LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
MEMBUAT MEDIA PENGAJARAN
Advertisements

BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
Perakaunan Antarabangsa
Disediakan oleh: Kumpulan 3
PERANG DUNIA PERTAMA.
BAB 8 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
Topik 35 Saling Membantu Dan Bekerjasama
ELEKTIF BAB 3 Perniagaan dan Keusahawanan.
PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Isu-isu Kontemporari Peradaban
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
MALAYSIA YANG BERDAULAT
DASAR DAN HUBUNGAN LUAR NEGARA
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
DSKP SEJARAH.
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
DASAR SOSIAL NEGARA.
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
Bab 7.
Sejarah Tahun 6 UNIT 10: MALAYSIA DAN DUNIA
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
MALAYSIA: KEJAYAAN & CABARAN
UNIT 10 : BERSATU PADU MENGHADAPI CABARAN
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Malaysia yang berdaulat
Topik 36 Saling Menghormati Antara Negara
Saling Menghormati Antara Negara
PENGURUSAN STRATEGI ANTARABANGSA
Topik 34 Hidup Bersama Secara Aman
PAS PENGENALAN AM.
MALAYSIA YANG BERDAULAT
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
ANITA A/P PARAMASVARAN
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan.
BAB 9- MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Transcript presentasi:

LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA Dasar luar Malaysia – berbaik-baik dengan semua negara Kepentingan(matlamat):- Menjamin keselamatan rakyat dan negara Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa Untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Bentuk Hubungan luar Hubungan bilateral Hubungan multilateral Hubungan bilateral – hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu contohnya hubungan dengan negara-negara jiran dan negara-negara luar Hubungan multilateral – hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM)

Asas-Asas Pengubalan Dasar Luar Negara Faktor Sejarah Faktor Ekonomi Faktor Politik Faktor Geografi Faktor Demografi

FAKTOR SEJARAH Zaman Kesultanan Melayu Melaka – hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu Kini Malaysia mengadakan hubungan dengan negara serumpun – Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti Australia dan New Zealand(selepas merdeka) Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis(PKM) yang menggugat keselamatan negara mendorong malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis Malaysia juga perlu bergantung kepada negara Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.

Faktor Ekonomi Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas Kita perlu berbaik-baik dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi Zaman penjajah – pengeluar getah dan bijih timah- hubungan dengan Britain dan Amerika Syarikat Setelah merdeka – Malaysia masih memerlukan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut Langkah-langkah tertentu diambil bagi menggalakkan pelaburan asing Ini akan dapat meningkatkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan

Faktor Ekonomi Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur (Jepun dan Korea) Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut

Syarikat bijih timah dan getah di negara kita pada awal kemerdekaan kebanyakkannya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Britain.

Faktor Politik Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat Dasar luar negara – menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia Malaysia tegas dengan pendirian menyokong semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

Faktor Geografi Malaysia – kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara spt Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara

Faktor Sosial Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran Krisis dengan negara jiran : Konfrontasi(1963-1965), Singapura keluar Malaysia(1965), terputus hubungan Malaysia dengan Filipina(1963-1965) Usaha dibuat untuk memelihara hubungan dengan negara jiran melalui perjanjian:- Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan Thailand dan Filipina MAPHILINDO-1962 (Malaysia, Filipina,Indonesia) ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura)

Faktor Demografi Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam (majoriti penduduk beragama Islam) Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana dasar pencerobohan dan penindasan peribumi Palestin Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehingga undang-undang aparteid dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan Faktor kepelbagaian kaum di negara kita amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

Dasar luar berbaik-baik dengan negara Islam telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

Perkembangan Dasar Luar Malaysia Sejak merdeka – dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peradaran masa dan perkembangan dunia Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa – penting Pengaruh komunis yang kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin – faktor yang perlu diambil kira

Tiga Tahap Tahap Pertama - Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970) Tahap Kedua - Tun Abdul Razak(1972 – 1976) Tahap Ketiga Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (1981 -2003)

Tahap Pertama Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel- politik, ekonomi dan sosial Faktor Politik – ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM) Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan New Zealand Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) 1956 British akan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara

Komunis menjadi musuh negara kita dan Asia Tenggara pada awal-awal kemerdekaan. Rasyid Maidin Chin Peng

Tahap Kedua- Tun Abdul Razak (1972-1976) Menjelang tahun 1970-an dasar luar mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara Ini kerana AMDA kurang memainkan peranan dan pengaruh Britain mela berkurang di Timur Perubahan dasar berlaku kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China Usaha-usaha dibuat :- Pengisytiharan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN Menjalin hubungan diplomatik dengan negara komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam (1976) dan masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran

Tahap Ketiga –Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad(1981-2003) Masih mengekalkan dasar-dasar tahap keda tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi – berkaitan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan:- Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea Dasar Pandang ke Timur 1982 – Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik

Tahap Ketiga Mempertingkat hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan Misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak Malaysia bukan sahaja perlu menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju tetapi juga dengan negara Dunia Ketiga

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

KOMANWEL Dibentuk pada tahun 1931 Anggotanya – negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka 54 negara maju dan negara sedang membangun Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 beribu pejabat di London

Matlamat Membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang Selepas merdeka – negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM Perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand – menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak.

Faedah Menyertai Komanwel Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel dalam menyekat perjuangan PKM Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa konfrontasi Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara Komanwel Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama(setiap dua tahun)

Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989) Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah(EU) Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Bagi menghadapi komunis negara kita membuat perjanjian pertahanan dengan British

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB) Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945 Ibu pejabat di san Francisco (asal) berpindah ke New York 1946 Peringkat awal – 51 buah anggota 189 buah – 2002 Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

Matlamat Piagam PBB Menjamin keamanan dan keselamatan dunia Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

PERANAN MALAYSIA DALAM PBB Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara

Peranan Malaysia Dalam PBB Menjadi ahli Bank Dunia Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)

Peranan Malaysia Dalam PBB Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999 Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin Ahlinya – negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara – tetamu jemputan Matlamat penubuhan :- Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana blok barat atau blok komunis Dasar berbaik-baik dengan semua negara

Prinsip Perjuangan NAM Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara Menghormati kedaulatan sesebuah negara Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman Menghormat hak asasi manusia

PERANAN MALAYSIA DALAM NAM Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988 Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003. Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM deklarasi Kuala Lumpur – usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi Idea Tunku Abdul Rahman Semasa ditubuhkan – 57 buah negara dan tiga negara sebagai pemerhati Matlamat : Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

Sumbangan OIC Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah spt :- Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan, Bosnia dan Afghanistan Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC pertama Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin – berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003 Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam 2002 Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi

Faedah Yang Diperoleh Daripada OIC Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

NEGARA-NEGARA SELATAN Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga. Persamaan dari segi latar belakang ekonomi. Pernah dijajah oleh kuasa barat Matlamat :- Mengatasi harga eksport bahan mentah Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dikalangan negara anggota Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.

Ciri-Ciri Negara-Negara Selatan(NNS) Pernah menjadi tanah jajahan kuasa Eropah. Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Ini kerana NNS tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dikawal oleh negara maju. Menanggung kadar faedah yang tinggi akibat pinjaman yang dibuat daripada negara maju

Peranan Malaysia Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea Dr.Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe) Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989 Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada 1990 Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur(SITTDEC) Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global(GDTP) Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASA) Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina. Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila menjatuhkan kerajaan Di negara-negara jiran – Thailand dan Filipina turut menghadapi ancaman komunis Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung ancaman komunis Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan

MATLAMAT ASA Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau ASA dibubarkan pada tahun 1963

Perdana Menteri Tanah Melayu, Negara Thai dan Presiden Filipina bersepakat menubuhkan ASA

MAPHILINDO Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia Tujuannya: Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia Indonesia tidak bersetuju – menganggap sebagai neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru Tentangan Filipina – menuntut Sabah yang didakwa masih menjadi hak milik negara mereka Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia – penubuhan MAPHILINDO Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia

PBB menghantar perwakilan pada tahun 1963 – diketuai oleh Lawrence V PBB menghantar perwakilan pada tahun 1963 – diketuai oleh Lawrence V.Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berfungsi lagi

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASEAN

Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN MYANMAR ASEAN LAOS THAILAND FILIPINA VIETNAM KEMBOJA MALAYSIA BRUNEI SINGAPURA INDONESIA

Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada Deklarasi Bangkok Matlamat :- Mengekalkan kestabilan politik dirantau Aia Tenggara Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindusterian. Memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan Mengadakan perhubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971. Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea. Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992. Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikat dan negara-negara maju. Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3 Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3(China,Jepun dan Korea)

Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri - Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian. Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio. Menganjurkan Sukan SEA. Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Globalisasi Globalisasi - “Perubahan dunia tanpa sempadan kerana kepesatan atau kepantasan IT”. Segala aspek penting kehidupan seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat. Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi khasnya ICT. Dua pandangan tentang globalisasi; Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan). Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/luar Bandar dan negara maju/membangun, menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan menghindarkan perkembangan sosial).

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ICT - kaedah/peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan. Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah menyediakan prasarana ICT dan menjalankan promosi penggunaan ICT. Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, Projek MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi telekomunikasi telefon mudah alih kini menjadi pemangkin hubungan antara manusia dan antara negara, dan ia berlaku dalam jangkamasa yang singkat.

Koridor Raya Multimedia (MSC) Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan lancar dan seterusnya ekonomi negara membangun dan meletakkan Malaysia terbaik pada era globalisasi ini. MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998, ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center (KLCC) sehingga ke KLIA. MSC dibangunkan berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara. Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan multimedia global, seterusnya melahirkan masyarakat bermaklumat.

K-ekonomi K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan pengetahuan merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan. Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan negara berdasarkan simpanan emas, tanah jajahan dan sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada jumlah hasil barangan pertanian atau industri.

Ciri K-ekonomi Bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan, teknologi dan industri berasaskan pengetahuan akan menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, pekerjaan dan perkongsian pintar. Sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja berpengalaman. Modal intelek boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, dan semangat daya saing yang tinggi. Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan. Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). R&D akan menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.

K-masyarakat K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa membaiki dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Prasarana K-Masyarakat khasnya pendidikan di Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah Wawasan (memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang berdaya saing) dan Sekolah bestari pula lengkap dengan IT. Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi.