Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
BAB 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

2 PENGENALAN Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang dan susunan peraturan yang sangat penting dan tertinggi dalam sesebuah negara bagi mewujudkan satu pentadbiran dan pengurusan yang cekap, adil dan saksama kepada rakyat. Di dalam perlembagaan tersebut terdapat peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan, hak asasi manusia, kerakyatan, politik, pilihanraya, agama, bahasa, tanah dan lain-lain. Perlembagaan yang mengandungi undang-undang dibentuk selaras dengan kehendak semasa serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.

3 MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan yang digubal berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Di dalam perlembagaan terdapat prinsip-prinsip yang mengandungi bentuk institusi-institusi negara seperti pemerintahan, perundangan dan kehakiman. Perlembagaan dibahagikan kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan satu bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan yang tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

4 KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan 1957 memperlihatkan beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan sesebuah negara demokrasi. Ianya menekankan prinsip pemerintahan berasaskan undang-undang. Di Malaysia tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketinggian perlembagaan. Parlimen sendiri memperolehi kuasanya daripada perlembagaan dan mempunyai kuasa yang terhad. Ianya tidak boleh menggubal undang-undang bagi perkara yang terletak diluar bidang kuasa yang diberikan kepadanya. Malahan ketiga- tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman, eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

5 Perlembagaan Persekutuan
Kedudukan dan kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan. Rajah 3.1 Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Lain di Malaysia Parlimen Mahkamah Yang di Pertuan Agong

6 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
Islam meletakkan pemerintahan adalah suatu perkara yang penting. Ianya adalah satu proses di mana manusia yang hendak mentadbir alam ini perlu kepada satu peraturan dan undang-undang yang boleh menjadi garis panduan kepada mereka. Perlembagaan yang pertama digubal bagi melincinkan pentadbiran negara Islam Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah. Sejak dari permulaan Islam lagi Rasulullah SAW telah meletakkan asas yang penting di dalam pentadbiran baginda iaitu perlembagaan.

7 Baginda telah membina masjid sebagai tempat untuk melaksanakan pemerintahan yang tersedia didalamnya satu perlembagaan yang bertulis, yang menjadi panduan dan tunggak yang amat penting bagi menyatupadukan masyarakat yang pelbagai etnik dan kaum. Baginda SAW telah menggubal perlembagaan tersebut yang terdiri daripada 47 fasal yang meliputi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah. Menurut al-Maududi Perlembagaan Islam ini mempunyai empat unsur utama sebagai rujukan iaitu al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa’ al-Rashidin dan pendapat golongan mujtahid.

8 Kewujudan perlembagaan ini membuka ruang kepada masyarakat atau penduduk menikmati keamanan dan kesejahteraan dalam negara. Selain itu, dengan kewujudan perlembagaan ini, ia menjadi asas kepada negara lain meniru dan membentuk satu perlembagaan tersendiri bagi memenuhi kehendak dan keperluan negara mereka.

9 KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan suatu keperluan kepada rakyat di negara ini, memandangkan faktor latar belakang dan budaya yang berbeza di kalangan pelbagai kaum di negara ini. Bagi menjamin kestabilan politik di negara ini, sebuah perlembagaan yang dibentuk adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di negara ini. Demi kestabilan dan perpaduan ianya digubal dengan mengambil kira persefahaman dan persetujuan di kalangan kaum sejajar dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

10 Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum utama di Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan ‘Pakatan Murni’, ‘Qiud Pro Quo’ atau ’4 + 1’ telahpun dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti: (i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara (ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. (iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu. (v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan

11 Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai kemasyarakatan di kalangan etnik dan kaum yang saling memahami bahawa agama, adat resam dan nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh penduduk di negara ini. Kerajaan juga sentiasa memastikan penerusan kestabilan ini berlanjutan dengan mengadakan dasar-dasar dan peruntukan yang ditokok tambah dalam perlembagaan sebagai mekanisme bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada dalam landasan yang telah ditetapkan.

12 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia 1957 telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut telah memulakan tugas pada Jun 1956 dan menyiapkan laporan tersebut menjelang bulan Februari Seterusnya perlembagaan yang telah disiapkan itu dibahaskan oleh parti-parti utama negara dan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957 dan penguatkuasaan perlembagaan itu dilaksanakan pada 31 Ogos 1957.

13 Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah persekutuan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:
Mempunyai ketua negara (Raja Berperlembagaan) bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu dan memegang jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun dan bertindak atas nasihat kabinet dan Majlis Raja-raja. Selain itu, ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun dan pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

14 Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh seorang Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. Beliau dilantik di kalangan parti yang memenangi pilihan raya dan mempunyai bilangan anggota terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang. Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.

15 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang dibahagikan dalam 15 bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Kabinet, Badan Kehakiman dan mempunyai peruntukan tentang kewarganegaraan, tanah, agama rasmi, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidmatan awam, pembangunan negara, hak asasi dan pilihan raya. Ringkasan kandungan Perlembagaan Persekutuan sila rujuk buku.

16 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Pengekalan unsur-unsur tradisi adalah amat penting bagi tujuan untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia adalah merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan. Menurut Tun Salleh Abas (1997), unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Kepentingan unsur-unsur tradisi ini dapat dilihat dengan jelas apabila dilindungi di bawah Akta Hasutan dan di anggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.

17 Secara umumnya perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk perpaduan di Malaysia dan unsur-unsur tradisi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut: Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Rajaraja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

18 Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

19 KESIMPULAN Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu membudayakan perpaduan dan saling memahami hak masing-masing yang telah dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini.


Download ppt "PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google