Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PGA103.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PGA103."— Transcript presentasi:

1 PGA103

2 Jawatankuasa Barnes- Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa Barnes, yang menerbitkan Laporan Barnes pada awal tahun 1951, mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

3 Laporan Fenn-Wu (1951) Jawatankuasa Fenn-Wu  memperakukan untuk mengekalkan serta menambahbaikkan Sekolah Cina Ini telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu Laporan Jawatankuasa Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

4 Ordinan Pelajaran 1952 Kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan 1952 untuk mengkaji kedua-dua laporan Barnes dan Fenn-Wu yang mempunyai perbezaan pandangan Ordinan Pelajaran 1952 tertubuh dan seterusnya mengusulkan banyak cadangan untuk memaju dan meningkatkan bidang pendidikan Tetapi kerajaan British ketika itu menghadapi pelbagai masalah hinggakan rancangannya tidak dapat dilaksanakan.

5 Laporan Razak (1956) Akhir 1955, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai kerajaan pertama melalui pilihan raya. Sistem persekolahan yang diwujudkan British tidak dapat menyemai unsur-unsur semangat kebangsaan. Satu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan dimaktubkan dengan Ordinan Pelajaran 1957 telah diwujudkan: Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :- Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan Pengakuan matlamat akhir bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Tanah Melayu

6 Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 asas - Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).
Cadangan-cadangan penting Penubuhan dua jenis sekolah sahaja- sekolah bersendirian atau bantuan Sekolah rendah umum atau jenis kebangsaan BM dan BI matapelajaran wajib Satu jenis sekolah menengah kebangsaan Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama untuk semua sekolah Mengambil langkah-langkah memupuk perkembangan Bahasa Kebangsaan dan mempertingkatkan pengetahuan kalangan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu

7 Laporan Rahman Talib (1960)
Selepas tiga tahun DPK dilaksanakan penyemakan semula dibuat oleh satu Jawatankuasa Penyemak diketuai oleh Y.B. En. Abdul Rahman Bin Talib pada tahun 1960. Laporan Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.

8 LAPORAN RAHMAN TALIB Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:- Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah menengah,dan menengah atas. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

9 Akta Pelajaran 1961 Sebagai usaha memperkemas dan merumus dasar pendidikan negara Semua perkara yang diterima daripada Laporan Razak 1956 dan perakuan perakuan Jawatankuasa Penyemak 1960 (Laporan Rahman Talib), telah digabungkan dalam satu peruntukan undang-undang pelajaran Yang dinamakan Akta Pelajaran 1961.

10 AKTA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pendidikan 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. AKTA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996

11 ASAS KEWUJUDAN MATLAMAT…
Merupakan asas lanjutan akta pelajaran1961 dengan mengeluarkan beberapa peruntukan dari akta pelajaran 1961 yang tidak bersesuaian dan mengekalkan mana-mana peruntukan yang masih sesuai. Juga berpaksikan kepada pengakuan utama dalam penyata Razak 1956 MATLAMAT… Memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bermutu tinggi Menggariskan perundangan yang berkaitan dengan pendidikan

12 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Pengenalan Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan perkara-perkara berikut: Ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik:

13 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan FPK:

14 KANDUNGAN AKTA PELAJARAN 1996
Dasar ini dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang pelbagai dan komprehensif skopnya dan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.

15 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Bahagian lV, Sistem Pendidikan Kebangsaan telah dipecahkan kepada beberapa bab. Bab l, Sistem Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan perkara-perkara berikut: i. Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri - pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar ii. Tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. iii. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. iv. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. v. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

16 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Bab 3, Bahagian lV, adalah penjelasan mengenai Pendidikan Rendah. Antara lain perkara yang difokuskan ialah: Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah. Tempoh pendidikan rendah ialah selama enam tahun (boleh juga tamat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun). Pendidikan rendah adalah wajib.

17 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Bahagian lV, Bab 4, pula diterangkan tentang Pendidikan Menengah yang antara lain menyebut tentang: i. Kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah akademik, teknik dan apa-apa perihal lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. ii. Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana sekolah menengah kebangsaan akademik. Dalam Bahagian lV, Bab 5, tentang Pendidikan Lepas Menengah - Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di sekolah menengah akademik, teknik, maktab dan mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini.

18 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Bahagian lV, Bab 8, pula diterangkan tentang Pendidikan Khas, yang antara lain menyatakan tentang: i. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan suai manfaat. ii. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Kurikulum yang hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.

19 PENDIDIKAN PRA SEKOLAH
IMPLIKASI Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan. Menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan. PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

20 IMPLIKASI PENDIDIKAN RENDAH
Pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. Mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli. Kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak Melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1 hingga Tahun 6 PENDIDIKAN RENDAH

21 IMPLIKASI PERUNTUKAN KUASA MENTERI PELAJRAN
memperuntukkan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran. Bahagian l (Permulaan), Seksyen 2 menafsirkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, selain daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas penggunaannya dalam Akta Pendidikan 1996. PERUNTUKAN KUASA MENTERI PELAJRAN

22 RUMUSAN Unit ini telah memberi fokus tentang Akta Pendidikan 1996 dari aspek asas pembentukan, kandungan dan implikasinya. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa dinamik.

23 SEKIAN, TERIMA KASIH


Download ppt "PGA103."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google