Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Untuk membolehkan bahasa Melayu terus berkembang, beberapa usaha telah dirancangkan, terutamanya dari segi peluasan kosa kata. Usaha ini dilakukan melalui beberapa proses dan kaedah serta langkah-langkah pembaharuan yang dilakukan. Proses dan Kaedah Untuk membolehkan BM terus berkembang dan dapat berfungsi secara berkesan dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu, proses peluasannya dilakukan melalui: Penerapan kata bahasa asing Pembentukan kata baharu melalui perancangan bahasa Penciptaan kata berasaskan penggunaan popular MINGGU 14

2 Penerapan Kata Bahasa Asing
Sepanjang sejarahnya, BM telah meminjam unsur-unsur asing. Pada zaman dahulu, BM banyak meminjam perkataan daripada bahasa Sanskrit, contohnya perkataan dalam: Bidang agama dan falsafah Negara dan sistem pemerintahan Kebesaran Hubungan kekeluargaan Bahagian tubuh manusia Bunga dan tumbuh-tumbuhan Haiwan dan mergastua Penyakit Barang dagangan dan perniagaan Alat perhiasan Cakerawala Alat perkakas Senjata dan peperangan Sifat dan keadaan Bahasa dan kesusasteraan Angka dan nombor Tanda arah dan masa

3 Penerapan Imbuhan Asing
Unsur imbuhan asing yang digunakan dalam pembentukan kata BM dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu: Imbuhan Sanskrit 2. Imbuhan Arab-Parsi 3. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris

4 Pemerkasaan Bahasa Melayu
Pemerkasaan BM boleh dijelaskan sebagai: Peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Dasar Bahasa Negara dan pelaksanaan dasar bahasa tersebut. Peningkatan usaha pembinaan aspek-aspek bahasa yang memperteguh sistem dalaman BM yang memungkinkannya digunakan dan dikembangkan dalam pelbagai bidang kehidupan moden kini dan alaf depan. Pengukuhan usaha pembangunan infrastruktur BM dengan menekankan pelan induk pengembangan dan pelaksanaan penggunaannya dalam pelbagai bidang kehidupan moden kini dan alaf depan.

5 Kedudukan dan Peranan BM dalam Abad ke-21
Amat berkait rapat dengan teras pembinaan negara Malaysia, iaitu Wawasan 2020. Kemajuan sains dan teknologi yang dikembangkan menggunakan bahasa Inggeris dilihat memberi kesan terhadap fungsi atau peranan BM sebagai bahasa wahana ilmu. Isu dan pendirian yang dipegang oleh sebahagian besar penduduk Malaysia , iaitu dunia teknologi maklumat itu dunia bahasa Inggeris, dan bahasa lain tidak mampu menanganinya. Pandangan ini tidak benar kerana BM bukan tidak mampu menangani teknologi maklumat tetapi disebabkan dunia itu baharu bagi kita kerana datangnya daripada budaya lain, maka BM perlu diperlengkap dengan istilah yang cukup.

6 Pembinaan BM dalam teknologi maklumat meliputi dua aspek, iaitu:
a. pembinaan kosa kata b. pembinaan laras Usaha Pemerkasaan BM dalam Bidang Teknologi Maklumat Usaha pemerkasaan BM dalam bidang teknologi maklumat meliputi bidang yang berikut: Pembinaan kosa kata Pembinaan pengguna BM yang baik dan betul Pembinaan laras Pembinaan bahan

7 Pembinaan Kosa Kata BM hanya dapat menangani bidang teknologi maklumat sekiranya dapat diwujudkan istilah yang relevan. Istilah-istilah yang dihasilkan tidak semestinya terdiri daripada ungkapan tulen dalam BM tetapi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk, seperti kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dengan atau tanpa penyesuaian kepada bahasa Melayu atau menterjemah konsep serta istilah dalam bahasa Inggeris ke BM. Pembinaan Pengguna BM dalam Bidang Teknologi Maklumat Perlu diwujudkan pengguna teknologi maklumat yang terdiri dariapda generasi kini yang boleh berbahasa Melayu.

8 Pembinaan Laras Untuk meyakinkan sesetengah pihak tentang keupayaan bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat, ciri BM dalam bidang ini hendaklah jelas. Perlu diwujudkan laras bahasa Melayu teknologi maklumat yang nyata melalui peristilahan dan cara pengungkapan yang tersendiri. Pembinaan Bahan Perlu menghasilkan sebanyak mungkin bahan dalam BM. Lebih banyak laman web perlu disediakan, dan ruangan lain, seperti e-mel, iklan, dan lain-lain. Usaha untuk menjadikan BM terus berfungsi sebagai wahana penting dalam ICT dapat dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP melalui program yang dikenali sebagai Data Korpus Berkomputer (DKB).

9 Cabaran yang Dihadapi BM Kini
Secara ringkas, cabaran yang dihadapi oleh BM boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Dari segi dalaman BM sendiri; dan 2. Dari segi luaran, khususnya sikap pihak tertentu terhadap bahasa Inggeris, dan kesannya terhadap BM. Dari segi (1), antara aspek yang perlu disedari ialah: Perlunya usaha dilakukan untuk memastikan BM terus kekal sebagai bahasa yang dihormati oleh warganegara Malaysia dan digunakan dalam situasi yang relevan. Menentukan bentuk BM yang segar dan bertenaga untuk memikul tugas dan cabaran abad ke-21.

10 Dari segi (2), perkara berikut perlu diberikan
perhatian: Pihak yang memperjuangkan bahasa Inggeris perlu disedarkan bahawa keghairahan mereka akan menjejaskan kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan; dan Tidak ada warganegara yang menolak kepentingan bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut penting sebagai bahasa perhubungan di dunia antarabangsa, dan untuk menimba ilmu pengetahuan. Yang perlu disedari juga ialah kedudukan bahasa Inggeris berasaskan unsur utiliti kerana statusnya sebagai bahasa antarabangsa. Sebaliknya, hubungan dengan bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan yang berkait rapat dengan jati diri dan maruah bangsa.

11 Cadangan Beberapa cadangan dikemukakan berkaitan dengan masalah yang dikemukakan: Daripada perspektif pengguna bahasa Sesuatu bahasa akan dihormati oleh semua pihak jika penutur aslinya masih menghormati bahasa mereka sendiri. Sikap positif terhadap BM dapat dimanifestasikan melalui: Menggunakannya dengan baik, betul, dan indah. Menggunakannya pada setiap waktu yang relevan seperti dalam situasi rasmi. Membetulkan segala kesalahan bahasa yang dilakukan. Memupuk suasana penghayatan yang indah dalam BM.

12 2. Daripada perspektif bahasa Melayu sendiri
Proses pembinaan dan pengembangan BM perlu diteruskan dan ditingkatkan supaya penentangnya tidak dapat menggunakan alasan bahawa BM tidak sesuai sebagai bahasa sains dan teknologi, dan bahasa utama abad ke-21. Langkah-langkah yang perlu dilakukan: i. Kegiatan pengembangan dan pembinaan bahasa hendaklah diteruskan bukan sahaja oleh DBP tetapi juga oleh pihak lain seperti universiti dan institusi pendidikan. ii. Usaha penterjemahan hendaklah ditingkatkan. Peranan ITNM perlu disemak. iii. Kegiatan penghasilan buku pengajian tinggi hendaklah diusahakan oleh pihak universiti tempatan dan badan-badan lain. iv. Mengelakkan kegiatan membesar-besarkan perbezaan kecil tentang pandangan terhadap BM. v. usaha dilakukan supaya aspek estetik BM dapat ditingkatkan.

13 Daripada sudut globalisasi
BM harus memperlihatkan aspek globalisasinya melalui: Berfikir dalam konteks menyediakan BM menjadi bahasa ASEAN. Soal pengantarabangsaan BM perlu diberikan perhatian melalui langkah yang konkrit seperti yang dilakukan oleh DBP, menjadikan BM bahasa yang wajib untuk semua pelajar asing Usaha perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa BM mampu menjadi wahana bidang teknologi maklumat.


Download ppt "PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google