Rawatan Pemulihan Pernafasan (CPR)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BANTUAN HIDUP DASAR DAN RJP
Advertisements

PENANGANAN HENTI JANTUNG
RESUSITASI JANTUNG PARU ( RJP )
Sri Yunita Suraida Saat, S.ST.M.Kes.
Penanggulangan Kedaruratan Nafas
Sudden cardiac arrest n CPR
Penanganan kegawatdaruratan jantung pada pasien dengan metode Bls
LATIHAN FISIK PADA LANSIA
SELAMAT DATANG PMI DAERAH MAKASAR.
RESUSITASI JANTUNG PARU
Rangka manusia terbagi menjadi 3 kelompok yaitu : a
SENAM HAMIL MATERI PERKULIAHAN MAHASISWA FISIOTERAPI
RESUSITASI JANTUNG PARU (RJP)
BANTUAN HIDUP DASAR & RESUSITASI JANTUNG PARU
RJP RESUSITASI JANTUNG PARU
Tanda Tanda Terjadi Sumbatan
Airway & Breathing Management
Henti Jantung dan CPR Ns. Mokhtar Jamil, M.Kep.
Materi PPGD (Pertolongan Pertama Gawat Darurat)
PENILAIAN PENDERITA.
PERKEMBANGAN PRANATAL
BHD (Bantuan Hidup Dasar) atau BLS (Basic Life Support)
- FIRST AID - PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN
PROSEDUR MEMBEBASKAN JALAN NAPAS
PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN 10 Embarrassing Sports Injuries.mp4
BAB 4 SISTEM PERNAFASAN.
BAB 2 STRUKTUR TUBUH.
DI SEDIAKAN OLEH: SM (PA) ZAMRI BIN MAJID
PERTOLONGAN CEMAS.
PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA
BAB 8 PATAH (FRAKTUR).
BAB 6 RENJATAN.
MENU UTAMA RENJATAN KERACUNAN TIDAK SEDAR DIRI Sila buat pilihan.
Penjagaan Pesakit Dalam Keadaan Koma (Coma Nursing Care).
RJP RESUSITASI JANTUNG PARU
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)
Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal
BAB 10 TERBAKAR DAN MELECUR.
KESAN LEBAM PADA OTOT REST (Rehat) Rehat dari bersukan atau rehatkan bahagian yang tercedera ICE (Ais) Perlu letakkan ais di bahagian tercedera . Ais.
Resusitasi jantung PARU (RJP ) ROSMALIANA. PURBA.S.Kep, Ns Disampaikan Oleh :
TOTAPS TALK - Tanya kepada mangsa bahagian kesakitan
PENDARAHAN TERBUKA PJM 3118
Tidak Sedarkan Diri (Pengsan)
BAB 11 Keracunan.
Penanggulangan Kedaruratan Nafas
CPR (CARDIOPULMONARI RESUSITASI/ RESUSITASI KARDIOPULMONARI)
SISTEM PEREDARAN DARAH
Kpt. (KRS) Rohaidah Bakar
BAB 5 ASFIKSIA.
CPR (CARDIOPULMONARI RESUSITASI/ RESUSITASI KARDIOPULMONARI)
Nama : Luah Jing El No. Matriks : A144549
BAB 14 Pengangkutan Pesakit.
PERUBATAN (KECEMASAN OBSTERIK) PLASENTA TERSEKAT
PROGRAM TAUTAN KASIH ANJURAN BSMM DETACHMENT 88D.
Rahsia Disebalik Senyuman
POSTUR PENTINGNYA POSTUR DALAM KEHIDUPAN Postur
JANTUNG PENGENALAN STRUKTUR DENYUTAN SALUR DARAH.
Duty slot Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
(PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN)
-FIRST AID- PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN dr. Margaretha.
Dr.Hendry Widjaja,MARS. Tujuan Utama : Mempertahankan penderita tetap hidup Membuat keadaan penderita tetap stabil Mengurangi rasa nyeri,
BAB 2: PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN KERJA
Duty slot Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
Sistem otot Oleh : Muhammad Faris Hafiy bin Abdul Haris
Tarikh: 19 November 2018 Masa : 8:30 Pagi Lokasi: Ibu Pejabat KSSB
Transcript presentasi:

Rawatan Pemulihan Pernafasan (CPR) BAB 13 Rawatan Pemulihan Pernafasan (CPR)

JANTUNG DAN SISTEM PEREDARAN DARAH Jantung merupakan sejenis otot dan saiznya lebih kurang gengaman tangan dan terletak ditengah-tengah dada di antara sternum dan tulang belakang (spina).  Ateri koronari adalah ateri khas yang membawa darah keotot jantung itu sendiri. Fungsi Jantung adalah mengepam darah keparu-paru dimana darah itu memperolehi oksigen dan seterusnya dialirkan ke seluruh badan.  Jantung orang dewasa mengepam lebih kurang 5 liter darah seminit.

Oksigen diperlukan oleh sel-sel badan untuk berfungsi Oksigen diperlukan oleh sel-sel badan untuk berfungsi.  Apabila jantung terhenti, oksigen tidak lagi beredar dan oksigen oksigen yang tersimpan diotak dan organ-organ penting akan cepat kehabisan.  Denyutan jantung yang diterbitkan oleh impuls elektrik semulajadi, dihantar melalui jantung di antara 60 - 100 kali seminit di dalam badan seseorang dewasa yang sihat.  Apabila senaman dijalankan jantung biasanya mengepam darah sehingga 25 liter seminit.

Paru-paru mengandungi pundi-pundi udara (alveoli) yang dikelilingi oleh saluran-saluran darah halus (rerambut).  Impuls saraf daripada otak, ke otot dada dan ke diafragma membolehkan seseorang itu bernafas.  Dengan setiap pernafasan, udara dibawa daripada saluran pernafasan (hidung, mulut, farinks, larinks, trakea dan bronki) ke pundi-pundi udara di dalam paru-paru.

Udara mengandungi lebih kurang 21% oksigen pada paras laut.  Apabila pundi-pundi udara diparu-paru berisi udara, darah dikelilingnya mengambil oksigen daripada udara di paru-paru dan membawanya balik ke jantung, dan seterusnya mengepamnya keseluruh badan.  Apabila oksigen diambil daripada darah oleh sel-sel tubuh, karban dioksida di keluarkan sebagai bahan kumuh.  Ini dikembalikan oleh darah ke pundi-pundi udara di paru-paru dan dikeluarkan daripada badan semasa bernafas.

Apabila udara disedut, hanya 1/4 oksigen daripadanya diserap oleh darah,   yang lainnya dihembus keluar.  Inilah sebab mengapa pernafasan mulut ke mulut memberi mangsa cukup oksigen.  Apabila pernafasan terhenti, jantung akan terus mengepam darah untuk beberapa minit bagi mengekalkan bekalan oksigen ke otak dan seluruh badan.  Usaha menyelamat yang awal dan segera untuk mangsa pernafasan terhenti atau tercekik (benda tersekat didalam tekak) akan mencegah jantung daripada berhenti (jantung terhenti).

Kitar Mandiri Apabila jantung terhenti CPR sahaja tidak memadai untuk menyelamatkan nyawa.  Walau bagaimanapun ia adalah penghubung penting yang mesti dimulakan untuk membantu mangsa sehingga rawatan pakar dapat diberi merangkumi tindakan awal bagi perhubungan sistem rawatan kecemasan, CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan.

CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan Kitar Mandiri CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan

Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR) CPR yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti.  CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada.  Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat.   Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera.  Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ABCs of CPR:  Airway,  Breathing and Circulation).

SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa.  Perlu diingat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri.   Oleh kerana lidah dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak.  Ini biasanya membuka saluran pernafasan

PERNAFASAN (Breathing) Apabila pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah.  Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu.  Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat  untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa.  Udara yang anda  hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya  menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. 

Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba. * sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. * Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan * Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada  

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain.  Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG Tindakan Awal Pertamanya, anda perlu mengenalpasti keadaan kecemasan.  Anda perlu mengenali tanda amaran awal bagi serangan jantung dan strok,  tahu cara mencegah komplikasi dan menenangkan mangsa. Kemudian orang yang berhampiran (atau mangsa, jika sedar) perlu membuat panggilan telefon jika mangsa itu orang dewasa. 

Panggilan Kecemasan Apabila membuat panggilan kecemasan beritahu telefonis : Tempat kejadian, termasuk alamat atau nama jalan dan tanda jalan yang mungkin berguna. Nombor telefon di mana panggilan dibuat. Apa yang berlaku - misalnya serangan jantung, kemalangan jalanraya dan sebagainya. Bilangan orang yang memerlukan bantuan. Keadaan mangsa-mangsa. Rawatan yang sedang diberi kepada mangsa-mangsa tersebut. Jangan letakkan telefon hingga telefonis berbuat demikian.  Jika ambulan tidak ada di kawasan anda, mangsa tersebut perlu dibawa ke hospital yang berhampiran dengan segera dan sebaik-baiknya ke hospital yang memberi rawatan kecemasan 24 jam.

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Bila dan bagaimana bantuan pernafasan diberi untuk membekalkan udara ke paru-paru mangsa nafas terhenti Bila dan bagaimana tekanan dada dilakukan untuk mengalirkan darah mangsa jantung terhenti.

Defibrilasi Awal Perhubungan awal sistem rawatan kecemasan boleh mempastikan ketibaan awal personel kecemasan dengan alat defibrilator.  Defibrilator adalah sejenis alat yang memberi kejutan elektrik terkawal untuk menghidupkan jantung yang mengalami fibrilasi ventrikular.  Ini sering terjadi kepada mangsa jantung terhenti.

Rawatan Lanjutan Rawatan lanjutan awal termasuklah langkah-langkah bantuan asas dan pakar yang mungkin diberi oleh doktor, jururawat, paramedik atau penyelamat-penyelamat terlatih

CPR DEWASA Jika anda bertemu seorang mangsa yang tidak sedarkan diri jangan panik dan berilah pertolongan yang sewajarnya.  Untuk memberi bantuan yang berkesan anda semestinya mempunyai pengetahuan di dalam Ilmu CPR. Tepuk atau gerak bahu perlahan-lahan. Tanya "Apahal ni?

Jika didapati mangsa tidak sedarkan diri minta bantuan sistem rawatan kecemasan. Sahut kuat-kuat TOLONG PANGGIL AMBULAN - 999. Telentangkan mangsa, jika perlu ampu kepala dan tengkok.

SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Buka saluran pernafasan (Dongak kepala angkat dagu)   Angkat dagu perlahan-lahan dengan satu tangan sambil menolak dahi ke bawah dengan sebelah tangan lagi untuk mendongakkan kepala Tentukan mangsa tidak bernafas (LIHAT - pergerakkan dada, DENGAR - bunyi pernafasan, RASA - pernafasan pada pipi anda)

PERNAFASAN (BREATHING) Jika mangsa bernafas dan tiada tanda trauma, letakkan mangsa dalam posisi pemulihan (Letakkan mangsa mengiring, menggunakan kaki dan tangan mangsa untuk kestabilan) JIKA MANGSA TIDAK BERNAFAS, BERIKAN 2 PERNAFASAN BANTUAN PERLAHAN-LAHAN (1 1/2 - 2 SAAT SETIAP HEMBUSAN Tutup hidung dengan memicitnya dan tekup mulut anda ke mulut mangsa dengan rapat.  Perhatikan pergerakan dada mangsa.  Berikan masa untuk paru-paru mengempis di antara pernafasan bantuan

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Letakkan 2-3 jari di atas halkum.  Letakkan jari ke tekok di antara halkum dan otot di leher.  Rasa nadi karotid. JIKA ADA NADI BERIKAN BANTUAN PERNAFASAN Berikan 12 pernafasan setiap minit (satu pernafasan setiap 5 saat) JIKA TIADA NADI, MULAKAN KITAR PERTAMA TEKANAN DADA DAN PERNAFASAN

MENCARI POSISI UNTUK LETAK TUMIT TELAPAK TANGAN PADA TEMPAT YANG BETUL Cari posisi di bahagian bawah 1/3 sternum (tulang dada -  gunakan 3 jari iaitu telunjuk, hantu dan jari manis - letakkan pada tulang selangka , tarik naik dari bawah selangka ke hujung sternum(cuaran Xifoid) letakkan jari hantu daripada ketiga-tiga jari tadi betul-betul di hujung sternum.  Ambil 2 jari dari tangan yang sebelah lagi iaitu jari telunjuk dan jari hantu letakkan bersempadan dengan jari hantu yang diletakkan di atas hujung sternum tadi - angkat tangan dari jari hantu yang diletakkan di atas hujung sternum gunakan tumit telapak tangan berkenaan untuk diletakkan betul-betul di sempadan/kembar dengan jari telunjuk.  Angkat tangan dari jari telunjuk tadi dan letakkan di atas tangan yang telah diletakkan di tengah-tengah sternum tadi.

TEKANAN YANG PERLU DIBERIKAN Setelah mendapat tempat yang betul tadi, Tekan dengan menggunakan berat badan anda. Sternum perlu ditekan 1   - 11/2 inci dengan kadar 80-100 tekanan seminit.  Berikan 30 tekanan dan 2 pernafasan [selepas setiap 30 tekanan dada, beri 2 bantuan pernafasan perlahan] Di akhir kitar keempat periksa nadi Jika tiada nadi teruskan CPR dengan tekanan dada.   Jika ada nadi tetapi tiada pernafasan,  beri pernafasan bantuan setiap 5 saat sekali.

CPR UNTUK KANAK-KANAK (1 HINGGA 8 TAHUN) Anda boleh menjalankan CPR ke atas kanak-kanak kecil sama seperti kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar kecuali dalam 4 perkara berikut Jika penyelamat itu tiada pembantu, berikan CPR selama 1 minit sebelum membuat panggilan sistem rawatan kecemasan. Gunakan pangkal sebelah tapak tangan sahaja untuk memberikan tekanan kepada dada. Tekan sternum sedalam 1 hingga 1 1/2 inci. Berikan 100 tekanan seminit dan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan

SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Penilaian - tentukan mangsa tiada tindak balas.   Gerakkan bahunya perlahan-lahan sambil memanggil, "Apa hal ini?" Panggil "tolong" Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala dan tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan. Buka saluran pernafasan - guna teknik dongak-kepala-angkat-dagu.

PERNAFASAN (BREATHING) Penilaian : Tentukan mangsa tidak bernafas.   Letakkan telinga anda ke atas mulutnya, perhatikan dadanya; lihat dengar dan rasa udara pernafasan sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka . Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut ( 1 - 1 1/2 saat setiap pernafasan) Perhatikan pergerakkan dada.

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Penilaian :  Tentukan ketiadaan nadi.   Gunakan 2 atau 3 jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan kepala dengan tangan sebelah lagi tetap memegang diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Jika tiada rasa nadi, mulakan TEKANAN DADA , letakkan tangan ditempat sama seperti orang dewasa.  Tekan sternum lebik kurang 1 - 1 1/2 inci.  Gunakan bahagian pangkal sebelah tapak tangan sahaja.  Tekan dada 100 kali seminit dan berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan. Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 ( Telefon cepat!)

Periksa nadi, Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan dan teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan Periksa nadi setiap beberapa minit. Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.   Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan sentiasa awasi nadi.  Jika mangsa bernafas, baringkannya dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

CPR UNTUK BAYI Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepadanya.  Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi.

SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Penilaian :  Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan Baringkan bayi di atas permukaan yang keras.  Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkan Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkat-dagu (head-tilt-chin-lift).   Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang

PERNAFASAN (BREATHING) Penilaian :  Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka,  letakkan telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda.  Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tanda-tanda trauma,  Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan.  Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.  Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan.  Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat.

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Penilaian :  tentukan ketiadaan nadi.  Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi. Mulakan tekanan dada.  Bayang satu garis yang dibuat antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari telunjuk.  Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi.

Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan.  Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid).  Tekan sternum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit,  sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.

TERCEKIK Banyak kematian disebabkan benda yang tersekat saluran pernafasan (tercekik) dilaporkan setiap tahun.  Anda akan mempelajari cara membantu mangsa tersebut. Tercekik biasanya berlaku semasa makan.  Bagi orang-orang dewasa, daging adalah punca utama tercekik.  Walau bagaimanapun terdapat bahan makanan lain dan benda asing yang boleh menyebabkan tercekik di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Benda asing boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat separa atau sepenuhnya. Apabila separa tersekat, keupayaan pertukaran udara mangsa mungkin masih baik atau menjadi buruk.  Dengan pertukaran udara yang baik mangsa akan terus sedar dan mampu batuk dengan kuat walaupun kadangkala bayi berdehit di antara batuk yang didengari.   Apabila saluran pernafasan tersekat sepenuhnya, mangsa tidak boleh bercakap, bernafas atau batuk. Sekatan saluran pernafasan yang berterusan memerlukan pertolongan profesional.   Pastikan yang anda menghubungi sistem rawatan kecemasan sekiranya anda tidak dapat memulihkan sekatan tersebut.

CPR - SALURAN PERNAFASAN TERSEKAT : ORANG DEWASA YANG TIDAK SEDAR Langkah 1 Dapatkan bantuan sistem rawatan kecemasan BUAT PANGGILAN 999 Langkah 2 Periksa untuk melihat benda asing yang tersekat. Cuba cungkil untuk mengeluarkan benda asing dari dalam mulut.  Langkah 3 Cuba beri pernafasan bantuan dan buka saluran pernafasan. Berikan 2 pernafasan bantuan.

Langkah 4 Jika saluran pernafasan tersekat, lakukan 'Heimlich manuever' Berlutut di peha mangsa.  Letakkan pangkal telapak tangan di tengah-tengah abdomen, atas sedikit dari pusat dan di bawah penghujung cuaran xifoid. Letak tangan sebelah lagi di atas tangan ini.  Tekan abdomen mangsa dengan tekanan arah ke atas dengan cepat.

Langkah 5 Ulangi langkah 2

CPR PENYELAMAT TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN ORANG DEWASA YANG SEDAR PASTIKAN MANGSA BOLEH BERCAKAP ATAU BATUK Penyelamat boleh bertanya : 'Anda tercekik?' Mangsa mungkin menunjukkan isyarat yang biasa bagi orang tercekik :  Memegang leher di antara ibu jari dan jari telunjuk

BERIKAN TEKAKAN ABDOMEN Lakukan Heimlich maneuver (tekanan di bawah diafragma) hingga benda asing yang tersekat keluar atau pun mangsa mulai tidak sedar. BERDIRI DIBELAKANG MANGSA DAN LETAKKAN KEDUA TANGAN ANDA DI PINGGANGNYA.  TEKAN ABDOMEN MENGGUNAKAN GENGGAMAN TANGAN DENGAN CEPAT KE ARAH DALAM DAN KEATAS. 

TEKANAN DADA Tekanan dada boleh dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau yang sarat mengandung. BERDIRI DIBELAKANG MANGSA DAN LETAKKAN KEDUA-DUA TANGAN ANDA DI BAWAH  KETIAK MANGSA SUPAYA MENGELILINGI DADANYA.   TEKAN DENGAN CEPAT ARAH KEDALAM.

Sekian