Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan"— Transcript presentasi:

1 E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan
Membina Perenggan Latar Membina Perenggan Isi Membina Perenggan Penutup

2 Jenis-jenis E-mel Aduan Permohonan Rayuan Cadangan Tahniah Penghargaan
Bantahan Maklum balas

3 Bentuk E-Mel Pengenalan Perenggan Latar Perenggan Isi 1
Tujuan Emel ( 1 ayat ) Kenalkan diri ( 1 ayat ) Pengenalan Latar belakang Perenggan Latar Perenggan Isi 1 Penjelasan ( kesan /akibat ) tentang masalah / isu Perenggan Isi 2 Menjawab bhg akhir soalan ( cadangan/nasihat/harapan) Perenggan Isi 3 Menyatakan harapan ( 1 ayat ) Mengukuhkan tujuan ( 1 ayat ) Penutup

4 Latihan E-mel Aduan Kamu merupakan seorang penduduk di sebuah rumah pangsa HDB di estet perumahan Clementi. Jiran kamu memelihara beberapa ekor anjing di rumahnya. Anjing-anjing pemeliharaannya selalu akan menyalak pada tiap-tiap malam dan mengganas terhadap jiran-jiran yang lain. Hal ini mengganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan penghuni-penghuni lain di kawasan itu. Tulis e-mel kepada pihak HDB mengadukan tentang hal ini dan minta mereka mengambil tindakan yang sewajarnya.

5 Pengenalan / Pendahuluan
Perenggan Pertama Dalam 1 ataupun 2 potong ayat, nyatakan tujuan ( secara umum ) kamu menulis e-mel. Saya merupakan ….( siapa awak ) Saya ingin …… menyatakan memuji memberi menyentuh mengadu dan sebagainya………………..

6 Pengenalan / Pendahuluan
Saya merupakan seorang penduduk di sebuah rumah pangsa HDB di estet perumahan Clementi. Saya menulis e-mel ini kerana ingin mengadukan tentang masalah yang dialami oleh penduduk di rumah pangsa saya ini. ( atau ) Saya ingin membuat aduan tentang satu masalah yang dialami oleh para penduduk di blok saya.

7 Membina Perenggan Latar
Perenggan ini mengandungi latar belakang situasi ( yang tertera di dalam soalan ~ kamu harus ingat bahawa penerima e-mel tidak tahu soalan kamu !) Tulis dalam laras ‘penceritaan’ ~ menceritakan tentang apa yang telah kamu alami. 2 – 3 potong ayat. Biasanya bahagian perenggan ini, isinya boleh didapatkan di dalam soalan.

8 Membina Perenggan Isi Perenggan Isi 1
Kebelakangan ini jiran saya mula memelihara beberapa ekor anjing. Masalahnya ialah anjingnya sering menyalak pada waktu malam. Anjing-anjingnya juga ganas terhadap jiran-jiran yang lain. Kelakuan anjing-anjingnya telah mengganggu ketenteraman jiran-jiran saya. ( atau ) Akhir-akhir ini, estet perumahan ini diganggu dengan salakan anjing pada waktu malam. Selain itu, anjing-anjing itu juga ganas dan membahayakan keselamatan para penduduk di sini.

9 Membina Perenggan Isi Sebelum membina perenggan isi, kita haruslah terlebih dahulu melakarkan peta minda bagi mendapatkan isi-isi yang relevan ataupun sesuai bagi menepati kehendak soalan. Mari kita rujuk soalan dan bahan-bahan yang telah tersedia untuk berlatih mendapatkan isi yang relevan.

10 Membina Perenggan Isi Perenggan Isi 1/2 / 3
Perenggan ini mengandungi ‘jawapan’ bagi soalan emel ini. Ingat teknik A-P-I di mana setiap isi utama harus ditulis dalam bahagian ‘A’ bagi setiap perenggan isi. (1 ayat) Dalam ‘P’, kamu haruslah memberi penjelasan yang terperinci dengan mengemukakan contoh yang sesuai. (3-5 ayat) Dalam ‘I’ terkandung Impak ataupun kesan daripada apa yang telah kamu kongsikan dalam ‘A’ & ‘P’. (1 ayat)

11 Membina Perenggan Isi 2 Perenggan Isi 1/2/3
Mulakan dengan ayat pembuka yang mengandungi topik dalam soalan Masukkan isi utama. Pastikan ada tautan antara ayat-ayat. Jangan lupa huraikan Setiap bahagian.. A huraiannya P P huraiannya I Ayat Pembuka ( AP ) Isi Utama ( A ) Menyambut ayat b ( P ) Menyambut ayat c ( I ) Seterusnya…

12 Membina Perenggan Isi Contoh ( Isi 1 - Penjaja tidak mengamalkan kebersihan ) Terdapat beberapa perkara yang kurang menyenangkan saya. Ayat Pembuka Perenggan ( AP ) Salah satunya ialah penjaja-penjaja yang tidak mengamalkan kebersihan. Isi Utama x ( A ) Saya dapati ada penjaja-penjaja yang tidak menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan. Penjelasan ( P ) Ini hanya contoh, sebaik-baiknya kamu berikan 3-5 ayat bagi penjelasan. Perbuatan ini boleh mengakibatkan kuman-kuman menghinggapi makanan yang dikendalikan. Penjelasan ( P ) Jika ini berlaku, para pembeli akan mudah dijangkiti penyakit jika mereka termakan makanan yang tercemar. Impak / Kesan ( I )

13 Terdapat beberapa perkara yang kurang menyenangkan saya.
Salah satunya ialah penjaja-penjaja yang tidak mengamalkan kebersihan. Aji No Moto = Penanda Wacana + frasa yang sesuai ( Guru boleh mengedarkan senarai Penanda Wacana kepada pelajar ) Saya dapati ada penjaja-penjaja yang dimaksudkan tidak menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan. Perbuatan ini boleh mengakibatkan kuman-kuman menghinggapi makanan yang dikendalikan. Jika ini berlaku, para pembeli akan mudah dijangkiti penyakit jika mereka termakan makanan yang tercemar.

14 Penutup Menutup e-mel kamu. Sentuh kembali tujuan utama kamu menulis e-mel dan harapan kamu. 1-2 potong ayat.

15 Penutup E-mel Aduan ADUAN
Saya berharap pihak tuan akan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah ini. Ini adalah untuk kebaikan kami para pelajar yang memerlukan suasana yang aman untuk belajar. Saya sangat-sangat berharap pihak tuan akan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini, bagi menjaga kesihatan semua pelajar di sini. Saya amat berharap tuan dapat menghulurkan bantuan agar…….

16 Penutup E-mel Cadangan
Saya berharap tuan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan / berikan tadi.

17 Penutup E-mel Rayuan RAYUAN
Saya / Kami merayu, sekali lagi, supaya ….. tidak didenda ( atau lain-lain…). Dengan alasan-alasan yang telah dikemukakan tadi, saya berharap pihak tuan dapat melihat betapa pentingnya …( ikut isu yang dikehendaki soalan…) Saya/ Kami berharap agar anda akan mempertimbangkan rayuan saya/kami ini. Keputusan anda akan menentukan masa depan saya/ kami / rakan saya…( atau lain-lain ) Berdasarkan alasan-alasan yang telah saya berikan, saya merayu sekali lagi agar tuan…………..

18 Penutup E-mel Permohonan
Saya berharap tuan akan mempertimbangkan permohonan saya ini. Sebagaimana yang telah dijanjikan tadi, saya akan bekerja keras untuk……. Saya amat berharap saya akan diterima bekerja di syarikat tuan yang begitu terkenal. Saya berjanji…… Saya berharap permohonan saya ini dapat diterima dengan ikhlas oleh pihak tuan……

19 Jenis emel Aduan + Cadangan
Biasanya, emel begini, kamu lebih tumpukan kepada memberi sekurang-kurangnya 3 cadangan. Ada 2 cara mengatur isi-isi kamu:- CARA A 3 perenggan dikhaskan untuk menulis aduan. Biasanya aduan ini ditulis dalam perenggan Isi 2 dan 3 ( di mana kamu akan mendapat maklumat masalah yang perlu kamu adukan daripada soalan ). 1 perenggan untuk cadangan CARA B 3 perenggan yang mengandungi Aduan + Cadangan Menulis penutup untuk emel jenis ini kamu haruslah menulis untuk kedua-dua sekali iaitu untuk “aduan & cadangan “ ……mengambil tindakan. Saya juga harap…..mempertimbangkan cadangan…..”

20 Jenis emel Rayuan, Permohonan, Tahniah, Bantahan
Biasanya, emel begini, kamu lebih tumpukan kepada memberi sekurang-kurangnya 3 sebab. 1 perenggan dikhaskan untuk menulis latar belakang mengapa kamu menulis emel. Menulis penutup, kamu harus ikut untuk jenis yang tertentu.

21 Perbezaan Emel Balasan Emel Rasmi
Nada tidak rasmi / santai :Penerima ialah kawan/ orang yang rapat Bilangan perenggan tidak ditetapkan Biasanya tentang sekolah: cadangan, pandangan, berkongsi. Menggunakan nama kawan dsbnya. Tidak ada “Sekian. Terima kasih.” Pengenalan: Tanya khabar ( tidak tulis identiti ) Tidak ada tujuan & harapan untuk penutup KGN: saya & awak Nada yang rasmi : Penerima ialah orang yang tidak dikenali / tidak rapat Bilangan perenggan ditetapkan ( 5 ). Diberi situasi(cara soalan) untuk mengadu- rayuan, cadangan, aduan Menggunakan tuan/puan Ada“Sekian. Terima kasih.” Pengenalan…Kenalkan diri ( tulis identiti ) Penutup : ada tujuan & harapan KGN: saya / tuan / puan

22 PENTING !!!! Jawab soalan YANG DITANYA sahaja. Isi-isi yang tiada kaitan dengan soalan tidak perlu dimasukkan. Kamu tidak akan mendapat markah lebih jika menjawab soalan yang tidak ditanya.

23 Sebelum mula menjawab soalan, pastikan kamu dapat kenal pasti
Daripada:………… Kepada: ……………. Subjek :…………………… Sebelum mula menjawab soalan, pastikan kamu dapat kenal pasti subjek untuk e-mel ini untuk ditulis di

24 Rangka E-mel Tuan Pengenalan ( Kenalkan diri / Tujuan menulis e-mel secara umum –tidak spesifik) Latar (( latar belakang mengapa menulis emel / masalah / pengalaman dll ) Perenggan Isi 1 Perenggan Isi 2 Perenggan Isi 3 Penutup ( Mengulang Tujuan & Nyatakan Harapan) Sekian. Terima kasih Yang benar (Nama Penulis/Pengirim)

25 Peringatan !! Kata Ganti Nama yang harus digunakan ialah : Tuan / Saya
Laras bahasa haruslah formal walaupun kamu harus bercerita ( apabila menerangkan latar belakang situasi )

26 Surat Rasmi Panduan Umum Pembinaan Ayat S + P
Ayat mudah ( hanya menggunakan 1 kata hubung seperti ‘dan’, ‘kerana’ ,’tetapi’ ) Pastikan ayat kamu dimulakan dengan S ( apa yang menjadi fokus / tujuan ayat ) (Saya dapati ) ramai penjaja yang tidak mengamalkan kebersihan. subjek predikat ‘aji no moto’


Download ppt "E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google