Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PRIBUMI SABAH Kadazan/ Dusun Lotud Rungus Tambanua Dumpas Paitan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PRIBUMI SABAH Kadazan/ Dusun Lotud Rungus Tambanua Dumpas Paitan"— Transcript presentasi:

1 PRIBUMI SABAH Kadazan/ Dusun Lotud Rungus Tambanua Dumpas Paitan
Idahan Iranun Minokoh Ramanan Mangka’ah Orang Sungei Kadayan Tidung Murut Bajau

2 KADAZAN/SUBUH Pengenalan Kumpulan ethnik terbesar.
80% daripada penduduk Sabah. Berketurunan dari pendatang Indonesia. Jumlah 184,512 pada 1970. Petempatan bergerak dari pantai ke pedalaman mengelakkan serangan orang Sulu, Illanun dan Bajau. Tinggal di pedalaman barat. Sistem politik Semua ketua kampung melantik seorang ketua. Institusi tertinggi ialah ad hoc terdiri daripada pembesar semua puak. Majlis ini bertindak sebagai majlis perang.

3 KADAZAN/DUSUN Sistem Ekonomi Bertani pindah dan pekebuh kecil getah,
Berdagang barter setelah kedatangan Eropah. Dengan orang Cina mereka gunakan wang. Kepercayaan Pagan dan percaya kepada animisme. Sebilangan kecil Islam dan Kristian. Percaya kepada syurga dan neraka. Tuhannya satu bernama Kinorohingan. Roh orang mati pergi ke Gunung Kinabalu. Kemudian baru pergi ke syurga atau neraka.

4 KADAZAN/DUSUN Pantang larang ibu mengandung
Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu. Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu. Suami tidak boleh menggunting rambut - nanti rambut anak panjang. Tidak boleh makan buah yg mengandungi air. Tidak boleh mencocok hidung kerbau/lembu - nanti anak bibir sumbing. Jangan menyiat telinga lembu/kerbau, nanti telinga anak tidak sempurna.

5 KADAZAN/DUSUN Upacara pemujaan pertanian ketika:
Merenjis air hikmat kepada benih padi. Memindahkan benih ke sawah dengan memberi sajian dan korban ternak untuk tanah sawah. Memberi sajian kepada semangat padi. Buat tanda di tengah sawah padi bila padi bunting. Padi hendak dituai. Sesudah padi huma dituai dan dibawa ke rumah Memuja semangat padi sesudah dituai. Meneruskan semula kerja di sawah.

6 KADAZAN/DUSUN Kematian Unggun api dibuat sekeliling rumah.
Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu. Mihad - menangisi mayat. 2 lelaki menunggangi kuda/kerbau mengelilingi kampung. Menerima sejemput beras dan garam. Garam dilarutkan supaya panas poudnya dapat dibuang. Beras supaya tanaman tidak rosak oleh poud itu. Semulia sedekah ialah kain belacu sbg bendera di kubur.. Tidak boleh tidur selagi mayat di atas rumah. Mayat ditanam bersama2 barangannya. Di kubur diletakkan nasi, pinang bagi perempuan dan rokok bagi lelaki. Hidung, ekor, kaki, mata, telinga, mulut daripada ternakan yang disembelih dibuat sajian kubur. Papakan iaitu sajian untuk simati dalam gelap. Mamupus - keluarga simati beri amaran roh tidak kembali.

7 KADAZAN/DUSUN Memberi nama kepada anak baru lahir.
Mannikau atau bidan segera bagi nama selepas sahaja dilahirkn sebelumroh jahat Rogon Gaiyon. Upacara memberi nama pada hari ke-8. Upacara mintuhun atau minuhun: Bila anak berumur sebulan Ibu bawa sianak, berait (bakul dianyam), mamadik iaitu pisau kecil, serangkai Komburongoh dan siud iaitu tangguk dibuat daripada jaring. Kaki anak diconteng arang kuali dan pada dahi sebelum memijak kaki di tanah. Anak dibawa naik besama rumput-rampai dari halaman untuk dicampurkan dalam air mandian anak.

8 KADAZAN/DUSUN Hubungan lelaki dan perempuan
Berkehendak - perlakuan buruk dan dihina. Diketahui - bayar berian kepada gadis dan kemalun kepada waris gadis. Mengandung –dipaksa mengahwini gadis itu. Madhagau - bersekedudukan. Pasangan bayar kepanasan kepada masyarakt. Lelaki bayar kemalun kepada waris perempuan.

9 KADAZAN/DUSUN Perkahwinan Merisik - proses boleh jadi berbulan-bulan.
Hari ditetapkan untuk menghantar cincin. Cincin diletakkan di bawah bantal ibubapa: Mimpi baik, diteruskan. Mimpi baik, bayar sugit kepanasan mimpi kepada ibubapa. Kalau mimpi buruk, mesti dibatalkan. Hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki: Makanan - babi atau kerbau. Alat istiadat - tinokol atau canang gong, tajau atau tempayan. Barang sakti untuk teguhkan semangat. Tasor tempat pinang dibuat dari tembaga dan perak.

10 KADAZAN/DUSUN Pesta perkahwinan di rumah perempuan sesingkat 2-3 hari.
Upacara adat khas suami-isteri makan sepinggan. Ibubapa si lelaki tidak boleh berada di situ selagi mereka belum bersatu. Pesta mivazaa (bertandang ke rumah mentua). Pesta di rumah lelaki mestilah lebih kecil. Perkahwinan antara sepupu dianggap sumbang tapi dibolehkan dengan mengorbankan babi untuk membatalkan kepanasan. Perkahwinan dengan sepupu kedua dibenarkan.

11 ORANG MURUT Etnik minoriti tetapi mula2 menduduki Sabah. Petempatan
kawasan bukit Keningau, Pensiangan, Sipitang dan Tenom. Sistem politik Ketua kampung dikenali Orang Tua. Sistem Ekonomi Pertanian pindah, memburu, hasil hutan, berkebun dan menternak babi. Menukar barangan seperti damar, getah asli, bahan getah, lilin lebah, rotan, kulit tenggiling, sumbu, tembakau, butang, manik sehinggalah 1881.

12 ORANG MURUT Kepercayaan Pagan, sebahagian kecil Islam dan Kristian.
Animisme - batu, pokok dan sungai kecil ada roh. Bot kayu dibina dengan bendera dilepaskan ke laut supaya penyakit dibawa jauh dari kampung. Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu) dianggap tempat suci. Roh akan dilahirkan semula 7 kali kemudian bercantum menjadi Orang Tua yang berkuasa. Wanita mati beranak, anak menjadi landak. Orang tua mati dilahirkan menjadi rusa. Hati babi digunakan memeriksa penyakit.

13 ORANG MURUT Mimpi Nampak bulan - akan berlaku kematian.
Sungai ketika hasil hendak dituai - akan mendapat hasil yang banyak. Kebakaran berdekatan rumah - akan diserang penyakit. Makan durian - dapat buru babi. Ular melilit badan - isteri akan mati. Nampak buah tali - isteri akan mengandung dan dapat banyak anak.

14 ORANG MURUT Kematian mumukul tiang rumah supaya dan memanggil namanya supaya roh kekal dalam tubuh simati. Gong dipukul dan simati ditangisi. Dikebumikan dalam posisi duduk. Mayat dibakar dalam tembikar. Tembikar disimpan selama 7 hari sebelum ditanam. Kemudian tanah direnjis dengan darah ayam. Minum bahr atau tapai di pinggir kubur. Anak tangga ditetak dengan pisau untuk menghalau roh simati daripada pulang ke rumah.

15 ORANG MURUT Muzik Sumpotan - dibuat daripada buluh ditiup dengan mulut. Sendatong - gitar panjang. Bakakong - zailofan diperbuat drpd tembereng buluh dan dimainkan dengan dua batang kayu.

16 ORANG MURUT Perkahwinan
Merisik diikuti dengan tinumang iaitu pertunangan. Pihak lelaki membawa 4 bungkas, kalung putih dan satu tapi (selendang). Pihak perempuan menyenaraikan pepulut iaitu barang hantaran kahwin. Pada hari perkahwinan, lelaki diberikan satu tembikar arak, dan dua batang buluh atau jerami. Sedudah makan sepinggan, suami isteri dikelilingi saudara mara sambil menyanyi. Pengantin masuk ke bilik dan makan bersama dan keluar semula menyertai tetamu meminum arak tapai beras. Pengantin tidur bersama selepas dibawa balik ke rumah lelaki.

17 ORANG BAJAU Dari Johor ke sulu kemudian ke Sabah.
Kaum kedua terbesar di Sabah. di Sabah di Filipina. di Timur Indonesia di Pantai Sulawesi.

18 ORANG BAJAU Petempatan
Tinggal di petempatan terapung dan pantai di Kepulauan Sulu. Sistem Politik Kampung Bajau diketuai penghulu. Kampung Sulu diketuai Datu Sulu. Dengan kdatangan Eropah, ketua kampung diakui kerajaan sebagai Orang Tua dan dibayar gaji. Sistem Ekonomi Nelayan, petani dan hasil laut. Ekonomi sara diri. Di tuaran dan Kota Belud, tanam padi sawah dan ternak. Juga melanun pantai2 di Sabah.

19 ORANG BAJAU Kepercayaan Beragama Islam.
Jin makhluk luar biasa dan berkuasa ke atas kegiatan manusia. Tulah - balasan jahat luar biasa kepada orang yang melanggar adat atau peraturan. Kelakuan si mati di alam baazq bergantung kelakuannya semasa di dunia.

20 ORANG BAJAU Pantang larang Untuk wanita hamil:
Tidak boleh berjalan malam – iblis mengancam keselamatan. Hendaklah huraikan rambut – supaya iblis tidak nampak. Tidak boleh makan sotong – nanti bayi susah lahir. Pakai sarung sahaja – supaya janin selamat. Tidak boleh parut kelapa atau sentuh santan – nanti susah beranak. Tidak boleh melihat mayat atau mengunjung ke tempat kematian – nanti anak dilahirkan lema dan berpenyakit. Suami tidak boleh sembelih atau pukul binatang – nanti anak kenan.

21 ORANG BAJAU Pantang larang untuk perkahwinan
Elakkan Rabu dan Ahad – pengantin akan jatuh sakit atau tidak mendapat rezeki baik. Adakan pada haribulan 14 atau 15 – rezeki murah. Pantang larang semasa berlaku kematian Pantang sehingga 7 hari. Tidak boleh pecahkan gelas atau pinggan – nanti akan berlaku kematian lagi. Tidak boleh membuang kutu – mendatangkan sial. Tidak boleh bersin di rumah simati – kematian jugaakan berlaku di rumahnya. Rumah simati tidak boleh dicuci. Tidak boleh membakar makanan.

22 ORANG BAJAU Adat kematian Tawak patai atau gong dibunyikan.
Pinandi – mayat dimadikan dan rambut dibersihkan dengan air sembilan atau air suci atau air bekalan. Bila dibawa ke kuburan, gong dibunyikan. Keluarga berulang-alik 3 kali di bawah keranda. Tempat tidurnya disiapkan, pakaiannya iletakkan di situ dan imam akan menjagi selama 7 hari. Majlis mengaji dan menjaga-jaga – imam dan keluarga tidak tidur. Kenduri arwah dibuat 7 hari berturut-turut. Bahangi dua empuk – kendur hari ke-20 Bahangi empat empuk – kenduri hari ke-40 Bahangi dahatus – kenduri hari ke-100

23 ORANG BAJAU Perkahwinan Monogami dan antara kaum kerabat.
Hari pertama: Magiami-lami (beramal-amal) – menjamu selera. Jamuan khas untuk nenek moyang – nasi kunyit dan kuih panyam. Dimakan oleh orang-orang yang berzikir. Hari kedua Pukulan titik diallau sebelum subuh. Dimandikan oleh ahli-ahli agama. Untuk bertemu pengantin perempuan, kena bayar kaukaban lawang atau wang tebus pintu sebanyak 3 lapis. Tutukan –imam temukan telunjuk lelaki kepada dahi perempuan. Tingkuang- pengantin berpindah ke rumah lelaki setelah 3 hari di rumah perempuan.


Download ppt "PRIBUMI SABAH Kadazan/ Dusun Lotud Rungus Tambanua Dumpas Paitan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google