Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KENEGARAAN MALAYSIA SKP2101

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KENEGARAAN MALAYSIA SKP2101"— Transcript presentasi:

1 KENEGARAAN MALAYSIA SKP2101
MOHD MAHADEE ISMAIL JABATAN PENGAJIAN KENEGARAAN & KETAMADUNAN FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2017

2 Menerangkan sejarah negara dan masyarakat
PELAJAR DAPAT.... 1 Menerangkan sejarah negara dan masyarakat serta sistem pemerintahan negara 2 Menghubungkaitkan kefahaman mengenai sejarah, dasar dan sistem negara dengan perkembangan semasa 3 Menghuraikan dasar negara dan kepentingan nilai-nilainya 4 Menghargai kepentingan nilai PATRIOTISME HASIL PEMBELAJARAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA

3 TAJUK UTAMA SKP2101 Main Idea SEJARAH SISTEM NEGARA
STRUKTUR/ BADAN PEMERINTAHAN DASAR-DASAR NEGARA PEMBINAAN NUSA BANGSA DASAR-DASAR SOSIAL DASAR PEMBANGUNAN NEGARA T14 Kenegaraan Malaysia SKP2101 EKSEKUTIF/PEMERINTAHAN LEGISLATIF/PERUNDANGAN JUDISIARI/KEHAKIMAN SEJARAH AWAL NEGARA PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN PENUBUHAN MALAYSIA T1 T2 T3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN PERSEKUTUAN/FEDERALIMSE T4 T5 T6 T7 DASAR LUAR T11 T12 T13 T8 T9 T10 TAJUK UTAMA

4 Pengenalan Kursus Sistem Negara Tajuk 4-7 Sejarah Tajuk 1-3
Mengenali dan memahami sistem yang diamalkan oleh negara Mengetahui fungsi dan kepentingan sistem Asal usul Malaysia Cabaran awal negara Proses pembentukan negara merdeka

5 Struktur Pemerintahan Malaysia
Pengenalan Kursus Struktur Pemerintahan Malaysia Tajuk 8-10 Dasar-dasar negara Tajuk 11-13 Mengetahui perkembangan dasar negara Ekonomi Sosial Global Mengenali dan memahami struktur dan sistem negara Memahami proses dan perjalanan/pentadbi ran negara

6 Pengenalan Kursus Pembinaan Nusa Bangsa Tajuk 14
Pengukuhan dan kelangsungan sebuah negara bangsa Asas perpaduan masyarakat majmuk

7 PENILAIAN UJIAN (MID-TERM) – 30% TUGASAN - 30% PEPERIKSAAN AKHIR - 40%

8 UJIAN (MID-TERM) Markah 30% Soalan Objektif – 30 ke 45 soalan
Tajuk 1 hingga Tajuk 7

9 TUGASAN Markah 30% Esei Berkumpulan
Tajuk – perbincangan & persetujuan pensyarah Panjang hlm Format 1.5 spacing TNR 12 or Arial 11 Margin - standard Rujukan – 8 buah (buku, jurnal, bab dalam buku dll)

10 PEPERIKSAAN AKHIR Markah 40% Bentuk soalan (Esei/objektif)
Tajuk 8 hingga Tajuk 14

11 TAJUK 1 : SEJARAH AWAL NEGARA
Zaman Pra-Sejarah Zaman Paleolitik – Zaman Batu Awal Zaman Mesolitik – Zaman Batu Tengah Zaman Neolitik – Zaman Batu Baru Zaman Gangsa-Besi – Zaman Logam Zaman Proto Sejarah Kerajaan Awal di Gugusan Kepulauan Melayu Kerajaan Awal di Tanah Melayu Funan (1-6), Srivijaya (7-11), Majapahit (13) & Melaka (15) Zaman Pensejarahan – Kesultanan Melayu Melaka Sistem Pentadbiran Faktor Perkembangan – geografi, ekonomi, politik & pentadbiran Faktor Kemerosotan – dalaman & luaran Penjajahan Portugis Penjajahan Belanda Penjajahan Inggeris Pendudukan Jepun Penjajahan Inggeris Zaman Sejarah Moden - Merdeka

12 Alat batu lebih sempurna – berternak – hubuungan dagangan - perhiasan
LOGAM Bahan logam – penempatan kawasan lapang – adat resam – pemerintahan bernegara Sungai Lang, Sungai Langat (Selangor), Sungai Muar (Johor), Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Terengganu, Kota Gelangi (Johor) NEOLITIK Alat batu lebih sempurna – berternak – hubuungan dagangan - perhiasan Gua Cha (Kelantan),Gua Kecil (Pahang), Gua Kepah (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), Gua Madai (Sabah), Gua Gamantang, Gua Niah MESOLITIK Gua & tebing sungai/tasik – bercucuk tanam – alat batu halus Gua Cha (Kelantan),Gua Kecil (Pahang), Gua Kepah (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), Gua Madai (Sabah), Gua Gamantang (Sabah), Gua Niah PALEOLITIK Gua – hasil hutan – alat batu ringkas Kuala Tampan (Perak), Gua Niah, (Sarawak), Tingkayu (Sabah)

13 KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
FAKTOR KEGEMILANGAN Geo-strategik Ekonomi Politik & Pentadbiran Pusat Penyebaran Islam

14 KEDATANGAN PENJAJAH Portugis (1511- 1641) - 130 tahun Matlamat:
Kuasa/kekayaan, perdagangan dan penyebaran agama Kristian Kesan: Kewujudan masyarakat Serani Bahasa, budaya dan tulisan; tarian, tulisan rumi dan beberapa perkataan seperti jendela, almari, garpu, tuala, palsu. Pengunduran: Setelah diserang Belanda dengan bantuan kerajaan Melayu Johor pada tahun 1641

15 BELANDA (1641– 1824) - 183 TAHUN Matlamat: Kesan: Pengunduran:
menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu Melaka: Pusat pengumpulan hasil dagangan Pusat utama: Betawi di Indonesia Matlamat: Tidak besar kerana Melaka bukanlah pusat utama. Kesan: Pemerintahan berakhir dengan Perjanjian Inggeris Belanda (Perjanjian London) pada 1824 Pengunduran: BELANDA (1641– 1824) TAHUN

16 INGGERIS (1824–1942 & 1945–1957) – 130 TAHUN Matlamat:
Meluaskan perdagangan Menguasai sumber bahan mentah Kesan: Secara besar-besaran : politik, ekonomi dan sosial Tentangan hebat daripada rakyat Pengunduran kali pertama: Setelah serangan Jepun 1942 Pengunduran kali kedua: Kemerdekaan Tanah Melayu 1957

17 JEPUN (1942–1945) – 3 TAHUN 8 BULAN PENJAJAHAN JEPUN
FAKTOR KEJAYAAN JEPUN KELEBIHAN TENTERA JEPUN Terlatih dan bersemangat tinggi Pegawai bekebolehan seperti Yamashita dan Tsuji Persediaan peperangan yang rapi Taktik peperangan yang baik dan praktikal KELEMAHAN TENTERA INGGERIS Tidak bersedia Kelemahan pertahanan laut Semangat perang yang rendah Tentera yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan KESAN PENJAJAHAN EKONOMI Ekonomi Malaya meleset Industri bijih timah dan getah terganggu infrastruktur musnah Inflasi berlaku POLITIK Slogan ‘Asia untuk Asia’ menaikkan semangat nasionalisme Kesedaran politik di kalangan masyarakat tempatan Gerakan menentang Jepun SOSIAL Sistem buruh paksa diperkenalkan Jepun mengutamakan orang Melayu dan menindas orang Cina Orang Melayu diberikan jawatan dalam pentadbiran Hubungan di antara kaum bertambah runcing Sistem pendidikan berasaskan bahasa dan budaya Jepun

18 TAJUK 2: PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Perjuangan Berdarah Tempat, tokoh, punca & sebab, implikasi Pelaksanaan Sistem Residen Kelemahan Sistem Residen Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Kesan pembentukan NNMB Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu Dasar Desentralisasi Kuasa Perjuangan Semangat Nasionalisme Pengaruh Luaran – Perang Rusia-Jepun, Turki, Mesir & Indonesia Pengaruh Dalaman - Faktor Agama, Bahasa & Kesusasteraan, Akhbar & Kewartawanan, Golongan intelektual Pelaksanaan Malayan Union 1946 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Parti Komunis Malaya Pengenalan Sistem Ahli 1951 Pilihan Raya Awal 1951 (penguasa tempatan Pilihan Raya Umum 1955 Rundingan Kemerdekaan – Suruhanjaya Reid Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

19 Antara Para Pejuang Secara Bersenjata (Fizikal)
Naning ( ) Dol Said Selangor ( ) Raja Mahadi Perak (1875) Sultan Abdullah Raja Ismail Dato’ Maharajalela Tok Sagor Pandak Endut Negeri Sembilan ( ) Tengku Antah Pahang ( ) Tok Gajah Dato’ Bahaman Mat Kilau Sarawak ( ) Sharif Masahor Rentap Sarawak ( ) Banting Sabah ( ) Mat Salleh Sabah (1915) Antanum Kelantan (1915) Tok Janggut Terengganu ( ) Haji Abdul Rahman Limbong

20 Perjuangan Secara Diplomasi
BAHASA & KESUSASTERAAN Za’ba, Harun Aminurrashid, Keris Mas, Tongkat Waran Melalui: Karya Cenderamata, Majalah Guru, Kemiskinan Orang Melayu, Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu, Umbi Kemajuan dan Melor Kuala Lumpur AKHBAR & KEWARTAWANAN Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Za’aba Melalui: akhbar/majalah : Jawi Peranakan, Al-Imam, Neracha, Pengasuh, Idaran Zaman, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Melaya, Majlis, Utusan Melayu dan Warta Sarawak

21 Rundingan Kemerdekaan ke London
Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid Pihak British dibenarkan menempatkan tenteranya di Tanah Melayu Rakyat tempatan akan mengambil alih semua jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dll Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dengan sistem pemerintahan demokrasi Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 Peranan Tunku dan Parti Perikatan

22 Pendorong Semangat Nasionalisme
PENGARUH LUARAN Gerakan Turki Perjuangan Indonesia menentang Belanda Perang Rusia-Jepun ( ) Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. PENGARUH DALAMAN Media Cetak Agama Karya Sastera Peranan Golongan Intelektual

23 SURUHANJAYA REID Ditubuhkan Jun untuk merangka satu Perlembagaan yang merdeka bagi Tanah Melayu Dipengerusikan oleh Sir Lord Reid (London) Ahli-ahlinya Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Menerima memorandum daripada pelbagai pihak (131 memorandum) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

24 TAJUK 3: PENUBUHAN MALAYSIA
Cadangan Awal Percantuman Faktor-faktor penubuhan Malaysia Ancaman Komunis di Singapura Keseimbangan Kaum Kemajuan Ekonomi Bersama Mempercepatkan Kemerdekaan Reaksi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak, Brunei Tindakan ke arah Penubuhan Malaysia J/kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia Suruhanjaya Cobbold Jawatankuasa Antara Kerajaan Tuntutan Filipina Konfrantasi Indonesia Perisytiharan Malaysia Malaysia Tanpa Brunei Pemisahan Singapura

25 Reaksi Awal Terhadap Gagasan Malaysia
SINGAPURA Barisan Sosialis & Parti Rakyat Singapura Menentang Sokongan Parti Tindakan Rakyat (PAP) BRUNEI Sultan Saifuddin menyambut baik Penentangan hebat daripada Parti Rakyat Brunei (A.M. Azhari) – pemberontakan bersenjata Tidak menyertai disebabkan pergolakan politik dan beberapa tuntutan tidak berjaya dipenuhi SABAH & SARAWAK Peringkat awal – ada yang kurang bersetuju: UNKO dan Pasok Momogun, (Sabah); PESAKA, SNAP & SUPP (Sarawak) Majoriti -menyambut baik: USNO (Sabah) , PANAS dan Barjasa (Sarawak Reaksi Awal Terhadap Gagasan Malaysia

26 Sambungan… TANAH MELAYU INGGERIS Sambutan baik majoriti rakyat
Tentangan Parti Islam Setanah Melayu(PAS) Kebimbangan terhadap ketidakseimbangan kaum Melayu dan bukan Melayu INGGERIS Demi kepentingan pelaburan, ekonomi dan mengelak ancaman komunis. Bersetuju dengan penggabungan Bekerjasama dalam proses perundingan Sambungan…

27 Proses Pembentukan Malaysia
1961: Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) Julai 1961: Kunjungan ke Brunei Ogos 1961: Rundingan Singapura November 1961: Rundingan dengan British Februari - Mac 1962 : Suruhanjaya Cobbold (SC) Julai 1962: Rundingan Pra Rang Undang-undang Malaysia Ogos 1962: Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK September 1962: Referendum Singapura Jun 1963: Misi bangsa-bangsa Bersatu Julai 1963: Perjanjian Malaysia ditandatangani

28 Tentangan Terhadap Malaysia
INDONESIA 20 Januari 1963:Indonesia lancar dasar konfrontasi terhadap Malaya. 16 Jan Mac 1963 – tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak Julai dan Ogos 1964 – serangan di Johor dan Singapura 20 Januari melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaya – “Ganyang Malaysia”

29 FILIPINA Tuntutan bermula Jun 1962– isu milik waris Kesultanan Sulu.
22 Jun Filipina menuntut kepada London berdasarkan teks perjanjian 22 Januari 1878 dan juga pengisytiharan waris Sultan Sulu pada British menolak Berlaku beberapa kali perundingan Filipina-Malaya. Tunku Abdul Rahman juga menolak tuntutan. Misi PBB - untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak – memihak kepada Malaysia Filipina memutuskan hubungan diplomatik sehingga 16 Disember – Presiden Marcos memulihkan hubungan

30 Mengapa Singapura Keluar Daripada Malaysia?
POLITIK Persaingan politik - PAP dan MCA EKONOMI Isu cukai sumbangan pendapatan Singapura (belanjawan 1965 – Singapura tidak puas hati MASALAH PERKAUMAN Melayu Singapura dipinggirkan Konsep Malaysian Malaysia & meritokrasi Konflik politik Melayu-bukan Melayu UMNO anggap Singapura kritik kedudukan istimewa Melaya

31 Malaysia Tanpa Singapura
Usaha mencari jalan penyelesaian (Jun dan Ogos) gagal kerana Singapura memburukkan lagi keadaan 7 Ogos 1965 – Lee dan Tunku menandatangani persetujuan untuk Singapura keluar dari Malaysia. 9 Ogos 1965 – Parlimen luluskan rang undang-undang pemisahan Singapura - Singapura rasmi keluar dari Malaysia

32 TAJUK 4: PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Definisi Perlembagaan Latar Belakang Perlembagaan Malayan Union, Persekutuan TM, Merdeka, Malaysia Konsep Ketinggian Perlembagaan Kandungan Perlembagaan – 15B, 183P & 13J Ciri-ciri asas Unsur-unsur Tradisi dlm Perlembagaan Pemerintahan Beraja Agama Islam Bahasa Melayu Kedudukan Istimewa Orang Melayu Pindaan Perlembagaan 2/3 Majoriti & MRR 2/3 Majoriti & YDPN Sabah & Sarawak 2/3 Majoriti Parlimen shj Majoriti Mudah Pindaan Perlembagaan yg telah dibuat

33 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Kesatuan Malaya 1946 Pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946 yang memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu berasaskan kepada cantuman Perintah-Dalam-Majlis Mesyuarat Kesatuan Tanah Melayu dan Perintah-Dalam-Arahan Diraja bertarikh 23 Mac 1946. Penubuhan MU disertai dengan satu perlembagaan yang di namakan Perlembagaan Malayan Union 1946. Dibatalkan pada 1 Februari 1948 kerana mendapat tentangan daripada raja-raja Melayu dan rakyat Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan Pusat – Pesuruhjaya Tinggi British Majlis Mesyuarat Persekutuan Majlis Perundangan (mempunyai anggota rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi yang dipilih dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British

34 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London pada 18 Januari – 6 Februari 1956. Perundingan ini dihadiri oleh empat orang wakil raja dan wakil-wakil kaum di Malaya termasuk Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman. Hasilnya pada bulan Mac 1956 satu suruhanjaya ditubuhkan iaitu Suruhanjaya Perlembagaan atau Suruhanjaya Reid; Lord Reid (England) sebagai pengerusinya dengan beberapa orang pakar undang-undang yang dilantik dariUK (Sir Ivor Jennings), Australia (Sir William Mackell), India (Hakim B. Malik) dan Pakistan (Hakim Abdul Hamid) Suruhanjaya ini bertujuan bagi menggubal satu perlembagaan baru untuk PTM yang bebas dan merdeka. Tokoh-tokoh ini menghasilkan satu rangka perlembagaan yang kuat untuk PTM yang merdeka pada bulan Februari 1957. Rangka Perlembagaan itu kemudiannya dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957 serta berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. Akhirnya diisytiharkan sebagai Perlembagaan PTM pada 31 Ogos 1957 sekaligus mendaulatkan PTM sebagai sebuah negara bebas dan merdeka. Perlembagaan Malaysia 1963 Enam tahun selepas Malaya merdeka, negeri Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya membentuk Malaysia. Perlembagaan PTM tidak sesuai lagi dan diwujudkan Suruhanjaya Cobbold pada April 1962 bagi melihat reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu, UK, Sabah, Sarawak dan Singapura menandatangani Perjanjian Malaysia. Parlimen Persekutuan telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Per 1 (1) dan Per 2 PP 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963 menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

35 Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Pemerintahan Beraja Bahasa Melayu Kedudukan Istimewa Orang Melayu Agama Islam Perkara Perkara 3 Perkara 152 Perkara 153

36 Cth: PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
Kebebasan Asasi (Bahagian 2) Perlembagaan Persekutuan Kebebasan Diri Per 5 Keabdian & Kerja Paksa Dilarang Per 6 Perlindungan drp Undang-undang Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan & Pembicaraan Berulang Per 7 Sama Rata Per 8 Larangan Buang Negeri & Kebebasan Bergerak Per 9 Kebebasan Bercakap, Berhimpun & Menubuh Persatuan Per 10 Kebebasan Agama Per 11 Hak-hak Berkenaan Pelajaran Per 12 Hak Terhadap Harta Per 13

37 Pindaan Perlembagaan Persekutuan
Per 38 – Majlis Raja-Raja Per 70 – Keutamaan YDPA, Raja dan YDPN Per 152 – Bahasa Kebangsaan Per Kewarganegaraan Per 153 – Kedudukan Istimewa Per 181 – Kedaulatan Raja-Raja Per 161E (2) – pemeliharaan kedudukan perlembagaan negeri Sabah & Sarawak - Keanggotaan & bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak - Hal-ehwal agama, bahasa & kedudukan istimewa bumiputera - Akta Imigresen - Kewarganegaraan Pindaan Perlembagaan 2/3 Parlimen + Majlis Raja Raja 2/3 Parlimen sahaja Majoriti Mudah 2/3 Parlimen + Yang Dipertua Negeri Sabah & Sarawak Per 159 (4) pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3) Per 159 - Pindaan kemasukan atau gabungan negeri dalam Persekutuan - Pindaan Jadual Ke-2 (Bhg Tiga) - peruntukan tambahan kewarganegaraan - Pindaan bentuk-bentuk sumpah & ikrar taat setia (Jadual Ke-6) - Pindaan pemilihan & persaraan ahli Dewan Negara (Jadual Ke-7) - Perkara berkaitan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang kepada Parlimen kecuali Perkara 74 dan 76

38 TAJUK 5: RAJA BERPERLEMBAGAAN
Konsep Raja Berperlembagaan Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan Latar belakang sejarah Keseimbangan dalam sistem Yang di-Pertuan Agong Pemilihan Batasan YDPA Kuasa YDPA – eksekutif, legislatif & judiciary Kuasa Budi Bicara YDPA Timbalan Yang di-Pertuan Agong Majlis Raja-Raja Peranan MRR Persidangan MRR – Aturcara Persidangan Imuniti Raja

39 Ciri-Ciri Sistem Raja Berperlembagaan
Raja tidak berkuasa secara langsung Kuasa Raja diwakilkan kepada Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak berdasarkan nasihat yang diberikan Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik

40 Yang di-Pertuan Agong Ketua Utama Negara, yang mengetuai badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Ketua Tertinggi Ang. Tentera Persekutuan dan Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. Mengikut Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai ketua eksekutif (mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi) Baginda hanya boleh didakwa dalam Mahkamah Khas yang diperuntukkan di bawah Bahagian XV (PP) (ini bermakna bahawa YDPA tidak mempunyai imuniti (kekebalan) yang mutlak dari sisi undang-undang. YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan untuk menjalankan tanggungjawab yang besar seperti melindungi hak dan keselamatan rakyat. Amalan konsep Raja Berperlembagaan ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap warganegara adalah tertakluk kepada undang-undang negara. Perkara 150 – YDPA berkuasa mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu yang mengancam keselamatan negara

41 Majlis Raja-Raja (MRR)
Ditubuhkan sejak tahun 1897 Secara rasminya ditubuhkan sempena terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu 1948 ekoran daripada perjuangan orang Melayu menentang gagasan Malayan Union yang telah mengenepikan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu Merupakan majlis Kesepakatan Raja-Raja Melayu Keanggotaan MRR: Dianggotai oleh Raja/Sultan dari sembilan buah negeri dan juga Yang Dipertua Negeri bagi Melaka, P. Pinang, Sabah dan Sarawak. Dalam persidangan MRR, orang lain boleh mewakili baginda sultan/raja atau Y. Dipertua Negeri dengan syarat Perlembagaan Negeri mengizinkannya.

42 Peranan MRR Umumnya MRR mempunyai dua peranan penting iaitu (1) berkaitan dengan kepentingan Raja-Raja Melayu dan soal keagamaan dan (2) melibatkan hal ehwal pentadbiran negara Memilih YDPA dan Timbalan YDPA Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama yang meliputi seluruh Persekutuan Memelihara adat-istiadat orang Melayu tidak termasuk Sabah dan Sarawak Mempersetujui atau tidak mana-mana undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan MRR atau selepas berunding dengan MRR  Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 PP Memberi pengampunan, menangguhkan atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal 12, Perkara 42

43 Peranan MRR Perlantikan Ketua Hakim Negara, hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli SPA dan SPR Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri Memperluas keanggotaan Persekutuan secara menyeluruh Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak Salah satu fungsi MRR juga untuk memberi kesempatan menemukan wakil Kerajaan Pusat (PM) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri (Menteri Besar/Ketua Menteri) di hadapan raja. Dengan kata lain, pertemuan ini merupakan pertemuan antara raja dengan rakyat dalam suatu perhimpunan yang rasmi MRR berperanan memberi pandangan terhadap sesuatu dasar yang dilaksanakan di samping mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen Undang-undang yang bercorak pindaan kepada peruntukan PP tidak sah tanpa perkenan MRR

44 TAJUK 6: DEMOKRASI BERPARLIMEN
Definisi Demokrasi Falsafah Demokrasi Prinsip Demokrasi Ciri-ciri Sistem Demokrasi Berparlimen - Malaysia Suruhanjaya Pilihan Raya Keangotaan SPR – syarat jadi ahli Bidang tugas SPR Pilihan Raya Umum Pilihan Raya Kecil Kawasan Pilihan Raya Kelayakan untuk bertanding dalam PR Deposit PR Keputusan PR Petisyen PR Penyata Perbelanjaan PR

45 Ciri-Ciri Sistem Demokrasi Berparlimen
Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih dalam pilihan raya

46 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SPR adalah badan pentadbir pilihan raya SPR ditubuhkan pada 4 September 1957 di bawah peruntukan Perkara 113 dan 114 PP SPR bertanggungjawab memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama Anggota SPR dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja Pengerusi Timbalan Pengerusi Lima orang ahli lain Mereka berkhidmat sehingga berumur 65 tahun

47 Bidang Tugas SPR Mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Mendaftar dan menyemak nama-nama pemilih Menyemak dan mendaftar kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri mengikut keperluan persempadanan kawasan pilihan raya Membuat peraturan-peraturan tertentu untuk menjalankan tugasnya

48 Keputusan Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus kawasan pilihan raya Parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Semua dokumen berkaitan dengan pilihan raya seperti kertas undi dan daftar pemilih akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya Dokumen pilihan raya ini hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi apabila perlu sahaja

49 Petisyen Pilihan Raya Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan satu petisyen rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas keputusan rasmi pilihan raya diwartakan Antara perkara yang boleh dikemukakan petisyen ialah : Berlaku penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya Calon atau wakil calon hilang kelayakan Berlaku penipuan atau ugutan Sekiranya mahkamah memutuskan bahawa keputusan sesuatu pilihan raya itu tidak sah maka SPR perlu mengadakan satu pilihan raya baru

50 TAJUK 7: FEDERALISME Definisi Federalisme Perbezaan Sistem Kerajaan
Ciri-ciri Federalisme Perbezaan Sistem Kerajaan Persekutuan, Kesatuan & Konfederasi Faktor Kejayaan & Kegagalan Sistem Persekutuan Konsep Persekutuan Malaysia Pembahagian Kuasa Persekutuan, Negeri & Bersama (J9) Kuasa Residual (P77) Geran Wajib Bilangan penduduk Jalan raya Negeri Hal-ehwal Tanah (P92)

51 DEFINISI FEDERALISME (PERSEKUTUAN)
Satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara dua peringkat kerajaan dan di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi K.C. Wheare (1953) Satu susunan kuasa yang mana kuasa dibahagikan di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri. Setiap peringkat kerajaan tidak berhak mengambil kuasa yang telah diberikan kepada setiap tingkat kerajaan tersebut Herman Finer Sistem yang membahagikan kuasa di antara satu kerajaan pusat dan beberapa kerajaan wilayah. Setiap satunya dalam bidang kuasa masing-masing adalah sedarjah dengan yang lain dan bertindak secara langsung ke atas rakyat melalui agensi perkhidmatan masing-masing Birch (1957) Dua peringkat kerajaan di atas tanah dan orang yang sama. Sistem ini tidak perlu melihat dari aspek perundangan tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi, sosial, budaya dan politik sesebuah masyarakat itu Riker (1964)

52 CIRI-CIRI FEDERALISME
Terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurang-kurangnya satu bidang perkara Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini (yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri

53 PERBEZAAN SISTEM KERAJAAN & KUASA PEMERINTAHAN
Contoh Negara Kerajaan Persekutuan Kerajaan pusat dan kerajaan negeri berkongsi kuasa pemerintahan dan perundangan Amerika Syarikat Australia Brazil India Kanada Kerajaan Kesatuan Kuasa pemerintahan dan perundangan tertumpu kepada kerajaan pusat Great Britain Denmark Indonesia Norway Kerajaan Gabungan (Konfederasi) Kuasa pemerintahan dan perundangan terletak pada kerajaan negeri dan kuasa kerajaan pusat adalah terhad Konfederasi Jerman Utara ( ) Perlembagaan Empayar Jerman ( ) 17 September 2018

54 PEMBAHAGIAN KUASA BERDASARKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama Hal-Ehwal Luar Negara Keselamatan Dalam Negeri Pertahanan Kewangan Kewarganegaraan Buruh dan Keselamatan Sosial Pelajaran Pengangkutan dan Perkapalan Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga Penerbitan dan Penapisan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Pertanian dan Perhutanan Tanah Kerajaan Tempatan Perkhidmatan Tempatan Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air Hari Kelepasan Negeri Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri Biasiswa Kebajikan Masyarakat Kesihatan Awam Perancangan Bandar dan Kampung Perparitan dan Pengairan Pengembaraan Pemulihan Tanah Lombong Kebudayaan dan Sukan Ternakan Haiwan Kutu Rayau dan Penjaja 17 September 2018

55 PEMBAHAGIAN KUASA BERDASARKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama Ukur Undang-undang Jenayah dan Sivil Perdagangan dan Perusahaan Ubat dan Kesihatan Pilihanraya Persekutuan Hari Kelepasan Persekutuan Panggung Wayang dan Tempat Hiburan Kebajikan Orang Asli Perumahan Persekutuan Syarikat Kerjasama Penyiasatan untuk maksud Negeri Penyu dan Penangkapan Ikan di Sungai Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar Pengurusan Air 17 September 2018

56 Kuasa baki perundangan
KUASA RESIDUAL Kuasa Residual Kuasa baki perundangan Kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk menentukan hal-ehwal dan perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana Senarai Persekutuan, Negeri mahupun Bersama Perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana senarai Persekutuan, Negeri dan Bersama

57 TAJUK 7: PENTADBIRAN NEGERI & KERAJAAN TEMPATAN
Pentadbiran Kerajaan Negeri Raja & YDPN – Kuasa Budi Bicara Majlis Mesyuara Kerajaan Negeri Menteri Besar & Ketua Menteri Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa Dewan Undangan Negeri Jenteri Pentadbiran Negeri – SUK, PKN, PUUN, UPEN, PTD & PTN Pentadbiran Daerah Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung Pentedbiran Kerajaan Tempatan Jenis-jenis PBT Struktur Pentadbiran PBT – ciri-ciri ahli PBT Fungsi Penguasa Tempatan Sumber Pendapatan PBT Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

58 Sultan / Raja & YDPN Bekas NNMB & NNMTB, kuasa eksekutif terletak pada Raja/Sultan manakala bagi bekas NNS, Sabah & Sarawak, kuasa eksekutif terletak pada YDPN Perkara 70 PP memperuntukkan bahawa Raja atau YDPN mengambil keutamaan mengatasi semua orang di negerinya Sultan/YDPN berkuasa memperkenan perlantikan MB/KM dari ketua parti yang memenangi kerusi majoriti dalam p/raya DUN. MB/KM - individu yang mendapat sokongan majoriti DUN. Sultan/YDPN juga berkuasa memperkenan perlantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri Negeri atas nasihat MB/KM Kedaulatan Sultan adalah dijamin oleh PP & berkuasa sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Juga berstatus sebagai ‘Raja Berperlembagaan’ Raja/Sultan/YDPN mesti bertindak mengikut nasihat MMK dalam melaksanakan tugasnya

59 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
Berfungsi memberi nasihat kepada Raja/Sultan/YDPN dalam pemerintahan negeri (Kabinet Negeri) Diketuai oleh MB/KM & ahli MMKN tidak boleh kurang dari empat orang & tidak boleh lebih dari 12 orang yang dilantik dari ahli DUN termasuk MB/KM. Tugas utama membuat dasar kerajaan negeri. Perlantikan ahli MMKN adalah oleh Sultan/YDPN atas nasihat MB/KM Ahli MMKN dikenali sebagai EXCO atau menteri akan mengetuai satu bidang pentadbiran negeri Ahli MMKN bertanggungjawab secara kolektif kepada DUN S/U Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang & Pegawai Kewangan turut menjadi ahli MMKN sebagai ex-officio untuk penyelarasan pentadbiran negeri

60 Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa
Fungsi utama - meningkatkan penyelarasan pentadbiran negeri Membantu MMKN membuat keputusan & mengawasi pelaksanaan keputusan itu Bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan dasar yang ditetapkan oleh MMKN J/K ini dipengerusikan oleh ahli MMKN (EXCO) & S/U - pegawai kerajaan dari Pejabat SUK Peranannya menyamai tugas kementerian di peringkat persekutuan Di Sabah & Sarawak dikenali sistem pentadbiran bermenteri Diketuai oleh menteri dengan dibantu oleh menteri muda

61 Menteri Besar & Ketua Menteri
Jawatan MB/KM diwujudkan mengikut Perlembagaan Negeri MB/KM dilantik oleh Raja/Sultan/YDPN sepertimana peruntukan PP dari ketua parti yang memenangi kerusi majoriti dalam p/raya negeri Mempengerusikan MMK & bertindak sebagai penasihat kepada Raja/Sultan/YDPN Sekiranya MB/KM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN, beliau mesti meletakkan jawatan bersama seluruh anggotanya melainkan jika DUN dibubarkan oleh Raja/Sultan/YDPN atas permintaan MB/KM

62 DUN Dewan Undangan Negeri
Berkuasa gubal Undang-Undang Negeri – menerusi kuasa Perlembagaan Negeri Ahli - Raja/Sultan/YDPN, wakil rakyat DUN & ahli tidak rasmi (SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri & Pegawai Kewangan Negeri) Ahli tidak rasmi tidak terlibat dalam perbahasan rang undang-undang & tidak berhak mengundi Bidang kuasa DUN termaktub dalam Perkara 71, 74 & 77 PP Dipengerusikan oleh seorang Yang Dipertua - dilantik dlm kalangan ahli DUN Rang Undang-Undang lulus setelah diperkenan Raja/Sultan/ YDPN

63 Peringkat Pentadbiran
Negeri Bahagian Daerah/ Jajahan Mukim/ Daerah Kecil Kampung Sem. M’sia - Pegawai Daerah Penghulu Ketua Kampung Kelantan Pegawai Jajahan Penggawa Melaka Tok Sidang Sarawak Residen (dibantu Temenggung iaitu ketua suku masyarakat) Pegawai Daerah (dibantu Pemanca iaitu ketua masyarakat) Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Sabah Pegawai Daerah (dibantu o’ oleh Ketua Daerah iaitu ketua suku kaum) Ketua Anak Negeri 17 September 2018

64 Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan
Penubuhan - beri autonomi penduduk setempat mentadbir wilayah mereka sendiri Peringkat ketiga dalam struktur persekutuan di Malaysia - terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Penyelarasan PBT – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Kawalan kerajaan persekutuan menerusi Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Keahlian - penduduk tempatan - buat keputusan & tindakan yang berkaitan dengan hal ehwal mereka sendiri

65 Jenis Kerajaan Tempatan
KRITERIA Dewan Bandar Raya atau Majlis Bandar Raya Pusat pentadbiran sesebuah negeri Penduduk melebihi sejuta orang Hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta Majlis Perbandaran Pusat pentadbiran sesebuah daerah Jumlah penduduk melebihi 100,000 orang Hasil pendapatan tahunan melebihi RM5 juta Majlis Daerah Sebuah pekan yang terletak di luar bandar Hasil pendapatan tahunan lebih kurang RM5 juta 17 September 2018

66 RUJUKAN UMUM Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman /2010. Kenegaraan Malaysia. Penerbit Fajar Bakti. Mohd Mahadee Ismail & Jayum Jawan Kenegaraan Malaysia. Modul Pengajaran & Pembelajaran. JPKK, UPM. Jayum Jawan Malaysian Politics and Government. Shah Alam: Karisma Publications. Malaysia Kita Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) International Law Book Services (Malaysia Negara Kita) Dewan Bahasa & Pustaka INTAN Pentadbiran dan pengurusan awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam, INTAN.

67 HUBUNGI SAYA – PHONE

68 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "KENEGARAAN MALAYSIA SKP2101"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google