Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SISTEM PENGENDALIAN UNIX

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SISTEM PENGENDALIAN UNIX"— Transcript presentasi:

1 SISTEM PENGENDALIAN UNIX
BAB 10

2 Pengenalan Sistem UNIX adalah satu sistem yang unik disebabkan 3 perkara berikut: Tidak bersandar kepada sesuatu jenis komputer ataupun CPU ataupun dengan lebih jelas tidak bersandar kepada perkakasan. Kemudahalihan dari sistem besar sehinggalah ke sistem pengguna tunggal. Mempunyai utiliti yang berkuasa.

3 Ciri-ciri di atas mementukan cara perlaksanaan dalam 4 pengurusan yang utama iaitu pengurusan ingatan, pengurusan pemproses, pengurusan peranti dan pengurusan fail. Namun begitu ianya juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu tidak mesra-pengguna dan juga tiada mempunyai sebarang piawaian.

4 Senibina UNIX

5 Kernel akan berinterkasi dengan peranti jika diminta oleh aturcara
Aturcara seperti who, ed dan yang setara dengannya akan mengaktifkan panggilan sistem untuk berinterkasi dengan kernel. Panggilan sistem ini akan mengarahkan kernel untuk membuat pelbagai operasi untuk aturcara yang memanggil dan menukarkan data di antara kernel dan aturcara yang memanggil. Aturcara pemanggil ini dinamakan arahan.

6 Pengurusan Ingatan UNIX mempunyai cara pengurusannya yang tersendiri kerana ia berupaya melakukan kerja dalam mod berbilang aturcara. Cara pengurusan ingatan yang digunakan adalah ‘Swapping’ dan penghalamanan permintaan. Ianya bergantung kepada saiz aturcara yang hendak dilarikan.

7 Swapping akan menjadi pilihan terbaik jika aturcara adalah bersaiz kecil dan proses di dalam sistem adalah sedikit. Dalam kaedah swapping, aturcara yang hendak dilarikan hendaklah dimuatkan keseluruhan ke dalam ingatan. Polisi yang digunakan adalah round-robin.

8 Penghalaman permintaan memerlukan konfigurasi perkakasan yang rumit.
Ianya juga boleh mengakibatkan pembaziran sistem yang tinggi dan jika proses yang terlibat terlalu banyak boleh menyebabkan sistem gagal berfungsi sama sekali.

9 Pengurusan Pemproses Di antara tugas-tugas yang perlu dilakukan adalah: Pengagihan CPU Penjadualan proses Melayan permintaan proses

10 Jadual Proses Ianya menyimpan maklumat-maklumat berikut:
Pengenalan proses Pengenalan pengguna Alamat proses Saiz proses Maklumat penjadualan

11 Untuk proses yang berkongsi kod, jadual proses akan mempunyai sub jadual yang dipanggil jadual teks yang mana ianya mengandungi: Alamat ingatan untuk kod yang dikongsi Pembilang (untuk mengira penggunaan kod yang dikongsi)

12 Jadual Pengguna dimiliki oleh setiap proses yang aktif
menyimpan maklumat-maklumat berikut: Pengenalan pengguna Pengenalan kumpulan pengguna Penunjuk kepada fail yang digunakan Penunjuk kepada direktori semasa Senarai kepada setiap layanan kepada sampukan

13 Cara pengurusan : Melaksanakan proses yang mempunyai keutamaan yang tinggi dahulu Proses yang banyak menggunakan masa CPU akan mempunyai keutamaan yang rendah Sistem mengemaskini nilai nisah masa prosesan berbanding dengan masa proses tersebut berada dalam sistem untuk setiap saat

14 Jika beberapa proses mempunyai keutamaan yang sama, maka proses-proses ini digilirkan dengan menggunakan kaedah round-robin Dalam memilih proses yang berada dalam baris-gilir SEDIA, pengurus pemproses akan memilih proses yang paling lama berada dalam ingatan sekunder Untuk mengeluarkan proses yang berada dalam ingatan(sedia untuk dilarikan), pengurus proses akan memilih proses yang menunggu penggunaan I/O ataupun yang terbiar

15 Nilai keutamaan akan dikira semula jika terdapat proses yang menunggu penamatan I/O dan tidak bersedia untuk dilarikan bila CPU diperuntukkan. Ini adalah untuk mengenalpasti proses yang tidak aktif dan juga untuk menghindar terjadinya dikriminasi untuk proses yang terikat I/O

16 Pengurusan Peranti Satu sifat UNIX yang unik adalah ia melayan peranti-peranti sama seperti ia melayan fail-fail biasa tetapi setiap fail peranti akan diberi Pengenalan. Pengenalan ini mengandungi maklumat seperti identiti peranti dan ianya disimpan dalam direktori peranti. Alat yang digunakan untuk menyeliakan penghantaran data kepada peranti dipanggil pemacu peranti dan ianya adalah sebahagian daripada kernel.

17 2 sistem pengurusan I/O Sistem blok I/O
digunakan oleh peranti yang boleh dialamatkan oleh turutan blok 512 bait. membolehkan pengurus peranti melakukan penimbalan untuk mengurangkan trafik I/O. polisi LRU (Least Recently Used) digunakan dalam proses penimbalan.

18 Sistem aksara I/O satu sub rutin akan meletakkan aksara ke dalam baris-gilir dan satu sub rutin lain akan mengambil aksara tersebut baris-gilir mempunyai masukan yang dipanggil “raw queue’ dan keluaran yang dipanggil “canonical queue”. Tujuannya adalah untuk melakukan proses penurutan di antara kelajuan masukan pengguna dengan talian komunikasi

19 Setiap peranti mempunyai:
kelas atau sistem blok I/O atau aksara I/O. nombor major peranti – indeks untuk tatasusunan bagi mencapai kod yang setara bagi pemacu peranti. nombor minor peranti – dihantar kepada pemacu sebagai argumen dan ia digunakan untuk mencapai peranti yang sama.

20 Antaramuka UNIX adalah sistem berorientasikan arahan oleh itu ianya tidak mesra pengguna. Arahan yang digunakan adalah pendek dan ini menjimatkan penggunaan aksara. Contoh : pengguna tatatanda $.

21 Secara amnya penggunaan arahan UNIX adalah seperti berikut:
arahan argumen nama fail arahan - arahan UNIX yang sah seperti ls argumen - kadangkala diwajibkan kadangkala adalah pilihan seperti ls –a, -a adalah merupakan pilihan dan ianya tidak diwajibkan nama fail - merupakan nama relatif ataupun nama sebenar

22 Arahan akan diterjemahkan dan seterusnya dilarikan oleh shell yang dikenali sebagai Penterjemah Arahan UNIX boleh melarikan 2 arahan dengan serentak, ini dapat dilakukkan dengan meletakkan simbol paip iaitu | di antara 2 arahan tersebut.

23 Contoh : who | sort – akan melaksanakan arahan who dan seterusnya mengisihkan hasilnya Arahan-arahan penapisan seperti wc dan sort. grep - “global regular expression and print” adalah untuk mencari rentetan aksara dalam sesuatu fail ataupun keluaran  pg atau more - untuk mengawal paparan fail yang panjang

24 nohup - “no hangup” arahan yang digunakan untuk melarikan program yang besar tanpa menunggu sehingga ianya selesai nice - untuk menyatakan kepada sistem bahawa program yang akan dilarikan tidak tergesa-gesa memerlukan sumber dan seterusnya meletak keutamaannya ke tahap yang rendah.


Download ppt "SISTEM PENGENDALIAN UNIX"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google