MENENGAH 3 SEJARAH ISLAM Andalus Corporation Pte Ltd MENENGAH 3 SEJARAH ISLAM BAB 1: KERAJAAN BANI UMAIYYAH
KERAJAAN BANI UMAYYAH ( 41-132H ) Berasal dari keturunan Umayyah bin Abdu Syams bin Abdul Manaf. Setelah kedatangan Islam, persaingan diantara keluarga Bani Umayyah dan Bani Hasyim bertukar menjadi permusuhan kerana Bani Hasyim adalah penyokong dan pelindung Bani Umayyah. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KERAJAAN BANI UMAYYAH ( 41-132H ) Kaum Bani Umayyah memeluk Islam beramai-ramai pada tahun pembukaan Kota Mekah. Adalah kaum yang terakhir memeluk Islam dan juga penentang yang paling keras terhadap agama Islam. Setelah memeluk Islam, dengan segera memperlihatkan semangat kepahlawanan yang tiada tandingannya. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KERAJAAN BANI UMAYYAH ( 41-132H ) Kaum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam membela Islam. Mereka turut serta dalam peperangan menentang nabi palsu, golongan murtad dan yang enggan membayar zakat. Merupakan ‘pedang-pedang Islam’ yang tajam di atas pembukaan Jazirah Arab. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KE ARAH PEMBENTUKAN KHILAFAH UMAYYAH Rasulullah berusaha mendekatkan golongan Umayyah kepada Islam, diantaranya ialah: Melantik Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai penulis wahyu. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Yazid bin Abu Sufyan diangkat sebagai salah seorang panglima untuk menakluki Kota Damsyik. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KE ARAH PEMBENTUKAN KHILAFAH UMAYYAH Pada zaman Khalifah Uthman r.a pula, seluruh daerah Syam telah diserahkan kepada Muawiyyah. Beliau telah menjalankan pentadbirannya sebagai gabenor selama 20 tahun. Beliau telah mempersiapkan dirinya dan meletakkan dasar-dasar penting untuk mendirikan kerajaannya. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KEJADIAN SELEPAS KEWAFATAN KHALIFAH UTHMAN Sebagai seorang gabenor yang menguasai seluruh Syam dan mempunyai politik yang teguh di Syam, Muawiyyah mempunyai kelebihan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin setelah kewafatan Khalifah Uthman. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KEJADIAN SELEPAS KEWAFATAN KHALIFAH UTHMAN Beliau berani menentang perlantikkan Ali sebagai khalifah dengan beberapa alasan: Hubungan kekeluargaan Muawiyyah dengan Uthman menjadikannya layak menuntut bela ke atas kematian Khalifah Uthman. Beliau merasakan Khalifah Ali bersifat cuai dalam membela Uthman. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
KEJADIAN SELEPAS KEWAFATAN KHALIFAH UTHMAN Sejak itu, bermulalah rangkaian pertempuran di antara pihak Muawiyyah dengan Ali yang dikenali sebagai Perang Siffin. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
PEPERANGAN SIFFIN SERTA PUNCA-PUNCANYA Merupakan perang saudara yang berlaku di antara Khalifah Ali dengan Muawiyyah. Berlaku pada bulan Safar tahun 37H berhampiran dengan Syam. Berlaku perang ini berpunca dari : Muawiyyah merasakan dirinya lebih berhak menuntut bela atas pembunuhan Uthman Peristiwa pembunuhan Uthman 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
MAJLIS TAHKIM SERTA KESANNYA Adalah persidangan damai di antara Khalifah Ali dan Muawiyyah. Diadakan di Damatul-Jandal pada bulan Ramadhan tahun 679 M. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
MAJLIS TAHKIM SERTA KESANNYA Tujuan Majlis Tahkim Untuk membincangkan persengketaan yang berlaku diantara Khalifah Ali dan Muawiyyah. Kedua-duanya tidak hadir hanya menghantar wakil. Muawiyyah telah menghantar Amru bin al-As, manakala Khalifah Ali memilih Abu Musa al-Asy’ ari sebagai wakilnya. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
MAJLIS TAHKIM SERTA KESANNYA Perjalanan Majlis Tahkim dan pengisytiharaan Muawiyyah sebagai Khalifah. Wakil masing-masing telah mencapai kata sepakat untuk memecat Khalifah Ali dan Muawiyyah dari jawatan masing-masing dan menyerahkan kepada umat Islam untuk melantik Khalifah yang baru. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
MAJLIS TAHKIM SERTA KESANNYA Abu Musa terlebih dahulu mengisytiharkan pemecatan Khalifah Ali. Setelah tiba giliran Amru, beliau menetapkan Muawiyyah sebagai Khalifah yang baru. Hasil dari Majlis Tahkim itu menyebabkan Muawiyyah diisytiharkan sebagai Khalifah yang baru oleh Amru dengan muslihat politiknya. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
MAJLIS TAHKIM SERTA KESANNYA Kesan dari Majlis Tahkim dan bermulanya Daulah Umayyah. Kekalahan pihak Khalifah Ali kepada Muawiyyah melalui putar belit politik. Sebahagian pengikut Khalifah Ali telah berpecah. Kedudukan Muawiyyah semakin teguh dan politik Syam bertambah kukuh. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
MAJLIS TAHKIM SERTA KESANNYA Majlis Tahkim merupakan permulaan tertegaknya Daulah Umayyah di bawah kepimpinan Muawiyyah. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
TAHUN JAMA’AH Setelah kewafatan Khalifah Ali, umat Islam menyeru anaknya, Hassan mengantikannya sebagai khalifah. Hassan menghadapi kesulitan dan kurang mendapat sokongan rakyat. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
TAHUN JAMA’AH Hassan mengorbankan jawatan khalifah kepada Muawiyyah dengan beberapa syarat: Pemilihan khalifah dengan cara Syura. Tidak berdendam terhadap penduduk Iraq. Menjamin keamanan seluruh rakyat dan memaafkan kesalahan mereka. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1
TAHUN JAMA’AH Tidak boleh mencelaan dan menghina Khalifah Ali r.a. di atas mimbar Memberi saguhati sebanyak 2 juta dirham kepada Husain sepanjang hidupnya. Melebihkan pemberian kepada Bani Hasyim berbanding dengan Bani Umayyah. 2008 KBM 3 SEJARAH BAB 1