JIHAD DALAM ISLAM DAN DIALOG PERADABAN Amaludin Ab.Rahman

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
TOLERANSI DALAM BERAGAMA
Advertisements

Pendidikan Agama Islam
Disusun Oleh : Kelompok 6
PENDAHULUAN  marak terjadi aksi yang mengatasnamakan gerakan islam namun cara mengapresiasikanya memperlihatkan bahwa mereka bukan islam.  Dalam ajaran.
Pendidikan Agama Islam
menemukan akar sejarah terorisme, jihad atau perang suci
Jihad Oleh: Kelompok 6 Atit Nurlatifah Eka Mardiana Fitri Sriyanti
TASAWWUR ISLAM II BAB: HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM
hijrah nabi muhammad Saw ke madinah dan piagam madinah
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA (IUS 4183)
PERJANJIAN AQABAH.
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA
Politik dalam Islam Pegangan Guru. Politik dalam Islam Rumusan Masalah 1.Apa itu politik islam? 2.Nilai-nilai dasar dalam politik islam? 3.Apa itu negara.
BAB 3 : PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.
Sistem Politik Islam Merda Arvita Siwi ( )
Assalamualaikum.
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
TOLERANSI SEBAGAI ALAT PEMERSATU BANGSA
PELAJARAN 10:KELEBIHAN PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
Masyarakat tidak menerima kebenaran
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Masyarakat tidak menerima kebenaran
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
PELAJARAN 9:ISU , MASALAH DAN CARA PNYELESAIAN MENURUT ISLAM
BAB 4 : KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN R.A.
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
Masyarakat tidak menerima kebenaran
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Hakikat keimanan dan buahnya
BAB 4 KONSEP JIHAD DALAM ISLAM
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
UNIT 10 : BERSATU PADU MENGHADAPI CABARAN
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM.
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
JIHAD FI-SABILILLAH TERAS KEDAULATAN UMMAH
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT
PAS PENGENALAN AM.
PENGARUH ASING YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
1- Alam Sekitar 2- Jihad dan Keganasan 3- Islam dan Sains
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
Isu-Isu Semasa Pengenalan
A] Mengapakah zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
BAB 5 : KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB R.A.
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Diploma Pengajian Islam (DPI)
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Transcript presentasi:

JIHAD DALAM ISLAM DAN DIALOG PERADABAN Amaludin Ab.Rahman Seruan jihad merupakan ajaran suci untuk memotivasikan diri melalui perjuangan yang suci murni, penuh pengorbanan jiwa raga, harta benda dan kekayaan untuk mendapat keredaan Allah SWT dalam kehidupan dan menikmati balasan baik dan pahala berganda. Seruan jihad yang sebenar adalah berpaksikan kepada ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.

PENGERTIAN DAN KONSEP JIHAD Jihad dari segi bahasa berasal dari kata al-Juhd yang bermaksud upaya, kesungguhan dan kesusahan. Selain daripada itu jihad yang berasal dari kata jahada yajhadu,jahdan yang juga sama dengan jadda membawa erti bersungguh dan berusaha sedaya yang mungkin. Dalam erti kata yang luas jihad dapat difahami sebagai usaha bersungguh-sungguh dan menghadapi segala kesusahan dengan segala kemampuan termasuklah memerangi hawa nafsu dan syaitan dan musuh yang nyata seperti orang-orang yang memusuhi Islam. Dari segi istilah, jihad adalah sebarang usaha seseorang Islam bertujuan untuk menegakkan agama dan seterusnya mendapat keredaan Allah. Jihad diertikan juga sebagai menyumbang tenaga untuk mempertahankan dan menyebarkan agama Islam. Jihad adalah usaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan segala perintah Allah. Konsep jihad yang digambarkan dalam al-Quran pelbagai situasi dan bentuk seperti jihad melawan musuh yang nyata, jihad melawan syaitan dan jihad melawan nafsu. Jihad melawan musuh yang nyata adalah memerangi orang kafir dan munafik sama ada dengan hati, lisan,harta dan jiwa. Di samping itu, memerangi perbuatan zalim, memerangi perbuatan mungkar dan bidaah juga termasuk dalam jihad

SALAH FAHAM TENTANG JIHAD Islam sejak dari dahulu lagi telah dilabelkan dengan pelbagai tohmahan dan gelaran. Islam digambarkan sebagai agama fanatik, taksub, ekstrem, subversif, ganas atau ‘ terroris’. Kemunculan tohmahan tersebut adalah berkait rapat dengan perjuangan sebilangan umat Islam yang berkaitan dengan perjuangan pembebasan bumi Palestin. Wujud pelbagai kumpulan seperti Hamas, Jihad dan Briged al-Aqsa. Selain itu, terdapat kumpulan Hizbullah dan Syiah termasuk juga al-Qaeda. Perjuangan sedemikian rupa wujud kerana pencabulan golongan Yahudi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan seterusnya sehinggalah terbentuknya negara Israel pada tahun 1948. General Aerial Sharon merupakan pemimpin Israel yang terlibat secara langsung dengan peristiwa pembunuhan orang Islam di Syabra dan Syatila. Beliau berhasrat untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pemerintahan Israel. Keangkuhan Israel mendapat perlindungan dan sokongan daripada Presiden Amerika Syarikat (George Bush dan Bill Clinton) serta sekutu mereka iaitu Britian.

SALAH FAHAM TENTANG JIHAD Sejak akhir-akhir ini kekeliruan tentang Keganasan atau ‘terrorism’ sering kali disalahertikan dan dikaitkan dengan Jihad. Islam dikatakan sebagai agama yang ganas. Tambahan pula, Nabi Muhammad S.A.W dianggap sebagai pemimpin yang membawa ajaran keganasan kepada pengikutnya. Keganasan boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah yang bertentangan dengan undang-undang, pengeboman, pembunuhan, penculikan, rampasan kapal terbang dan sebagainya. Perbuatan ini melibatkan kemusnahan dan kerosakan harta benda termasuk kematian mereka yang tidak ada kaitan mengena dengan permasalahan konflik yang berlaku. Perbuatan tersebut dilakukan dengan teratur dan sulit. Dengan cara ini masyarakat akan rasa takut dan tidak tenteram.

SALAH FAHAM TENTANG JIHAD Tindakan segelintir golongan orang Islam yang bukan majoriti merupakan tindak balas atas kezaliman yang dilakukan oleh Barat sendiri. Dalam apa jua keadaan, Islam amat mengambil berat tentang perdamaian. Jihad adalah berasaskan kepada etika peperangan yang adil jika ianya patut dilakukan berasaskan kepada tujuan yang dibenarkan oleh agama. Tujuan jihad adalah mempertahankan diri dari musuh dan kedaulatan negara dari pencerobohan. Peperangan adalah merupakan langkah terakhir setelah cara damai tidak mencapai penyelesaian. Seruan jihad adalah untuk mempertahankan diri dan tidak memulakan peperangan terhadap orang lain. Peperangan boleh berlaku adalah untuk serangan balas setelah di perang dengan tujuan untuk mempertahankan diri. Ini jelas seperti yang berlaku terhadap golongan kafir Quraisy yang memusuhi Islam. Ini terkandung dalam Piagam Madinah yang disepakati oleh golongan orang-orang Yahudi. Peperangan boleh berlaku kerana ada kezaliman dan penindasan.

DIALOG PERADABAN Dialog peradaban antara tamadun merupakan satu cara untuk memurnikan salah faham yang berterusan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat pengisytiharan bahawa tahun 2001 merupakan Tahun Dialog Tamadun. Usaha ini perlu dilakukan bagi menangani pelbagai salah faham, kezaliman,penindasan dalam dunia masa kini. Usaha untuk menjalinkan hubungan baik dan mengurangkan prejudis perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham yang berpanjangan dalam masyarakat dunia.

KESIMPULAN Jihad merupakan seruan untuk berkorban di jalan Allah bertujuan untuk menjaga kesucian agama Islam. Kalimah jihad merupakan kalimah suci untuk memantapkan diri agar semua umat Islam terus mengabdikan kepada Allah SWT. Kalimah jihad bukanlah semata-mata dikaitkan dengan peperangan kerana Islam amat mementingkan perdamaian dan keamanan sejagat. Salah faham dan persepsi negatif yang timbul berkaitan dengan jihad adalah tidak mewakili kefahaman majoriti umat Islam. Dalam apa jua keadaan, dunia Barat dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka menyumbang kepada perbuatan terdesak daripada golongan yang lemah untuk bertindak di atas keegoan dan ketidakadilan melalui tindakan yang berlaku kerana kerakusan kuasa yang ditonjolkan oleh Barat. Dialog peradaban antara Islam dan Barat merupakan cara terbaik untuk menghadapi cabaran dunia dan menyelesaikan konflik yang berlaku masa kini, demi memartabatkan keamanan dan ketenteraman dunia sejagat.