BAB 3 ancaman parti kounis Malaya dan darurat.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Disediakan oleh: Kumpulan 3
Advertisements

PERANG DUNIA PERTAMA.
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH
TEKNIK MENJAWAB SEJARAH PMR 2011 DAN TIPS UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG BAIK DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH.
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA.
BAB 7 PENUBUHAN MALAYSIA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TINGKATAN 3 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
2.4.2 Perjuangan Tokoh UMNO Tokoh-tokoh UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949 Antaranya:-
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
FAHAMAN KOMUNIS Pengasas Cara penyebaran komunis Bila di asas Tujuan
MALAYSIA YANG BERDAULAT
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU
Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan
IMPERIALISME & KOLONIALISME
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
kaum ke arah kemerdekaan
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SISTEM PENTADBIRAN KELANTAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
Bab 7.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Sejarah Tahun 6 UNIT 10: MALAYSIA DAN DUNIA
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
7.7 Dato Bahaman Pahlawan Pahang
PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Malaysia yang berdaulat
Topik 36 Saling Menghormati Antara Negara
MALAYSIA YANG BERDAULAT
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH AWAL NEGARA MELAKA PENJAJAHAN KUASA ASING
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
BAB 3 TINGKATAN 3 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
ANITA A/P PARAMASVARAN
Disediakan oleh : Pn. Anita Paramasvaran SMK SERI MUTIARA, CHERAS.K.L
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Transcript presentasi:

BAB 3 ancaman parti kounis Malaya dan darurat

Bagaimana komunisme boleh masuk ke negara kita?

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS Latar Belakang ) Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pada pertengahan abad ke-19. 2) Karl Marx menulis ideologi komunismenya dalam buku: The Communist Manifesto The German Ideology Das Capital ) Komunisme menentang golongan feudal dan imperialisme secara kekerasan untuk menggantikannya dengan pemerintahan komunis. 4) Komunisme memperjuangkan : Masyarakat tanpa kelas, masyarakat yang adil dan sama rata Memiliknegarakan tanah dan perindustrian

Idea Komunis Karl Marx turut tersebar ke Tanah Melayu dengan perlindungan Parti Nasionalis Cina (Kuomintang-KMT) Karl Marx

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS Latar Belakang ) Ideologi Komunis diamalkan di Rusia dan China. ) Pada Julai 1919, Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan parti-parti komunis Eropah menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.

CARA PENYUSUPAN FAHAMAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU ) Fahaman komunis disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) Parti Komunis Nanyang. ) Ejen komunis menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui: Kesatuan sekerja Persatuan Kelas malam Penerbitan ) Parti komunis Indonesia (PKI) menyebarkan fahaman komunis di kalangan orang Melayu antara tahun 1924-1930.

CARA PENYUSUPAN FAHAMAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU ) Orang Melayu menolak fahaman komunis kerana: Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis) . Ini bertentangan dengan Islam yang menjadi anutan orang Melayu. Bertentangan dengan adapt resam orang Melayu Menggunakan kezaliman dan kekerasan untuk mencapai matlamat

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS Latar Belakang ) Ideologi Komunis diamalkan di Rusia dan China. ) Pada Julai 1919, Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan parti-parti komunis Eropah menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.

Baca warnanya bukan tulisannya

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA Penubuhan PKM (1930)_ 1) Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 1930 2)Tujuan sebenarnya adalah untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya 3) Kegiatan PKM ialah: Melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai. 4) Komunis cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA Mogok di Batu Arang ( 1935) 1) PKM menjadi semakin agresif menjelang tahun 1935. 2) PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu 3) Mogok yang besar berlaku di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor. 4) Seramai 6000 buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih lombong tersebut. 5) British menghantar 300 anggota polis untuk menamatkan mogok tersebut. 6) Pemimpin yang terlibat dengan mogok telah: Dihantar pulang ke China Telah ditahan

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA Komunis semasa pendudukan Jepun (1941-1945) 1) PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun 2) Anggota PKM telah dilatih dalam taktik serangan gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura 3) Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu 4) PKM membentuk MPAJA 5) British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136. sej

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA Komunis selepas Perang Dunia Kedua (1945) 1) Selepas perang tamat, pentadbiran Tentera British telah meminta: MPAJA dibubarkan Menyerahkan semula senjata kepada mereka 2) PKM bersetuju membubarkan MPAJA 3) Walau bagaimanapun terdapat senjata yang disembunyikan 4) Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata akan: Dibayar sebanyak $350.00 Menerima satu beg beras daripada pihak British 5) PKM yang menyusup dalam kesatuan sekerja mula aktif dalam pergerakan politik

KEGANASAN KOMUNIS 1) Pada tahun 1948, Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa bermesyuarat di Calcutta, India. 2) Jawatankuasa mengambil keputusan melancarkan pemberontakan di rantau Asia Tenggara. 3) PKM telah menubuhkan unit gerila ’Malayan Race Liberation’ (MRLA) 4) PKM melakukan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah. 5) Kegiatan keganasan PKM adalah seperti: Membakar bas Membakar kilang Menyerang balai polis Merosakkan landasan kereta api Membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British

PKM mengganas di Tanah Melayu sehingga membawa kepada pengisytiharan darurat.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Pengisytiharan Darurat 1. Pada bulan Jun 1948, pengganas komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. 2. Peristiwa tersebut menggemparkan pihak British. 3. Pada bulan Julai 1948, Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu. 4. Tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Pengisytiharan Darurat 5) Kerajaan British menguatkuasakan Undang- undang Darurat 1948. 6) Undang-undang ini: Membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis Membenarkan pasukan keselamatan menggelidah rumah kediaman Memindahkan penduduk ke penempatan baru Memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri 1) Pada 23 Julai 1948, kerajaan mengharamkan PKM 2) Parti-parti berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan turut diharamkan seperti: Hizbul Muslimin AWAS – Angkatan Wanita Sedar PERAM – Pemuda Radikal Melayu PETA – Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Melaya

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Memperbesar Pasukan Keselamatan Pasukan Polis disusun semula dan diperbesar Anggotanya menjadi 70,000 orang Pasukan tentera turut diperbesar 2) Mata-mata Khas 24,000 mata-mata khas Melayu ( Special Constables) telah dilatih. Bertanggungjawab mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil

Askar-askar asing seperti askar Australia, New Zealand dan Fiji turut membantu memerangi komunis di Tanah Melayu.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Memperbesar Pasukan Keselamatan 3. Askar Komanwel British membawa masuk askar dari Negara Komanwel bagi menghapuskan ancaman komunis Askar komanwel terdiri daripada askar Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji 4. Home Guard Ditubuhkan untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan kampung Anggotanya terdiri daripada kaum lelaki dan wanita Penubuhannya meniupkan semangat rakyat untuk mempertahankan negara Keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Memperbesar Pasukan Keselamatan 5. Pasukan Keselamatan Pasukan ini mengebom dan melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sasaran komunis dengan bantuan tentera udara British (RAF)

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN 1.Rancangan Briggs KAMPUNG BARU - Pindahkan Penduduk C) - Lumpuhkan Min Yuen - sedia kemudahan asas -Kad catuan - MCA -gerakan dikawal 1. Rancangan Briggs ditubuhkan oleh Sir Henry Gurney pada 1950 2. Sir Harold Rowdon dilantik sebagai Pengarah Operasi Rancangan Briggs. 3. Tujuan penubuhannya untuk: menempatkan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru. Menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada komunis. 4. Penempatan baru digelar ’Kampung Baru’ 5. Tindakan tersebut bagi melumpuhkan gerakan Min Yuen.

Rancangan Briggs yang diketuai oleh Sir Harold Briggs bertujuan untuk melumpuhkan Min Yuen

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN 2. Gerakan kelaparan Putuskan bekalan - sekatan jalan raya - kad pergerakan - menggempur Undur ke selatan Thailand 6. Seramai 400,000 penduduk setinggan Cina dipindahkan ke 400 buah Kampung Baru. 7. Kampung baru lengkap dengan kemudahan seperti: Sekolah Tempat tinggal Bekalan air paip Bekalan elektrik Kemudahan kesihatan Dipagar dengan kawat berduri

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN 8. Di kampong Baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan anggota keluarga memperoleh bekalan makanan yang secukupnya. 9. Pergerakan keluar masuk penduduk di kampung ini dikawal selia setiap masa. 10. Di bawah rancangan ini,Kerajaan melaksanakan Program ”gerakan Kelaparan” untuk memastikan komunis tidak mendapat bekalan makanan, senjata, ubatan dan maklumat. 11. Sekatan jalan raya diadakan untuk menyekat bekalan makanan, ubatan dan maklumat daripada sampai ke tangan komunis

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN 12. Tanpa bekalan makanan dan ubat-ubatan, komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian untuk mendapatkan bekalan. 13. Ini memudahkan pasukan keselamatan menggempur mereka. 14. Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan bagi mengawal pergerakan penduduk 15. Setiap penduduk yang berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan dan diberi kad pengenalan bagi membezakannnya dengan komunis. 16. Briggs menyokong penubuhan MCA (Malayan Chinese Association ) untuk membantu setinggan Cina menjalankan kehidupan di kawasan kampung Baru.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN 17. MCA mengutip derma melalui jualan loteri kebajikan 18. Kutipan jualan loteri kebajikan didermakan kepada penduduk setinggan Cina di Kampong Baru. Rancanagn Briggs berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM. 19. PKM menyedari sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka merosot. 20. PKM dalam mesyuarat JawatanKuasa Pusat di Pahang mengambil keputusan untuk: Berundur ke selatan Thailand Mengurangkan kekejaman terhadap orang awam

JAWA DAN NAMA 1 Pandai tanam bunga, - Rosman. 2. Pandai membaiki kereta, - Karman 3. Average dalam golf, - Parman 4. Pandai dlm penulisan, - Suratman 5. Gagah perkasa, - Suparman 6. Suka mengada-ngada -NGADIMAN

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 1. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney. 2.Beliau sedar penggunaan kekerasan dan senjata semata- mata tidak akan berjaya menghapuskan komunis 3.Justeru, beliau telah menumpukan usaha untuk memenangi hati dan fikiran rakyat supaya bersama-sama membantu kerajaan menghapuskan komunis. Kaedah ini dipanggil Perang Saraf. 4 Perang Saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh pentadbiran British untuk membasmi pengganas komunis melalui kempen ’memenangi hati dan fikiran rakyat’

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 5. Melalui Perang saraf, kerajaan memberi perhatian kepada aspek psikologi untuk mendapatkan kerjasama rakyat supaya menyokong kerajaan membanteras pengganas komunis. 6. Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan menghapuskan perasaan perkauman. 7. Kerajaan British telah menawarkan hadiah yang besar kepada orang ramai yang berjaya menangkap dan membunuh komunis. 8. Kempen ’Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ telah dilaksanakan dengan jayanya.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 9. Penduduk pelbagai kaum membawa sepanduk dan berarak mengutuk keganasan komunis. Mereka turut membakar patung-patung komunis. 10. Risalah-risalah menentang komunis turut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu. 11. Perang Saraf berjaya menimbulkan kebencian terhadap kekejaman komunis. 12. Penduduk dengan rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis untuk mempertahankan tanah air.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 13. Dalam rancangan Perang Saraf, Templer memperkenalkan ’Kawasan Hitam’ dan ’Kawasan Putih’ 14. Kawasan Hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif, manakala kawasan putih ialah kawasan yang telah dibebaskan daripada ancaman komunis. 15. Sehingga tahun 1954, kawasan yang diisytiharkan kawasan putih ialah Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. 16. Di kawasan yang penduduknya membantu komunis, kerajaan telah memotong catuan makanan dan melaksanakan ’Perintah Berkurung’ sehingga 22 jam.

Sir Gerald Templer telah mengistiharkan ‘Kawasan Putih’ yang pertama di Melaka.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 17. Perintah Berkurung ialah Undang-undang yang melarang seseorang individu keluar dari rumah masing-masing dalam tempoh tertentu. Biasanya larangannya bermula jam 6 petang hingga jam 6 pagi. 18. Bagi menarik sokongan orang Cina supaya menyokong usaha Perang Saraf, kerajaan telah melonggarkan syarat kewarganegaraan pada tahun 1952 sehingga membolehkan 1.2 juta orang Cina dan 180, 000 orang India menjadi warga negara Tanah Melayu. 19. Pelonggaran syarat kerakyatan ini menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 20. Dalam kempen Perang saraf juga, Templer telah menaikkan jumlah hadiah yang ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis. 21. Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng (hidup atau mati) akan diberi hadiah $250,000 , dan $200,000 bagi orang kanannya. 22. Sultan dan pembesar turut mengingatkan rakyatnya agar tidak terpedaya dengan janji komunis ( contohnya Sultan Pahang). Orang Melayu yang menyokong dan membantu komunis dianggap pengkhianat negara.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 23. Menteri Besar Pahang mengingatkan orang Melayu agar tidak melupakan keganasan Bintang Tiga. 24. Dato’ Onn Ja’far menyeru rakyat supaya membantu kerajaan menghapuskan komunis. 25. Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka ‘pengganas’ 26. Kerajaan telah menguatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERANG SARAF 27. Pengganas komunis yang semakin terdesak terpaksa menanam makanan sendiri di dalam hutan tetapi Pasukan Keselamatan menggagalkan usaha komunis dengan menyembur racun ke atas tanaman tersebut.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN Pengampunan Beramai-Ramai Bagi membantu komunis menyerah diri, kerajaan telah menggugurkan risalah-risalah ke dalam hutan. Kerajaan sedia maklum bahawa ramai anggota komunis dipaksa menyertai perjuangan yang sia-sia itu. Sebanyak 40 juta risalah telah digugurkan dari udara. Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan yang ditawarkan oleh kerajaan. Poster-poster juga ditampal di merata-rata tempat. Iklan dan wayang gambar telah digunakan untuk membantu rakyat menolong pengganas menyerah diri. Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengadakan lawatan ke daerah-daerah bagi menerangkan tawaran kerajaan itu.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERTEMUAN BALING Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 telah diadakan di Tanah Melayu. PKM sering mendakwa matlamat perjuangan mereka adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Sebaliknya Parti perikatan tidak perlu menggunakan cara kekerasan untuk memperoleh kemerdekaan daripada British. British bersetuju memberi kemerdekaan asalkan penduduk Tanah Melayu sanggup bersatu dan keamanan berjaya dipulihkan. Dalam Kempen Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, Parti Perikatan berjanji untuk mendapatkan kemerdekaan dengan segera dan menamatkan darurat.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERTEMUAN BALING 6) Apabila Parti Perikatan memperoleh kemenangan cemerlang, Tunku Ab. Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu. 7) Beliau mengeluarkan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis yang ingin menyerah diri. 8) Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abd. Rahman untuk mengadakan pertemuan. 9) Pada 28 Disember dan 29 Disember 1955, satu pertemuan diadakan di Baling, Kedah.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERTEMUAN BALING 10) Pihak kerajaan diwakili oleh: Tunku Abd. Rahman David Marshall Tan Cheng Lock 11) Pihak komunis diwakili oleh: Chin Peng Chin Tien Rashid Maidin 12) Dalam pertemuan tersebut, Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan menghentikan perjuangannya sekiranya kerajaan mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.

Di antara tokoh yang terlibat dalam Rundingan Baling. Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock Rasyid Maidin Chin Peng

PKM berjuang secara ketenteraan bagi membentuk Republik Komunis Malaya. Rasyid Maidin Chin Peng

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERTEMUAN BALING 13) Chin Peng enggan membenarkan kesetiaan PKM disiasat terlebih dahulu sebelum memulakan kehidupan baru. 14) Tunku Abd. Rahman menolak tawaran tersebut dan pertemuan ini menemui kegagalan 15) Walau bagaimanapun beliau bersedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa sahaja jika PKM berubah fikiran. 16) Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebelum undang-undang darurat ditamatkan.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS HURAIAN PERTEMUAN BALING 17) Usaha membanteras komunis diteruskan selepas merdeka. Akhirnya, pada 31 Julai 1960, kerajaan mengisytiharkan tamatnya darurat yang berlangsung selama 12 tahun.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN POLITIK 1) Undang-undang Darurat a) Akibat kekejaman dan keganasan komunis, Kerajaan menguatkuasakan Undang-undang Darurat pada tahun 1948. b) Pihak British mengembil kesempatan menggunakan undang-undang untuk membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun gerakan tersebut bukan berfahaman komunis

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN POLITIK 2) Melonggarkan Syarat Kerakyatan a) Syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu dilonggarkan pada 1952. b) Tujuannya untuk menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN POLITIK 3) Mempercepat Kemerdekaan a. Darurat mendorong British mempercepat langkah memberikan taraf berkerajaan sndiri kepada penduduk tempatan. b. Sebelum Pertemuan Baling, British berjanji akan menyegerakan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu. c. Melalui pemberian kemerdekaan PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN POLITIK 4. Penubuhan MCA a. Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan sebagai usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan. b. Kesannya Orang Cina mula memberikan kerjasama bagi menentang komunis. c. Usaha ini berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan yang menganggap semua orang Cina ialah pengganas komunis.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN EKONOMI 1. Keganasan Komunis a. Menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian secara aman. 2. Kemusnahan a. Kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan ekonomi negara. b. Kerajaan membelanjakan $250,000 – $300,000 sehari semasa darurat. c. Selama 12 tahun darurat, kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi membeli peralatan ketenteraan mengukuhkan pertahanan.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN EKONOMI 3. Pasukan Keselamatan a. Kerajaan memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis dan Home Guard untuk melindungi dan menjamin keselamatan rakyat. 4. Kawasan Luar bandar Kurang Membangun. a. Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar Bandar. b. Perhatian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terpaksa dikurangkan kerana lebih menumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru.

a) Darurat menyebabkan ramai anggota pasukan KESAN DARURAT KESAN HURAIAN SOSIAL 1) Terkorban a) Darurat menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban. b) Pada akhir tahun 1950-an, jumlah orang awam dan tentera yang terkorban serta cedera ialah 21,231 orang. c) Seramai 6,133 orang pengganas komunis telah terkorban.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN SOSIAL 2) Kesengsaraan a. Peperangan menentang pengganas komunis membawa kesengsaraan kepada kehidupan rakyat selama 12 tahun.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN SOSIAL 3) Aktiviti Terjejas a. Penduduk sukar bergerak dan memperoleh bekalan makanan kerana terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan. b. Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian. c. Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung. d. Catuan bekalan makanan menyebabkan mereka bergantung kepada makanan seperti ubi dan keledek, sama seperti zaman Jepun.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN SOSIAL 4) Penubuhan CLC a. Kerjasama antara kaum dilaksanakan melalui Community Liaison Commite (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara kaum pada 1949. b. Matlamat CLC ialah menjalin hubungan erat antara penduduk berbilang kaum.

KESAN DARURAT KESAN HURAIAN SOSIAL 5. Dasar Pelajaran Kebangsaan a. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu dilaksanakan. b. Penggunaan bahasa Pengantar yang sama dapat memupuk persefahaman antara kaum. c. Kandungan sukatan pelajaran yang berorientasikan tempatan dapat memupuk perasaan cinta akan tanah air.

RUMUSAN

1. Sejak darurat diisytiharkan, kerajaan mengambil langkah menghapuskan ancaman Pengganas komunis. 2. Pada permulaan darurat, kerajaan menangani ancaman komunis secara kekerasan tanpa melibatkan rakyat. 3.Perang saraf membuktikan sokongan dan kerjasama rakyat penting bagi menentang komunis. 4. Tanpa sokongan rakyat, komunis sukar dibanteras. 5. Rakyat bersama-sama kerajaan bertanggungjawab memulihkan keamanan dan kesejahteraan. 6. Kerjasama ini diumpamakan ”Bulat air kerana Pembentung, Bulat manusia kerana Muafakat”

SEKIAN TERIMA KASIH Semoga beroleh keberkatan-Nya