SISTEM PENTADBIRAN KELANTAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH -Jenis undang-undang ialah adat temenggung dan undang-undang Islam -Sultan berkuasa mutlak -Pembesar-pembesar mempunyai kuasa politik, kuasa mengutip cukai dan pengikut sendiri.
PERISTIWA PERJANJIAN BANGKOK 1909 Dalam peristiwa Perjanjian Bangkok 1909, Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British. (Keterangan lanjut sila rujuk kepada buku sejarah Tingkatan 2). Dengan itu, J.S.Mason telah dilantik sebagai penasihat British di Kelantan.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN -Perlantikan Encik Latiff yang berasal dari Singapura menjadi ketua jajahan Pasir Putih telah menimbulkan ketidakpuashatian penduduk tempatan kerana dia bukan berasal dari Kelantan. -Sistem pembayaran cukai yang diperkenalkan oleh British menyusahkan penduduk tempatan dan ditentang oleh penduduk tempatan. a)cukai ke atas semua tanah tanpa mengambil kira sama ada tanah itu diusahakan atau tidak b)Cukai ke atas semua jenis tanaman c)Cukai kepala sebanyak satu rial dikenakan apabila seseorang itu berumur 15 tahun -Sistem pembayaran cukai yang diperkenalkan oleh British menyusahkan penduduk tempatan kerana mereka terpaksa meninggalkan kerja seharian dan berjalan kaki untuk membayar cukai. -Masa pembayaran yang terhad menyebabkan penduduk tempatan yang tidak dapat membayar cukai pada hari dikehendaki dan terpaksa datang semula pada keesokan harinya.
PERISTIWA -Tok Janggut telah dituduh tidak membayar cukai walaupun beliau sebenarnya telah cuba membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh pegawai-pegawai British di Pejabat Daerah. -Tok Janggut telah membuat bantahan kepada Pegawai Daerah, iaitu Che Abdul Latif tetapi tidak dihiraukan. -Sarjan Che Wan telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut. Sebaliknya beliau talah terbunuh. -En. Abdul Latif yang bercadang untuk menangkap Tok Janggut melalui penghantaran beberapa pegawai polis telah membatalkan rancangannya. -Pasukan Tok Janggut terlalu kuat menyebabkan Abdul Latif berundur ke Kota Bharu.
-Kumpulan Tok Janggut terdiri daripada Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said Che Ishak dan rakyat (2000 orang) telah bersetuju menyerang Pasir Putih dan telah membentuk sebuah Kerajaan. -Engku Besar dilantik sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. -British telah bertindak dengan menggunakan nama sultan, pasukan tentera dari Negeri-negeri Selat yang dibawa dengan kapal perang H.M.S Cadmus telah mendarat di Tumpat. -Serangan pada Mei 1915 bermula do Saring.(Perang Tok Janggut) -Perjuangan yang tersusun dan peralatan perang moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
PETA KAWASAN PENENTANGAN BRITISH DI KELANTAN
-nama sebenar ialah Haji Mat Hassan bin Munas TOK JANGGUT -nama sebenar ialah Haji Mat Hassan bin Munas -mendapat pendidikan agama dan pernah tinggal di Makkah untuk mempelajari agama Islam -mahir dalam ilmu silat dan dihormati oleh masyarakat tempatan
KESAN Tok Janggut telah berkorban dan mayatnya telah diarak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan keadaan kepala ke bawah dan kaki di atas sebagai satu amaran kepada rakyat tempatan yang berani menentang British.
GAMBAR MAYAT TOK JANGGUT DIGANTUNG
GAMBAR MAYAT TOK JANGGUT
Director: Kuchiki Byakuya Created by: vigris89@hotmail.com Actor: Foo Jing Chuan Wong Kah Wei Hee Yuee Foong Noname4 Noname5 Created by: vigris89@hotmail.com vigris89@yahoo.com