Tajuk : FTP Apakah FTP ? Mengapa menggunakan FTP ? Asal usul FTP. Jenis – jenis perkhidmatan FTP. Kesimpulan FTP.
Maksud FTP FTP adalah singkatan bagi File Transfer Protocol atau Protokol Pemindahan Fail. FTP adalah satu perkhidmatan internet yang membenarkan seseorang pengguna mendapatkan fail- fail komputer yang terkandung jauh yang bertindak sebagai Pengkhidmatan FTP atau FTP Server. FTP berguna sebagai satu jenis “perpustakaan elektronik” di mana sesuatu organisasi boleh memuatkan segala maklumat & sumbernya dalam fail – fail komputer di satu perkhidmatan yang disambungkan kepada internet.
Dari sana orang ramai dari seluruh dunia boleh mendapatkan laluan ke pengkhidmatan tersebut & memperoleh mana - mana fail yang diingini oleh mereka. Sistem ini lebih baik daripada e-mel kerana pemindahan fail dijalankan secara automatik tanpa komunikasi antara manusia. Kebanyakan khidmat FTP di internet adalah percuma.
Mengapa FTP ? Semasa sejarah awal internet, tidak terdapat sistem pengumpulan data yang baik dengan maklumat di dalamnya disusun & diatur untuk memudahkannya dicari & diperolehi oleh mereka yang memerlukannya. FTP merupakan satu percubaan terawal untuk memusatkan maklumat- maklumat dalam satu sistem kategori & pengasingan untuk memudahkan pencarian dan perolehan maklumat.
Asal – Usul FTP FTP adalah satu ciptaan Internet yang terawal. Dicipta oleh ahli sains yang inginkan satu cara yang lebih baik bagi berkongsi – kongsi maklumat di antara mereka. FTP pada peringkat awal kewujudannya adalah sangat rumit & susah untuk digunakan. Kini, FTP telah diubah & diperkenalkan semula melalui perantara grafik yang sering dilihat dalam program – program Windows.
Jenis – Jenis Perkhidmatan FTP. (a) Pengkhidmatan FTP terkawal (b) Pengkhidmatan FTP Terbuka
Perkhidmat FTP Terkawal Maklumatnya adalah percuma. Pengguna harus mempunyai akaun dengan perkhidmatan ini & diberi nama pengguna(User) dan kata laluan (pasword). Kadang kala penguna terpaksa membayar kepada pengurus perkhidmatan FTP untuk terus mendapatkan laluan ke pengkhidmatan tersebut.
Pengkhidmat FTP Terbuka Membenarkan sesiapa pun mendapatkan fail- failnya secara percuma tanpa sebarang halangan. Sesetengahnya tidak akan meminta sebarang maklumat daripada pengguna dan lebih dikenali sebagai “Anonymous FTP”(FTP Tanpa Nama).
Kesimpulannya FTP adalah satu cara pencarian & pemindahan fail yang terawal di internet. Walaupun FTP adalah sistem lama, ia masih boleh digunakan kerana keupayaannya memindahkan fail – fail dalam bentuk asal tanpa perlu ditukar ke dalam bentuk lain. Keupayaan ini akan menyaksikan FTP sentiasa menjadi salah satu perkhidmatan yamg paling popular di internet.