Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHASA MELAYU SPM PERIBAHASA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHASA MELAYU SPM PERIBAHASA."— Transcript presentasi:

1 BAHASA MELAYU SPM PERIBAHASA

2 Peribahasa Dalam Penggunaan
Peribahasa digunakan mengikut konteks dan suasana tertentu: Menyatakan maksud peribahasa Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat Membina ayat berdasarkan peribahasa Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa

3 Menyatakan maksud peribahasa
Berkerat rotan berpatah arang Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis Maksud: Putus pertalian / perhubungan yang tidak dapat disambung / didamaikan lagi Selalu berwaspada dan berhati-hati dan harus berusaha jangan sampai terlambat

4 Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
a) Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu hendaklah beringat-ingat supaya tidak mendatangkan kerugian. b) Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan Peribahasa: a) Bertumpu dahulu baru melompat b) Orang mengantuk disorongkan bantal

5 Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
a) Encik Ali mengamanahkan edainya kepada saudaranya semasa beliau ke luar negeri tetapi kedainya itu dijual oleh saudaranya. b) Walaupun majlis itu telah selesai tetapi masih kedengaran rungutan tidak puas hati darpada sesetengah pihak tentang pelaksanaannya. Peribahasa: a) Harapkan pagar, pagar makan padi / pancing makan umpan b) Rumah sudah pahat berbunyi

6 Membina ayat berdasarkan peribahasa
a. Buat Duit b. Ombak kedengaran, pasirnya tidak kelihatan c. Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih

7 Ayat: a. Kebanyakan peneroka buat duit
betul pada masa harga kelapa sawit melambung. b. Berita penglibatannya dalam kumpulan samseng itu sudah menjadi bualan tetapi tiada sesiapa yang dapat membuktikannya, bak kata pepatah ombak kedengaran, pasirnya tidak kelihatan. c. Dia tidak disukai orang kerana suka mengumpat ke sana ke mari pada hal dia sendiri tidaklah baik sangat, perangainya itu tidak ubah seperti mengata dulang paku serpih, mengata oran awak yang lebih.

8 Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Judi tidak pernah menjanjikan kesenangan kepada manusia. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat sesiapa yang memenangi pertaruhan dalam perjudian dia mendapat untung segera. Namun begitu, kebanyakkan penjudi tidak mengalami nasib baik ini. Oleh sebab itu, kita dapati sukar hendak mempercayai cakap mereka tentang keuntungan yang diperoleh daripada hasil perjudian kerana cakap saja lebih tetapi hasilnya kosong. Untuk meraih kesenangan hidup lebih molek jika seseorang itu menghindari tabiat suka berjudi, sebaliknya eloklah bekerja keras dan menabung pendapatan dari semasa ke semasa.

9 Jawapan Peribahasa: Duit terpijak Cakap tinggi/cakap atas
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai/ sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit/ membanting tulang

10 Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Apabila berbicara tentang keruntuhan moral golongan remaja, kita wajar…………………… dan menyalahkan pihak lain kerana kita bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menanganinya. Sesiapa yang cuba……………….. dalam hal ini akan menjadi sia-sia sahaja. Jika tidak ada anak sendiri yang terlibat tetapi tidak dapat dinafikan ada anak buah yang terlibat dalam gejala itu. Apabila hal itu dibangkitkan sudah tentu…………………… juga akhirnya.

11 Jawapan Peribahasa: a. menuding jari
b. bersembunyi di sebalik telunjuk c. kena batang hidung sendiri

12 Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog(situasi 1): Khalid: Pada cuti semester nanti, apakah rancangan awak? Liza: Saya bercadang hendak ke rumah kakak di Pulau Pangkor untuk menziarahi mereka sekeluarga sambil bercuti di sana. Khalid: Beruntunglah awak, tidak bungkam sahaja di rumah.

13 Liza: Awak pula bagaimana?
Khalid: Saya tidak ke mana-mana kerana hendak menolong ayah yang menguruskan perniagaannya. Liza: Lebih elok begitu, daripada awak membuang masa ke sana ke mari tidak tentu arah. Khalid: Jangan bimbanglah, saya sentiasa membantu ayah di kedainya kerana itulah punca rezeki kami sekeluarga. Liza: Baguslah kalau awak ada kesedaran menjadi anak yang dapat membalas jasa orang tua. Jawapan: a. Makan angin b. Kutu rayau c. Mata pencarian

14 Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog (situasi 2): Solehah: Mengapa awak membebel dari tadi hingga sekarang dan bebelan awak itu tidak tentu buah butirnya………………….dan sukar difahami. Rokiah: Tak adalah, aku Cuma menyampah dengan budak-budak kelas sebelah yang bercakap tidak berhenti-henti dari tadi, gelagat mereka………………itu menyebabkan aku sukar hendak menyiapkan kerja rumah yang belum kuselesaikan.

15 Solehah: Engkau pun satu, siapa yang
suruh buat kerja itu di sekolah, mengapa tidak siapkan sahaja di rumah? Rokiah: Aku tidak sempat menyiapkannya semalam kerana aku asyik menonton televisyen hingga larut malam. Solehah: Buatlah lagi, perangai yang tidak senonoh dengan………….., apabila tiba masa cikgu hendak kerja rumah baru terkial-kial.

16 Rokiah: Engkau pun tak boleh diharap,
jangankan nak sokong kawan, mengutuk lagi ada. Jawapan: a. Seperti baung kena ketuk/tukul b. Seperti murai dicabut ekor c. Membuang masa

17 Sekian.


Download ppt "BAHASA MELAYU SPM PERIBAHASA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google