Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

OLEH: DR. SITI MARZIAH ZAKARIA,

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "OLEH: DR. SITI MARZIAH ZAKARIA,"— Transcript presentasi:

1 OLEH: DR. SITI MARZIAH ZAKARIA,
BAHAGIA; SATU REALITI, BUKAN ANGANAN Rintislah jalan-jalan menuju bahagia…. OLEH: DR. SITI MARZIAH ZAKARIA,

2 JALAN 1: DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA
Setiap nafas kehidupan di dalam genggamannya. Jangan menongkah arus dan sombong dengan pencipta. Segala kelebihan dan kejayaan yang dikecapi adalah anugerahnya. Penuhi setiap kewajiban, jauhi larangannya. Ingatinya selalu dan tunduklah padanya.

3 JALAN 2: BAIKI HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Berkongsilah nikmat kehidupan bersama insan lain Berbuat baik dgn keluarga, sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga, dan masyarakat seluruhnya dituntut agama. Bertanya khabar, mengambil berat, ziarah menziarahi, menghulurkan bantuan, dsb akan membibitkan sinar bahagia. Jauhi hasad dengki, iri hati dan cemburu sesama insan.

4 JALAN 3: IKHLASKAN SEGALA AMALAN
Tiada ketenangan dan keberkatan tanpa keikhlasan Ikhlas adalah rahsia antara manusia dan Pencipta Ikhlas kunci ibadat. Niat yang ikhlas merungkai segala kesusahan dan halangan. Insan yang ikhlas jauh daripada sifat menunjuk-nunjuk, tamak, dan materialistik. Ikhlas menghasilkan perasaan redha dan sabar menempuh ujian.

5 JALAN 4: BERSYUKUR DALAM APA JUA KEADAAN
Bersyukurlah di dalam senang atau susah. Renungi nikmat yang kita miliki yang tidak terhitung banyaknya. Jangan kerana kekurangan dan kesulitan yang dihadapi, kita lupa untuk mensyukuri anugerah-anugerah lain. Nikmat bertambah dengan bersyukur. Jiwa tenang hadapi ujian, dan hati bahagia di dalam kesusahan.

6 JALAN 5: BERFIKIRAN POSITIF
Lihatlah diri, orang lain, kehidupan, dan peristiwa dengan perspektif yang positif. Mulakan hidup setiap hari dengan nafas yang segar. Jika sebiji gelas berisi separuh air, lihatlah ia sebagai separuh penuh, bukannya separuh kosong (half full, not half empty). Pemikiran positif: - emosi positif - tindakan positif - akibat yang positif.

7 JALAN 6: SENTIASA MEMANDANG KE HADAPAN
Pandang ke hadapan untuk hidup yang lebih yakin dan jiwa yang lebih kuat. Tanamkan keazaman untuk berjaya, memperbaiki hidup, dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Jangan ditangisi, dikesali, dan dikenang masa silam yang pahit; kekecewaan, kegagalan, dan kesedihan. Bangkit dengan semangat baru, buat perubahan, rancang strategi dan berusahalah ke arah kejayaan.

8 JALAN 7: FOKUS PADA KELEBIHAN DIRI
Setiap insan punyai bakat, kekuatan, dan potensi diri yang tersendiri. Teliti, selidiki, dan kajilah ciri-ciri positif yang ada pada diri. Fokus, gilap dan manfaatkanlah kelebihan diri. Jangan disesali kekurangan dan kelemahan diri. Pelihara dan tingkatkanlah keyakinan diri anda setiap hari.

9 JALAN 8: TIDAK MENYALAHKAN ORANG LAIN
Jangan cepat melihat keburukan dan kelemahan orang lain. Ambil ikhtibar atas sesuatu kejadian, untuk kebaikan di masa hadapan. Jika diuji dengan kegagalan, kekecewaan, kejatuhan, kemerosotan, kerugian dsb, jangan cepat menyelidiki kesalahan orang lain. Jiwa tidak tenang jika menyimpan tenaga negatif (dendam, buruk sangka, benci dsb) di dalam hati.

10 JALAN 9: TAWAKKAL DAN BERSERAHLAH KEPADA TUHAN
Segala ketentuan di dalam genggamannya. Kita merancang, dia juga merancang; Perancangannya adalah yang terbaik. Jangan lupa berdoa untuk setiap usaha. Serahlah segalanya pada yang Kuasa setelah berusaha. Jangan cepat putus harap dan putus asa. Dia sentiasa mendengar hambaNya yang soleh, taat, dan bertakwa.

11 Aktiviti 1: Anugerah kehidupan
Senaraikan 10 anugerah yang telah anda nikmati hingga ke saat ini. Anugerah kesihatan, keluarga yang harmoni, fizikal yang sempurna dsb. Bandingkan diri anda dengan insan yang tidak dikurniakan anugerah ini. Anda pastinya cukup bertuah, jauh lebih baik, dan mempunyai keistimewaan yang tidak ternilai harganya.

12 Aktiviti 2: Keunikan diri
Nyatakan 5 kelebihan anda yang cukup anda bangga. Tulis dan simpan di dalam diari untuk renungan anda sendiri. Sentiasa ingati dan fokus kepada kelebihan itu untuk meningkatkan keyakinan dan harga diri.

13 Aktiviti 3: Sejarah kejayaan
Ceritakan kepada teman sebelah anda kejayaan-kejayaan yang telah anda kecapi. Jangan segan untuk menceritakan sejarah-sejarah kejayaan anda semasa kecil, semasa sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat universiti, dan tempat kerja. Jangan pandang rendah kejayaan anda walau sekecil mana pun ia, seperti contoh: dipuji guru kelas kerana mempunyai tulisan yang cantik. Berkongsilah dengan rakan anda kejayaan itu, imbaslah dan raikannya kembali. Setelah itu, anda pula perlu mendengar cerita daripada rakan anda itu tentang kejayaannya.

14 Aktiviti 4: Kuhargainya
Luahkan di atas sehelai kertas tentang rasa penghargaan dan terima kasih anda kepada suami/isteri/ibu bapa akan jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Perinci dan sebutkan jasa-jasa dan pengorbanan mereka itu. Serahkan luahan tersebut kepada mereka apabila anda pulang nanti. Mereka pasti terharu dan berasa bahagia kerana memiliki anda.

15 Berbahagialah….kerana ia milik anda dan anda berhak berbahagia.
Selamat berbahagia!!


Download ppt "OLEH: DR. SITI MARZIAH ZAKARIA,"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google