Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK"— Transcript presentasi:

1 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
BAB 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

2 OBJEKTIF Menerangkan konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan dan peranan perlembagaan dalam sesebuah negara Menghuraikan latar belakang perkembangan Perlembagaan Persekutuan Kandungan dan perlaksanan Perlembagaan Persekutuan

3

4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik
Pengenalan Isu: Kebebasan Beragama dan Kesamarataan Definisi dan Konsep Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik Isu: Diskriminasi Perlindungan dan Persoalan Perkara 153 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Isu: Perkara 20 dan Perkara 18 6.4 Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan

5 Definisi konsep Perlembagaan – 1 dokumen mengandungi semua peraturan dan undang-undang dasar Menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat Mengandungi prinsip-prinsip membentuk dan peranan institusi negara-eksekutif, perundangan, kehakiman

6 Tanggungjawab rakyat kepada negara Perlembagaan terbahagi kepada 2-
Garis panduan – corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara, jaminan perlindungan kpd rakyat Tanggungjawab rakyat kepada negara Perlembagaan terbahagi kepada 2- Perlembagaan bertulis-yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya Perlembagaan tidak bertulis-Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand

7 Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain.

8 Konsep Ketertinggian Perlembagaan
Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Contoh: Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang- undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

9 Konsep Ketertinggian Perlembagaan
Undang-undang tertinggi dan mjadi tunggak semua undang-undang Tiada pesaing terutamnya dari kerajaan negeri Parlimen memperoleh kuasa dari perlembagaan Mahkamah juga tertakluk pada Perlembagaan YDPA tertakluk kpd Perlembagaan Tidak ada institusi Malaysia yang boleh mngatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan

10 PERLEMBAGAAN Undang-undang lain di Malaysia YDPA Parlimen Mahkamah

11 PINDAAN PERLEMBAGAAN Melalui: Dengan mendapat sokongan majoriti biasa.
Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis dewan. Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua Majlis Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-Raja. Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua Majlis Parlimen serta mendapat persetujuan YDP negeri Sabah dan Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan negeri-negeri tersebut).

12 Pindaan Perlembagaan (3)
Perkara 159 (4)- memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan. Contoh: sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

13 Pindaan Perlembagaan Perkara 161 (E)
perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak CONTOH; bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

14 Pindaan Perlembagaan Perkara 159 (5)
Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja. Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

15 TUJUAN PERLEMBAGAAN Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
Sebagai rujukan Mewujudkan kestabilan negara Mengawal perjalanan kerajaan Mengekalkan keamanan Menjamin keamanan sesebuah negara

16 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan bertulis dikanunkan dalam sebuah buku Mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual Perlembagaan Beraja dan berasaskan Demokrasi Berparlimen Bersifat ketat dan sukar dipinda Undang-undang utama dan tertinggi Terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin diamalkan di England – Parlimen (Legislatif), Eksekutif dan Kehakiman. Menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri (Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama). Memperuntukan Kebebasan Asasi – menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang- undang.

17 Perkembangan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Malayan Union 1946 Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948 Cadangan Jawatankuasa Kerja 1946 Cadangan Perlembagaan Rakyat 1947 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cadangan Suruhanjaya Reid 1956 Memorandum Perikatan dan Tolak Ansur antara Kaum ( )

18 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 1946
Ciri2 Perlembagaan Malayan Union Semua negeri Melayu, termsk P.Pinang dan Melaka disatukan di bwh satu kerajaan pusat. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yg diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja Pesuruhjaya Residen menjd ketua pentadbir tertinggi di negeri2 Melayu dan Negeri2 Selat. Beliau jg menjd pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yg terletak dibwh kawalan kerajaan pusat Majlis Negeri dikekalkan utk menguruskan hal- ehwal tempatan dan berada di bwh kawalan kerajaan pusat Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tdk rasmi yg sama byk. Gabenor berkuasa utk meluluskan atau membatalkan sesuatu undg2. Semua undg2 yg diluluskan tdk perlu tandatangan sultan atau raja utk dikuatkuasakan

19 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Cadangan Jawatankuasa Kerja 1946 Kedaulatan dan kuasa politik raja- raja Melayu dipulihkan Dewan Undangan Negeri ditubuhkan di setiap negeri Syarat2 kewarganegaraan yg lebih ketat bg kaum bukan Melayu Hak istimewa org Melayu dijamin dan dikekalkan

20 Perlembagaan Rakyat 1947 Singapura disatukan dgn Tanah Melayu
Sebuah kerajaan pusat & Majlis2 Negeri yg dipilih Raja2 Melayu akan mempunyai kuasa sebenar & bertanggungjawab kpd rakyat Hak keistimewaan org Melayu diwujudkan Agama Islam & adat istiadat Melayu dikawal oleh org Melayu Taraf kerakyatan yg sama rata Merah & putih menjd latar belakang bendera tanah Melayu Bahasa Melayu menjd bahasa kbgsaan dan bahasa rasmi Pertahanan & hal- ehwal luar negara harus menjd tanggungjwb bersama kerajaan British dan Tanah Melayu Warganegara Tanah Melayu dikenali sbg “Melayu”

21 CIRI2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
9 buah negeri Melayu & 2 buah Negeri2 Selat. Singapura kekal sbg tanah jajahan British yg berasingan Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undang2 Persekutuan Penubuhan sebuah Majlis Raja2 Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri peringkat negeri Jawatan Menteri Besar diwujudkan Pemberian kerakyatan kpd org asing yg bermastautin di Tanah Melayu

22 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
Cadangan Suruhanjaya Reid Suruhanjaya Reid-keanggotaan Pengerusi: Lord Reid (Britain) Ahli-ahli Suruhanjaya: Sir Ivor Jennings (Britain) Sir William Mckell (Australia) Hakim b. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (pakistan) Tujuan-Menggubal satu Perlembagaan baharu bagi persekitaranTanah Melayu yang merdeka

23 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
1. STRUKTUR KERAJAAN Ketua Negara bagi persekutuan Tanah Melayu ialah YDPA- dipilih dr kalangn 9 org raja Melayu, jawatan untuk 5 thn,btindak atas nasihat Kabinet dan Majlis Raja-raja Ketua Kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu-PM ,dilantik dlm kalangan parti yang mempunyai majoriti dlam Dewan Rakyat-tubuhkn kabinet – penggubal dasar-dasar kerajaan Badan perundangan- Dewan Rakyat (104 ahli- melalui pilihan raya,tempoh berkhidmat 5 thn)dan Dewan Negara (38 ahli- 11 negeri x 2 org, 16 org ahli lain dilantik oleh YDPA-tempoh bkhidmat 6 thn)

24 Ketua perlembagaandi peringkat negeri ialah Sultan, Raja atau YDP negeri
Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri (dipilih melalui pilihan raya-5tahun). Pentadbiran negeri diketuai oleh Ketua Menteri

25 2. TARAF WARGANEGARA Sebelum hari merdeka Dilahirkan di TM pd atau slepas merdeka Berumur 18thn keatas yang dilahirkan di Persekutuan TM dan bermastautin selama 5thn drpd 7 thn terdahulu ,boleh btutur BM dan mengangkat sumpah taat setia Berumur 21thn keatas yang dilahirkan di luar Persekutuan ,ttp bermastautin selama 8thn daripada 12thn yang terdahulu 2 kerakyatan tidak dibenarkan

26 Cara memperoleh kewarganegaraan
Tempat lahir (jus soli) Perkahwinan Bermastautin Undang- undang keturunan darah (jus sanguinis)

27 3. BAHASA BM dijadikan bahasa kebangsaan. Pembelajaran dan penggunaan bahasa asing yg lain secara umum tidak dilarang BI boleh digunakan dlam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah , dan urusan lain dlm tempoh 10thn selepas merdeka

28 4. AGAMA ISLAM DAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ORG MELAYU
Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan Pemberian tanah dikawasan simpanan Kuota dalam perkhidmatan awam Biasiswa Lesen perniagaan Bantuan kerajaan lain

29 Unsur-unsur tradisional Perlembagaan Persekutuan
Tun Mohd Salleh Abbas Bahasa Kebangsaan Agama Persekutuan Kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Pemerintahan beraja Unsur tradisi ini penting kerana ia telah wujud beratus tahun sebelum 1957 Ini selaras dengan laporan Reid yang menekankan kepentingan sejarah, tradisi, ekonomi, dan sosial yang wujud sebelum 1957. Perkara ini termaktub dalam Akta Hasutan Unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

30 Perkara 153 membawa satu lagi dimensi hubungan etnik di Malaysia apabila pembentukan Malaysia pada 1963. Namun ia bukanlah satu lesen penindasan terhadap kaum lain. Dalam Perlembagaan, Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara termaktub kepentingan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia,

31 Kepentingan unsur-unsur tradisi
Menstabilkan sistem politik negara Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu Menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Mengimbangi kedudukan orang Melayu yang hilang semasa penjajahan Inggeris. Mengekalkan ketuanan Melayu (Konsep Raja Berperlembagaan – unsur penyatuan kaum). Merupakan ikatan janji setia yang dikenali sebagai Pakatan Murni

32 Kontrak sosial 1950-an- merupakan waktu yang sangat kritikal bagi TM
Oleh yang demikian Perlembagaan yang terbentuk adalah atas dasar quid pro quo ( kerjasama & tolak ansur). Ini dapat dilihat dengan kewujudan Parti Perikatan (UMNO-MIC-MCA), 1954. Kontrak sosial dapat dilihat didalam Perlembaagn Persekutuan, artikel (taraf kerakyatan bukan Melayu) dan artikel 152 ( hak istimewa orang Melayu)

33 Kandungan Perlembagaan Malaysia
Bahagian 1 – Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan. Bahagian 2 – Kebebasan Asasi Bahagian 3 – Kewarganegaraan Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan Bab 2 – Penamatan Kewarganegaraan Bab 3 - Tambahan

34 Bahagian 4 – Persekutuan
Bab 1 – Kepala utama negara Bab 2 – Majlis Raja-Raja Bab 3 – Pemerintahan Bab 4 – Badan Perundangan Persekutuan Bab 5 – Acara Perundangan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta,kontrak dan guaman Bahagian 5 – Negeri-negeri

35 Bahagian 6 – Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri- negeri
Bab 1 – Pembahagian kuasa-kuasa Perundangan Bab 2 – Pembahagian kuasa-kuasa pemerintahan Bab 3 – Pembahagian beban kewangan Bab 4 – Tanah Bab 5 – Pembangunan negara Bab 6 – Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada negeri-negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan-kegiatan negeri. Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Bab 8 – Pemakaian bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak

36 Bahagian 12 – Am dan pelbagai
Bahagian 12 A – Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian 13 – Peruntukan sementara peralihan Bahagian 14 – Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja dan sebagainya. Bahagian 15 – Tindakan undang-undang terhadap YDPA dan Raja-Raja

37 PERKARA-PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 8: persamaan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang- undang yang menyentuh kedudukan Raja- raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu

38 Perkara 150 (6a) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka Perkara 153: kedudukan istimewa orang- orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain

39 PERKARA 3 -Agama Islam adalah agama persekutuan
Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu. Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11 Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4). Perkara 11(4) menyatakan undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam. Dalam Perkara 11(3) menyatakan tiap-tipa kumpulan agama berhak: i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri ii. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat iii. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang- undang

40 RASIONAL PERKARA 3 Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan. Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris. Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris. Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja- raja Melayu. Sesuai dengan takrif Melayu iaitu Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

41 Agama lain boleh dipraktikkn dn dijamin dari segi perlembagaan dengan:
Hak menguruskan hal ehwal agama Menubuh dan menyelenggara bagi khairat Memperoleh dan memiliki harta benda dan mentdbir mengikut undang- undang

42 PERKARA 152-Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

43 RASIONAL PERKARA 152 Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.  Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya. Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.

44 PERKARA 153 Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi: Jawatan dalam perkhidmatan awam Biasiswa Pendidikan Perniagaan Kemudahan khas Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain.

45 Perkara 86 & 90 Tanah rizab orang melayu dan larangan diselenggara kepada orang bukan melayu Rejimen askar melayu Perkara 160 (2) Melayu : Islam, berbahasa Melayu & adat-istiadat Melayu

46 RASIONAL PERKARA 153 Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu. Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan. Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia. Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar. Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing. Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains juga rendah.

47 Perkara 18 dan Perkara 20 Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak. Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan. Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja- Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.

48 Antara perkara tersebut adalah:
Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa. Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.

49 Kesimpulan Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin


Download ppt "PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google