Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

LAPORAN AKHIR HP KREATIF DAN INOVATIF

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "LAPORAN AKHIR HP KREATIF DAN INOVATIF"— Transcript presentasi:

1 LAPORAN AKHIR HP KREATIF DAN INOVATIF
NAMA : SITI NUR AINIE BINTI SIDAMAT NO MATRIX : A145918 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

2 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
NAMA PROGRAM : MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KELAB SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN(KESAMAP) TEMA : MASQUERADE HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

3 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
OBJEKTIF PROGRAM : Meningkatkan kesedaran dan persefahaman mahasiswa/i dalam meningkatkan penglibatan mahupun penyertaan dalam aktiviti mahasiswa/i agar dapat melahirkan bakal pemimpin yang serba boleh dan berkaliber pada masa akan datang. Melatih mahasiswa/i berorganisasi melalui proses perancangan pentadbiran, penyelarasan dan kepimpinan bagi program yang berprotokol. Memberi pendedahan tentang kemahiran berinteraksi dengan baik dalam sesuatu organisasi dalaman mahupun luaran. Memberikan pengalaman yang berharga dan kelainan kepada semua mahasiswa/i khasnya kepada mahasiswa/i yang bakal bergraduan kelak. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

4 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
SINOPSIS PROGRAM : Majlis makan malam Kesamap telah diadakan pada 18 Disember 2013 bertempat D’Tasik Seafood Restaurant,Universiti Tenaga Nasional (UNITEN ) yang dianjurkan oleh Kelab Sains Makanan dan Pemakanan (KESAMAP ) Program ini telah mendapat kelulusan daripada JPPEL dengan nombor kelulusannya DN00700/2013. Majlis makan malam ini diadakan adalah untuk mendekatkan hubungan para mahasiswa/i sains makanan dengan pensyarah – pensyarah serta kakitangan Pusat Pengajian Sains Makanan. Selain.itu,ianya juga sebagai langkah permulaan bagi ahli kelab untuk aplikasikan semua struktur dan tugas-tugas dalam organisasi masing-masing serta pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan selain memberi penghormatan terakhir buat mahasiswa/i yang bakal bergraduan kelak. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

5 JAWATAN YANG DIPEGANG : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Saya memegang jawatan sebagai ahli cendramata. Sebagai AJK cendramata,saya telah ditugaskan untuk menyediakan dan membeli hadiah cendramata kepada para tetamu yang hadir terutamanya kepada tetamu VVIP dan pelajar tahun 4.Bukan itu sahaja,saya juga perlu menyediakan hadiah bagi kategori cabutan bertuah,King and Queen Of The Night, dan pelajar terbaik KESAMAP. Saya akui pemilihan hadiah untuk diberikan kepada yang berkenaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

6 JAWATAN YANG DIPEGANG : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Bilangan hadiah yang banyak yang perlu saya sediakan menimbulkan masalah dalam pemilihan hadiah kepada para tetamu mengikut kategori.I ni kerana bajet yang diperuntukan kepada saya adalah sedikit. Bajet yang diperuntukan untuk membeli hadiah kepada tetamu VVIP ialah tidak kurang daripada RM20 seorang ,tetamu pelajar tahun 4 tidak kurang daripada RM5 dan bagi cabutan bertuah tidak lebih daripada RM3 serta cendaramata bagi semua pelajar. Kami perlu tentukan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada para tetamu terutamanya kepada tetamu VVIP dan pelajar tahun 4 serta hadiah bagi cabutan bertuah kerana hadiah bagi cabutan bertuah diperlukan dalam kuantiti yang banyak iaitu sebanyak 14 hadiah. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

7 JAWATAN YANG DIPEGANG : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Bagi menyelesaikan masalah ini,dengan berfikiran secara kreatif dan inovatif, hadiah untuk diberikan kepada pemenang bertuah,King and Queen Of The Night, saya telah mereka bentuk hadiah itu dengan menggunakan kertas yang diprint warnakan dengan corak yang melambangkan Queen dan King. Hasil rekaan ini selain dapat menjimatkan bajet tetapi ianya juga kelihatan kreatif dan cantik. Disebelah ini merupakan gambar pemenang dengan hadiah yang saya cipta. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

8 APLIKASI HP KREATIF DAN INOVATIF : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Di dalam program majlis makan malam ini,banyak barangan yang terbuang kami,ahli program telah mengitar semula untuk dijadikan hiasan pada majlis makan malam ini.Disini, terserlah kekreatifan kami dalam mereka cipta benda yang terbuang dapat digunakan semula sebagai hiasan.Secara tidak langsung,pemikiran secara kreatif dan inovatif telah saya apalikasikan dalam kehidupan. Pemikiran secara kreatif dan inovatif sangat penting bagi seorang mahasiswa dalam memberi idea-idea yang baru serta mereka bentuk sesuatu yang kreatif dan berinovatif bagi dimanfaatkan kepada masyarakat. Saya yakin dengan adanya pemikiran seperti ini,mahasiswa akan dapat mempunyai daya pemikiran yang di luar kotak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi lebih-lebih lagi dalam dunia era globalisasi ini. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

9 APLIKASI HP KREATIF DAN INOVATIF : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Dibawah ini merupakan bukti kami menggunakan barangan terpakai untuk dijadikan bahan hiasan pada malam mailis makan malam tersebut : Ini merupakan gambar yang melambangkan tema pada malam itu iaitu “Masquerade “. Masquerade gergasi ini diperbuat daripada lebihan kain banner yang tidak digunakan lagi.Kain banner yang berwarna putih ini terlebih dahulu dilukis ,dan digunting membentuk Masquerade.Setelah itu,kain banner yang putih itu dicat dengan warna “gold “ dan warna hitam.Akhirnya, Masquerade Gergasi ini digamkan dan ditampal pada dinding. Ianya menjadi perhatian dan lokasi untuk bergambar pada malam itu. gambar 1 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

10 APLIKASI HP KREATIF DAN INOVATIF : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Gambar ini merupakan gambar pokok renek. Batangnya merupakan ranting-ranting pokok yang telah dicat dengan cat yang berwarna coklat. Manakala bunga yang mempunyai pelbagai warna itu telah deperbuat daripada tisu. Tisu-tisu yang terdiri daripada pelbagai warna itu telah digubah menjadi bentuk bunga mawar. Kreatif dan inovatif yang diraktikkan telah membuahkan satu hiasan yang menarik . gambar 2 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

11 APLIKASI HP KREATIF DAN INOVATIF : HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Ini merupakan tempat tumpuan pengunjung yang datang pada malam majlis tersebut untuk mengambil gambar. Surat khabar lama telah digunakan dan dikitar semula untuk membentuk kipas-kipas yang mempunyai pelbagai saiz . Ianya tidak diwarnakan bagi menghasilkan kipas yang bercorak surat khabar dan memberi nilai yang sentimental pada barang tersebut.Ianya seolah-olah seperti barangan antik. Gabungan kipas yang besar dan cantik berjaya menghasilkan satu pemandangan yang menarik dan ekslusif. gambar 3 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

12 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
KESIMPULAN Setiap mahasiswa perlu memiliki soft skil iaitu kreatif dan inovatif dalam pemikiran mahupun tingkah laku dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Ini kerana dengan adanya soft skil ini,seseorang dapat berfikir secara kreatif dan inovatif serta berfikir di luar kotak. Pada zaman serba canggih dan Teknologi,ianya amat digalakkan dalam melahirkan idea-idea yang baru serta mereka bentuk sesuatu yang boleh memberi sumbangan kepada bangsa ,agama dan negara. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

13 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
KESIMPULAN Saya telah memperaktikkan soft skil ini ketika saya mencari idea untuk produk baru dalam subjek CESMED dan ternyata hasilnya saya mendapat idea yang sesuai dan bagus untuk dijadikan produk baru. Soft skil kreatif dan inovatif ini amt penting bagi melahirkan graduan yang sentiasa maju kehadapan dengan idea-idea yang baru dalam merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan. HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF

14 HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF


Download ppt "LAPORAN AKHIR HP KREATIF DAN INOVATIF"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google