Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 3: KEWARTAWANAN DAN PERUBAHAN SOSIAL

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 3: KEWARTAWANAN DAN PERUBAHAN SOSIAL"β€” Transcript presentasi:

1 UNIT 3: KEWARTAWANAN DAN PERUBAHAN SOSIAL

2 Peranan Kewartawanan Mengurus Perubahan

3 1. Menyampaikan Maklumat kepada rakyat
Wartawan pembangunan bertanggungjawab menyampaikan maklumat terkini berkenaan sesuatu perkara dan peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara kepada pembaca. Secara tidak langsung, akhbar boleh mempengaruhi sikap dan pemikiran setiap individu yang membacanya.

4 2. Sebagai Bahan Rujukan Disebabkan akhbar menyampaikan maklumat, ia dijadaikan sebagai sumber rujukan samada pihak kerajaan mahupun individu. Ini adalah kerana, akhbar memiliki kredibiliti yang tinggi (Stroud & Gilliland, 2009), dipercayai dan laporan yang sahih kerana bersumberkan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti pemerintah, golongan pakar dan industri (Cozma, 2006).

5 3. Sebagai Pendidik Akhbar juga berperanan sebagai media pendidikan tidak formal bagi mendidik orang ramai seperti isu alam sekitar. Bagi membolehkan orang ramai menjadi prihatin dalam aspek-aspek pemeliharaan pengurusan alam sekitar dan mempunyai kesedaran alam sekitar.

6 4. Meningkatkan dan memartabatkan bahasa
Hal ini kerana, kebanyakan akhbar di negara kita menggunakan bahasa ibunda (melayu, Cina, Tamil, Inggeris). Melalui pembacaan akhbar, tatabahasa dan kosa kata pembaca dapat ditingkatkan secara tidak langsung.

7 5. Tempat rakyat meluahkan masalah
Akhbar menyediakan satu ruangan khas kepada rakyat. Melalui ruangan khas ini, rakyat boleh mengadu mengenai sesuatu isu. Pendek kata, akhbar merupakan wadah untuk rakyat meluahkan masalah mereka.

8 6. Sebagai medium komunikasi dua hala
Akhbar digunakan sebagai penghubung antara pihak pemerintah dengan rakyat. Melalui akhbar sesuatu dasar atau program kerajaan dapat disampaikan dan diterangkan kepada masyarakat umum.

9 FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL
Perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat banyak dipengaruhi oleh peranan wartawan pembangunan. Menurut Gillin dan Gillin, perubahan sosial adalah perubahan yang berlaku dalam hubungan manusia yang disebabkan oleh perubahan geografi, kebendaan, komposisi penduduk, ideologi dan penemuan baharu.

10 BENTUK PERUBAHAN SOSIAL
1. Perubahan yang cepat dan lambat Berlaku apabila wujud keinginan atau enggan untuk berubah, peranan pemimpin dan adanya peranan motivasi. 2. Perubahan yang besar dan kecil Perubahan besar berlaku seperti industrialilasi berlaku pada sesebuah Negara. Perubahan kecil pula perubahan yang tidak memberi impak pada masyarakat seperti cara potongan rambut, pakaian. 3. Perubahan yang direncanakan atau tidak direncanakan Perubahan yang direncanakan ini telah dirancang oleh agenperubahan untuk mengubah system sosial. Manakala perubahan yang tidak direncakan berlaku apabila terjadinya perkara di luar kawalan manusia seperti kemarau, banjir, tsunami hingga masyarakat melakukan jenayah untuk kelangsungan hidup.

11 FAKTOR TERJADINYA PERUBAHAN SOSIAL
Pertambahan atau pengurangan penduduk (peluang pekerjaan) Penemuan baharu (teknologi kereta, makanan) Konflik dalam masyarakat (jurang antara generasi tua dan muda) Terjadinya pemberontakan atau revolusi Perubahan geografi (akibat tsunami, penduduk tidak lagi tinggal di tepi pantai. Mereka mula belajar bertani apabila berpindah ke tanah tinggi) Ekoran perang Pengaruh budaya asing (K-Pop)

12 FAKTOR PENGHALANG PROSES PERUBAHAN SOSIAL
Perkembangan ilmu pengetahuan yang lambat Sikap manusia yang tradisional Kurangnya hubungan dengan masyarakat lain Adanya prasangka terhadap perkara baharu Hambatan idelogis Adat dan kebiasaan


Download ppt "UNIT 3: KEWARTAWANAN DAN PERUBAHAN SOSIAL"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google