MENU UTAMA RENJATAN KERACUNAN TIDAK SEDAR DIRI Sila buat pilihan
RENJATAN Merupakan keadaan di mana sistem peredaran darah terganggu yang menyebabkan tisu-tisu tidak memperolehi oksigen yang mencukupi. Bagaimana berlaku : - Tumpahan darah atau plasma yang banyak - Kesakitan yang amat sangat, cedera parah - Kehilangan cecair dalam tubuh seperti cirit-birit, muntah dan sebagainya - Suntikan, sengatan serangga atau patukan ular - Disebabkan oleh penyakit dan juga sakit jantung
TANDA-TANDA / GEJALA - Pucat pada kulit, bibir dan kelopak mata - Peluh sejuk dan dahaga - Denyutan nadi menjadi cepat - Nafas cepat dan sesak - Terasa loya dan hendak muntah - Pandangan kabur, berpusing-pusing - Hendak pengsan dan pandangan gelap
RAWATAN Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki. Pastikan punca dan sebabnya. Miringkan muka pesakit ke kiri atau ke kanan. Longgarkan pakaian pesakit yang ketat
Selimutkan pesakit. Tahan darah jika pesakit cedera. Basahkan bibir pesakit (jika haus), jangan beri minuman jika terdapat pendarahan. Hantar pesakit ke hospital segera.
RENJATAN ANAPHYLACTIC - Nama yang diberi kepada reaksi alergik yang teruk dalam badan. - Sejenis penyakit yang teruk, berpotensi ke arah kematian dalam tempoh beberapa saat atau minit. - Terjadi kepada individu yang sensitif terhadap : - suntikan ubat tertentu - sengatan sesuatu jenis serangga - pengambilan sesuatu jenis makanan tertentu
RAWATAN 1. Dapatkan bantuan ambulan 2. Dudukkan mangsa dan ampu belakangnya. Ini akan dapat melegakan sesak nafas 3. Jika mangsa pengsan, periksa denyutan nadi dan pernafasannya. Bersedialah untuk melakukan pemulihan pernafasan (jika perlu).
KERACUNAN Apakah racun Cara-cara kemasukan racun Tanda-tanda dan Gejala Jenis-jenis Keracunan Rawatan Am
APAKAH RACUN Racun didefinisikan sebagai sebarang benda sama ada pepejal cecair atau gas apabila diserap oleh badan dengan apa cara sekali pun dalam kuantiti tertentu. Rekreasi kimianya akan merosakkan struktur tubuh dan mengganggu fungsi tubuh atau memusnahkan kehidupan Keracunan didefinisikan sebagai keadaan gangguan tubuh atau penyakit yang dihasilkan akibat dari pengambilan racun
CARA-CARA KEMASUKAN RACUN 1. Melalui mulut - memakan atau meminum apa jua jenis racun (pepejal atau cecair) 2. Sedutan - melalui rongga hidung atau mulut (gas beracun dan aerosal) 3. Serapan - melalui kulit yang melelas atau terluka 4. Suntikan - penggunaan dadah atau ubatan secara suntikan
TANDA-TANDA DAN GEJALA Ianya bergantung kepada kumpulan racun yang terlibat namun sebagai panduan kasar, perhatian boleh diberi kepada tanda-tanda berikut : Muntah-muntah Meracun Sawan Sesak nafas Kesan terbakar Renjatan Pengsan-maut
Jenis-jenis Keracunan 1. Keracunan Dadah - mengambil ubat yang berlebihan secara tidak sengaja dan juga secara sengaja atau penyalahgunaan dadah. 2. Keracunan Industri - berlaku di tempat kerja akibat kebocoran, kegagalan sesebuah loji kimia atau suatu kemalangan besar. 3. Keracunan Alkohol 4. Tumbuh-tumbuhan Beracun - mengakibatkan keracunan atau sakit yang serius apabila dimakan 5. Keracunan Makanan
RAWATAN Bersihkan mulut pesakit daripada benda-benda asing Berikan ruang untuk pernafasan Periksa nafas pesakit
Periksa nadi pesakit Jika tidak sedarkan diri, letakkan pesakit dalam kedudukan pemulihannya. Jika pesakit tidak bernafas dan denyutan nadinya terhenti lakukan pemulihan kardiopulmonari
TIDAK SEDAR DIRI Tidak sedar keadaan sekeliling kerana ransangan deria bunyi dan deria sakit terjejas Tahap kesedaran terbahagi kepada: Mamai - Tiada tindakbalas ransangan deria bunyi. Hampir pengsan - Tiada tindakbalas ransangan deria bunyi dan deria sakit. Koma - Keadaan tidak sedar diri yang berpanjangan
SEBAB-SEBAB Tekanan darah tinggi Angin Ahmar (stroke) Serangan jantung (heart attack) Kencing manis Kecederaan di kepala
TANDA-TANDA DAN GEJALA Kehilangan daya kecerdasan yang singkat Mangsa kecederaan akan jatuh Denyutan nadi yang perlahan Warna kulit yang pucat Pening-pening
RAWATAN Baringkan pesakit ditempat yang teduh dan berudara.. Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki. Pastikan punca dan sebabnya.
Longgarkan pakaian pesakit yang ketat. Jika mangsa masih tidak sedarkan diri, letakkan mangsa dlm kedudukan pemulihan.
SEKIAN Disediakan Oleh : Syarifah Suzetti Syed Jaladin Ragayah Shariff Hasnita Hassan Norhayati Zainal Abidin