Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH"— Transcript presentasi:

1 KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

2 Perbincangan 1 Merujuk kepada perkembangan pendidikan yang berlaku di Malaysia, bincangkan kandungan, proses dan matlamat kurikulum & pengajaran sekolah rendah sebelum merdeka, selepas merdeka dan era masa kini

3 UNIT 1: Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah
PETA KONSEP Perkembangan Kurikulum & Pengajaran Zaman Sebelum Penjajahan Inggeris Zaman Penjajahan Inggeris Zaman Selepas Merdeka Pendidikan Tradisional Sekolah Inggeris Akta Pelajaran 1961 Sekolah Vernakular

4 Pendidikan formal - pendidikan terancang di mana kurikulum atau program
pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu. Pendidikan informal - Pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat Pendidikan non-formal - pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang Pendidikan tradisional - pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik Sekolah vernakular - sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya.

5 Kurikulum Sekolah Rendah
UNIT 2 : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR Kurikulum Sekolah Rendah KLSR KBSR Perbandingan Latar belakang KSSR

6 KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1. Pelaksanaan KLSR selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran diwartakan. 2. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). 3. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. 4. KLSR kurang beri fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan . “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.” 1979

7 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), 1983
Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada untuk percubaan KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. KBSR berkonsepkan bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung. Memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah; berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya. Murid aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemulihan kepada murid yang lemah, pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan khas untuk murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.

8 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), 1993
Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Proses pengajaran dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran- kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu,kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah.

9 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, 1988
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

10 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), 2011
1. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah 2. 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR uji rintis di 500 buah sekolah rendah (50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih.) 3. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.

11 UNIT 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Matlamat Kurikulum Sekolah Randah Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan Matlamat KBSR Matlamat KSSR

12 Apakah matlamat KSSR? Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial b. Warganegara yang bertanggungjawab c. Global Player d. Pekerja ilmu . . . Petikan dari BPK, KPM (2010)

13 Perbincangan 2 Berdasarkan perubahan yang berlaku dalam kurikulum sekolah rendah, banding bezakan dari aspek organisasi kurikulum, mata pelajaran dan elemen bersepadu dalam KBSR dan KSSR

14 UNIT 4 : ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Organisasi KSSR Tunjang Mata Pelajaran Organisasi KBSR Bidang Mata Pelajaran Tahap-tahap Dalam KBSR/ KSSR Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR

15 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)

16 Bagaimanakah KBSR diorganisasikan?
KBSR berasaskan tiga bidang K Bidang Komunikasi ~ penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas. B Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. S Bidang perkembangan diri individu terdapat dua komponen iaitu Kesenian dan Rekreasi R

17 Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang
Mata Pelajaran (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) Mata Pelajaran (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Matematik Manusia dan Alam Kelilingnya Nilai, Kerohanian dan Sikap Pendidikan Islam Pendidikan Moral Kemanusiaan dan Persekitaran Alam dan Manusia Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Perkembangan Diri Individu Kesenian dan Rekreasi Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

18 Bagaimanakah KSSR diorganisasikan?
Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal & Estetika Sains & Teknologi Keterampilan Diri 6 Tunjang dalam KSSR

19 Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum
dalam KBSR dan KSSR? Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

20 UNIT 5 : MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran Sekolah Rendah Asas Penentuan Mata Pelajaran Mata Pelajaran KSSR Mata Pelajaran KBSR Teras Tahap 1 Tahap 2 Wajib Modul Teras Asas Teras Tambahan Modul Teras Tema Elektif Modul Elektif

21 Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen
Tahap 1 Tahap 2 KOMUNIKASI • Kemahiran Asas • Bahasa Pengantar • Bahasa Melayu* • Bahasa Inggeris • Matematik MANUSIA DAN ALAM KELILING NYA • Kerohanian • Nilai Dan Sikap • Pendidikan Islam • Pendidikan Moral • Sivik dan Kewarganegaraan • Manusia Dengan Persekitaran • Sains • Kajian Tempatan PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Hidup • Kemahiran Hidup • Kesenian Dan Rekreasi • Pendidikan Seni Visual • Pendidikan Muzik • Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan • Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan • Kokurikulum • Perhimpunan

22 Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul
Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik Seni Visual dan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Malaysia Negaraku Bahasa Arab Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun

23 1. Tunjang Komunikasi Elektif
Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif 1. Tunjang Komunikasi • Bahasa Malaysia, • Bahasa Inggeris, • Bahasa Cina, • Bahasa Tamil 1. Tunjang Komunikasi Elektif • Bahasa Arab • Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, • Bahasa Tamil Sekolah • Bahasa Iban, Bahasa Semai • Bahasa Kadazandusun 2. Tunjang Sains & Teknologi • Matematik, • Sains, • Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika • Pendidikan Jasmani, • Pendidikan Kesihatan, • Pendidikan Muzik, • Pendidikan Seni Visual 4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai • Pendidikan Islam • Pendidikan Moral 5. Tunjang Kemanusiaan • Sejarah Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)

24 UNIT 6 : INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pengintegrasian dalam Kurikulum dan pengajaran Kurikulum Bersepadu Kesepaduan dalam KBSR Kesepaduan dalam KSSR

25 Apakah konsep integrasi terdapat dalam KBSR?
Konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Kesepaduan bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini, pelaksanaan KBSR perlulah mengintegrasikan perkara-perkara berikut:

26 Pendidikan Sepanjang Hayat
Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Penekanan Kepada Nilai Murni Pendidikan untuk semua Konsep Integrasi Dalam KBSR Pendidikan Sepanjang Hayat Penggunaan kemahiran & pengetahuan sedia ada Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa lain Konsep Kesepaduan Dalam KBSR

27 Apakah maksud penggabungjalinan dan penyerapan?
proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan Penggabungjalinan Penyerapan ? Proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

28 Apakah konsep integrasi terdapat dalam KSSR?
Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK). Penekanan Konsep 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. … Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011

29 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

30 EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu:
• kreativiti dan inovatif • keusahawanan • teknologi maklumat dan komunikasi Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.

31 Terima kasih


Download ppt "KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google