Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM
KONSEP KELUARGA BAHAGIA DARI SUDUT ISLAM
2
DEFINISI BAHAGIA Definisi bahagia itu akan dilihat dan dinilai dengan cara yang berbeza-beza, sesuai dengan tahap kesihatan manusia itu sendiri dari segi fizikal, mental dan spiritual. Manusia yang kurang sihat di mana-mana sudut, akan menilai kebahagian itu berdasarkan kekurangan yang dialaminya, lalu ini akan menyebabkan takrif yang didatangkannya bukan definisi kebahagian yang hakiki. Hanya manusia yang mempunyai kesihatan yang maksima pada ketiga-tiga sudut yang disebutkan itu sahaja yang mampu mendefinisikan makna kebahagian dengan definisi yang hakiki.
3
Sebenarnya istilah "bahagia" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secara tepat. Hanya dengan menggunakan kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ianya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang melafaz kata-kata. Kebahagiaan itu bukanlah apa yang dinilai oleh nafsu, bukan juga oleh jasmani, bahkan bukan juga terletak kepada kepintaran akal.Sekaligus bukan pula takrif yang dikata oleh hati yang kadang-kadang berlaku seperti pepatah Melayu : "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".
4
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA
Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).
5
Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka yang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah diri Rasulullah SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja.
6
Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga
Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh hidup di akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di akhirat.
7
Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal
8
PERANAN SUAMI ADIL Mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya tanpamelebih-lebihkan salah seorang daripada mereka.
9
Kepimpinan PEMIMPIN Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya. Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya. Firman Allah : Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah An-Nisak:34)
10
Tanggung Jawab NAFKAH Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak-anak berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Wajib ke atas kamu memberikan nafkah (sara hidup) kepada mereka dan pakaian mereka yang munasabah” (Riwayat Muslim) Ertinya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezeki maka hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya(sekadar yang mampu)”. (Surah al-Talaq : 7) Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
11
Didikan PENDIDIKAN Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepadai steri dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Ertinya: “Wahai orang-orang beriman peliharakanlah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”. (Surah al-Tahrim : 6) Sekiranya si suami tidak mampu memberi didikan agama kerana kejahilan maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar mereka ke tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka sepertikelas al-Quran dan fardhu ‘ain. Bertanggungjawab tentang didikan dan pelajaran anak-anak selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di atas fitrah (sifat semula jadi) dan kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:"Hai anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.“ (Surah Luqman:13)
12
Perlindungan PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara: Firman Allah S.W.T.: Ertinya: “Tempatkanlah isteri-isteri(yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka(di tempat tinggal mereka itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu” (Surah al-Talaq : 6) Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
13
Pergaulan MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim. Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata.Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (Surah An-Nisak:19)
14
PERANAN ISTERI Memainkan peranan menjaga keharmonian keluarga
Membantu suami dalam menguruskan rumah tangga Mentaati suami, melayan kehendak suami dengan penuh kasih sayang Memeliahara kehormatan diri -melarang bukan mahram ke rumah (suami tiada) -tidak curang/tidak menduakan suami Memelihara amanah suami Menjaga rahsia pergaulan antara suami isteri Memelihara harta suami sama seperti menjaga hartanya sendiri Tidak keluar dari rumah tanpa izin suami kecuali kerana terpaksa. Menjaga kebersihan diri supaya sentiasa menarik kasih sayang suami, rumahtangga sentiasa bersih, teratur dan melahirkan suasana yang membahagiakan. Isteri yang solehah tidak menghiaskan diri melainkan untuk suami sahaja.
15
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Ertinya: “Bagi kamu ada hak(tanggungjawab) ke atas isteri kamu, dan bagi isteri-isteri kamu ada hak ke atas kamu. Adapun hak kamu keatas isteri-isteri kamu iaitu ia tidak membenarkan sesiapapun memijak tempat tidur kamu (membawa masuk orang lain) orang yang tidak disukainya dan tidak mengizinkan orang yang kamu tidak suka masuk ke rumah kamu”. Rasulullah s.a.w. telah bersabda mengenai empat faktor kebahagian jiwa seseorang ialah Ertinya: “Empat perkara daripada kebahagian seseorang iaitu isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas (selesa), jiran tetangga yang baik dan kenderaan yang tidak membawa masalah” (Riwayat al-Baihaqi)
16
Bagi Pihak Isteri 1) Memahami bahawa suaminya ialah dari jenis kaum lelaki dan mempunyai ciri-ciri kelelakian walau di mana dan bila-bila masa. Ada kebaikan dan ada keburukannya yang akan terserlah. Isteri perlulah bersabar dengan sifat-sifat buruknya dan berusaha membetulkannya dengan cara dan adab yang baik agar tidak mengguris hati suami. Sentiasa mengharapkan perubahan positif akan berlaku terhadap suaminya. 2) Isteri hendaklah selalu ingat dan sedar bahawa ketua rumahtangganya ialah suaminya. Sebagai ketua kadang- kadang sukar untuk diajar. Isteri perlu memahami perasaan suami dan berusaha menasihatinya dengan cara yang baik serta melalui pujuk rayu. Seorang suami lebih selesa dengan kata-kata mesra seorang isteri apatah lagi sekiranya meupakan nasihatnasihat yang baik demi kepentingan bersama. Isteri sepatutnya pandai mencari masa yang sesuai dan tidak dalam bentuk mengajar ketika memberi nasihat kepada suami. 3) Isteri perlu memahami bahawa seorang suami sentiasa memerlukan kasih sayang, layanan baik dan dihormati walaupun sudah dewasa. Di sinilah pentingnya peranan isteri sentiasa menerima luahan hati suaminya dan sentiasa memberi kata-kata perangsang ketika mana suaminya berhadapan dengan masalah. Isteri sepatutnya bukan hanya sebagai seorang isteri pengurus rumahtangga tetapi juga sebagai seorang
17
LIMA DASAR KELUARGA BAHAGIA
Pertama : Membangunkan rumahtangga yang baik dan harmoni mestilah berdasarkan iman kepada Allah. Iman adalah asas dalam kehidupan dan kekuatan dalam menegakkan azam. Jika beriman, maka wujudkanlah dalam keluarga solat berjemaah, ke masjid atau ke surau. Usahakanlah makan bersama. Ucapkanlah salam dalam setiap keluar dan masuk rumah. Berkatalah dan berbual dengan ucapan yang taiyibbah (baik), kerana itu merupakan contoh dan ikhtibar bagi anak. Hindari pertengkaran antara suami isteri di hadapan anak-anak, kerana ia akan mempengaruhi jiwa. Ibubapa hendaklah menghindari perkataan yang kotor, umpamanya :bodoh etc. Hilangkan sikap emosional, meradang dan bersabarlah dalam melihat dan menghadapi tingkah laku anak yang tidak baik, ia harus dihadapi dengan tunjuk ajar yang baik dan tegur penuh kasih saying, sehingga si anak tak berasa kena marah, bahkan merasa diperhatikan dan dijaga.
18
Kedua: Jangan ibu bapa biar kasih sayang pada anak-anak sehingga mereka diasuh oleh orang lain, kerana dari segi kejiwaan ia sangat berbahaya. Akibatnya, terjadilah sikap fatalisme dan frustasi pada diri dan masa depan anak-anak. Kalaupun ibubapa memiliki pembantu rumah, tapi janganlah pembantu itu ditugaskan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak kita. Pembantu rumah sememangnya hanya cuba mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak, sementara anak, dididik, diasuh, dijaga dan dibesarkan oleh ibu, kerana ibulah yang lebih bertanggungjawab. Seorang ibu (isteri) tidak payah bekerja dan terlibat dengan berbagai urusan. Serahkan kepada bapa. Bapalah yang mencari nafkah untuk anak, isteri dan keluarga. Bukankah seorang bapa (lelaki) itu pemimpin keluarga? Hal ini tidaklah bermakna seorang wanita bergantung dan menyerahkan nasibnya pada lelaki sahaja. Bukankah dalam Islam masing-masing memiliki hak dan kewajipan? Untuk apa ibubapa payah-payah bekerja sedangkan anak kehilangan kasih sayang?
19
Ketiga: Selaku orang tua (ibubapa) harus berusaha memahami dan menghayati akhlak dalam Islam iaitu ‘akhlakul karimah” (akhlak mulia) baik dalam hubungan dengan Allah (al-Khaliq) atau hubungan sesama manusia, meliputi diri peribadi, keluarga, jiran dan masyarakat. Kesemua itu dapat kita kaji dan pelajari dari ilmu tasauf (akhlak), yang sesuai dan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita dapat menghayati dan memahaminya, akan lahir dalam jiwa dan diri kita, perasaan halus, budi bahasa yang mulia, tingkah laku yang elok dan sikap simpati. Pendek kata, tercermin peribadi yang mulia yang dikehendaki oleh Islam dan dicontohkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Sikap dan budi luhur umpamna itulah yang digalakkan pada peribadi anak-anak kita. Kaedah yang sederhana, berkesan dan menarik perhatiannya, patut diajar dan menyertakan contoh tingkah laku orang tua. Perlu disedari, bahawa kita akan gagal dan tidak berkesan dalam mendidik anak, jika tingkah laku kita tidak sesuai dengan Islam dan kita tidak mengerti tentang Islam. Sememangnya pembinaan dan pendidikan anak itu mesti berkesan. Di sekolah, anak-anak mendapat ilmu pengetahuan dan kepujian dengan baik. Di rumah mereka mendapat perhatian dan pembinaan kasih sayang dari orang tua.
20
Keempat : Jangan bernafsu besar mengejar kemewahan dunia yang hanyalah fatamorgana serta nisbi. Hiduplah dengan pola hidup sederhana dan tidak berlebihan. Jangan mempamerkan kekayaan, lebih-lebih lagi di mata orang miskin. Kelima : Hindari pertelingkahan yang tidak bermanfaat antara suami isteri. Tumbuhkanlah rasa memiliki dan dimiliki. Sang isteri harus faham kewajipan dan haknya; begitu juga bagi suami. Hal ini tentu tidak akan meninggalkan kesan buruk pada perkembangan psikologi anak-anak.
21
MENGEKALKAN PERGAULAN SUAMI ISTERI
Bagi Pihak Suami Suami hendaklah bergaul dengan isterinya dengan pergaulan yang baik. Memiliki sifat bertolak ansur, bertimbang rasa, belas kasihan, sabar dan sentiasa memaafkan kesilapan isterinya. Menzahirkan perasaan kasih sayang kepada isteri dengan berusaha menampilkan wajah yang ceria dan budi bicara yang baik. Tidak menggunakan kekerasan terhadap isteri dengan memukul atau tindakan yang melampaui batas yang boleh memudharatkan.
22
Tidak melukakan hati kecil dan perasaannya dengan kata-kata yang kesat dan kasar serta memalukan terutamanya di hadapan orang ramai. Cuba memahami apa yang disukai dan apa yang dibenci oleh isteri. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti bersama seperti membeli belah, berkelah, bersiar-siar dan sebagainya. Cara ini juga dapat mengeratkan hubungan dan memberi kerehatan terutamanya bagi isteri yang sepanjang hari melayani kerenah anak-anak dan menguruskan rumahtangga. Suami perlu menjauhi sifat marah tidak tentu fasal atau sifat panas baran mengikut emosi dan perasaaan yang jika terlanjur akan meyebabkan penyesalan yang tidak berkesudahan.
23
Suami seharusnya sedar dan faham bahawa isterinya sentiasa terikat dengan kelemahan sebagai seorang wanita bila-bila masa dan di mana juga. Segala kelemahan dan kekurangan yang biasa wujud di kalangan wanita, suami perlulah sabar dan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa. Suami sepatutnya menjauhi sifat cemburu buta yang menyebabkan hilangnya kepercayaan antara satu dengan lain. Sedangkan saling percaya dan mempercayai ini adalah antara asas kepada kebahagian dan keharmonian rumahtangga.
24
Bagi Pihak Isteri Isteri perlu memahami bahawa suaminya ialah dari jenis kaum lelaki dan mempunyai ciri-ciri kelelakian walau di mana dan bila-bila masa. Ada kebaikan dan ada keburukannya yang akan terserlah. Isteri perlulah bersabar dengan sifat-sifat buruknya dan berusaha membetulkannya dengan cara dan adab yang baik agar tidak mengguris hati suami. Sentiasa mengharapkan perubahan positif akan berlaku terhadap suaminya.
25
Isteri hendaklah selalu ingat bahawa ketua rumahtangga ialah suami
Isteri hendaklah selalu ingat bahawa ketua rumahtangga ialah suami. Sebagai ketua kadang-kadang sukar untuk diajar. Isteri perlu memahami perasaan suami dan berusaha menasihati dengan cara yang baik serta melalui pujuk rayu. Seorang suami lebih selesa dengan kata-kata mesra seorang isteri yang merupakan nasihat-nasihat yang. Isteri sepatutnya pandai mencari masa yang sesuai dan tidak dalam bentuk mengajar ketika memberi nasihat kepada suami. Isteri perlu memahami bahawa suami sentiasa memerlukan kasih sayang, layanan baik dan dihormati walaupun sudah dewasa. Di sinilah pentingnya peranan isteri sentiasa menerima luahan hati suaminya dan sentiasa memberi kata-kata perangsang ketika suaminya berhadapan dengan masalah. Isteri bukan hanya seorang isteri pengurus rumahtangga tetapi juga sebagai seorang sahabat karib yang boleh diluahkan berbagai masalah.
26
Kesimpulan Kekeluargaan dalam Islam merupakan satu medan pembentukan bagi melahirkan keperibadian dan generasi muslim yang sebenarnya. Institusi ini perlu dibina dengan acuan agama yang berpaksikan Aqidah Islamiah. Kebahagian dan keharmoniannya perlu dijaga. Pasangan suami isteri mestilah berperanan dan berusaha memahami dan menghayat iIslam. Semua pihak juga seharusnya membantu untuk melahirkan suasana yang memberi ruang ke arah kemantapaninstitusi ini. Keluarga bahagia hidup sejahtera.
27
Terima kasih wassalam
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.