Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan"— Transcript presentasi:

1 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan
USUL AL - TAFSIR KULIAH PERTAMA U. MOHAMAD ZAHIR BIN KASIR Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan

2 Kata kunci: Baca- Qara’a
AL QURAN AL KARIM DARI SUDUT BAHASA Al-Quran dalam bahasa Arab adalah masdar (kata terbitan) bagi “qara’a” yang bermaksud baca atau kumpul. Disebut (dalam ilmu sorof): “qara’a, qar’an wa qur’anan” قرأ قرءاً وقرآناً seperti juga wazan “ghafara, ghafran wa ghufranan”. غفر غَفْراً وغٌفرانا Dari sudut pengertian pertama (baca), al-Quran adalah masdar (kata terbitan) yang membawa maksud ism maf‘ul (objek yang kena buat) iaitu yang dikumpulkan dan dibaca. Kata kunci: Baca- Qara’a

3 DARI SUDUT ISTILAH SYARI’IE
DARI SUDUT BAHASA Dari sudut pengertian kedua (kumpul), al-Quran adalah masdar (kata terbitan) yang membawa maksud: Ism fa‘il (pembuat) iaitu yang mengumpul berita-berita dan hukum-hukum. Ism maf‘ul (objek yang kena buat) iaitu yang dikumpul di dalam mushaf dan hafalan. DARI SUDUT ISTILAH SYARI’IE Kata-kata Allah Ta'ala yang diturunkan ke atas rasulNya dan penutup segala nabi-nabiNya, yang bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Kata kunci: Firman/ Revelation/ wahyu

4 Ini berdasarkan kepada ayat-ayat berikut:
DARI SUDUT ISTILAH SYARI’IE كلام الله تعالى المنزل على رسوله وخاتم أنبيائه محمد صلى الله عليه وسلم ، المبدوء بسورة الفاتحة ، المختوم بسورة الناس Ini berdasarkan kepada ayat-ayat berikut: (إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلاً) (الانسان:23) Firman Allah Ta'ala (al-Insan 76:23) - Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur. Kata kunci: Beransur-ansur/ Bertahap-tahap

5 DARI SUDUT ISTILAH SYARI’IE
Firman Allah Ta'ala (Yusuf 12:2) - Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa arab, agar kamu memahaminya. )إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآناً عَرَبِيّاً لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ) (يوسف:2( Kata kunci: Bahasa Arab

6 JANJI ALLAH PEMILIHARAAN KITABNYA
Allah Ta'ala telah memelihara al-Quran al-Karim ini daripada sebarang pertukaran, penambahan, pengurangan dan pengalihan kerana Allah Ta'ala telah berjanji untuk memeliharanya dalam firmanNya dalam surah al-Hijr (15:9) - Maksudnya:  (إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ) (الحجر:9) Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Disebabkan itulah, sesiapa sahaja musuh Allah Ta'ala yang cuba untuk menukar, menambah, mengurang atau mengalih isi al-Quran pasti akan didedahkan konspirasinya yang keji itu.

7 Antara ciri-ciri Al Quran
(وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ) (الحجر:87). Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan al-Quran yang agung. ( وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ)(ق: الآية 1) Maksudnya: Demi al-Quran yang sangat mulia. (كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ) (ص:29) Maksudnya: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ) (الأنعام:155) Maksudnya: Dan al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. Kata kunci: tujuh ayat yang diulang/ mulia/ memberi pelajaran/

8 Antara ciri-ciri Al Quran
(إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ) (الواقعة:77) Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran itu adalah bacaan yang sangat mulia. (إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ ) (الإسراء : الآية 9). Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus. (لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُتَصَدِّعاً مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ) (الحشر:21) Maksudnya: Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. : (وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدىً وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ)(النحل: الآية 89) Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. Kata kunci: petunjuk / khabar gembira

9 AL QURAN SUMBER SYARIAT
(تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً) (الفرقان:1) Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hambanya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. (الركِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ(1)اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَوَيْلٌ لِلْكَافِرِينَ مِنْ عَذَابٍ شَدِيد(2ٍ) (ابراهيم: 1-2) . Maksudnya: Alif laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang sangat pedih

10 SUNNAH SUMBER SYARIAT (مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظاً) (النساء:80) Maksudnya: Barangsiapa yang mentaati rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka (وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالاً مُبِيناً)(الأحزاب:الآية 36) Maksudnya: Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا)(الحشر:الآية 7) Maksudnya: Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkahlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya. (قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌرَحِيمٌ) (آل عمران:31) Maksudnya: Katakanlah “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah maha pengampun lagi maha penyayang. BIQ Q: Fungsi sunnah?

11 NAMA-NAMA AL QURAN Allah S.W.T. menamakannya Al Quran, Karim, Kalam, Nur, Huda, Rahmah, Furqan, Syifaa’, Mau’idzhoh, Dzikr, Mubarak, ‘Aliy, Hikmah, Hakim, Musoddiqan, Muhaimin, Habla, Siratan Mustaqima, Qiyam, Qaul, Fasl, Naba ‘Adzhim, Ahsanul hadits, Mutasyabih, Matsaniy, tanziil, Ruh, Wahyu, Arabiy, Basoir, Bayan, Ilm, Haq, Hadyu, ‘Ajab, tadzkirah, ‘Urwah, Sidq, ‘Adl, Amr, Mudaniy, Busyra, Majid, Basyir, Nadzir, ‘Aziz, Balagh, Qosas, Suhuf, Mukarramah, Marfu’ah, Mutohharah, Allah S.W.T telah mengkhususkan Al Quran Al Karim selain daripada Kitab-kitab Samawi yang lain dengan beberapa nama menunjukkan kepada kedudukan darjatnya. Sebagaimana Imam Fairuz Abaadiy r.h. اعلم أن كثرة الأسماء تدل على شرف المسمى أو كماله في أمر من الأمور، Yang bermakna: ‘ ketahuilah bahawa dengan banyak nama sesuat itu menunjukkan akan kemuliaan yang dinamakan dan kesempurnaannya didalam sesuatu perkara/ urusan.

12 NAMA-NAMA AL QURAN (وبينات من الهدى والفرقان ).
Nama yang pertama Al Quran Ini adalah nama yang paling masyhur dan paling banyak didatangkan didalam ayat-ayat suci Al Quran dan paling banyak berkitar dalam pertuturan salafus soleh. Dalilnya: وقوله تعالى ( إنّا جعلناهَ قرأنآ عربيآ لعلكم تعقلون). وقوله تعالى ( إن هذا القرآن يهدى للتى هى أقوم ). Nama yang kedua Al Furqan Ini adalah kerana ianya memisahkan / membezakan diantara yang benar dan kebatilan diantara halal dan haram. Allah S.W.T. berfirman: (وبينات من الهدى والفرقان ). Nama yang Ketiga Al Kitab Dinamakan Al Quran sebagai Al Kitab kerana Allah S.W.T. telah mengwahyukan dengan lafadz-lafadznya dan memerintahkan RasulNya s.a.w. untuk menulis apa yang diwahyukan.

13 NAMA-NAMA AL QURAN Dalilnya Allah S.W.T berfirman:
( الحمد لله الذى أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجآ ). Nama yang Ke empat ialah al Taziil Ini adalah kerana kata dasar nazzala yainya ditujukan kepada yang di turunkan iaitu Al Quran kerana ianya diturunkan disisi Allah S.W.T. ( تنزيل من الرحمن الرحيم * كتاب فصلت آياته قرأنآ عربيآ لقوم يعلمون(. Nama yang ke lima ialah Ad Dzikr Dinamakan Al Quran sebagai Dzikr kerana didalamnya ada peringatan, ancaman, akhbar-akhbar umat-umat yang lepas dan akhbar/ Qisah para Anbiya. ( إنا نحن نزلنا الذكروإنا له لحافظون).

14 NAMA-NAMA AL QURAN Manakala nama-namanya yang lain adalah boleh dirumuskan seperti berikut. Al Mubin, kerana ia menjelaskan dan menzohirkan kebenaran daripada kebatilan. Al Kalam, kerana ianya membawa makna terkesan kerana ia akan memberikan kesan kepada pendengar daripada faedah yang belum pernah diperolehinya. Manakala an Nur ini adalah kerana ia menggarapkan kefahaman bagi yang samar-samar perkara Halal dan Haram. Adapun Huda kerana ia menunjukkan kepada kebenara n ianya memaksudkan kata dasar kepada ikhwah untuk dimaknakan sebagai pelaku. As Shifaa’ ini kerana ianya menyembuhkan daripada penyakit-penyakit hati seperti kekufuran dan kejahilan, penipuan pada badan-badannya. Ad Dzikr kerana mempunyai nasihat dan akhbar-akhbar umat-umat yang terdahulu dan Ad Dzikr juga adalah merupakan kemuliaan.

15 NAMA-NAMA AL QURAN Manakala Al Hikmah pula kerana ianya telah diturunkan dengan meletakkan setiap sesuatu itu pada tempatnya ini adalah perangkuman hikmah Manakala Al Hakim adalah kerana ayat-ayatnya telah disempurnakan sangat menakjubkan susunan dan kedalaman maknanya sehingga tidak perlu untuk penukaran, penyelewengan, perkhilaf serta perbezaannya. Al Muhaimin kerana ia menyaksikan keatas setiap buku-buku dan perihal umat-umat yang lalu. Mankala Al Habl ini adalah kerana barangsiap yang berpegang teguh dengannya akan menujukan kepada Jannah yang lurus dan tiada bengkang bengkoknya. As Sirat Al Mustaqiim kerana ada diterangkan kisah-kisah umat yang yang terdahulu. Al Mutasyaabih kerana ianya menyerupai antara satu sama lain didalam kecantikan dan kebenaran. Ar Ruh ini adalah kerana dengannya hati-hati dan jiwa akan hidup.

16 NUZUL AL QURAN Al-Quran turun buat pertama kalinya ke atas Rasulullah s.a.w. pada malam al-Qadr dalam bulan Ramadhan. Dalil-dalilnya ialah: (إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ) (القدر:1) Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. (إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ(3)فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ(4) (الدخان:3-4) Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. . (شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ)(البقرة: الآية 185) . Maksudnya: Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).

17 Wahyu disingkap melalui 2 hamba Allah yang sangat mulia.
Nabi Muhammad dipilih sebagai Penutup sekelian Nabi dan Rasul. Umur Nabi s.a.w. tatkala itu ialah 40 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulamak. Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, ‘Ata’, Sa‘id bin al-Musayyib dan lain-lain. Umur 40 tahun adalah tahap umur bagi kesempurnaan petunjuk (wisdom), akal dan kefahaman Beliau menerima wahyu tersebut melalui perantaraan Malaikat yang mulia lagi yang terdekat kepada Allah S.W.T Malaikat Jibril.

18 MALAIKAT JIBRIL )وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (192) نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ(193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ(194)بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ(195) (الشعراء: ( . Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, ia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa arab yang jelas. Jibril mempunyai sifat-sifat yang mulia dan agung. Antaranya ialah kemuliaan, kuat, dekat dengan Allah Ta‘ala, kedudukan mulia, dihormati oleh para malaikat, amanah, baik dan suci. Sifat-sifat ini menjadikannya layak untuk dilantik sebagai utusan Allah Ta‘ala membawa wahyu kepada para rasul

19 ALLAH S.W.T. MENYIFATKAN MALAIKAT JIBRIL
(إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ "(19)ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ (20) مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِين(21ٍ) (التكوير:19- 21) Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar  firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai ‘Arsy, yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercayai. . وقال : (عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى(5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى(6)وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَى(7) (لنجم:5-7) . Maksudnya: Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli, sedang dia berada di ufuk yang tinggi. وقال : (قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آمَنُوا وَهُدىً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ) Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.

20 HIKMAH DISEBALIK PENGUTUSAN MALAIKAT JIBRIL
Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menerangkan sifat-sifat Jibril yang membawa al-Quran. Ini juga menunjukkan keagungan al-Quran dan keprihatinan Allah Ta‘ala terhadapnya. Sesungguhnya Allah Ta‘ala tidak akan mengutuskan makhluk yang agung kecuali untuk membawa perkara yang agung. Kata kunci: Pemilihan yang bukan calang-calang

21 AYAT YANG PERTAMA DITURUNKAN
Secara pasti, ayat al-Quran yang pertama sekali turun ialah 5 ayat pertama surah al-‘Alaq  (96:1-5) )اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ(1) خَلَقَ الْأِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ(2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ(4) عَلَّمَ الْأِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ(5) (العلق:1- 5( Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Selepas itu, wahyu telah terputus beberapa ketika. Kemudian turun pula 5 ayat pertama surah al-Muddaththir (يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّر (1) قُمْ فَأَنْذِرْ(2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ(3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ(4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ(5) (المدثر:1-5) Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah.

22 DALILNYA عن عائشة رضي الله عنها في بدء الوحي قالت : حتى جاءه الحق ٌّ ، وهو في غار حراء ، فجاءه الملك فقال اقرأ ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم ما أنا بقارئ ( يعني لست أعرف القراءة ) فذكر الحديث ، وفيه ثم قال:(اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق(1)َ) إلى قوله:(عَلَّمَ الْأِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ(5)) (العلق:1- 5). Sehinggalah kebenaran itu datang kepadanya semasa Baginda berada dalam gua Hira, di mana malaikat itu telah datang kepadanya dan berkata, “Bacalah!” Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” … Kemudian beliau membaca (ayat yang maksudnya): “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta,” sehinggalah ke firmanNya (yang bermaksud): “Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” عن جابر رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال وهو يحدث عن فترة الوحي : (بينا أنا أمشي إذ سمعت صوتاً من السماء .... ) فذكر الحديث ، وفيه ، فأنزل الله تعالى: (يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّر (1) قُمْ فَأَنْذِرْ(2) إلى ( وَالرُّجْزَ فَاهْجُر(5ْ) (المدثر:1-5(. Bahawa Nabi s.a.w. telah berkata semasa Baginda menceritakan tentang terputusnya wahyu, “Semasa aku berjalan, aku terdengar satu suara dari arah langit … lalu Allah menurunkan (ayat yang bermaksud): “Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan!” …sehinggalah ke firmanNya (yang bermaksud): “Dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah.”

23 Pelantikan sebagai Nabi dan Rasul
Di dalam ilmu al-Quran, terdapat ayat-ayat lain yang disifatkan sebagai ayat pertama turun. Apa yang dimaksudkan di sana ialah ayat pertama turun berkenaan urusan-urusan tertentu dan bukannya yang pertama sekali turun secara keseluruhannya. Sesungguhnya Abu Salamah telah bertanya, “Ayat manakah mula-mula turun?” Jawab Jabir, “Ayat (yang bermaksud): “Hai orang yang berselimut” Abu Salamah berkata, “Aku diberitahu bahawa ayat pertama turun ialah (yang bermaksud): “Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang mencipta” Lalu Jabir berkata, “Aku hanya memberitahu apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.. Baginda telah bersabda, “Aku telah menetap di gua Hira. Selepas selesai menetap di sana, akupun turun … lalu aku bergegas ke rumah Khadijah dan aku berkata, “Selimutkanlah aku dan jiruskan aku dengan air sejuk.” (Sohihain) Berdasarkan inilah para ulamak telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w. dilantik sebagai Nabi dengan Iqra’ dan dilantik sebagai Rasul dengan al-Muddaththir

24 NUZUL AL QURAN IBTIDA’I DAN SABABIY
Penurunan Ibtidaiy, iaitu yang tidak didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran adalah di bawah bahagian ini. Contohnya ialah firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:75) Penurunan sababiy -bersebab (berpunca), iaitu yang didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Sebab (punca) itu pula terdiri daripada beberapa bentuk Soalan yang dijawab oleh Allah Ta‘ala Peristiwa yang memerlukan keterangan dan peringatan Perbuatan atau kejadian yang memerlukan hukum.

25 Dalilnya سببي : وهو ما تقدم نزوله سبب يقتضيه . والسبب :
أ‌-     إما سؤال يجيب الله عنه مثل (يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ) (البقرة: الآية 189) . ب‌- أو حادثة وقعت تحتاج إلى بيان وتحذير مثل : (وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ)(التوبة: الآية 65) الآيتين نزلتا في رجل من المنافقين قال في غزوة تبوك في مجلس : ما رأينا مثل قرائنا هؤلاء أرغب بطونا ، ولا أكذب ألسنا ، ولا أجبن عند اللقاء ، يعني رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه ، فبلغ ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم ونزل القرآن فجاء الرجل يعتذر النبي صلى الله عليه وسلم فيجيبه ( أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ)(التوبة: الآية 65) (6). ج- أو فعل واقع يحتاج إلى معرفة حكمه مثل :(قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ) (المجادلة:1)

26 العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب Menjadi perkiraan adalah umumnya lafadz dan bukan kerana pengkhususan sebab Sekiranya sesuatu ayat itu turun kerana sebab (punca) tertentu dan lafaznya umum, maka hukumnya merangkumi sebab itu dan juga apa sahaja yang termasuk dalam lafaznya. Ini kerana al-Quran turun sebagai syariat umum untuk semua umat. Jadi pengajaran diambil kira berdasarkan keumuman lafaz al-Quran dan bukan kekhususan sebabnya Contohnya ialah ayat tuduhan zina antara suami isteri, iaitu firman Allah Ta‘ala (al-Nur 24:6-9)

27 Dalilnya آيات اللعان ، وهي قوله تعالى : (وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ) إلى قوله ( إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ)(النور: 6- الآية 9) ففي صحيح البخاري " (11)من حديث ابن عباس رضي الله عنهما : أن هلال بن أمية قذف امرأته عند النبي صلى الله عليه وسلم بشريك بن سحماء فقال النبي صلى الله عليه وسلم : البينة أو حد في ظهرك ، فقال هلال: والذي بعثك بالحق إني لصادق فلينزلن الله ما يبرء ظهري من الحد ، فنزل جبريل ، وأنزل عليه : (وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ)(النور: الآية6) فقرأ حتى بلغ (إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ)(النور: الآية9) فهذه الآيات نزلت بسبب قذف هلال بن أمية لامرأته ، لكن حكمها شامل له ولغيره ، بدليل ما رواه البخاري من حديث سهل بن سعد رضي الله عنه ، أن عويمر العجلاني جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله ، رجل وجد مع امرأته رجلا أيقتله فتقتلونه أم كيف يصنع ؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم : قد أنزل الله القرآن فيك وفي صاحبتك . فأمرهما رسول الله صلى الله عليه وسلم بالملاعنه بما سمى الله في كتابه ، فلاعنها . الحديث (12) . فجعل البني صلى الله عليه وسلم حكم هذه الآيات شاملا لهلال بن أمية وغيره .

28 Cara Wahyu disampaikan kepada Para Rasul
Tiada jalan bagi seorang manusia untuk Allah bertutur secara langsung kepadanya melainkan dengan cara berikut: وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلاَّ وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ (51 ) (سورة الشورى) Dan tidak sekali manusia dapat berkata-kata dengan Allah S.W.T. melainkan melalui Wahyu atau disebalik hijab atau Allah mengutus seorang Rasul maka mewahyukan kepadanya dengan idzinnya apa yang dikehendaki sesungguhnya Dia Maha Tinggi dan Maha Bijaksana.

29 Cara Wahyu disampaikan kepada Para Rasul
Malaikat Jibrail a.s. ~ Bentuk Asal atau jelmaan Malaikat Jibrail a.s. ~ Menyerupai Manusia- Dihya al Kalbi, seorang Badwi (dari Desa) Jibrail ~ Datang Beserta Dengungan / Suara Yg Hebat Mimpi seorang Nabi s.a.w. adalah merupakan wahyu, kerana Mimpi gangguan syaitan tidak dialami oleh para anbiyaa’ Ilham

30 Pembahagian penurunan ini kepada 2
Para ulama telah membahagikan al-Quran kepada: al-Makki: iaitu ayat yang turun ke atas Nabi s.a.w. sebelum hijrah. al-Madani: iaitu ayat yang turun ke atas Nabi s.a.w. selepas hijrah. الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسلام دِيناً )(المائدة: الآية 3( Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu Kita dapati ayat ini tergolong dalam bahagian al-Madaniyyah walaupun ianya turun ke atas Nabi s.a.w. pada hari Haji di Arafah

31 Perbezaan Ayat-ayat Makki & Madani
(1)Ayat Makkiyyah lebih kuat caranya dan tegas percakapannya kerana kebanyakan orang yang mendengar bersifat takabbur (sombong dan angkuh) dan tidak memberi perhatian.Cara begini sesuai dengan keadaan mereka. Contohnya surah al-Muddaththir dan al-Qamar. VS Ayat Madaniyyah lebih lembut caranya dan halus percakapannya kerana kebanyakan orang yang mendengar bersifat taat dan mengambil berat. Contohnya surah al-Maidah. (2) Ayat Makkiyyah pendek dan hujahnya kuat kerana kebanyakan orang yang mendengar bersifat degil dan melawan. Cara ini sesuai dengan keadaan mereka. Contohnya surah al-Thur. Ayat Madaniyyah panjang dan menerangkan hukum-hukum tanpa hujah kerana keadaan ini sesuai dengan orang yang mendengar. Contohnya surah al-Baqarah.

32 Perbezaan Isi kedua ayat-ayat ini
(1) Ayat Makkiyyah menanam Tauhid dan aqidah suci khususnya Tauhid Uluhiyah dan iman dengan kebangkitan semula kerana kebanyakan pendengar mengingkarinya. Ayat Madaniyyah menjelaskan amalan ibadah dan muamalat kerana kebanyakan pendengar telah menerima Tauhid dan aqidah suci. Mereka sekarang memerlukan penjelasan amalan ibadah dan muamalat. (2) Ayat Madaniyyah banyak membincangkan tentang hukum-hukum Jihad dan keadaan orang munafiq kerana Jihad telah disyariatkan dan nifaq telah timbul. Ayat Makkiyyah tidak membincangkan perkara-perkara ini.

33 Faedah Mengetahui Ayat Makkiyyah Dan Madaniyyah
Mengetahui Makkiyyah dan Madaniyyah adalah satu ilmu penting dalam ilmu al-Quran. Antara faedahnya ialah: Menonjolkan ketinggian balaghah (kesusasteraan) al-Quran yang menggunakan bentuk yang sesuai samada kuat dan tegas ataupun lembut dan halus dalam menghadapi setiap kaum bersesuaian dengan keadaan mereka. Menonjolkan hikmat perundangan (tasyri‘) dalam ketinggian matlamatnya dimana pensyariatan meningkat sedikit demi sedikit mengikut keadaan pendengar dan kesediaan mereka untuk menerima dan melaksana. Mendidik para pendakwah seupaya mengikut jejak al-Quran dalam cara dan isi yang bersesuaian dengan pendengar. Hendaklah dimulakan dengan perkara terpenting dan disusuli dengan perkara kedua penting. Hendaklah digunakan ketegasan pada tempatnya dan kelembutan pada tempatnya. Membezakan antara Nasikh dan Mansukh dalam keadaan apabila ayat Makkiyyah bertembung dengan ayat Madaniyyah yang menepati syarat-syarat Naskh. Maka ayat Madaniyyah memansuhkan ayat Makkiyyah kerana ianya terkemudian.

34 Sentuhan Minggu hadapan
Susunan Al Quran Pengumpulan Al Quran Ayat pertama & terakhir diturunkan Asbabul Nuzul


Download ppt "Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google