Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
2
Tajuk 1 Perkembangan dan Penguasaan Bahasa
Tahap Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan intelek,umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataan-perkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka
3
Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti berikut
4
Petunjuk perkembangan bahasa kanak-kanak : Umur Petunjuk perkembangan
Umur 1 - Mengenal nama Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan kepada mama dan papa. Faham arahan mudah.
5
Umur 1-2 : Faham perkataan tidak/ no.
Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama. Menggabungkan dua perkataan Mak... Makan. Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu. Melambai-lambai selamat jalan
6
Umur 2-3 : Mengenal anggota badan
Guna dua perkataan dalam frasa negatif - tak mau Memahami konsep masa yang mudah - esok, semalam. Selesai masalah dengan bercakap, bukannya secara memukul atau menangis. Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan besar
7
Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita
Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan. Memahami makna kelmarin, makan tengah hari. Mula menurut arahan/permintaan.. Letak kasut di luar
8
Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan
Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat. Boleh bercakap angan-angan - saya harap ... Banyak menyoal, termasuk.. Mengapa..?
9
Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan
Memahami hubungan ruang seperti ‘atas´ dan ‘belakang´. Tahu alamat sendiri. Tahu perkataan antonim mudah seperti kecil ± besar Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan. Menggunakan berbagai jenis ayat
10
Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Behavioris / Mekanis (B.F. SKINNER) Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiapkali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
11
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ´pandai´, senyuman,ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap
12
Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya
13
Teori Mentalis/ Innatis (NOAM CHOMSKY)
Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja
14
Bagi menguatkan teorinya,Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ) iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama
15
Teori Kognitif (JEAN PIAGET)
Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya
16
Teori Interaktionis (HALLIDAY)
Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.
17
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.
18
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa.
Faktor kematangan Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiran perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.
19
Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah
merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar
20
Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik
21
sekolah kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga .Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik
22
Kognitif Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar
23
Alat artikulasi Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut
24
ISL 1 Alat-alat artikulasi Lidah Gusi Gigi Dan lain-lain
25
Masalah dalam penguasaan bahasa
Mengingat kembali perkataan Memahami perkataan pelbagai makna Menyatakan sesuatu yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap Memberi penjelasan
26
Mempelbagai gaya berkomunikasi
Menghasilkan mesej yang kompleks Memaklumkan sesuatu maklumat
27
Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap
Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Murid suka memperbanyakkan penggunaan perkataan seperti apa tu... Err.... Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap. Mereka sering menterbalikan ayat, Cth: bapa topi. (topi bapa) serta menambah dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat
28
Memberi Penjelasan Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa. Mereka tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul untuk menjelaskan suatu konsep atau fakta. Murid-murid suka menjelaskan jawapan yang tidak setampil dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam mengeluarkan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut
29
Mempelbagaikan gaya berkomunikasi
Semasa berkomunikasi, bukan bahasa sahaja aspek yang penting, gaya berkomunikasi juga amat penting. Pendengar yang berbeza status, perlu menggunakan gaya yang berbeza supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan.
30
Dalam aspek gaya berkomunikasi, ia juga merangkumi aspek pengunaan bahasa.
Semasa berkomunikasi, perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan menggunakan bahasa yang tepat. Contohnya pada majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya yang formal dan menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian
31
Menghasilkan mesej yang kompleks
Murid yang bermasalah dalam bahasa, tidak akan dapat menghasilkan mesej yang kompleks. Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas. Contohnya saya mahu makan.
32
Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti melibatkan emosi, suatu yang abstrak, perasaan, suatu yang adjektif dan sebagainya. Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna
33
Memaklumkan sesuatu maklumat
Tanpa menggunakan bahasa, ia adalah mustahil untuk menyampaikan suatu maklumat yang lengkap. Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat. Contohnya, jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu maklumat, penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya pendengar dapatmemahami maklumat yang ingin disampaikan
34
Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa
Mempelajari perkara yang mudah kepada sukar Murid perlu diajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dengan dikaitkan dengan bahasa. Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar
35
Mengajar perkataan asas kepada yang kompleks
Guru perlu mengajar muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak. Contohnya, guru mengajar murid dengan perkataan seperti bola, ayam, baju..Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka. Kemudian, guru bolehlah mengajar yang lebih kompleks seperti imbuhan dan perkataan yang lagi kompleks seperti perkataan majmuk
36
Menggunakan kosa kata biasa untuk pembinaan ayat
Mengajar ayat pendek kepada ayat panjang / majmuk Menggunakan pelbagai bahan untuk meransang murid Menggunakan perkataan baru dalam pelbagai situasi
37
Terapi dalam pendidikan pemulihan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.