Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSucianty Harjanti Indradjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Hubungan Etnik UHS 1152 (sek 14) PM Dr Rozeyta Omar Jun 2011
Tahap Kesedaran Budaya Melayu Pada Etnik Bukan Melayu di Malaysia Disediakan oleh Md Nazri bin Taib SX095735MMD04(Kapten) YM Tengku Azhan Tengku Mohamed SX106164MMD04 Anuar Abd Rahman SX106163MMD04 Ong Ho Thein SX106074MMD04 Vikneswaran SX105671MMD04
2
1.0 Pengenalan Kebudayaan ialah cara hidup manusia yang mengandungi semua hasil ciptaan manusia yang terdiri daripada budaya benda dan bukan benda (Hamidah Abdul Rahman 2008, pp5). Antara ciri-ciri kebudayaan adalah diwarisi, berstruktur dan mempunyai pandangan dunia (world view) yang unik dalam sesuatu budaya. Dalam negara pelbagai etnik seperti di Malaysia, pemahaman antara pelbagai budaya ini amatlah penting dalam menjamin perpaduan dan keharmonian kaum.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Terdapat beberapa isu yang sensitif pada orang Melayu, seperti isu azan subuh dan isu makanan halal. Apabila terdapat kritikan dan pertentangan daripada kaum bukan Melayu mengenai isu-isu ini, orang-orang Melayu akan berasa marah dan merasakan seperti kaum lain tidak sensitif terhadap isu-isu ini (anecdotal). Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara kuantitatif tentang tahap kesedaran kaum bukan Melayu terhadap kebudayaan Melayu.
4
Kategori yang telah dikenalpasti adalah :
Soal selidik yang mengandungi 4 kategori telah diedarkan pada 22 responden bukan Melayu Kategori yang telah dikenalpasti adalah : Kejiranan Cara hidup Bahasa dan pergaulan Kebudayaan Responden juga dipilih secara rawak dengan taburan julat umur, julat pendapatan dan julat pendidikan dengan agak baik dan dirasakan mampu mewakili sampel populasi kaum bukan Melayu di Malaysia.
5
2.0 Dapatan Kajian
10
Kategori kejiranan menunjukkan peratus kesedaran dan sensitiviti yang tinggi.
Kategori cara hidup juga menunjukkan peratus yang tinggi kesedaran tentang isu makanan halal adalah tinggi dan juga didapati peratusan pembaca surat khabar Melayu yang tinggi dan memeranjatkan (59%). Dalam kategori bahasa dan pergaulan didapati kaum lain berasa selesa dalam bekerja dan berhubung dengan orang Melayu. Peratus yang menghantar anak ke sekolah kebangsaan juga adalah tinggi (78%). Keputusan yang didapati dalam kategori kebudayaan didapati bercampur-bercampur. Institusi beraja dan hak istimewa orang Melayu didapati difahami dan tidak dipersoalkan kaum lain.
11
2.1 Kecenderungan kaum mengikut kategori
12
3.0 Cadangan-cadangan responden dalam memantapkan Gagasan 1 Malaysia
mesti dipraktikkan untuk manfaat semua. manusia adalah sama, agama adalah kepercayaan. kerjasama dan bantu-membantu tanpa mengira agama. cara utk merealisasikan 1 malaysia, ajar semua bahasa di sekolah. banyakkan sekolah wawasan. galakkan semua pelajar bergaul dengan semua kaum kerana, sekiranya 1 kaum sahaja dalam sesebuah organisasi, negara itu kurang berjaya seperti India dan China. panduan yang lebih jelas diperlukan.
13
4.0 Kesimpulan Ini menunjukkan bahawa masih ada golongan yang masih mempersoalkan keistimewaan orang melayu disebabkan sifat perkauman atau kurang kesedaran terhadap budaya melayu itu sendiri. Keseluruhanya bagi kaum cina dan india, mereka masih berkecenderungan menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekolah yang mengajar bahasa ibunda masing-masing. Ini akan membantutkan usaha kerajaan untuk merealisasikan program 1 malaysia di kalangan rakyat malaysia. Bagi kaum Lain-lain pula, mereka lebih bersifat menerima atau meresap ke dalam budaya melayu itu sendiri(proses asimilasi).
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.