Panggilan untuk berdoa oleh Assemblies of God of Malaysia bersama denominasi lain dinegara kita
Ucapan Syukur Untuk mereka yang sudah mendahului kita, yang mengorbankan hidup mereka, membawa injil kepada negara kita, menterjemah Alkitab dan membawa sumber-sumber. Puji Tuhan kerana Dia daulat memerintah keatas semua negara, dan Dia akan daulat memerintah diatas Malaysia. Bersyukur kepada Tuhan kerana Dia membawa kebaikan dari situasi kejahatan. Didalam isu Allah, gereja telah bersatu - Tuhan yang bertanggungjawab.
Pertobatan Kita tidak hidup didalam kekudusan, dan banyak bertolak ansur akan dosa. Kita telah kehilangan kasih pertama. Kita takut akan goncanggan didalam negara ini kerana kita begitu selesa membina kerajaan kita sendiri dibumi ini. Kita kekurangan kasih untuk jiran-jiran kita, untuk negara kita (terhadap bangsa dan agama lain didalam negara etnik pelbagai). Kita hanya merungut dan tidak berdoa.
Pertobatan.. Sambungan Kita terlupa untuk melakukan urusan Bapa. Kita telah gagal untuk mengikut perintah suci Tuhan Yesus untuk PERGI! Dan memuridkan SEMUA bangsa. Kita sebagai Gereja, tidak menunjukkan contoh, banyak kekurangan dalam penyatuan dan kasih diantara satu sama lain, membuang banyak masa dalam pertelingkahan.
Doa Syafaat - Gereja untuk menjadi kudus, untuk menjadi suara kepada yang tidak boleh bersuara, membela keadilan dan kebenaran, untuk menjadi berani, untuk takut akan Tuhan dan bukannya manusia. untuk mengasihi satu sama yang lain, dan bersatu. berbelas – kasihan terhadap mereka yang hilang, terutamanya bangsa majoriti.
Doa Syafaat - Gereja: Pemimpin Agar pemimpin generasi kini akan menjadi berani, bijak dan boleh memimpin gereja nasional untuk menghadapi ribut. Agar pemimpin masa depan dibangkitkan, yang penuh Roh, bijak dan kudus, penuh dengan karunia dan kebenaran. Agar Roh Kudus dicurahkan keatas semua GerejaNya pada Pentekosta ini & menguatkan kita untuk melakukan semua yang diatas.
Doa Syafaat - Gereja Bumiputra Berdoa agar pemimpin yang kuat akan bangkit – kudus, bijak dan baik untuk memimpin gereja. Berdoa untuk sumber – sumber. Berdoa agar lebih ramai gembala akan dilatih untuk mengembala kambing domba mereka yang selalu digertak oleh serigala. Berdoa agar orang muda akan mengenali Tuhan secara peribadi.
Doa Syafaat - Negara: Keselamatan Pastor Raymond Koh dan lain – lain yang hilang – berdoa agar semua orang Kristian akan bersedia untuk mengangkat salib, dengan berani memberitakan injil dan berbuat perkara yang betul. Berdoa agar setiap RK yang jatuh, akan ada 10 lagi yang bangkit, kerana Tuhan akan membawa tuaian yang banyak untuk setiap titik darah yang dicurah untuk kebenaran. Rasuah – agar semua yang tersembunyi akan terbongkar; SPRM akan tetap berani, dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.
Doa Syafaat - Negara: PRU14 Berdoa agar orang yang benar akan dipilih sebagai calon yang baik tanpa mengira parti politik . Agar nilai moral negara akan dipulihkan. Untuk kematangan politik – agar orang yang baik akan dipilih yang tidak mempergunakan bangsa dan agama didalam politik. Penjawat Awam – berdoa agar lebih ramai lelaki dan wanita Kristian yang mahu berkhidmat didalam koridor kekuasaan.
Doa Syafaat - Negara: Ekonomi Berdoa agar polisi awam akan memberi manfaat kepada rakyat, dan kewangan akan dibelanjakan dengan bijak. Agar Malaysia tidak kehilangan keunggulan daya saing akibat aliran keluar pemikiran. Berdoa agar orang muda Kristian akan tetap tinggal dan berkhidmat. Agar kejatuhan nilai Ringgit tidak akan membawa kesusahan yang tidak wajar keatas rakyat, tetapi sebaliknya membuat mereka berpaling kepada Tuhan. (Yes. 19:19-22).
Doa Syafaat - Negara: Penyeludupan manusia dan pendatang asing Berdoa untuk perlindungan yang lebih menentang rasuah terutamanya yang melibatkan polis, RELA dan imigresen.Berdoa agar anak-anak mereka dapat bersekolah. Berdoa agar Gereja akan berada dibarisan hadapan keadilan sosial, dan bersuara serta menjadi suara keadilan kepada masyarakat tertindas ini.
Doa Syafaat - Rantau : ASEAN Ini adalah ulang tahun ke 50.Berdoa agar Yobel akan datang, dimana 6 dari 10 ahlinya disenaraikan dibawah 50 negara yang paling menindas orang Kristian. Berdoa agar gereja Malaysia akan menghantar 100 mubaligh kenegara-negara, memakmurkan jiran – jiran kita.
Doa Syafaat - Rantau : ASEAN Berdoa untuk keselamatan ASEAN, menghadapi pengganas Islam; perkembangan kejahatan. Berdoa untuk Brunai yang sedang menghadapi pelaksanaan Fasa 2 Hukum Hudud, yang melibatkan pemotongan tangan dan merotan. Kebangkitan melampau sekularisma, pluralisma relativisma dan keganasan yang memperlihat pemberontakan terhadap Tuhan yang semakin bertambah, mencerminkan akan akhir zaman. Berdoa agar diakhir zaman ini, gereja akan bangkit dan bersedia untuk menjadi setia, berkerasulan dan berkenubuatan sebagaimana dimasa kisah para rasul.
Tindakan – Berdoa agar Roh Kudus memperkuatkan kita: Agar doa membawa kita untuk bertindak; Untuk kehidupan pemuridan yang benar, mengangkat salib kita setiap hari dan mengikuti Yesus, bersedia untuk berkorban jiwa kita untuk mereka yang memerlukan injil; Untuk mengangkat setiap gereja untuk menjadi rumah doa untuk bangsa-bangsa, dan setiap orang Kristian sebagai wira doa.
Tindakan – Berdoa agar Roh Kudus memperkuatkan kita Untuk mengangkat 100 pekerja untuk negara-negara, disediakan untuk dihantar kedunia. “Berikan aku seratus orang yang tidak takut apa-apa kecuali dosa dan tidak mengingini apa-apa kecuali Tuhan, dan aku tidak kisah samada mereka pendita atau jemaat, mereka sahajalah akan menggoncang gerbang neraka dan menetapkan kerajaan Syurga dibumi.” John Wesley
Tindakan – Berdoa agar Roh Kudus memperkuatkan kita: Untuk mengangkat generasi Stefanus[Kpr. 7]. Untuk menyerah bagi memberitakan injil dengan berani, agar semua akan mengenali Yesus dan memperoleh keselamatan, dan menjadi saksi yang efektif akan kasihNya.
Doa Penutup & Deklarasi Iman “Oh Tuhan, apabila kami memanggil namaMU, tunjukanlah hal-hal yang besar,.. (Yeremia 33:3) Curahkanlah roh kudusMu keatas kami & biarlah kebangkitan bermula diatas negara kami apabila kami mencari mukaMu diseluruh negara ini didalam penyatuan, Oh Tuhan!”