MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918) a)Huraikan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama pada 1914-1918. Nasionalisme- Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah. Negara - Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar. Jajahan - Kuasa-kuasa besar berlumba-lumaba mendapatkan tanah jajahan. Bukti - Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing. Pakatan - Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Ekonomi - Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi. Ferdinand - Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia. Serbia - Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Perancis - Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain. Britain - Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman. Amerika - Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.
b)Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama? Beraja - Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah. Versailles- Termerainya Perjanjian Versailles. Negara - Terbentuknya beberapa buah negara baru di Eropah. Liga - Pembentukan Liga Bangsa. Inflasi - Inflasi dan pengangguran. Hutang - Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang . Pasaran - Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Nyawa - Kehilangan nyawa yang banyak.
PERANG DUNIA KEDUA (1942-194) a) Kesan-kesan daripada Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah mengakibatkan berlakunya Perang Dunia Kedua(1939-1945). Jelaskan. Versailles - Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama. Kecewa - Pemimpin Jerman kecewa dengan Perjanjian Versailles kerana kehilangan tanah jajahannya,terpaksa membayar pampasan yang tinggi dan diarahkan mengurangkan saiz tenteranya. Ingkar - Adolf Hitler mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera yang besar. Meleset - Kemelesetan ekonomi dunia. Enggan - Amerika enggan menyediakan pinjaman kepada Jerman. Hutang - Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan. Tentera - Negara-negara eropah yang mengurangkan peruntukan ketenteraan memberi peluang kepada Jerman mengukuhkan ketenteraan. Alih - Jerman menjalankan perluasan kuasa untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. Politik - Perubahan politik di Eropah dan Asia. Komunis - Pihak komunis berjaya mengalahkan pihak lawan dalam Perang Saudara Rusia. USSR - Lenin mengukuhkan ideologi komunis dengan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Itali - Itali menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis. Jepun - Jepun ingin membebaskan negara di Timur daripada penjajahan Barat dengan menguasai negara-negara itu.
b)Sebutkan kesan-kesan langsung akibat Perang Dunia Kedua. Jerman - Negara Jerman terbahagi kepeda Jerman Barat dan Jerman Timur. Runtuh - Runtuhnya sistem imperialisme Barat. Merdeka – Kemerdekaan tanah jajahan daripada kuasa –kuasa besar Eropah. Ekonomi – Negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan ekonomi penjajah. PBB - Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa. Korban - Jumlah korban nyawa yang tinggi. Sedar - Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kedamaian. Blok - kemunculan blok dunia. Dingin - Berlakunya perang dingin.
KEMUNCULAN BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN. a) Apakah maksud blok dunia? Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk menjaga kepentingan ahli. Blok ini tampil dalam dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.
b)Nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan blok dunia. Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan kuasa antara blok kapitalis dan blok komunis. Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan masing-masing. Berusaha menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
c)Mengapakah berlakunya Perang Dingin? Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan antara blok kapitalis yang di ketuai oleh Amerika dengan blok komunis yang di ketuai oleh Soviet Union. Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata. Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia. Mahu memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia.
d)Nyatakan kesan-kesan perang dingin terhadap perkembagan dunia. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pembentukan blok kapitalis dan blok komnis. Penubuhan pakatan NATO,WARSAW dan SEATO. Berlakunya perlumbaan senjata. Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri. Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau.
Selamat – Menjamin keselamatan rakyat dan negara. DASAR LUAR MALAYSIA. a) Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya? Selamat – Menjamin keselamatan rakyat dan negara. Pelihara – Memelihara kepentingan nasional. Daulat - Mengekalkan kedaulatan negara. Maju - Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Aman - Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Global - Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
b)Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia. Faktor sejarah. Melaka – Hubungan perdagangan dengan China,Arab Saudi,Siam dan negeri di Kepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Rumpun – Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu. Komanwel- Menyertai pertubuhan Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara Komanwel. komunis – Mengamalkan dasar pro-Barat kerana ancaman komunis. 2.Faktor ekonomi. Bebas – Mengamalkan pasaran bebas. Maju - Menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi. Pengeluar – Malaysia negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Modal - Mengharap pasarandan modal dari Amerika dan Britain. Pelaburan - Menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea. Pasaran - Meningakatkan pasaran barangan Malaysia dan mengadakan pelaburan di Negara Membangun dan Negara Islam.
3.Faktor Politik. Demokrasi – Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Berhak - Berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Kedaulatan – Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain. Palestin - Menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Piagam - Berpegang kepada piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang memelihara keamanan dunia. Sokong - Menyokong resolusi PBB bagi mengekalkan keamanan dunia. 4. Faktor Geografi. Strategik - Kedudukan yang strategik. Sempadan – Bersempadan dengan kebanyakkan negara di rantau ini. Laluan - Perairannya menjadi laluan pedagang. Kesan - Keselamatan negara serantau memberi kesan kepada Malaysia. 5. Demografi. Islam – Menjalin hubunga diplomatikdengan negara Islam. Israel – Tidak mengadakan hubungan dengan israel yang menindas rakyat Palestin. Afrika – Tidak mengadakan hubungan dengan Afrika Selatan yang mengamalkan dasar Aparthied.
DASAR LUAR MALAYSIA /TAHAP PERTAMA DASAR LUAR MALAYSIA /TAHAP PERTAMA. a) Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama. Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara. Keperluan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel. Konfrantasi denganIndonesia. Terputusnya hubungan dengan Filipina. Keluarnya Singapura daripada Malaysia. Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi. Malaysia adalah blok sterling. Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah. Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia.
Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia. b)Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia kearah memupuk hubungan luar dengan negara jiran pada tahun 1960-an? Menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) bersama Thailand dan Filipina pada tahun 1961. Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia. Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Malaysia merupakan anggota blok sterling. c)Nyatakan sebab-sebab Malaysia bergantung kepada Britain pada mula-mula negara mencapai kemerdekaan. Malaysia merupakan anggota blok sterling. Malaysia masih memberi tumpuan kepada bijih timah dan getah. Mengharapkan permintaan bahan mentah daripada Britain. Pelabur Britain menguasai perladangan dan perindustrian di Malaysia.
Mengamalkan pasaran bebas. d)Sebutkan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengurangkan penggantungan negara kepada Britain. Mengamalkan pasaran bebas. Membina rangkaian perdagangan dengan negara Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat. Mencari pasaran baru di negara lain.
Berbaik-baik dengan semua negara. DASAR LUAR MALAYSIA/TAHAP KEDUA. a) Apakah bentuk dasar luar Malaysia pada tahap kedua? Dasar Berkecuali. Berbaik-baik dengan semua negara.
Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris –Tanah Melayu) b)Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara menjelang tahun 1970-an. Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris –Tanah Melayu) Kurangnya pengaruh Britain di Timur. Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China.
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. c)Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan oleh Malaysia dalam mencapai matlamat dasar berkecuali. Mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN. Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. Menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara. Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam. Mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia.
Berbaik dengan semua negara. AMDA kurang memainkan peranannya. d)Mengapakah penggubalan dasar luar Malaysia pada tahap kedua lebih kepada dasar berkecuali. Berbaik dengan semua negara. AMDA kurang memainkan peranannya. Kurangnya pengaruh Britain di Timur. Pergolakan di Vietnam melibatkan Amerika Syarikat dan China. Perisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis. Menjalin hubungan dengan Vietnam untuk mengatasi masalah pelarian Vietnam di negara ini.
Mengekalkan dasar-dasar tahap kedua. DASAR LUARMALAYSIA /TAHAP KETIGA. a)Apakah bentuk hubungan luar yang dilaksanakan oleh Malaysia pada tahap ketiga? Mengekalkan dasar-dasar tahap kedua. Memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan kepada isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan di kalangan Negara Membangun.
b)Berikan usaha-usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar Malaysia pada tahap ketiga. Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN. Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur. Mempertingkatkan hubungan duahala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan,Carribean dan Pasifik Selatan. Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri. Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak. Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.
c)Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan dasar luar Malaysia pada tahap ketiga lebih kepada dasar bermatlamatkan kepentingan ekonomi. Kepentingan ekonomi berkaitan perdagangan,pelaburan,pembangunan di kalangan negara membangun. Menekankan kerjasama ekonomi dengan negara ASEAN. Dasar Pandangan ke Timur pada 1982 menjadikan Jepun dan Korea sebagai model. Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika,Amerika Syarikat, Carribean dan Pasifik Selatan melalui perjanjian perdagangan. Hubungan politikdan perdagangan dengan negara Dunia ketiga.
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA. a)Apakah faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota komanwel. Pertahanan – Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekatperjuangan Parti Komunis Malaya. Bantuan - Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain ,Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi. Kerjasama – Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel. CHOGM - Mesyuarat COGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Anjur - Menganjur mesyuarat CHOGM. Langkawi - Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran. Aparteid - Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid. Cukai - Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah. Colombo - Rancagan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Sukan - Berjaya menganjurkan Suakan Komanwel 1998.
b)Huraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bantu - Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Congo - Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo. Namibia – Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Iran - Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq. Kampuchea – Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea. Bosnia - Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. Aparteid – Menentang dasar aparteid. Antartika – Menyarankan agar benua antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara. Bank - Menjadi ahli Bank Dunia. Dadah - Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Majlis - Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB. Razali - Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB. Myanmar - Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar . Palestin - Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.
NEGARA-NEGARA SELATAN. a)Apakah Negara Selatan? Dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga. Mempunyai persamaan dari segi latar belakang ekonomi. Pernah dijajah oleh kuasa Barat.
b)Senaraikan ciri-ciri Negara Selatan. Pernah dijajah oleh kuasa Barat. Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Tidak mempunyai kepakaran. Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap. Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil. Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju. Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan.
c)Berikan matlamat penubuhan Negara-Negara Selatan. Mengatasi harga eksport bahan mentah. Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dikalangan negara anggota. Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.
d)Senaraikan peranan Malaysia dalam Negara-Negara Selatan. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan. Menubuhkan kumpulan 15. Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada 1990. Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. Menubuhkan Pusat Pertukaran DataPlaburan Perdagangan dan Teknonogi Selatan di Kuala Lumpur. Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global. Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
Sempadan - Dunia tanpa sempadan. CABARAN MASA DEPAN. a)Apakah cabaran globalisasi yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia? Sempadan - Dunia tanpa sempadan. Komunikasi – Proses komunikasi manusia antara sebuah negara dengan sebuah negara lain berlaku dengan pantas. ICT - Kepentingan ICT. Kekayaan - Pengukuran kekayaan negara berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan. Sumber - Modal intelek dan pekerja yang berpengetahuan menjadi sumber paling berharga. Masyarakat – Mewujudkan K-masyarakat.
b)Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi. ICT - Menyediakan frasarana ICT. Promosi – Mempromosikan penggunaan ICT. MSC - Melancarkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiara digital. Peruntukan – Memperuntukkan belanjawan sebanyak RM 5.2 bilion bagi projek berasaskan ICT. Agih - mengagihkan RM 1 bilion daripada peruntukkan itu untuk program luar bandar. Penyelidikan – Menyediakan peruntukan kepada penyelidik dan pembangunan penciptaan baru dan pendaftaran paten. Galak - Menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru. Wawasan - Menubuhkan sekolah wawasan bagi meningkatkan daya saing. Bestari - Sekolah bestari dilengkapkan dengan frasarana teknologi maklumat. Kurikulum - Kurikulum diubahsuai dan di bentuk semula agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitis.
a)Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Merujuk kepada kaedah serta peralatan yang membolehkan komunikasi berlaku dengan pantas , mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan.
Menyediakan frasarana bagi merebut peluang dan faedah daripada ICT. b)Nyatakan langkah-langkah yang diusahakanoleh Malaysia bagi memenuhi kepentingan ICT. Menyediakan frasarana bagi merebut peluang dan faedah daripada ICT. Mempromosikan penggunaan ICT. Merancang pembinaan frasarana ICT untuk pembangunan jangka panjang. Melancarkan Projek Koridor Raya Multimedia.
c)Apakah tujuan kerajaan melancarkan projek Koridor Raya Multimedia. Memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat. Memulakan e–pendidikan,pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Menggalakkan perkembangan ICT. Menggalakkan penggunaan ICT secara positif. Pelaksanaan ekonomi berlandaskan k-ekonomi berjalan lancar. Membangunkan ekonomi negara. Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi. Melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
K-ekonomi mampu meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan. d)Mengapakah kemajuan dan kekayaan sesebuah negara pada era globalisasi diukur berdasarkan k-ekonomi? K-ekonomi mampu meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan. Mewujudkan industri berasaskan ilmu pengetahuan. K-ekonomi menjana keuntungan dan kemajuan perniagaan. Membka peluang pekerjaan. Mewujudkan perkongsian pintar. K-ekonomi menghasilkan modal intelek. Melahirkan semangat dan daya saing yang tinggi.
a)Apakah maksd k-ekonomi? Ekonomi berlandaskan pengetahuan. Merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
b)Senaraikan syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan k-ekonomi. Modal intelek. Pekerja berpengetahuan. Semangat dan daya saing yang tinggi. Industri yang berasaskan ilmu pengetahuan. Inovasi. Penyelidikan dan pembangunan.
c)Nyatakan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan kearah mewujudkan k-masyarakat. Penubuhan sekolah wawasan untuk memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing. Mewujudkan sekolah bestari yang dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat. Mengubahsuaikan kurikulum agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitis.
d)Apakah matlamat karajaan berusaha mewujudkan k-masyarakat. Melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi. Tenaga kerja yang bermotivasi tinggi. Berkemahiran tinggi. Dapat menyahut cabaran globalisasi. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.