemahiran yang perlu dikuasai, ialah:
1. Mendengar 2. Bertutur 3. Membaca 4. Menulis

4 Keterampilan berbahasa membabitkan perlakuan kita setiap hari.
Perlakuan itu boleh berbentuk: 1. Pertuturan 2. Penulisan 3. Penyelidikan KOMUNIKASI AKAN MENJADI LEBIH BERKESAN JIKA ASPEK PERTUTURAN, PENULISAN DAN PENYELIDIKAN DIKUASAI.

5 PERCAKAPAN Proses percakapan adalah satu proses yang berterusan sehingga ke akhir hayat kita. Percakapan melambangkan peribadi, baik buruk diri seseorang itu. Jika percakapan kita kasar maka kita dikatakan tidak beradab, jika percakapan kita cermat maka kita dikatakan mempunyai budi behasa yang tinggi.

6 Proses percakapan sering dianggap mudah dan remeh kerana:
komunikasi sudah sebati dan menjadi darah daging. Tidak tahu tentang ilmu linguistik. Tidak faham kaitan di antara bahasa dengan budaya. Tiada kesedaran. Hilang jati diri.

7 Dalam percakapan, bahasa memainkan peranan yang sangat penting
Dalam percakapan, bahasa memainkan peranan yang sangat penting. Ini kerana bahasa ialah angkubah utama dalam proses sosialisasi, iaitu bahasa digunakan sebagai alat perwakilan. Ketepatan bahasa menentukan proses penyampaian dan penerimaan mesej dengan berkesan.

8 Penggunaan bahasa harus disesuaikan dengan norma/budaya masyarakat.
Masyarakat Timur dikenali sebagai bangsa yang sopan, lemah lembut dan santun. Tutur kata dan tingkah laku berkait rapat dengan niat.

9 BAHASA Alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain dengan menghasilkan bunyi-bunyi yang dilahirkan oleh alat ujaran yang terdapat dalam tubuh mereka. Bunyi-bunyi ini tersusun menurut hukum-hakam yang ada dalam sesebuah masyarakat penggunan sesuatu bahasa. Dapat melambangkan buah fikiran yang sudah, sedang dilahirkan dan yang akan dilahirkan. Asmah (1986:45)

10 Persoalannya? P ADAKAH KITA TELAH MENGUASAI BAHASA MELAYU YANG JUGA BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA MALAYSIA?

11 HAKIKATNYA: RAMAI DALAM KALANGAN KITA YANG MASIH BERTATIH MEMPELAJARI BAHASA MELAYU WALAUPUN SUDAH BERTAHUN-TAHUN MEMPELAJARINYA.

12 APAKAH MASALAH YANG ANDA HADAPI?
DIRI SENDIRI KELUARGA PERSEKITARAN MASYARAKAT NEGARA

13

14

15 PEMEROLEHAN BAHASA Perolehan bahasa pertama dikatakan berlaku apabila kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk kali pertama. Istilah “pemerolehan” digunakan untuk merujuk kepada proses penguasaan bahasa yang berlaku terhadap kanak-kanak buat kali pertama, secara natural, dan bahasa ibunda ibunya.

16 Chomsky (1965), minda kanak-kanak dilengkapi dengan alat pemerolehan bahasa yang semulajadi. Alat ini dinamakan LAD (Language Acquistion Device). LAD inilah yang membezakan manusia dengan haiwan dan merupakan ciri minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk lain. Dardjowidjajo (2000), menterjemahkan LAD kepada PPB (Peranti Pemerolehan Bahasa).

17 Kanak-kanak yang normal biasanya akan memperoleh bahasa pertamanya dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara dua hingga enam tahun. Pemerolehan bahasa tetap berlaku walaupun bahasa yang didengar oleh kanak-kanak itu tidak gramatis atau mengandungi kesalahan struktur dan kosa kata.

18 Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan nature.
Faktor nature: pembawaan sejak lahir atau berdasarkan keturunan. Faktor nurture: faktor yang mempengaruhi perkembangan individu itu sepenuhnya seperti lingkungan pendidikan, keluarga, teman sebaya dan sebagainya.

19 Peringkat-peringkat pemerolehan bahasa:
1. Peringkat fonologi – bunyi rambang (membebel) 2. Peringkat semantik – makna perkataan 3. Peringkat sintaksis – memahami dan membina ayat 4. Peringkat wacana – gabungan idea

20 Peringkat Fonologi (Vokalisasi)
Bayi belum pandai bercakap tetapi berupaya mengeluarkan pelbagai bunyi melalui mulutnya seperti menghembus, menangis dan sebagainya. Bunyi tanpa makna Mula membebel atau mengagah 3 bulan – angkat kepala (bayi mula membebel) 6 bulan – duduk dengan bantuan (pembebelan semakin rancak) 9 bulan – duduk tanpa bantuan, cuba berdiri, jatuh, pegang dinding (intonasi bebel seperti bahasa).

21 Bunyi vokal yang keluar waktu anak mula bercakap adalah /a/, /i/ dan /u/. Daripada tiga vokal ini, /a/ dihasilkan terlebih dahulu. Jakobson – ( Sistem Vokal Minimal) Bunyi konsonan yang awal ialah /p, b/ dengan /m,n/. Perkataan awal yang lazim dituturkan oleh kanak-kanak ialah: /papa/ /mama/

22 2) Pertuturan Satu Kata (Holofrasa)
Secara purata, kanak-kanak dikatakan menuturkan kata pertama di sekitar umur 1 tahun. Bayi mulai belajar berjalan apabila tangan dipegang dan dapat berdiri. Penggunaan holofrasa (kata tunggal) digunakan untuk pelbagai maksud. Misalnya, kata “mama” merujuk kepada objek mama atau mempunyai maksud untuk meminta sesuatu daripada objek (Saya hendak mama). “nana” untuk banana atau I want a banana.

23 3) Pertuturan Dua dan Tiga Kata (Telegrafik)
Sewaktu berumur kira-kira 18 bulan kanak-kanak dapat berjalan dengan lebih baik, merangkak turun tangga dan sebagainya. Sudah pandai menggunakan bahasa untuk meminta, menjawab, memberitahu, mengarah dan sebagainya.

24 4) Perkembangan ayat-ayat kompleks
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas. Kepelbagaian soalan Menuntut jawapan dalam ruang lingup pemikiran mereka


Download ppt "BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google