HP 4 : NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA PENSYARAH : DR. NURULHIKMA BINTI MD ISA NAMA : SITI RAHMAH BINTI ABD KARIM NO. MATRIK : A 144598 FAKULTI : FAKULTI SAINS DAN KESIHATAN
MAJLIS MAKAN MALAM KOLEJ BURHANUDIN HELMI SESI 2013/2014 BURHANESE CHRONICLE : MAJESTIC MASQUERADE
MAKLUMAT PROGRAM Program : Majlis Makan Malam Kolej Burhanuddin Helmi Sesi 2013/2014 Tarikh : 23 Mei 2014 Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR ) No Kelulusan : DN00327/2014 Anjuran : Sekreteriat Majlis Makan Malam Kolej Burhanuddin Helmi Sesi 2013/2014
Poster bagi Majlis Makan Malam Kolej Burhanuddin Helmi Sesi 2013/2014 yang bertemakan Burhanese Chronicle : Majestic Masquerade
MESYUARAT
Gambar pada slide yang sebelum ini menunjukkan pada mesyuarat pertama bersama semua ahli sekreteriat yang pertama. Di sini dapat menunjukkan nilai tanggungjawab dan sikap fokus yang tinggi dalam diri saya kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut. Pada mesyuarat tersebut, ketua pengarah telah memberitahu serba sedikit mengenai perancangannya untuk majlis makan malam ini. Beliau juga turut memberitahu bahawa tema yang dipilih pada tahun ini adalah sambungan daripada majlis makan malam pada sesi 2012/2013.
Di dalam sesi mesyuarat ini pula, saya sebagai ajk dari post program dan juga wakil dari post program menghadiri mesyuarat pada kali ini. Saya telah diberi tanggungjawab oleh ketua saya untuk menjadi wakil bagi post program untuk bermesyuarat bersama majlis tertinggi sekreteriat sahaja. Di dalam mesyuarat ini, saya memberitahu tentang perkembangan mengenai gimik perasmian dan juga photo contest yang diuruskan oleh post program. Di sini, saya menerapkan nilai tanggungjawab, melakukan amanah seperti yang telah ditetapkan serta mengamalkan etika ketika bermesyuarat, Saya fokus kepada setia apa yang dikatakan oleh majlis tertinggi dan juga perkembangan bagi setiap post.
Gambar di atas menunjukkan saya serta ketua post saya sedang memperbaiki semula tentatif program setelah membuat rehersal pertama kali di foyer kolej kami sendiri. Rehersal tersebut tamat pada jam 11.30 malam dan kami terus berbincang mengenai tentatif program sehingga jam 3 pagi. Dua orang ahli sekreteriatyang lain ( yang sedang berdiri ) sedang membantu kami mencari lagu yang sesuai untuk dipasang semasa makan dan juga lagu untuk mengiringi tetamu-tetamu VVIP dan VIP masuk ke dalam DECTAR. Ini dapat menunjukkan saya memeberi komitmen yang tinggi dalam program ini dan secara profesionalismenya saya telah meminta ahli sekreteriat tersebut untuk mencari lagu yang sesuai walauun mereka adalah pelajar tahun dua.
ACARA PHOTO CONTEST Saya telah ditugaskan untuk menguruskan pertandingan ini termasuklah membuat watermark pada gambar, membuat promosi di facebook kolej dan memantau jumlah like gambar-gambar peserta. Saya juga telah menjadi sebagai salah seorang admin di facebook majlis makan malam kolej bagi memudahkan saya untuk mengemaskini segala informasi yang perlu diberitahu kepada semua warga kolej.
Bagi post program, selain daripada menguruskan tentatif program , kami juga turut dipertanggungjawabkan untuk menguruskan acara photo contest. Pertandingan ini di buka kepada semua warga Kolej Burhanuddin Helmi ( KBH ). Antara syarat dan penyertaan yang dikenakan adalah gambar tersebut mestilah diambil di sekitar UKM dan juga KBH sahaja. 5 gambar yang mendapat undian like tertinggi akan memasuki peringkat saringan terakhir di mana kami akan gambar tersebut akan melalui satu lagi proses pengundian yang dilakukan pada waktu majlis makan malam tersebut ( di meja pendaftaran). Gambar yang mendapat jumlah undian tertinggi (julmlah like + jumlah undian pada waktu majlis makan malam) akan dipilih sebagai pemenang.
Ini adalah page facebook yang dibuat khas sempena majlis makan malam tersebut dan diberi nama mengikut tema majlis makan malam tersebut. Saya telah mejadi sebagai salah seorang admin untuk mempermudahkan lagi untuk memantau perkembangan bagi acara photo contest. Gambar ini pula adalah salah satu gambar yang dihantar oleh salah seorang warga kolej. Saya telah membuat watermark dan meletakkan nombor penyertaan bagi setiap gambar. Selepas itu, saya upload di facebook rasmi majlis makan malam kolej untuk sesi like gambar.
Sebahagian gambar (pada slide sebelum ini ) yang telah dihantar dan saya telah membuat watermark dan juga nombor giliran bagi setiap gambar sebagai penyertaan rasmi untuk acara photo contest bagi majlis makan malam kolej pada sesi 2013/2014. Sesi like terbuka kepada semua (tidak khusus kepada warga kolej sahaja, malah rakan-rakan penghantar dialu-alukan untuk like gambar tersebut) tetapi sekurang-kurangnya haruslah ada seorang warga Kolej Burhanuddin Helmi di dalam gambar tersebut dan gambar di ambil di sekitar kawasan UKM atau pun di sekitar kawasan kolej sebagai mematuhi syarat penyertaan Di sini dapat menunjukkan bahawa saya amat komited dalam melaksanakan tugas yang telah diberi. Walaupun sebelum ini saya tidak mahir untuk edit gambar, tetapi dengan tugas yang diberi ini saya telah berusaha-sedaya upaya untuk membuat watermark dan juga nombor giliran dengan hasil bantuan dari post multimedia dan juga dari ketua post saya sendiri. Proses membuat watermark ini memakan masa yang agak lama kerana memerlukan persetujuan jga dari pihak majlis tertinggi sekreteriat untk majlis makan malam kali ini. Kerjasama serta sikap tolong-menolong di dalam sesebuat pasukan amat pentin dan dapat memepercepatkan lagi proses saya membuat watermark ini.
Gambar di atas menunjukkan proses untuk menyiapkan hiasan bagi 5 gambar yang mendapat jumlah like tertinggi di facebook untuk di undi sekali lagi oleh warga kolej pada waktu majlis makan malam berlangsung. Di sini juga menunjukkan sikap dan nilai murni seperti tolong-menolong, kerjasama, semangat berpasukan serta dedikasi yang tinggi dalam menyiapkan perhasan bagi acara photo contest tersebut. Saya juga sebagai ketua bagi acara ini secara profesionalisme nya telah meminta bantuan ahi sekreteriat yang lain untuk membantu saya.
Mereka dengan rela hati dan ikhlas segera membantu saya untuk menyiapkan perhiasan tersebut dan mereka juga tahu bahawa sikap kerjasama dan tolong- menolong amat penting dalam sesebuah pasukan serta dapat mempercepatkan proses kerja dan tentunya hasil kerja amat memuaskan dengan bantuan mereka.
Ini adalah hasilnya. Gambar-gambar ini telah di letakkan bersebelahan di meja pendaftaran untuk diundi sekali lagi oleh warga kolej. Saya telah meletakkan di bwah gambar tersebut nama penghantar, tajuk gambar berserta sekali dengan lokasi pengambaran.
Di dalam gambar ini kami seluruh ahli sekreteriat telah melakukan rehersal di DECTAR pada hari Jumaat pagi ( 23 Mei 2013 ) untuk menunjukkan kepada semua ahli sekreteriat mengenai perjalanan program pada malam tersebut. Felo serta Timbalan Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi juga turut hadir untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai perjalanan program yang telah diatur oleh kami. Saya (dua dari kanan) serta dua orang usher (satu dari kanan dan satu dari kiri ) telah membat rehersal bagi perjalan program di atas pentas yang melibatkan penyampaian hadiah dan juga untuk mengiringi VVIP dan VIP ke atas pentas. Rehersal ini melibatkan kerjasama dari semua post. Saya telah membantu ketua saya (dua dari kiri) untuk memanggil semua ahli persembahan datang tepat di belakang pentas untuk persediaan persembahan mereka. Ini mennjukkan bahawa saya juga seorang yang ‘multitasking’. Di samping saya menguruskan acara photo contest, saya juga telah menjadi pembantu kepada ketua saya untuk memastikan semua persembahan datang tepat pada waktunya pada malam tersebut.
Gambar ini menunjukkan saya sedang menolong menyiapkan ahli sekreteriat yang lain dalam proses terakhir untuk menghias DECTAR pada pagi Jumaat ( 23 Mei 2013). Saya juga turut menolong mereka kerana kami kesuntukan masa dan walaupun bukan dalam bidang tugas saya. Saya lakukan ini kerana ingin melihat program ini berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang masalah.
Gambar menunjukkan keadaan di DECTAR sebelum ketibaan VVIP dan VIP. Di sudut kiri bawah gambar adalah meja photo contest yang diletakkan bersebelahan dengan meja pendafataran. Ini untuk memudahkan para pelajar mengundi gambar yang mereka suka. Pengundian dilakukan dengan meletakkan kertas yang disediakan di dalam kotak mengikut nombor giliran yang tertera pada gambar.
Gambar di sebelah kiri adalah gambar pemenang bagi acara photo contest. Manakala gambar di sebelah kiri pula adalah saya serta ahli sekreteriat program .
Gambar saya bersama salah seorang pelajar kolej yang mematuhi tema bagi majlis makan malam pada sei kali ini. Tema kami mendapat inspirasi daripada filem The Phantom Of The Opera. Sehubungan dengan itu, ketua pengarah saya telah menerapkan dari filem tersebut untuk majlis makan malam kali ini dengan bertemakan Burhanese Chronicle : Majestic Masquerade.
END OF SLIDE