LMCK 1531 SET 88 SEM /2015 KEPIMPINAN & KREATIVITI

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Advertisements

PENGENDALIAN MESYUARAT
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
Jenis-Jenis Organisasi
PERLEMBAGAAN ORGANISASI BADAN- BADAN SUKAN KEBANGSAAN &
PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BIOLOGI TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR HINGGA SPM 2017
TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR4 2016
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Pelaksanaan Projek ( Video Dan Infografik ) Karnival Usahawan 2013
Selamat berpartisipasi
PROGRAM ALUR ILMU,THE HEART OF UKM 2013/2014 NO KELULUSAN JPPEL:PJ/008/000/ LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN.
PENULISAN MINIT MESYUARAT
Dimensi Kepekaan Masa … merujuk kepada kepekaan subjektif terhadap perjalanan masa. Kepekaan berbeza antara individu Penting – kerana masa boleh dijadikan.
HHHC 9401 Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme set 16
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
LMCK 1331 SET 89 SEM /2015 KOMUNIKASI EFEKTIF
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
KHIDMAT MASYARAKAT Ialah kerja amali yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti.
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN
NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME
PROGRAM KEBAJIKAN AMSA NAMA: JAMUNA VIJAYAKUMARAN NO MATRIK: A
Nama: Wee Siew Peng Nombor Matriks: A147611
Komunikasi Lisan.
Program Anak Muda NADI Malaysia
PEMBENTANGAN PROJEK ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR A AJK POST CENDERAMATA.
Disediakan oleh: Chua Pei Lin 73675
TAJUK : CABARAN MAHASISWA
LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014
FIZIK TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR HINGGA SPM 2017
PROGRAM XPDC KEMBARA SISWI KOLEJ DATO’ ONN
PROGRAM KEBAJIKAN AMSA NAMA: ABIGAIL BATHSHEBA A/P DEVET
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN.
HP 4 : NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
SEMINAR PENDIDIKAN GURU IPGKPT 2018 (SPG IPGKPT 2018) Tarikh:
FARADAHLIYA BINTI JAMALUDDIN A145813
Program Anak Muda NADI Malaysia
HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
B.CINA TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR HINGGA SPM 2017
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (set 34)
GPMP MATA PELAJARAN CALON TOV
Hubungan Etnik ZT1042 DR ABDUL SALAM YUSSOF /
NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD POZI NO. MATRIK : A145407
HHHC9401 – KEMAHIRAN NILAI , SIKAP , ETIKA DAN PROFESIONALISME
Nama Program : One Malaysian Student Visit For Society
PROJEK : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH : FEBRUARI TEMPAT : KUALA SELANGOR, DARUL EHSAN TEMA : MAHASISWA ASPIRASI.
SET 46 HHHC 9201-KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran Kreatif Dan Inovatif
LMCK2811: SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWAN
NORA BATRISYIA BINTI AHMAD DZUBIR A
GPMP CINA MATA PELAJARAN CALON TOV OTI:1 AR:1 OTI:2 AR:2
LAPORAN KOMUNIKASI EFEKTIF
MATEMATIK TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR HINGGA SPM 2017
MESYUARAT BERKESAN AB. RAHIM BIN MD. YASIN Jabatan Pengajian Melayu
Pembentangan Akhir Kursus HHHC9601
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN Dr. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
SEJARAH TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR HINGGA SPM 2017
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
LMCK 1331 KOMUNIKASI EFEKTIF
LAPORAN Nama : ASRINA BINTI ROSLAN No. Matrik : A149244
PENGENALAN RINGKAS PROJEK
AHLI KUMPULAN TAUFIK DAHARI TEOH ALFRED SILVENS SIGA SILVESTER
TRACKING SISTEM PENCAPAIAN AR1 2017
KURSUS PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL NORZAINA BINTI DARUS PENOLONG PENDAFTAR KANAN PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI.
Burhanese Chronicle Majestic Masquerade 23 Mei 2014
KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH
HHHC 9801 kemahiran kreatif dan inovatif
Transcript presentasi:

LMCK 1531 SET 88 SEM 1 2014/2015 KEPIMPINAN & KREATIVITI PENSYARAH: DR. BASHIRAH BINTI ISHAK NAMA: NG JENE ENN NO. IC: 951202036196 NO. MATRIK: A148501

Pengenalan Perancangan Perayaan Pesta Tanglung merupakan satu perayaan yang diraikan oleh kaum Cina setiap tahun. Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia (PTUKM) bertujuan memperkenalkan budaya kaum Cina dengan lebih terperincinya kepada semua warga UKM. PTUKM berjaya memupuk persefahaman antara kaum dan mencungkil bakat kepimpinan mahasiswa sekalian. PTUKM telah mempunyai sejarah selama 34 tahun dan atas komitmen seluruh ahli jawatankuasa, PTUKM telah menjejak langkah ke tahun ke-35 pada tahun ini. Tema PTUKM pada tahun ini ialah “Filial Piety”, yang bermaksud sesuatu tindakan yang tidak wajar ditunda dan ditangguhkan lagi, janganlah sampai tiada peluang barulah kita menyesal. . Kita hendaklah mengutamakan keluarga dan berbudi bahasa dengan baik supaya kebahagiaan keluarga terjamin. PTUKM berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 November 2014 mulai pukul 7pm.

Pesta Tanglung diumpamakan sebagai sebuah keluarga di mana setiap ahli harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan pucuk kebudayaan dalam hati. Setiap ahli keluarga haruslah peka terhadap keluarga ini, sedia membantu sesiapa yang perlu demi menjayakan Pesta Tanglung. Pesta Tanglung merupakan tempat untuk melatih mahasiswa-mahasiswi untuk menjadi pemimpin yang dapat memimpin sesebuah organisasi dan menghulurkan bantuan dengan hati terbuka. Komunikasi yang baik adalah mustahak untuk menjayakan Pesta Tanglung supaya salah faham dapat dielakkan. Selain itu, kreativiti diri mahasiswa-mahasiswi berpeluang untuk dikongsikan sesama warga Pesta Tanglung untuk mewujudkan idea baharu terutamanya dari segi persembahan pentas Pesta Tanglung yang merupakan tradisi Pesta Tanglung bagi setiap tahun.

Ini merupakan poster bagi Malam Persembahan Pentas yang bertemakan “Semarak Sayang”. Logo bagi Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia yang berbentuk sebuah tanglung.

Majlis Pengenalan Pesta Tanglung ke-35 Pada 17 September 2014, Majlis Pengenalan Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia yang ke-35 telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Majlis ini bermatlamat memperkenalkan Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia kepada KTSN di samping mendapatkan calon-calon yang berbakat untuk menjalankan program yang seterusnya.Pelbagai program menarik disediakan untuk memupuk komunikasi dan kerjasama antara mahasiswa-mahasiswi.

Pelepasan “sky lantern” merupakan satu daripada aktiviti yang dijalankan pada malam itu. Saya melepaskan “sky lantern” bersama rakan saya pada malam itu. Kami membincangkan cara terbaik dan memimpin antara satu sama lain untuk melepaskan “sky lantern” dengan berkomunikasi secara bersopan. Dengan kreativiti masing-masing, kami telah menulis hasrat kami di atas “sky lantern”. Kita menyanyi sambil melakukan bahasa isyarat mengikut lirik lagu sebelum mengisi borang penyertaan Pesta Tanglung.

Temuduga Persembahan Pentas Sekretariat Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia ke-35 Sebelum temu duga berlangsung, saya memimpin rakan menjalankan aktiviti melenturkan badan supaya mendapat peluang untuk menjadi penari malam persembahan pentas. Kami berkomunikasi dengan baik supaya tidak berlaku kecederaan yang tidak diingini.

Panel temuduga telah memberi kebebasan kepada para peserta untuk menonjolkan bakat diri sendiri mengikuti kreativiti masing-masing. Peserta boleh menari apa-apa tarian ataupun mempersembahkan seni mempertahankan diri dalam masa yang ditetapkan. Saya telah mempersembahkan seni mempertahankan diri dan tarian tradisional mengikut kreativiti yang ada. Sesi temuduga dijalankan di Bilik Konvensyen, Kolej Keris Mas pada 30 September 2014.

Latihan Menari untuk Malam Persembahan Pentas PTUKM Saya (berbaju jingga) bersama rakan lain melatih “catwalk” untuk dinilai jurulatih. Kami berbincang sesama ahli kumpulan dengan hati terbuka untuk mempersembahkan pergerakan yang terbaik kepada penonton. Kami sedang melatih otot paha walaupun letih untuk tempoh sebuah lagu. Saya (berbaju biru, kedua-dua tangan di pinggang) menghayati kerjasama sesama rakan, mengikuti jurulatih melakukan latihan memantapkan otot paha.

Latihan dijalankan di Tian Shang Prayer Hall, Taman Titiwangsa Latihan dijalankan di Tian Shang Prayer Hall, Taman Titiwangsa. Kami diberi kelas teknik oleh jurulatih penari untuk mempelajari cara menari tarian kontemporari. Jurulatih telah mengajar kami satu set aktiviti memanaskan badan supaya kecederaan tidak berlaku semasa menari. Saya memimpin rakan-rakan untuk melakukan pergerakan serentak dengan mengira tempo dalam hati walaupun menghadap ke arah yang berbeza.

Ini adalah poster penari kumpulan saya bagi mempromosikan Malam Persembahan Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penari dari Kolej Tun Syed Nasir dan Kampus Induk Bangi menjalin persahabatan yang erat menerusi latihan menari Pesta Tanglung.

Surat kelulusan

MINIT MESYUARAT PESTA TANGLUNG PENARI Kali : 2 Tarikh : 28 Oktober 2014 Tempat : Da Shen Ye Temple di Titiwangsa Kuala Lumpur Masa : 7.30pm – 10.00pm BIL PERKARA TINDAKAN 1. PENDAHULUAN Dipengerusikan oleh saudari Tan Chiew Fong,Loh Yih Lin,Tan Mei Jie, Eyu Hui Shan dan pelatih-pelatih penari. 2. AGENDA 2.1 Pembahagian penari kepada beberapa kumpulan. 2.2 Mendengar musik yang akan dipersembahkan. 2.3 Perbincangan tentang tarian. 2.4 Perbentangan idea tentang persembahan oleh setiap penari. Mengadakan latihan. 3. PENUTUP Komen oleh penari. Kata-kata akhir pelatih-pelatih.

Disediakan oleh, ................................................ (WOON LEE LEE) AJK Setiausaha Program Eksternal, Farmasi Tahun 1, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia. (CHIEW CHIA HUI) AJK Setiausaha Program Eksternal,    Disahkan oleh, (LOH YIH LIN) Exco Setiausaha Program Eksternal, Fisioterapi Tahun 2,

AJK Program PestaTanglung UKM Ke-35 SENARAI JAWATANKUASA AJK Program PestaTanglung UKM Ke-35 国大中秋外务节目组AJK Bil NAMA PENUH NO MATRIX KURSUS WEE SIEW PENG A147611 Optometri/FSK SIOW WEI QI A150171 Dietetik/FSK KUEH ZHI LING A148502 CHIENG YIENG LING A147742 PengimejanDiagnostikdanRadioterapi/FSK KENNY KHOO KENN LEE A149192 Terapi Cara Kerja/FSK LYDIA LAW JUEN A147443 EVELYN YOUNG LIYIN A148373 HOO JIA WEI A147604 TAN YI XIN A149576 LEW LEONG CHEN A147360 SainsBioperubatan/FSK LEE MIN LI A151424 SainsPertuturan/FSK CHAI YEE LING A149042 HEONG SWEET YEANG A151069 JEE SHAO MIN A148423 KO ZHI XUAN A150464 FIONA BHASKRAN A148139 TAN KENG PING A151245 CHANG JIA LING A150201 GAN SHU TING A149503 Audiologi/FSK ELIZABETH LIM SHU JUN A148321 WONG YUN AI A148322 LEU YEE LING A147614

WONG YIK NI A147593 PengimejanDiagnostikdanRadioterapi/FSK TAN JIA PING A148633 SainsBioperubatan/FSK YEOH WEI BIN A148442 Optometri/FSK VOON SUK CHEN A149650 SainsPemakanan/FSK POO YIN SIN A150775 Terapi Cara Kerja/FSK NG CHEW SEAN A149427 LOH CHIEW YIN A111273 LIM YING XIN A148548 CH'NG MEI QI A151002 ANG LI YUNG A147410 Fisioterapi/FSK CHONG LING FONG A147519 SOO SHIH SHENG A144502 HUANG ZHI XIAN A148763 AMANDA PRISCILLA LIM MEI SIN A147524 CHOW YOKE YUE A147830 LEOW WEI NI A147886 TAN MEI PENG A147929 TUNG SIN YEE A148519 LEW SZE YUEN A147615 CHEOY LAI PHENG A148017 Audiologi/FSK OOI YING YEE A147873 LIM HUI HUI A148567 SainsPertuturan/FSK BRENDA HIN JIA YEEN A148119 YAP FENDY A152053 ALVINA LAW YEN LYN A148431 LIM KAI XIN A147821 Pergigian/FGG

KONG MUN CHUN A147938 PHYSIOTHERAPY KHONG YEN YUN A147709 LOW WAN LING A148090 YONG YEN PING A147941 TAN YEN MEI A147818 SOON MING SHAN A147414 SOON MING YEE A147411 TONG PEI SHAN A147662 GOH JUN KAI A140343 FORENSIC SCIENCE TAN ZI YAN A148446 SAINS BIOPERUBATAN OOI JIA HUEY A148035 NG JENE ENN A148501 KOK HUI SIN A149462 PengimejanDiagnostikdanRadioterapi/FSK TEH SAW YEE A150751 Optometri/FSK YONG PEI EE A150401 LIM WEN XING A151124 TAN CHIU YEE A148487 NUTRITION SCIENCE OON WAN QI A152057 WONG MUN KIN A149698 LAU ZHI CH’NG A148345 DIETETICS CHOY MUN YEE A147290 CHONG DE JING A151118 OCCUPATIONAL THERAPY WONG JUN XIANG A150631 THAM SI YAN A150265 H'NG WEI HERN A152067 Physioterapy LIM YEE LIN A147845 WONG WEE YONG A147802

Malam Persembahan Pentas Pelaksanaan Carta Alir Malam Persembahan Pentas TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT 5 December 2014(Jumaat) 7.00pm 8.00pm 8.15pm 8.25pm 8.30pm 8.35pm 8.40pm 8.45pm 8.55pm 9.05pm 9.15pm 12.00am Ketibaan penonton Ketibaan dif-dif kehormat Ketibaan Naib Canselor Ketibaan Perasmi Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Ketua Pengarah Ucapan Naib Canselor Ucapan Perasmi Upacara Perasmian Tayangan Multimedia Jamuan dif-dif kehormat (Persembahan pentas selepas keberangkatan dif-dif kehormat) Bersurai Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR), UKM

HARI PERSEMBAHAN PENTAS Kami berkumpul di Dectar pada pukul 8.30am. Kami memanaskan badan sebelum latihan menari dimulakan. Kami berbincang dengan pelakon sekiranya berkemungkinan berlakunya perlanggaran semasa membuat persembahan di atas pentas. Hal ini memerlukan cara komunikasi yang bersopan supaya segala salah faham dapat dielakkan. Jurulatih kami memimpin kami dengan bertanggungjawab supaya kami tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan semasa latihan biasa di Titiwangsa. Kepimpinan jurulatih perlu dicontohi kerana perkara ini membolehkan saya memahami tanggungjawab dan kepentingan seorang pemimpin dalam menjayakan persembahan. Selepas kami makan tengah hari, kami menyalin baju persembahan dan bergilir-gilir bersolek oleh jurusolek yang profesional. Kami juga telah mengikat rambut mengikuti tema tarian kumpulan masing-masing. Kami diberi masa satu jam untuk berehat sebelum persembahan dimulakan. Pada pukul 6pm, semua penari dan pelakon diberi makan malam. Kami berkumpul di pentas kecil (Panggung Seni) untuk menenangkan emosi dan menjalankan sedikit refleksi supaya tidak menjejaskan kualiti persembahan. Jurulatih memberikan kami sokongan sepenuhnya untuk mempersembahkan prestasi kepada para penonton di bawah pentas.

Saya telah bersolek dan menyalin pakaian persembahan pada malam persembahan pentas. Saya amat kagum terhadap kreativiti jurusolek yang berjaya menyapu solek dengan cantik walaupun bentuk wajah setiap orang berbeza.

Persahabatan yang erat terjalin antara saya dan rakan-rakan yang menjadi penari Pesta Tanglung. Kami dapat berkomunikasi dengan baik dan mendengar pendapat masing-masing supaya mencapai kemajuan dalam latihan menari.

Dalam posisi ini, penari membuka laluan kepada watak utama, Dr Dalam posisi ini, penari membuka laluan kepada watak utama, Dr. Lim untuk jalan ke depan pentas bagi menonjolkan keegoan beliau. Penari melakukan pergerakan secara serentak dalam malam persembahan pentas.

Dalam tarian ini, penari perlu menonjolkan perasaan sedih pada permulaan lagu kerana telah berpisah dengan orang yang dikasihi. Pada klimaks lagu, penari umpama cermin retak yang dikembalikan ke rupa asal. Harapan muncul di depan mata setelah mengharungi segala kegelapan dan kesedihan dalam kehidupan.

Laporan Sepanjang penyertaan saya dalam program yang dianjurkan oleh Sekretariat Pesta Tanglung UKM Ke-35, saya telah mendapati kepentingan kerja berpasukan serta kemahiran berkomunikasi dalam proses mengadakan sesuatu aktiviti mahupun dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 ialah program yang memakan masa yang panjang terutamanya dari segi perancangan. Dalam waktu persediaan ini, saya telah memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat dipelajari di dalam kuliah ataupun buku teks. Penglibatan dalam program Pesta Tanglung UKM Ke-35 membolehkan saya mempelajari cara untuk menjadi mahasiswi yang lebih menghargai ahli kumpulan yang bersama-sama mengharungi cabaran untuk menjayakan sesuatu persembahan. Walaupun terdapat percanggahan idea apabila menjalankan latihan menari, saya mampu berkomunikasi secara tenang dan memilih gerak-geri yang dapat dilakukan oleh semua penari. Saya bertolak ansur dan sering memimpin rakan lain supaya persembahan tarian ini dijalankan dengan terbaik. Pesta Tanglung telah memberi peluang kepada saya untuk bekerja dalam pasukan yang besar, iaitu melibatkan penari dari kampus induk Bangi dan yang dari kampus Cheras. Pengalaman ini telah menjadikan saya menghayati sikap kepimpinan dengan menerima pandangan atau cadangan ahli kumpulan lain. Saya telah menghayati kepentingan melaksanakan tugas secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan kemahiran kepimpinan saya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas PTUKM ini, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Saya juga berpeluang mempelajari cara memimpin sesuatu kumpulan dengan baik daripada orang yang berpengalaman. Kreativiti adalah satu daripada aspek yang tidak boleh diabaikan dalam usaha menjayakan sesuatu projek besar kerana perkara yang baru dan istimewa menjadi tarikan kepada orang ramai.

Malam persembahan pentas dipaparkan di Surat Khabar Sin Chew Malam persembahan pentas dipaparkan di Surat Khabar Sin Chew. Ia menyarankan orang ramai supaya menjalankan tanggungjawab diri terhadap keluarga supaya tidak akan menyesal pada kemudian hari.

Mengiring peserta ke bilik temuduga di bangunan Kolej Keris Mas. Refleksi (Postmortem) LAPORAN SEKRETARIAT PROGRAM EKSTERNAL SESI TEMUDUGA PESERTA, KEM PESERTA 1, 2, DAN 3 EXCO I : TAN CHIEW FONG EXCO II : LOH YIH LIN (A144574) EXCO III: TAN MEI JIE EXCO IV: EYU HUI SHAN  GERAK KERJA BIL TARIKH GERAK KERJA TINDAKAN 1 30/9/2014 Sesi Temuduga Peserta Mengiring peserta- peserta dari Kolej Tun Syed Nasir ke Kampus Bangi untuk sesi temuduga. Mengiring peserta ke bilik temuduga di bangunan Kolej Keris Mas. 2 Oktober dan November 2014 Kem Peserta Mengadakan latihan berlakon dan menari di kawasan lapangan UKM kampus Bangi

KELEMAHAN 1. Kesuntukan masa untuk berlatih KEKUATAN Semua peserta dapat menghadiri semua latihan CADANGAN Latihan haruslah diadakan awal supaya dapat menghasilkan persembahan yang lebih berkualiti Disediakan oleh, ____________ (LOH YIH LIN) SETIAUSAHA PROGRAM EKSTERNAL 2

Carta Ganti Pesta Tanglung UKM ke-35 AKTIVITI April Mei, June, July, Ogos September Oktober & November Desimber Jawatankuasa PT UKM ditubuhkan / Mesyuarat Pertama Mesyuarat Kedua Mesyuarat Ketiga Mesyuarat Keempat MO mengumpulkan dana Menyediakan idea tentang mereka poster, bunting dan banner Melaksanakan idea tentang mereka poster, bunting dan banner Mencari media massa untuk menjadi penaja media massa untuk menyebarkan berita tentang pesta tanglung UKM. Menggantung bunting, menampal poster dan menjual ticket. Menghadir aktiviti yang dianjur oleh pihak universiti lain untuk menjalin hubungan silaturahim. Raptai untuk persembahan