Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 8 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 8 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM"— Transcript presentasi:

1 BAB 8 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM
Kandungan: Definisi perundangan Islam Matlamat perundangan Islam Perbezaan syariah dan undang-undang ciptaan Mazhab fekah dalam Islam Sumber hukum syariah Undang-undang jenayah Islam

2 DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM
Syariah Bahasa – saluran air yang mengalir menjadi sumber minuman, jalan yang lurus. Istilah “segala hukum yang diperundangkan ke atas hambanya supaya mereka beriman dan beramal dengan apa yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Hukum-hukum dipanggil syariah kerana: Kedudukannya yang lurus Sistem benar dan tidak menyimpang Seperti jalan yang lurus Jenis-jenis hukum yang terkandung didalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu hukum berkaitan: I’tiqad atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. Malaikat , Kitab , Rasul dan Hari Qiamat. Tatatertib, akhlak dan kelakuan samada baik dan buruk. Perbuatan orang mukallaf seperti ibadah, muamalah, jinayah dan seumpamanya.

3 ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ Dalil tentang syariah
Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiyah: 18)

4 Feqah Makna feqah: Bahasa: kefahaman / mengetahui
Istilah: pengetahuan terhadap hukum2 syarak yang bersangkutan dengan amalan diambil dari dalil2 terperinci Perbezaan antara syariah dan Feqah Syariah mempunyai pengertian yang lebih umum dari feqah. Syariah merangkumi segala perkara yang telah ditetapkan oleh Allah melalui sunnah rasulnya dan juga al-Quran. Feqah hanya tertentu kepada sesuatu perkara yang khusus sahaja. Feqah berkait rapat dengan perbuatan dan perlakuan manusia yang mukallaf, serta membantu manusia samaada suatu perkara itu baik atau sebaliknya atau ianya sah atau tidak. Ilmu feqah itu sendiri merupakan disiplin bagi manusia yang mana ianya tidak mati selaras dengan berkembangnya perbuatan manusia. Walaupun manusia berubah mengikut masa, peristiwa dan keadaan, feqah juga berubah tetapi tetap dengan hukum nasnya. Disebabkan fahaman yang berbeza terhadap ayat yang sukar/kurang jelas, menjadi punca perbezaan pendapat maka lahirlah mazhab2 feqah

5 ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ
Contoh pemahaman ayat di kalangan ulama mazhab: ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. (an-Nisa’: 43)

6 Undang-undang ciptaan
Terbahagi 2: Undang2 semulajadi iaitu ditetapkan oleh Allah dan tidak boleh dipinda kerana ianya hak mutlak Allah Undang2 ciptaan manusia Dibentuk oleh pemerintah / parlimen spt Malaysia – tujuan: menjaga kepentingan umum. Perlembagaan dianggap undang2 tertinggi. Boleh dipinda mengikut kesesuaian keadaan

7 Dalam menggubal undang-undang, Islam menyarankan dua kaedah:
Matlamat Utama Syariah (Perundangan Islam) Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas-asas ma'ruf dan menjauhi segala bentuk kemungkaran. Manusia bebas membuat undang-undang baru yang sesuai dengan keperluan dan suasana semasa dengan syarat tidak melampaui batasan haram dan tidak terkeluar dari batasan wajib. Dalam menggubal undang-undang, Islam menyarankan dua kaedah: mengutamakan keselamatan umum membawa kesenangan dan kemudahan kepada manusia. Perkara-perkara yang menjadi kawajipan matlamat tersebut ialah: Memelihara agama atau hak dan kebebasan. Memelihara jiwa atau nyawa . Memelihara akal fikiran. Memelihara kehormatan dan keturunan. Memelihara harta-benda.

8 Perbezaan: Syariah vs Undang Ciptaan Manusia
UNDANG-UNDANG MANUSIA Peraturan yang dibentuk oleh badan yang mempunyai kuasa politik tertinggi dan kedaulatan. Boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau pemerintah Sering memberi pengecualian kepada Raja atau pemerintah atau kumpulan kumpulan individu yang tertentu. Berdasarkan konsep bahawa kedaulatan itu ditumpukan kepada negara, raja atau rakyat (majoriti). SYARIAH ISLAM Bersumberkan al-Qur’an dan as Sunnah Bersifat tetap, tidak boleh diubah oleh manusia Tiada memberi sebarang pengecualian kepada individu-individu yang khas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri Berlandaskan konsep ‘kedaulatan’ itu hanya pada Allah S.W.T. Hak yang diberi kepada lelaki atau perempuan menurut syariat tidak boleh ditarik balik atau ditambah oleh sebarang badan perundangan.

9 Mazhab-mazhab Fikah dalam Islam
Mazhab = jalan Mazhab2 fikah berbeza ‘jalan’ (fahaman) dalam mengeluarkan hukum 4 mazhab dlm sunnah wal jamaah – Hanafi, Maliki, Syafei, Hambali Sebab berbeza pendapat: Kefahaman terhadap nas Hadis nabi tidak terkumpul dlm satu teks Berbeza tempat tinggal dan keperluan

10 Mazhab Hanafi Pengasas - An-Nu’man bin Tahbit dan dikenali sebagai Abu Hanifah (80H-150H). Berketurunan Farsi dan dilahirkan di Kufah. Beliau mengajar dengan mengutamakan perbahasan dan perbincangan serta penggunaan rasional secara meluas. Dasar istinbatnya (hukum) mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Pendapat sahabat dan Al-Ijtihad (iaitu Al-Ijmak, Al-Qias, Al-Istihsan dan Al-Uruf). Fiqah Hanafi telah ditulis dan dikembangkan oleh murid-murid Abu Hanifah antaranya - Abu Yusuf dan Muhammad Hassan. Mazhab Maliki Pengasas - Imam Malik bin Anas (93H-179H). Berketurunan Arab dan dilahirkan di Madinah. Beliau mengajar dengan cara penyampaian tanpa banyak perbincangan. Kitabnya yang terkenal - Al-Mawatha’. Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak, Amalan penduduk Madinah (zaman Rasulullah s.a.w.), Al-Qias, Pendapat Sahabat, Al-Musalih Al-Mursalah, Al-Uruf. Sad ul-Dzarai, Al-Istihsan dan Al-Istishab. Muridnya yang masyhur yang menulis fiqah Maliki - Imam Al-Qarafi.

11 Mazhab Syafie Pengasas - Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris As-Syafie (150H-204H). Berketurunan Arab dan dilahirkan di Gaza, Palestine. Pernah berguru dengan Imam Malik di Madinah dan Imam Muhammad bin Hassan di Baghdad. Beliau dikatakan pertengahan di antara cara Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dalam mengeluarkan hukum fiqah. Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak, Pendapat Sahabat (dengan mengutamakan Khulafa Ar-Rasyidin) dan Al-Qias. Kitabnya yang terkenal Ar-Risalah dan Al-Umm Mazhab Hanbali Pengasasnya - Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal As-Syaibani (164H-241H). Dilahirkan di Baghdad dan pernah berguru dengan Imam Syafie di Baghdad. Ujian besaryang pernah dihadapnya - mengingkari kata Khalifah Makmun bahawa Al-Quran itu makhluk. Kitab hadisnya yang terkenal ialah al-Musnad Imam Ahmad. Beliau tidak suka menjawab soalan bagi perkara-perkara yang belum berlaku lagi. Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Pendapat sahabat yang disepakati, pendapat sahabat yang lebih dekat kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Hadis Mursal, Hadis Dhaif, dan Al-Qias.

12 Sumber Hukum Syariah Terbahagi 2: Sumber asli – al-Quran dan al-Sunnah
Sumber sekunder – al-ijmak dan al-ijtihad Sumber Asli Al-Quran Iaitu sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada umat manusia melalui Nabi Muhamad s.a.w. untuk mereka jadikan panduan dalam menjalani kehidupan didunia ini, membacanya berupa ibadah. Terdapat kira-kira 330 ayat yang berhubung soal-soal hukum yang boleh dibahagikan kepada : Mengenai ibadah dan taharah ) bersuci )140 ayat Urusan keluarga/nikah kahwin, pusaka 70 ayat Urusan jual beli, gadaian, sewa-menyewa, syarikat, hutang piutang 70 ayat Hukum jinayah 30 ayat Urusan kehakiman 20 ayat

13 As-Sunnah Iaitu segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Ia diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh para Sahabat, Tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulamak Hadis. Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran: Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran Menjelaskan ayat yang tidak diperincikan dalam al-Quran Menetapkan hukum yang tiada dalam al-Quran

14 Sumber sekunder al-Ijmak Iaitu kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada suatu masa selapas zaman Rasulullah mengenai suatu hukum syarak Terbahagi 2: Soreh – semua ulama mujtahid memberi persetujuan Sukuti – sebahagian setuju yang lain diam dan tidak membantah

15 Al-Ijtihad Al-Qiyas Menyandarkan suatu yg tidak ada hukum dari nas kpd sesuatu yg ada hukumnya dari nas oleh persamaan illah (sebab musabab). Cth: pengharaman dadah Al-Istihsan Penetapan hukum terhadap suatu masalah berlainan dari ketetapan yang diterapkan pada masalah2 yang ada persamaan dengannya kerana ada alasan yang lebih kuat yang menghendaki kelainan itu dilakukan Cth: orang bodoh wajib dihalang menguruskan hartanya (menjual/melabur) demi kebaikan diri melainkan kelulusan walinya. Tetapi boleh mewasiatkan hartanya kepada kebaikan. Alasan: wasiat terlaksana selepas mati Al-Masalih al-Mursalah Maslahah/manfaat yang tidak dinyatakan halal / haramnya oleh syariah. Cth: pengumpulan al-Quran dlm bentuk mushaf Sadd al-Dharai’ Penutupan jalan yang membawa kepada kerosakan. Cth: haram menyewakan bangunan kepada pengusaha perjudian

16 Al-’Urf Adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan Islam Cth: urf qauli – panggilan ‘aulad’ kepada anak lelaki, sedangkan dari sudut bahasa ianya merangkumi anak lelaki dan perempuan Urf amali – berjual beli tanpa akad Al-Istishab menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini atau masa akan datang, berdasarkan kepada ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa yang lalu, kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa sesuatu itu telah berubah keadaan. Cth: Semua jenis binatang laut halal dimakan pada hukum asalnya, kecuali apabila ianya didapati mendatangkan kemudharatan

17 Undang-Undang Jenayah Islam
Al-Jinayah – segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan ke atas badan, harta atau sebagainya. Menurut Al-Mawardi – segala bentuk kesalahan menurut syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah – qisas, hudud dan takzir Pencabulan ke atas lima perkara (agama, nyawa, akal, harta, maruah) adalah jenayah yang perlu dihukum. Elemen suatu tindakan itu jenayah: Perundangan – peruntukan tentang kesalahan jenayah Tindakan – melakukan kesalahan jenayah Kelayakan – dari segi umur, kelayakan dan tanggungjawab

18 Hukuman Kesalahan Jenayah dalam Islam
Hudud Qisas Ta’zir Pengertian: Bahasa : menahan / mencegah Keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah. Kadar hukuman tidak boleh dipinda. ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.(al-Maidah: 38)

19 Qisas Bentuk kesalahan hudud: Pengertian:
Sariqah (mencuri) Zina Qazaf (membuat tuduhan zina) Syurb (minum arak) Hirabah (menyamun) Irtidad / ridd Qisas Pengertian: Bahasa: memotong atau pembalasan Istilah : Suatu hukuman yang telah ditetapkan Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunai hak manusia. Bererti – membunuh hendaklah dibunuh balas, mencederakan maka dibalas cederakan. Kesalahan jenayah qisas – membunuh dengan segaja dan mencederakan Diat – denda yang wajib dibayar sebagai ganti qisas

20 Takzir Pengertian: Bahasa: menghalang / menolak Istilah : hukuman yang bertujuan untuk menghalang pencerobohan kepentingan awam / individu oleh mahkamah / pemerintah Bentuk hukuman tidak ditentukan di dalam al-Quran dan al-hadis dan tertakluk kepada bidangkuasa hakim – denda, penjara, sebat dsb.

21 Latihan Apakah makna syariah dari segi bahasa dan istilah
Jelaskan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam al-Quran dan al-sunnah. Nyatakan 3 perbezaan syariah dengan undang-undang ciptaan manusia Nyatakan sumber perundangan Islam. Huraikan bentuk hukuman jenayah Islam berikut berserta contoh. Hudud Qisas Ta’zir


Download ppt "BAB 8 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google