PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Semuanya Indah Jangan Menangis Mama
Advertisements

SELANJUTNYA INSPIRASI LUK. 15:11-32
Dahulu kala di negeri Cina,
Untuk Sharing Pembelajaran
MALAM JAHANAM KARYA MOTINGGO BOESJE.
Pramoedya Ananta Toer Angkatan ‘45
Lompatan si Belalang Seperti kita ketahui, belalang adalah binatang kecil berkaki panjang yang sangat hebat dalam urusan soal melompat. Konon ia bisa melompat.
BENTUK KARYA SASTRA PROSA (cerpen,novel, hikayat)
PENGHIANATAN.
By:Wiwin Widiyaningsih
Empat orang isteri.
Seekor singa sedang tidur-tiduran di sebuah padang rumput di hutan
Bijaksana.
KOMPETENSI DASAR : Mengidentifikasi unsur cerita ( tokoh, tema, latar, amanat) INDIKATOR : Diharapkan siswa mampu : Menjelaskan pengertian unsur intrinsik.
By:Defa B Kelas = 4B.  Pada suatu hari ada seorang kesatria dari negeri salju bernama marco yang gagah dan berani akan berperang melawan negeri saat.
Kasih Karunia Pdt. Daniel Hanafi.
Berbagai Adab dalam Kehidupan
KENAPA ORANG KRISTEN JATUH LAGI KEDALAM DOSA YANG LAMA?
BAHASA INDONESIA Bahasa Indonesia Membuatku Cerdas 4
Kompetensi Dasar 7.1 Menceritakan kembali cerita anak yang dibaca
Gajah Way Kambas Seorang petani di daerah Lampung menemukan seekor anak gajah di kebunnya. Rupanya anak gajah ini tertinggal dari induk dan kumpulannya.
Kisah Telaga Warna Kalau kita pergi ke daerah Puncak, Jawa Barat, di sana terdapat sebuah telaga jika dilihat pada hari yang cerah akan terkesan airnya.
MENABUR BENIH Mzm.126:5 Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak- sorai.  126:6 Orang yang berjalan maju dengan.
Bindo sepuluh II (5) KD: 13.1 Menemukan hal-hal yang menarik tentang tokoh cerita rakyat yang disampaikan secara langsung dan atau melalui rekaman Tujuan.
Mencari Kebahagiaan Alkisah pada suatu senja temaram, tampak seorang perempuan cantik berusia empat puluhan, berpakaian indah dan santun, turun dari mobil.
Ilmu Memancing Alkisah, di tepi sebuah sungai, tampak beberapa orang yang sedang memancing. Di antara para pemancing di sana, terdapat dua orang yang terkenal.
Modul Praktik Klinik Psikiatri FKUI
Kekayaan, Kesuksesan, dan Cinta
KEHANCURAN YERUSALEM Lesson 10 for December 5, 2015.
Cinta, Kesedihan, Kecantikan, Kekayaan, Kegembiraan
IVON TRIANI XII IPA 2.
MENGOMENTARI BUKU CERITA YANG DIBACA
APRESIASI PROSA FIKSI ANAK
Nabi Yusuf By Ibam.
mendirikan yang orang Setiap orang yang bijaksana, mendengar yang
CEMPAKA BERDARAH A.RAHIM ABDULLAH.
APLIKASI BAHASA DALAM ANALISIS TEKS SASTERA
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
GELANGGANG TUK WALI Oleh Ismail Kassan.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
FAZ 9/22/2018 ASSALAMUALAIKUM TAJUK : HIKAYAT KHOJA MAIMUN.
Biarkan Samudera Raihanah Salleh.
MERAH SILU ISMAIL AHMAD.
TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Sinbad seorang pelaut ©S.Belen Webaddress:
HIKAYAT LANGLANG BUANA
Fakta Kasih & ikatan mulai luntur, seolah digantikan dengan materi
KISAH SI PAK BELALANG.
كان لأمي عين واحدة... وقد كرهتها... لأنها كانت تسبب لي الإحراج.
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
HIKAYAT HANG TUAHHIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 6.
PROSEDUR KLOZ.
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
APLIKASI BAHASA DALAM ANALISIS TEKS SASTERA
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
GELANGGANG TUK WALI Oleh Ismail Kassan.
Gelanggang Tuk Wali Ismail Kassan.
Pembuat kasut Pada masa dahulu,
HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7
Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram
OLEH: ERDA ROSLAN KHAIRI
“AKU MENJADIKAN SEGALA SESUATU BARU”
OLEH: ERDA ROSLAN KHAIRI
PROSA TRADISIONAL DUA GELIGA HIKMAT.
Transcript presentasi:

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA

SINOPSIS Kisah bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

sambungan Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya. Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergading emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cendera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

sambungan Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka, perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu. Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.

sambungan Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar ke hutan mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

sambungan Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri ke seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

sambungan Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cenderawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

TEMA Pengembaraan anak raja menempuh pelbagai cabaran. Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya. Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.

PERSOALAN Keberanian dan kehebatan anak raja. Kasih sayang seorang ib terhadap anak. Kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri. Tolong-menolong sesama manusia.

NILAI Kebijaksanaan – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri. Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. Kasih sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Tolong-menolong – Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

PENGAJARAN Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.