Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Taksonomi Pelaburan Awam

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Taksonomi Pelaburan Awam"— Transcript presentasi:

1 Taksonomi Pelaburan Awam
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN Kuliah 2 Taksonomi Pelaburan Awam MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

2 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Pengenalan Projek pelaburan awam dilaksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya Rancangan Malaysia Pertama (RMP) bertujuan untuk: mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, mengurangkan pengangguran dan menyamaratakan agihan pendapatan dan kekayaan. Matlamat-matlamat ini berubah mengikut rancangan Malaysia. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

3 Pelaburan Awam Langsung dan Tak Langsung
Pelaburan langsung ialah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam. Contoh: pembinaan hospital dan klinik. Pelaburan tak langsung melibatkan aktiviti pelaburan kerajaan secara tak langsung samada melalui pelaburan ekuiti atau fizikal. Penyertaan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti pelaburan adalah melalui syarikat-syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan tertentu. Contoh: Khazanah Nasional, Petrolium Nasional (PETRONAS) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

4 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Tren Pelaburan Awam MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

5 Ciri-Ciri Pelaburan Awam
Saiz Pelaburan. Pembiayaan dan peruntukan yang tinggi. Pulangan dan faedah. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

6 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Saiz Pelaburan Kebanyakan projek pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berskala besar kerana skop penggunaan adalah luas. Oleh kerana pelaburan awam berskala besar, maka kerajaan yang menyediakan projek ini dianggap sebagai monopoli. Contoh: projek penyediaan tenaga elektrik dipertanggungjawabkan kepada Tenaga Nasional. Tenaga Nasional dapat menghasilkan tenaga elektrik dalam jumlah yang besar. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

7 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Saiz Pelaburan Skala pengeluaran yang besar membolehkan kerajaan mengenakan caj yang rendah kepada pengguna. Skala pengeluaran dalam pelaburan swasta ditentukan oleh mekanisma pasaran iaitu berasaskan kepada interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap sesuatu produk. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

8 Pembiayaan dan Peruntukan
Kebanyakan projek-projek awam memerlukan jumlah pelaburan yang besar. Kos ini tidak mampu dibiayai oleh sebuah firma. Komitmen terhadap pembiayaan tersebut melibatkan tempoh yang lama. Contoh: pembinaan universiti MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

9 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Pulangan dan Faedah Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan mengambil masa yang lama untuk memberi apa-apa hasil. Faedah daripada projek pelaburan awam akan mengalir beberapa tahun sehinggalah projek tersebut ditamatkan atau diberhentikan. Dua jenis faedah pelaburan awam: faedah nampak (tangible benefit) dan faedah tak nampak (intangible benefit). MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

10 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Pulangan dan Faedah Faedah nampak ialah sebarang faedah yang terhasil daripada projek pelaburan dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Faedah tak nampak merupakan semua bentuk faedah yang tidak dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai dalam bentuk bukan kewangan. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

11 Jenis-Jenis Pelaburan Awam
Pelaburan baru. Pelaburan penggantian. Pelaburan pembesaran Pelaburan penambahan MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

12 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Pelaburan Baru Pelaburan awam untuk projek baru ialah perbelanjaan kerajaan bagi membina dan mewujudkan sesuatu yang baru iaitu belum diwujudkan sebelumnya. Contoh:Projek rel berkembar, projek jambatan Pulau Pinang yang pertama dan kedua merupakan dua contoh projek baru kerajaan. Projek-projek pelaburan yang dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga merupakan kategori projek baru. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

13 Pelaburan Penggantian
Pelaburan awam yang dikelaskan sebagai projek penggantian adalah projek yang dijalankan oleh kerajaan bagi menggantikan projek yang sedia ada. Antara faktor yang menyebabkan berlaku projek penggantian adalah keselamatan, ketakcekapan projek sedia ada disebabkan saiz dan teknologi yang ketinggalan zaman, kos penyelenggaraan yang meningkat, lokasi yang tidak strategik dan keperluan masa. Contoh: Pembinaan sekolah baru di tapak sekolah lama merupakan projek penggantian apabila sekolah lama dirobohkan. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

14 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Pelaburan Pembesaran Projek pelaburan awam bagi jenis pembesaran melibatkan usaha kerajaan untuk meningkatkan dan memperluaskan keupayaan projek yang sedia ada melalui proses pengubahsuaian. Keluasan sebuah universti dipertingkatkan untuk membolehkan pihak universiti menambahkan bangunan yang sedia ada disebabkan keperluan dan permintaan terhadap pendidikan tinggi meningkat. Jalan raya dua lorong ditambah menjadi empat lorong dan projek menaiktaraf Tambak Johor merupakan contoh pelaburan awam dalam kategori pembesaran. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

15 Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009
Pelaburan Penambahan Projek pelaburan awam dalam kategori penambahan ialah sebarang bentuk projek yang dibangun dan dibina bagi memberi tambahan kepada projek yang sedia ada. Bilangan universiti ditambah merupakan projek tambahan universiti. Pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua merupakan projek penambahan. Sepertimana projek pembesaran, projek penambahan ini juga akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan sesuatu projek untuk kegunaan masyarakat. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

16 Perbelanjaan Pelaburan
Perbelanjaan modal atau perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan yang diperuntukkan untuk tujuan perlaksanaan pelaburan langsung kerajaan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. Perbelanjaan semasa atau perbelanjaan bukan pembangunan adalah perbelanjaan bagi semua kategori perbelanjaan untuk tujuan pentadbiran dan pertahanan. Tujuan perbelanjaan ini untuk meneruskan aliran barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

17 Perbelanjaan Pelaburan
Tahun Perbelanjaan semasa Perbelanjaan modal 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 20075 20185 21212 22982 25026 28296 32075 32217 35064 36573 43865 44665 44585 46699 56547 63757 68699 75224 6949 4111 4045 5701 7932 8397 8418 9120 9974 12520 12600 14445 17128 21463 25032 34232 35069 38508 MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009

18 Jenis-Jenis Perbelanjaan Pelaburan
Sektor keselamatan Sektor perkhidmatan sosial Sektor perkhidmatan ekonomi MGF Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM /2009


Download ppt "Taksonomi Pelaburan Awam"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google