Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sumber sejarah Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sumber sejarah Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan."— Transcript presentasi:

1 Sumber sejarah Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan.

2 Sumber sejarah Dikategorikan kepada: Sumber pertama Sumber kedua

3 Sumber pertama Juga dikenali sebagai sumber primer
Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan. Belum diolah dan dicetak Bersifat asli dan belum ditafsir

4 Contoh-contoh sumber pertama
Fail rasmi jabatan Surat peribadi Diari Manuskrip yang belum dicetak Batu bersurat

5 Sumber kedua Juga dikenali sebagai sumber sekunder
Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis (bahan bertulis yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah) Bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum.

6 Contoh-contoh sumber kedua
Buku Majalah Jurnal Ensiklopedia Akhbar Risalah Laporan tahunan jabatan

7 Kaedah pengkaji sejarah
Kaedah lisan Kaedah bertulis Kaedah arkeologi Kaedah pandang dengar

8 Kaedah lisan Dinamakan kaedah lisan kerana maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan, dan perbualan. Kelemahan kaedah ini adalah wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur dongeng, mitos, dan legenda.

9 Kaedah bertulis Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, dan kertas Sumber yang ditulis ini membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan, dan adat resam.

10 Kaedah arkeologi Cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik. Cabang-cabangnya: angkasa lepas, maritim, dan gali cari. Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses gali cari.

11 Kaedah arkeologi Bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon.

12 Kaedah pandang dengar Kaedah yang dipengaruhi oleh perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi. Menggunakan pelbagai peralatan seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio, dan pita rakaman.


Download ppt "Sumber sejarah Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google