Pendekatan Para Rasul Adalah dimaklumi bahawa dakwah yang berkesan memerlukan kepada suatu pendekatan yang bersesuaian dengan sasaran. Asas kepada keperluan.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KERUKUNAN UMAT BERAGAMA
Advertisements

Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
hijrah nabi muhammad Saw ke madinah dan piagam madinah
SUMBER HUKUM ISLAM.
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
Bro Mas-Yuri Mahyiddin
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Perjuangan Nabi Muhammad saw.
PERJANJIAN AQABAH.
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
METODE DAKWAH QS. AN-NAHL/16: 125 QS. AL-AHZAB/33: 21
SUDAHKAH ANDA SIAP??? BERKONSENTRASILAH!!!!!.
Dakwah Rasulullah SAW Periode Mekkah
ASSALAMU’ALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH
KODE D.11.2 TAFSIR SURAT ASY-SYU’ARA 214 OBJEK PENDIDIKAN
BAB 3 : PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.
Fifi Fitriani Laura Rachma Munyati Sulam Salwa Salsabila
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
Masyarakat tidak menerima kebenaran
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
JIHAD DALAM ISLAM DAN DIALOG PERADABAN Amaludin Ab.Rahman
AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
Masyarakat tidak menerima kebenaran
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
MODUL SIRAH NABAWIYAH.
Perundangan Zaman Rasulullah
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
Masyarakat tidak menerima kebenaran
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
JUAL BELI SALAM Definisi
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 26: KEJAYAAN RASULULLAH SAW MELETAKKAN ASAS AKIDAH YANG KUKUH.
KBM 4 AQIDAH ISLAMIAH BAB 1 : FIRAQ DALAM ISLAM
MODUL 7 KAUNSELING.
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Sesi 1 Qawaid Fiqhiyyah.
Ict dan media dalam pendidikan islam
Asas Psikologi & Kaunseling
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
KBD MODUL SIRAH NABAWIYAH.
ASAS PSIKOLOGI & KAUNSELING
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Tafsir Surah Al-Layl.
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
Sirah KBK 6 Modul 1.
A] Mengapakah zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat.
Tajuk 3 : INSTITUSI ISLAM.
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
Fiqh al-Ta’ayush dan al-Muwatanah Dalam Naratif Baharu Malaysia
Transcript presentasi:

Pendekatan Para Rasul Adalah dimaklumi bahawa dakwah yang berkesan memerlukan kepada suatu pendekatan yang bersesuaian dengan sasaran. Asas kepada keperluan ini merujuk kepada dua komponen utama dalam Dakwah Islamiyah iaitu 1.isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran 2. Cara untuk menyampaikan pengajaran tersebut.

Berdasarkan kedudukan tersebut, pendekatan adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia merupakan cara bagaimana pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya. Sesuatu pengajaran walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaiannya tidak betul. Tanpa pendekatan yang baik juga, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan memberi respon yang negatif terhadapnya walaupun isi yang disampaikan menarik dan bermutu.

Pendekatan yang hendak digunapakai dalam berdakwah mestilah suatu pendekatan yang bersesuaian dengan fitrah manusia atau dikenali sebagai pendekatan fitrah. Ini kerana agama Islam merupakan agama fitrah yang amat bersesuaian dengan fitrah manusia Pendekatan Fitrah ini terkandung dalam ayat al-Qur’an antaranya sepertimana Firman Allah S.W.T , maksudnya:  Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Terdapat tiga pendekatan utama dalam ayat tersebut iaitu: 1. al-Hikmah, 2. al-Mau’izah al-Hasanah (Nasihat yang baik) 3. dan al-Mujadalah billati hia ahsan (Berbahas/ berdiskusi dengan cara yang terbaik). Tiga pendekatan inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya sebagai Rasul. Ayat tersebut juga dengan jelas memerintahkan supaya dakwah itu dilakukan dengan pendekatan yang pelbagai, yang boleh mempengaruhi dan menarik perhatian sasaran. Selain itu, menurut Dr Ra ‘uf Shalabi , cara dakwah yang dinyatakan dalam ayat tersebut merupakan cara yang dilalui oleh Nabi s.a.w. dalam dakwahnya kepada semua peringkat sasaran.

Pendekatan Yang Lain: 1. Penjelasan yang nyata dan jelas Isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan dan silap faham serta tafsiran yang menyeleweng. 2. Berperingkat-peringkat Bagi tidak memberati orang yang menerima dakwah, pengajaran yang disampaikan dilakukan dalam keadaan berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, pengharaman arak tidak dilarang secara terus, malah secara peringkat demi peringkat.  

3. Mudah Mesej yang hendak disampaikan hendaklah melalui semudah-mudah cara. Ini kerana Islam itu sendiri mudah dan selaras dengan tabiat semulajadi manusia terutamanya dalam perkara yang berkaitan kelonggaran hukum atas sebab-sebab yang munasabah. 4. Menjinakkan Dakwah Islamiyah hendaklah dilakukan dalam keadaan berjinak-jinak dengan sasaran. Ini termasuklah berkenalan dengan seseorang yang akan menerima dakwahnya. Perkenalan ini bertujuan memahami latarbelakang kehidupan sebenar sasaran, corak pemikiran dan bagaimana pengertian dan pandangannya terhadap alam raya ini dan terhadap agama Islam

5. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan Pendekatan melalui pendedahan hikmah (rahsia pensyariatan) disebalik suruhan dan larangan amat perlu bagi membuka minda sasaran untuk menerima unsur logik dan rasional. Pemikiran normal biasanya akan akur dengan kenyataan yang berasaskan logical thinking. Sebagai contoh, faedah yang didapati disebalik sembahyang23 dan akibat buruk yang akan diperolehi disebalik melakukan tegahan arak dan judi. Pada dasarnya, al-Qur’an banyak mendedahkan pendekatan dakwah dalam bentuk yang pelbagai agar pengajaran yang hendak disampaikan menepati kesesuaian dan tahap pemikiran golongan sasaran. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Sayyidina Ali k.w. : ‘Bercakaplah dengan orang lain berdasarkan kefahaman mereka (dalam lingkungan yang mereka boleh faham). Selain itu, ‘Abd al-Karim Zaydan menyebut bahawa al-Qur’an banyak mendedahkan pendekatan dakwah yang mana setiap orang Islam mesti memahaminya, sebagaimana memahami perkara-perkara lain yang terdapat dalam al-Qur’an. Tuhan memaparkan cara-cara dakwah dalam al-Qur’an untuk dijadikan panduan yang boleh membantu usaha dakwah.

2. Pendekatan Dakwah Rasulullah S.A.W Dalam sunnah Rasulullah s.a.w. terdapat banyak contoh mengenai pendekatan dakwah. Malah sepanjang hidup Baginda dipenuhi dengan cara-cara dakwah, kerana tugas Baginda ialah berdakwah. Menurut Zaydan sunnah dan sirah Nabi s.a.w. sama ada di Makah atau di Madinah banyak mengandungi pendekatan dakwah dan cara menyelesaikan masalah-masalah tertentu yang dihadapi. Ini memberi suatu kebaikan kepada para pendakwah masa kini kerana Rasulullah s.a.w. telah melalui semua keadaan yang mungkin dilalui oleh mereka .Oleh itu ia memberi panduan yang cukup baik bagi pendakwah sekarang.

Antara pendekatan dakwah Rasulullah s. a. w Antara pendekatan dakwah Rasulullah s.a.w. yang terawal ialah memperkenalkan Islam kepada orang-orang tertentu yang ada harapan akan menerima Islam dan supaya golongan ini boleh membantu Baginda mempercepatkan perkembangan Islam. Baginda juga mengembangkan Islam pada peringkat permulaan dengan cara senyap-senyap atau secara bersembunyi. Cara ini dilakukan pada tiga tahun pertama dakwahnya. Bagi tujuan ini, Nabi s.a.w. memilih rumah Ibn Abi al-Arqam sebagai pusat untuk mengendalikan cara dakwah tersebut. Melalui cara tersebut, pihak musuh tidak sempat mengesan perkembangan dakwah. Pihak musuh hanya sedar tentang perkembangan dakwah setelah ia agak kuat dengan bilangan pengikutnya yang ramai berjaya diislamkan.

Oleh itu antara pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s. a Oleh itu antara pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah : 1) Berhikmah Pendekatan ini adalah pengaplikasian kepada konsep hikmah dalam al-Qur’an surah al-Nahl ayat 125. Antara pendekatan ini yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w ialah semasa berdialog dengan tokoh Quraisy, Hussain yang diwakili oleh kumpulannya supaya memberitahu Nabi s.a.w. agar memberhentikan dakwahnya. Dalam dialog itu Hussain bertanyakan kepada Nabi s.a.w. tentang apa yang didengarnya iaitu Nabi s.a.w. mencaci tuhan-tuhannya. Lalu Nabi s.a.w. bertanyakan Hussain berapakah jumlah tuhan yang disembahnya. Hussain menjawab jumlahnya tujuh tuhan di bumi dan satu tuhan dilangit. Nabi s.a.w. bertanya tuhan mana yang diminta, jika ia ditimpa sesuatu keburukan. Hussain menjawab, dia minta dari tuhan langit. Nabi s.a.w. bertanya lagi tuhan mana yang diminta jika hartanya binasa. Hussain menjawab tuhan dilangit. Nabi s.a.w. menyampuk, apakah kamu samakan tuhan di bumi dengan tuhan dilangit, sedang dia sahaja yang menunaikan permintaan kamu. Lalu Nabi s.a.w. pun berkata, masuklah Islam nanti kamu akan selamat. Hussain terus masuk Islam.

3) Ketegasan Pendekatan ini diambil kerana cara berlemah lembut tidaklah sesuai dengan semua keadaan, kerana dalam keadaan tertentu memerlukan ketegasan. Contohnya, ketika Nabi s.a.w. berhadapan dengan tiga orang sahabatnya yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk (9H). Mereka ialah Kaab ibn Malik, Mirarah ibn al-Rabi’ dan Hilal ibn Umaiyah. Nabi s.a.w. dan para sahabatnya termasuklah juga isteri-isteri mereka bertiga melakukan boikot sehingga sampai tidak menjawab ucapan salam mereka bertiga selama beberapa ketika.

3) Melarang Secara Indirect Tidak dinafikan bahawa penyampaian dakwah memerlukan kepada sesuatu peryataan yang jelas dan nyata. Namun dalam keadaan tertentu misalnya larangan, ia memerlukan suatu tindakan yang bijak supaya dapat diterima apa yang hendak disampaikan secara lebik efektif. Contoh bentuk larangan secara indirect yang diparaktikkan oleh Rasululllah s.a.w. ialah sebagaimana Nabi s.a.w. melarang seorang pemuda yang meminta kebenaran daripada Baginda untuk melakukan zina. Nabi s.a.w. tidak terus melarang pemuda itu supaya tidak berzina, tetapi memberi suatu gambaran betapa zina itu tidak disukai oleh semua orang. Dengan itu, pemuda itu dapat memahami betapa jijiknya zina itu.

4) Menjalin Hubungan yang Baik Dengan Non Muslim Islam telah menggariskan beberapa bentuk hubungan yang sepatutnya terjalin antara masyarakat Islam dengan non muslim termasuklah hubungan kekeluargaan bagi saudara baru dengan keluarga asal mereka. Antara contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. berkaitan bentuk hubungan ini ialah Nabi s.a.w. mengadakan hubungan berbaik-baik dengan suku kaum di Madinah, termasuk orang-orang Yahudi. Untuk tujuan tersebut satu perjanjian telah diwujudkan. Melalui perjanjian tersebut, masing-masing pihak hendaklah hidup secara harmoni dan menjaga kerukunan hidup penduduk di Madinah dengan tanpa ceroboh-menceroboh antara satu sama lain.39 Nabi s.a.w. juga mengadakan hubungan baik dengan kabilah-kabilah yang ada disekeliling Madinah. Dengan terjalinnya hubungan ini, suasana yang aman dan harmoni dapat diwujudkan di Madinah. Oleh itu, Nabi s.a.w. dan orang Islam dapat menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti dakwah dan persiapan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan cepat bagi menghadapi ancaman-ancaman peperangan selepas itu.

Pendekatan Dakwah Masa Kini dan Relevansinya dengan Pendekatan Dakwah Masa Silam Dalam era globalisasi masa kini, suatu pendekatan dakwah kontemporari perlu digarapkan selaras dengan perubahan semasa. Tambahan pula berlakunya perubahan corak pemikiran dalam keanekaan budaya bangsa telah mendesak kepada suatu pendekatan yang lebih kreatif dan efektif. Pada prinsipnya, pendekatan yang dibawa oleh al-Qur’an dan Sunnah Baginda s.a.w. masih terus relevan pada masa kini. Antaranya, tiga pendekatan yang dikemukakan dalam al-Qur’an iaitu hikmah, mau’izah hasanah dan mujadalah masih lagi sesuai dan sedang berlangsung sehingga hari ini. Akan tetapi cara pelaksanaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian zaman dan sasaran dakwah.41 Sebagai contoh, pada masa kini, mujadalah lebih tertumpu kepada seminar, diskusi ilmiah, simposium, nadwah dan yang terbaru adalah dialog antara agama. Manakala pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti pendekatan psikologi dan berhikmah menjadi antara pendekatan utama dalam program dakwah orang-orang asli di Malaysia.

1) Pendekatan Dakwah Melalui Insitusi 2) Pendekatan Dakwah Melalui Hiburan. a) Nyanyian, video clip Sasaran kanak2: Kartun Dewasa Drama/Sinetron seperti Kiamat dah dekat. 3) Kreatif Konsert Dakwah In English Maher Zain. Cara pemakanan/Penyediaan orang Islam dalam Buku Masak. B) Iphone Application C) e-book Facebook.

4) Versatile Melibatkan setiap golongan.=Travel & Tours. Sejarah perkembangan Islam. Tadabbur Alam. Maher Zain: Kaitan about Allah & rasul, Family. Nature. Peoples convert to Islam Just listen to his Songs. Pendekatan: Mengenal pasti sasaran. Matlamat tidak menghalalkan cara. Konsert amal.