Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 2 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 2 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN"— Transcript presentasi:

1 BAB 2 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN

2 PEMBOLEHUBAH merupakan konsep, simbol, konstruk, gagasan, idea atau apa sahaja dinyatakan secara nilai atau angka berupa apa sahaja berdasarkan kepada tajuk atau masalah kajian. sesuatu yang boleh menyebabkan perbezaan atau perubahan kepada sesuatu nilai

3 Pembolehubah Bebas pembolehubah rangsangan atau input
pembolehubah yang memberi kesan kepada pembolehubah lain sama ada secara positif atau negatif penyebab kepada berlakunya perubahan kepada pembolehubah lain ‘Pengaruh Cahaya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar’

4 Pembolehubah Terikat pembolehubah gerakbalas atau output
pembolehubah yang ingin diukur

5 Pembolehubah Moderator
yang boleh memberikan kesan kepada perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. menentukan sama ada ia memberi kesan atau memodifisikan perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat.

6 Pembolehubah Mencelah
pembolehubah yang muncul di antara pembolehubah bebas beroperasi untuk mempengaruhi pembolehubah terikat. Pembolehubah ini biasanya hanya dapat ditafsirkan setelah meneliti kesan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat

7 HIPOTESIS Hipotesis merupakan kenyataan atau ayat mengenai agakan, ramalan atau penyataan logikal yang dibentuk dengan jelas dan spesifik Hipotesis biasanya akan diuji berdasarkan analisis-analisis statistik yang tertentu bagi menjawab persoalan sesuatu kajian.

8 SUMBER-SUMBER HIPOTESIS
i) Dengan cara meneliti dan menganalisis kajian-kajian terdahulu,ulasan kajian dan keputusan-keputusan penyelidikan dalam bidang yang sama atau hampir sama. ii) Berdasarkan kajian rintis, yang akan dapat membantu membentuk hipotesis iii) Berdasarkan teori/model dalam bidang yang sama atau hampir sama

9 iv) Berdasarkan pembincangan dengan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan. v) Berdasarkan pengalaman penyelidik dalam menjalankan penyelidik.

10 Jenis-jenis Hipotesis
Hipotesis Sifar/ Nul(Ho) dan Hipotesis Alternatif (Ha).

11 Hipotesis Sifar mengandaikan bahawa tidak wujud perbezaan ataupun hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain Bersifat -ve Cth ; Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam persepsi akademik pelajar terhadap kesan cahaya lampu

12 Hipotesis Alternatif mengandaikan bahawa wujud perbezaan atau hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain Bersifat +ve terdapat kesan pembolehubah bebas ke atas pembolehubah terikat. Cth; Terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam persepsi akademik pelajar terhadap kesan cahaya lampu.

13 Kegunaan Hipotesis Kenapa hipotesis perlu dibentuk;
Untuk memberi arah kepada penyelidik bagi meninjau penulisan yang relevan dengan kajian mereka termasuklah bahan-bahan bacaan yang sesuai serta kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan. (b) membolehkan pengkaji menjawab objektif kajiannya dengan lebih jelas dan spesifik (c) mengenal pasti analisis statistik yang sesuai dan relevan dengan hipotesis yang akan diuji

14 KONSEP DAN OPERASI Konsep adalah satu kumpulan maksud atau erti yang berkaitan dengan sesuatu kejadian Konsep telah berkembang dengan peredaran masa melalui perkongsian kegunaan

15 Definisi adalah proses di mana kita menerangkan istilah utama penyelidikan secara terperinci selalunya menggunakan definisi kamus Definisi operasional pula adalah definisi yang dinyatakan dari segi kriteria pengujian atau operasi

16 Konsep Definisi Pengoperasian Komitmen Organisasi Keadaan di mana seseorang individu merasakan sesuai dengan organisasi dan gol serta ingin mengekalkan keahlian untuk mencapai gol tersebut Skor Soalselidik Komitmen Organisasi (Mowday, Steers & Porter, 1979) Kepuasan Kerja Sikap yang dipunyai oleh individu terhadap kerja, hasil daripada persepsi dan kesesuaian antara individu dan organisasi Skor soalselidik Job Diagnostic Survey (JDS) (Hackman & Oldham, 1975) Sikap Perasaan individu terhadap sesuatu atau seseorang Maklumbalas berdasarkan skala Likert (persetujuan dsb) kepada beberapa kenyataan


Download ppt "BAB 2 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google