Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSugiarto Hartanto Telah diubah "7 tahun yang lalu
1
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & SUNNAH
ULUM AL-QURAN 1 KULIAH KELIMA
2
TURUNNYA AL-QURAN DENGAN TUJUH HURUF
3
HADIS BUKHARI DAN MUSLIM
Dari Ibn Abbas, dia berkata: Rasulullah bersabda: “Jibril membacakan (al-Quran) kepadaku dengan satu huruf. Kemudian berulang kali aku mendesak dan meminta agar huruf itu ditambah, dan ia pun menambahnya kepadaku sampai kepada tujuh huruf.”
4
PENGERTIAN TUJUH HURUF
[Pendapat 1]: Yang dimaksudkan dengan tujuh huruf adalah tujuh macam bahasa dari bahasa Arab mengenai satu makna Jika bahasa mereka berbeza dalam mengungkapkan satu makna, maka al-Quran diturunkan dengan sejumlah lafaz sesuai dengan ragam bahasa tersebut Tujuh bahasa: (1) Quraish (2) Huzail (3) Thaqif (4) Hawazin (5) Kinanah (6) Tamim (7) Yaman
5
DALIL PENDAPAT PERTAMA
Dari A’masy, dia berkata: “Anas membaca ayat ini (إنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا ). Maka orang-orang pun mengatakan kepadanya: Wahai Abu Hamzah, kalimat ini adalah (أقوم). Ia menjawab (أقوم), (أصوب) dan (أهيأ) itu sama sahaja.” (Hadis Tabari, Abu Ya’la dan al-Bazzar)
6
PENGERTIAN TUJUH HURUF
[Pendapat 2]: Yang dimaksudkan dengan tujuh huruf adalah tujuh wajah Amr (perintah) Nahyu (Larangan) Wa’d (Janji) Wa’id (Ancaman) Jadal (Perdebatan) Qasas (Cerita) Masal (Perumpamaan)
7
PENGERTIAN TUJUH HURUF
[Pendapat 3]: Bilangan tujuh tidak diartikan secara harfiah (bukan bilangan antara enam dan lapan) tetapi bilangan tersebut hanya sebagai lambang kesempurnaan menurut kebiasaan orang Arab Kata tujuh adalah isyarat bahawa bahasa dan susuna al-Quran merupakan sumber utama bagi perkataan semua orang Arab yang telah mencapai puncak kesempurnaan tertinggi
8
SANGGAHAN TERHADAP PENDAPAT-PENDAPAT INI
Nas-nas hadis menunjukkan hakikat bilangan tersebut secara tegas seperti: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku dengan satu huruf. Kemudian berulangkali aku mendesaknya agar huruf itu ditambah, dan ia pun menambahkannya kepadaku sampai tujuh huruf.” (Hadis Bukhari dan Muslim)
9
“Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surah Al Furqan dengan cara yang berbeda dari yang aku baca sebagaimana Rasulullah membacakannya kepadaku dan hampir saja aku mau bertindak terhadapnya namun aku biarkan sejenak hingga dia selesai membaca. Setelah itu aku ikat dia dengan kainku lalu aku giring dia menghadap Rasulullah dan aku katakan: "Aku mendengar dia membaca al-Quran tidak sama dengan aku sebagaimana anda membacakannya kepadaku".
10
Maka beliau berkata, kepadaku: "Bawalah dia kemari"
Maka beliau berkata, kepadaku: "Bawalah dia kemari". Kemudian Beliau berkata, kepadanya: "Bacalah". Maka dia membaca. Beliau kemudian bersabda: "Begitulah memang yang diturunkan". Kemudian Beliau berkata kepadaku: "Bacalah". Maka aku membaca. Beliau bersabda: "Begitulah memang yang diturunkan. Sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah oleh kalian mana yang mudah". (Hadis riwayat Bukhari dari Umar)
11
PENGERTIAN TUJUH HURUF
[Pendapat 4]: Yang dimaksudkan dengan tujuh huruf adalah qiraat tujuh Sanggahan terhadap pendapat ini: Di sana ada lebih dari tujuh qiraat
12
HIKMAHNYA TURUNNYA AL-QURAN DENGAN TUJUH HURUF
Untuk memudahkan bacaan dan hafalan bagi bangsa yang ummi, tidak boleh membaca dan menulis, yang setiap kabilahnya mempunyai dialek masing-masing, namun belum terbiasa menghafal syariat. Rasulullah bertemu dengan Jibril di Ahjarul Mira’ lalu berkata: “Aku diutus kepada umat yang ummi. Di antara mereka ada kanak-kanak, pembantu, dan orang-orang tua.” Jibril berkata: “Hendaklah mereka membaca al-Quran dengan tujuh huruf.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud & Tirmidhi)
13
ADAB MEMBACA QURAN
14
ADAB MEMBACA QURAN Membaca al-Quran sesudah berwudhu’ kerana ia termasuk zikir yang paling utama. Membacanya di tempat yang bersih dan suci untuk menjaga keagungan membaca al-Quran Membacanya dengan khusyuk, tenang dan penuh hormat
15
ADAB MEMBACA QURAN 4. Bersiwak sebelum memulai bacaan. 5. Membaca ta’awwuz pada permulaannya. “Apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.” (An-Nahl, ayat 98)
16
ADAB MEMBACA QURAN 6. Membaca basmalah pada permulaan setiap surah kecuali surah al-Bara’ah. 7. Membacanya dengan tartil iaitu dengan bacaan yang perlahan dan terang serta memberikan kepada setiap huruf akan haknya.
17
ADAB MEMBACA QURAN 8. Memikirkan ayat-ayat yang dibacanya كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ “Ini adalah sebuah kitab yan Kami turunkan kepadamu yang penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya.” (Sad, ayat 29)
18
ADAB MEMBACA QURAN 9. Meresapi makna dan maksud ayat-ayat Quran, yang berhubungan dengan janji mahupun ancaman, sehingga merasa sedih dan menangis ketika membaca ayat-ayat berkenaan dengan ancaman kerana takut dan ngeri
19
Hadis Bukhari dari Ibn Mas’ud Rasulullah berkata kepadaku: “Bacakanlah al-Quran kepadaku.” Aku menjawab: Wahai Rasulullah, haruskah aku membacakannya kepadamu sedang al-Quran itu diturunkan kepadamu? Beliau menjawab: “Ya, aku senang mendengarkan bacaan al-Quran itu dari orang lain.”
20
Lalu aku membacakan surah an-Nisa’ dan ketika sampai kepada ayat ini: Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)? Beliau berkata: “Cukup sampai di sini sahaja.” Kemudian aku berpaling kepada beliau, maka aku lihat kedua matanya mencucurkan air mata.
21
ADAB MEMBACA QURAN 10. Membaguskan suara dengan membaca al-Quran kerana al-Quran adalah hiasan bagi suara dan suara yang bagus lagi merdu akan lebih berpengaruh dan meresap dalam jiwa 11. Menjaharkan bacaan la-Quran kerana membacanya dengan suara jahar dapat lebih memerhatikan dan merenunkan ayat-ayat yang dibaca.
22
MEMBACA AL-QURAN DENGAN MELIHAT ATAU DARI HAFALAN?
(Pendapat 1): Membaca langsung dari mushaf adalah lebih utama kerana mencakupi dua ibadah, yakni membaca dan melihat. (Pendapat 2): Membaca menerusi hafalan adalah lebih utama kerana hal itu akan lebih mendorong untuk merenung makna Quran (Pendapat 3): Bergantung pada situasi dan kondisi individu masing-masing, mana yang lebih menimbulkan rasa khusyuk dan membantu untuk merenung makna al-Quran
23
MENGAJAR AL-QURAN DAN MENERIMA UPAH
“Pekerjaan yang paling berhak kamu ambil upahnya ialah (mengajarkan) Kitab Allah.” (Hadis Bukhari) Hadis mengenai orang yang disengat kalajengking di mana para sahabat mengubati orang tersebut dengan bacaan surah al-Fatihah dan mereka meminta imbalan.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.