Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehMelek Başar Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
2
Jumlah jam 42 Kuliah Tajuk Jam 7. Pengurusan Alam Sekitar 4
Pembangunan lestari Pengurusan sumber semulajadi 8. Cabaran-cabaran Jumlah jam
3
Pengurusan Alam Sekitar
Tajuk 7 Pengurusan Alam Sekitar
4
Pengurusan Alam Sekitar
Pengurusan alam sekitar melibatkan pengurusan semua komponen bagi persekitaran biofizikal, iaitu meliputi hidupan dan bukan-hidupan Hidupan dan bukan-hidupan mempunyai hubungkait dan jalinan di antara mereka Terdapat juga hubungkait dan jalinan di antara persekitaran manusia seperti sosial, budaya dan ekonomi dengan persekitaran biofizikal berkenaan
5
Pengurusan Alam Sekitar
Dalam pengurusan, perlunya suatu sistem dan standard tertentu Sistem atau standard bertujuan untuk mengurangkan kesan ke atas persekitaran. Ini dapat ditentukan dari pencapaian objektif tertentu Contohnya: Standard ISO digunakan bagi pengurusan risiko persekitaran Ia hampir dengan sistem di Eropah iaitu ‘Eco-Management and Audit Scheme (EMAS)’
6
Pengurusan Alam Sekitar
Kebanyakan sistem pengurusan persekitaran (EMS) berdasarkan kepada standard ISO ‘Green Dragon Environmental Management Standard’ - adalah sistem EMS lima tahap bagi organisasi kecil dan besar BS 8555 adalah standard berfasa bagi organisasi kecil. Mereka kemudiannya boleh menggunakan standard ISO dalam 6 langkah
7
Pengurusan Alam Sekitar
Untuk merangsang pembangunan yang selamat untuk persekitaran dan lestari, Malaysia telah menyediakan suatu kerangka untuk perlindungan persekitaran. Industri perlu mengambilkira faktor persekitaran di peringkat awal perancangan projek. Aspek kawalan pencemaran termasuklah pengubahsuaian yang mungkin dalam turutan proses untuk meminimakan bahan buangan, melibatkan pengelakan pencemaran sebagai sebahagian dari proses pengeluaran, dan memfokus pada pilihan kitar-semula
8
Pengurusan Alam Sekitar
Polisi Alam Sekitar Negara dirangka dalam Rancangan Malaysia Ketiga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21) Tiga aspek utama dalam pembangunan lestari iaitu ekonomi, penduduk (sosial) dan alam sekitar yang saling memperlihatkan kepentingan yang jelas. Ketiga-tiga komponen dapat mewujudkan rangka bagi pembentukan pengurusan alam sekitar lestari masa kini dan masa hadapan
9
Pengurusan Alam Sekitar
Polisi Alam Sekitar Negara bertujuan untuk kemajuan berterusan dari segi ekonomi, sosial dan budaya Malaysia dan peningkatan dalam kualiti hidup penduduknya, melalui pembangunan yang sihat untuk persekitaran dan lestari Matlamatnya adalah untuk mencapai Persekitaran yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi masa kini dan masa hadapan Pengekalan budaya unik dan pelbagai dan warisan semulajadi Negara dengan penglibatan efektif oleh semua sektor dalam masyarakat Gaya hidup dan corak penggunaan dan pengeluaran yang lestari
10
Pengurusan Alam Sekitar
Prinsip bagi polisi ini (8): Pengawasan alam sekitar Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar Penggunaan mapan sumber-sumber asli Membuat keputusan bersepadu Peranan sektor swasta Komitmen dan bertanggungjawaban Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa
11
Pengurusan Alam Sekitar
1. Pengawasan alam sekitar: Menghormati dan prihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika tertinggi 2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam: Memulihara ekosistem semulajadi bagi mempastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem sokongan hidup
12
Pengurusan Alam Sekitar
3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar: Mempastikan peningkatan berterusan produktiviti dan kualiti alam sekitar dalam mencapai objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan 4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli: Menguruskan penggunaan seumber asli bagi mengekalkan sumber dan penjagaan alam sekitar
13
Pengurusan Alam Sekitar
5. Membuat keputusan bersepadu: Mengintegrasi dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor swasta: Memperkukuh peranan sektor swasta dalam hal perlindungan pengurusan alam sekitar
14
Pengurusan Alam Sekitar
7. Komitmen dan bertanggungjawaban: Mempastikan semua pembuat keputusan sektor awam & swasta, pengguna, pertubuhan bukan kerajaan & orang awam berkomitmen tinggi terhadap perlindungan dan bertanggungjawaban ke atas alam sekitar semasa membentuk, merancang & melaksana aktiviti masing-masing. 8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa: Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar
15
Pengurusan Alam Sekitar
Akta Biokeselamatan Akta ini diwujudkan pada 2007 Tujuan untuk mengimbangi pembangunan bioteknologi moden bagi kegunaan berfaedah di samping mempastikan tiada kesan mudarat berlaku Akta ini melengkapkan Dasar Bioteknologi Negara demi mengelak pengabaian aspek keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar Hasilan produk menggunakan organisma diubahsuai (living modified organisma –LMO) dijamin selamat kepada kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar
16
Pengurusan Alam Sekitar
Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974) Untuk mencegah dan mengawal pencemaran serta memulihara alam sekitar Dibawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia Timbul hasil dari pencemaran air yang serius akibat dari pelepasan kilang seperti hasil buangan daripada kelapa sawit dan getah Melibatkan kerjasama pihak industri, agensi penyelidikan, penguatkuasa
17
Pengurusan Alam Sekitar
Perkembangan Pusat Pertumbuhan Bandar juga menimbulkan masalah alam sekitar bagi kawasan bandar Perkembangan ini memberi kesan kepada kualiti sistem udara, air dan tanah di kawasan bandar dan persekitarannya proses perindustrian dinamik juga penyumbang kepada pencemaran alam sekitar Berlakunya peningkatan perdagangan yang melibatkan perairan Selat Melaka – pencemaran minyak di perairan
18
Pengurusan Alam Sekitar
Sehubungan dengan itu, diwajibkan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA – Environment Impact Assessment) bagi projek besar Penguatkuasaan ke atas kajian EIA penting bagi menangani masalah alam sekitar dalam jangka panjang Di samping itu terdapat piawaian-piawaian tertentu bagi pelepasan bahan buangan industri ke sungai atau alam sekitar Pihak industri perlu mengolah bahan buangan (mengasingkan bahan pencemar) sebelum dilepaskan ke saliran
19
Pengurusan Alam Sekitar
Penerapan Cara Hidup Mesra Alam: Konsep mesra alam dapat mengurangkan kadar penggunaan sumber alam secara terancang dan efektif 1. Memupuk pemikiran dan minda lestari – kempen dan promosi 2. Penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam – pemilihan makanan dan proses untuk bahan buangan 3. Kemudahan dan amalan – pilihan kenderaan yang memberi impak minimum kepada alam sekitar
20
Pembangunan Lestari Definisi pembangunan
Transformasi dari satu tahap ke tahap lain yang dapat memperkayakan kehidupan manusia supaya ia lebih baik dan mempunyai kepelbagaian dalam bahan dan aspek budaya, rasional dan yang lainnya Definisi kelestarian Kelestarian sebagai satu usaha untuk menjelaskan mengenai keseimbangan yang diperlukan di antara pertumbuhan ekonomi dan keabadian persekitaran semulajadi
21
Pembangunan Lestari Pembangunan Lestari
Adalah proses menghasilkan keseimbangan di antara pembangunan ekonomi, pembangunan komuniti, dan pembangunan ekologi Ia juga merupakan pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa mengabaikan kemampuan generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan mereka
22
Pembangunan Lestari Terdapat 3 perkara penting bagi pembangunan lestari Pengekalan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui Pengekalan biosfera Penciptaan masyarakat yang lebih baik
23
Pembangunan Lestari Pengekalan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui Merujuk kepada pengurangan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui, khususnya minyak/bahan api yang terhasil dari pereputan fosil. Ekonomi yang berasaskan kepada eksploitasi sumber-sumber terhad adalah tidak lestari dalam jangka panjang Perlu berubah kepada ekonomi berasaskan sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti elektrik dari kuasa-angin dan kuasa-hidro (air), dan penggunaan semula bahan/barangan
24
Pembangunan Lestari Pengekalan biosfera
Kerisauan wujud tentang pencemaran alam sekitar disebabkan bahan kimia yang mungkin menyebabkan kerosakan berkekalan kepada eko-sistem dunia. Perlu berubah kepada ekonomi yang mengekalkan biosfera. Ini meningkatkan utiliti ekonomi (kepuasan dari aspek ekonomi)
25
Pembangunan Lestari Penciptaan masyarakat yang lebih baik
Timbul kerisauan mengenai masyarakat moden khususnya berkaitan dengan kapitalisma, organisasi besar dan rasional ekonomi. Perlu berubah ke masyarakat yang lebih baik khususnya memperoleh semula masyarakat lama yang baik di mana sedikit adalah lebih baik. Perlu dititikberatkan mengenai agihan semula kekayaan
26
Pembangunan Lestari Terdapat 2 pandangan mengenai pembangunan lestari yang melibatkan ekonomi, sosial , dan persekitaran semulajadi Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum Bagi Pembangunan Lestari Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari
27
Pembangunan Lestari Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum Bagi Pembangunan Lestari EKONOMI PEMBANGUNAN LESTARI PERSEKITARAN MASYARAKAT Sumber: Giddings, Hopwood, & O’Brien Sustainable Cities Research Institute
28
Pembangunan Lestari Pandangan sektor tiga-gelang ini (ekonomi, masyarakat, persekitaran) selalu ditunjukkan dengan 3 gelang sama besar sedangkan satu sektor boleh menjadi lebih utama berbanding yang lain Pandangan ini bertujuan untuk membawa ketiga-tiga sektor dalam suatu cara yang seimbang, dan dapat mengatasi konflik dalam kalangan sektor berkenaan
29
Pembangunan Lestari Kelemahan dan limitasi pandangan ini:
Menganggap ada pemisahan di antara tiga sektor dan wujud autonomi masing-masing bagi ekonomi, masyarakat dan persekitaran Hasil dari ini, isu pembangunan lestari selalunya menggunakan pendekatan secara berasingan bagi setiap sektor. Ia mengabaikan hubungkait di antara ketiga-tiga sektor Ia membawa kepada anggapan bahawa boleh berlaku pertukaran di antara ketiga-tiga sektor
30
PANDANGAN BERTINDIH BAGI PEMBANGUNAN LESTARI
PERSEKITARAN MASYARAKAT EKONOMI PANDANGAN BERTINDIH BAGI PEMBANGUNAN LESTARI
31
Pembangunan Lestari Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari:
Ekonomi bergantung kepada masyarakat Kedua-dua ekonomi dan masyarakat bergantung kepada persekitaran
32
Pembangunan Lestari Mengutamakan Ekonomi:
Ekonomi mendominasi persekitaran dan masyarakat Dalam pembangunan lestari sesebuah kerajaan, matlamat adalah untuk pertumbuhan ekonomi yang tinggi Tidak ada pendekatan yang mengintegrasikan ketiga-tiga sektor Anggapan dibuat bahawa dengan wujudnya ketidakseimbangan dalam masyarakat dalam aspek kekayaan, kuasa dan pendidikan, ini akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi
33
Pembangunan Lestari Walaupun ekonomi diberi keutamaan, dalam keadaan sebenarnya ekonomi bergantung kepada masyarakat dan persekitaran Masyarakat terdiri dari aktiviti manusia dan interaksi yang membentuk kehidupan manusia Aktiviti manusia wujud dalam suatu persekitaran dan dengan itu mempunyai kesan kepada persekitaran Manusia juga bergantung kepada persekitaran untuk hidup (perlukan sumber bagi memenuhi keperluan dan kehendak)
34
Pembangunan Lestari Ekonomi merupakan subset (sebahagian) kepada masyarakat Keperluan manusia dipenuhi melalui pengeluaran komoditi dan juga dipenuhi melalui aktiviti di luar ekonomi Sebahagian pertukaran barangan dan pengeluaran barangan tidak melibatkan aktiviti kewangan.
35
Pembangunan Lestari Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21)
Adalah agenda 21 di tahap tempatan Ia adalah pelan tindakan ke arah pembangunan lestari global dalam millenium akan datang, dan dimeterai oleh lebih dari 178 ketua negara dan menteri di UNCED (United Nations Conference on Environment and Development)
36
Pembangunan Lestari Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21) (samb.)
Adalah program untuk menyemarakkan kerjasama di antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti, mereka berkhidmat untuk bekerja bersama-sama bagi merancang dan mengambilberat persekitaran ke arah pembangunan lestari Komuniti tempatan dan pihak berkuasa tempatan mengenalpasti dan menganalisa isu nlestari tempatan, menghasilkan formula dan melaksanakan pelan tindakan untuk mengatasi isu itu Menggunakan pendekatan dari ‘bawah ke atas’
37
Pembangunan Lestari Prinsip LA 21
Perspektif menyeluruh dalam pemikiran dan tindakan dalam kalangan sektor Penglibatan aktif dari rakan kongsi untuk membina semangat kerjasama dan kemesraan Pemikiran dan tindakan komuniti dalam jangka hayat mereka Perspektif dunia dalam isu tempatan – ‘berfikir secara global dan tempatan’ Perpektif jangka panjang untuk isu tempatan
38
Pembangunan Lestari Ciri-ciri LA 21
Ia menyebut mengenai keperluan ekonomi, sosial dan ekologi adalah saling bergantungan/bersama Ia termasuk kesepakatan ke atas visi untuk masa hadapan yang lestari Ia termasuk proses penglibatan dengan penduduk tempatan Ia membina suatu kumpulan taruh (stakeholder), forum, atau kumpulan komuniti multi-sektor untuk melihat proses yang berlaku
39
Pembangunan Lestari Ciri-ciri LA 21 (samb.)
Mengandungi Pelan Tindakan dengan sasaran jangka-panjang yang kukuh Mempunyai kerangka pengawalan dan laporan Mempunyai petunjuk untuk mengawal kemajuan Mempunyai aktiviti yang boleh diukur dan program untuk melaksanakan Pelan Tindakannya
40
Pembangunan Lestari Proses LA 21
Menyusun/menyedia pihak berkuasa tempatan Rakan kongsi dan penglibatan Membina visi Mengenalpasti masalah dan isu Membina objektif/ menetapkan keutamaan Pelan tindakan Perlaksanaan Pengawalan dan menilai
41
Pembangunan Lestari Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia
3 dimensi/komponen utama yang berinteraksi antara satu sama lain 1. Ekonomi Asas dan aspek yang mendalam 2. Sosial Pelakon watak (manusia), masyarakat 3. Persekitaran Sumber semulajadi, manusia, memberi kesan yang terbesar
42
Pembangunan Lestari Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia 1. Ekonomi
Menggunakan sumber minimum untuk aktiviti ekonomi atau industri untuk mendapatkan hasil maksimum dalam membina suatu pembangunan ekonomi yang lestari 2. Sosial Setiap orang terlibat dan bekerjasama dalam menjadikan kehidupan yang sihat bagi mencapai kualiti hidup yang tinggi
43
Pembangunan Lestari Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)
3. Persekitaran Walaupun untuk mencapai pembangunan yang pantas dalam aspek ekonomi dan sosial, perlu juga mengekalkan persekitaran semulajadi yang menjadi bekalan bagi sumber-sumber yang digunakan oleh industri dan ekonomi serta manusia bagi kehidupan yang baik
44
Pembangunan Lestari Faedah Pembangunan Lestari 1. Ke atas individu
Pihak berkuasa tempatan lebih sensitif dan efektif dalam memenuhi keperluan anda Persekitaran yang lebih kondusif dan kualiti hidup lebih baik 2. Ke atas organisasi Peluang untuk terlibat dalam perancangan dan pembangunan persekitaran dengan pihak berkuasa Peluang untuk input bernilai kepada polisi dan amalan yang akan memberi kesan kepada persekitaran dan kualiti hidup komuniti
45
Pembangunan Lestari Faedah Pembangunan Lestari (samb.)
3. Ke atas perwakilan kerajaan Meningkatkan pemahaman dan kerjasama di antara kerajaan dan komuniti Menambahbaik imej sebagai seorang yang mengamalkan amalan baik melalui penglibatan dengan pihak awam, ketelusan, pembinaan kesepakatan, lebih berkesan, lebih cekap, lebih diharap
46
Pembangunan Lestari Isu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia
Persekitaran Disebabkan aktiviti industri dilakukan oleh masyarakat atau industri tidak beretika seperti penyahhutan dan bahan buangan toksik serta pembangunan tidak dirancang, menyebabkan penyusutan persekitaran dan mengurangkan sumber semulajadi Isu Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam
47
Pembangunan Lestari Isu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)
Kesan ke atas persekitaran hasil dari pembangunan sektor tertentu yang boleh dikategorikan kepada: Pembangunan tanah dan hutan Pertumbuhan industri Penggunaan CFC Sumber dari pantai dan laut
48
Pembangunan Lestari Cadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari
Sektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat sewajarnya bekerjasama dan memainkan peranan mereka untuk mencapi pembangunan lestari Galakkan penglibatan dari pelbagai lapisan masyarakat dalam program pembangunan lestari seperti kitar semula, pendidikan pengguna dsb. Penstrukturan semula dan menguatkuasakan polisi dan akta industri yang lebih seimbang dan sesuai yang boleh diintegrasikan ke dalam dimensi persekitaran untuk mengurangkan kos persekitaran
49
Pembangunan Lestari Cadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari (samb.) Industri hendaklah mengambilkira untuk mengawal dan mengurangkan penggunaan CFC Mengekalkan dan mengawal harga patut bagi bekalan Strategi bagi melindungi dan menilai impak dari sesuatu projek pembangunan
50
Pengurusan Sumber Semulajadi
Pengawalseliaan Kelestarian Persekitaran Di Malaysia, ada 6 petunjuk utama yang digunakan untuk mengawalselia kemajuan kelestarian persekitaran Kadar kawasan tanah yang dipenuhi hutan Nisbah kawasan yang dilindungi untuk mengekalkan kepelbagaian biologi kepada kawasan permukaan Penggunaan tenaga
51
Pengurusan Sumber Semulajadi
Pengawalseliaan Kelestarian Persekitaran (samb.) Pelepasan gas karbon dioksida (per kapita) dan penggunaan CFC yang mengurangkan ozon (ODP tan) Nisbah populasi dengan akses kelestarian kepada sumber air yang mengalami penambahbaikan di bandar dan luar bandar Kadar populasi bandar dan luar bandar dengan akses kepada kebersihan yang mengalami penambahbaikan.
52
Pengurusan Persekitaran
Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS) Merupakan aspek struktur pengurusan organisasi secara keseluruhan yang mengenalpasti impak jangka sederhana dan panjang bagi produk, perkhidmatan, dan proses ke atas persekitaran Memberi arahan dan konsistensi bagi organisasi untuk menangani masalah persekitaran melalui agihan sumber, agihan tanggungjawab dan penilaian berterusan ke atas amalan, prosedur dan proses Memfokus pada penambahbaikan berterusan sistem berkenaan
53
Pengurusan Persekitaran
Model EMS Model EMS mengikuti aliran Tindakan Rancang-Laksana-Semak (Plan-Do-Check-Act Cycle, or PDCA). Boleh digunakan oleh pelbagai jenis organisasi termasuk pengeluaran, perkhidmatan dan agensi kerajaan
54
Pengurusan Persekitaran
Model EMS (samb.) Bermula dengan membina polisi persekitaran, merancang EMS, dan melaksanakannya. Termasuk juga menyemak semula sistem dan bertindak ke atasnya. Suatu model yang melibatkan penambahbaikan berterusan di mana organisasi sentiasa menyemak dan membuat penambaikan sistem.
55
Pengurusan Persekitaran
Unsur-unsur dalam EMS Kenyataan Polisi– suatu kenyataan mengenai komitmen organisasi terhadap persekitaran Mengenalpasti Impak Signifikan Terhadap Persekitaran – oleh produk, aktiviti dan perkhidmatan ke atas persekitaran Pembinaan objektif dan sasaran – matlamat persekitaran oleh organisasi
56
Pengurusan Persekitaran
Unsur-unsur dalam EMS (samb.) Pelaksanaan – perancangan untuk mencapai objektif dan sasaran Latihan – mempastikan kakitangan sedar dan berupaya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap persekitaran Semakan Pengurusan
57
Pengurusan Persekitaran
Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS) Siri ISO 14000 Satu siri piawaian sistem pengurusan persekitaran, pengauditan alam sekitar, pelabelan, penilaian prestasi persekitaran dan analisis kitaran hayat Merupakan keluarga bagi standard untuk menjaga persekitaran Bertujuan diguna di seluruh dunia bagi menjadikan alam sekitar baik dan meningkatkan perniagaan dan perdagangan antarabangsa Menyeragamkan usaha memperbaiki alam sekitar
58
Pengurusan Persekitaran
ISO merupakan siri standard dan dokumen rujukan termasuk: Sistem Pengurusan Persekitaran Pelabelan Eko Pengauditan Persekitaran Penilaian Prestasi Presekitaran Aspek Persekitaran dalam Standard Produk Penilaian Kitar-Hayat
59
Pengurusan Persekitaran
Standard ISO 14001:2004 Standard bagi Sistem Pengurusan Persekitaran edisi pertama dikeluarkan pada 1996 oleh International Organization of Standardization (badan NGO) merupakan suatu standard bebas yang menerangkan mengenai keperluan tertentu untuk EMS organisasi akan menerima sijil ISO 4001 bagi yang menggunapakai standard berkenaan adalah asas kepada siri ISO 4000 Edisi kedua dikeluarkan dalam 2004, mengemaskini standard sebelumnya.
60
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 Polisi Persekitaran – membina kenyataan berkaitan komitmen organisasi terhadap persekitaran Aspek dan Impak Ke Atas Persekitaran – kenalpasti perkara-perkara berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan aktiviti yang memberi kesan kepada persekitaran Keperluan Perundangan dan Lain – kenalpasti dan pastikan memperoleh akses kepada perundangan dan peraturan yang relevan
61
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.) Objektif dan Sasaran dan Program Pengurusan Persekitaran – tetapkan matlamat persekitaran bagi organisasi dan rancangan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran Struktur dan Tanggungjawab – mengenalpasti peranan dan tanggungjawab dalam organisasi Latihan, Kesedaran dan Kompetens – mempastikan kakitangan sedar dan berupaya menjaalankan tanggungjawab terhadap persekitaran
62
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.) Komunikasi – membina proses bagi komunikasi dalaman dan luaran dalam isu pengurusan persekitaran Dokumentasi EMS – menyimpan maklumat mengenai EMS dan dokumen yang berkaitan Kawalan Dokumen – mempastikan pengurusan efektif terhadap prosedur dan dokumen lain Kawalan Operasi – kenalpasti, rancang dan uruskan operasi dan aktiviti organisasi mengikut polisi, objektif, sasaran dan aspek signifikan
63
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.) Kesediaan dan Respons Kecemasan – membina prosedur bagi mengelak dan bertindakbalas terhadap kecemasan Pemantauan dan Pengukuran – memantau aktiviti utama dan menjejak prestasi termasuk menilai kepatuhan secara berkala Penilaian terhadap Kepatuhan – membina prosedur bagi menilai kepatuhan secara berkala dengan melibatkan keperluan perundangan dan yang lainnya
64
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.) Ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan dan Pencegahan – kenalpasti dan perbetulkan masalah dan mencegah kes berulang lagi Rekod – menyimpan rekod yang mencukupi bagi prestasi EMS Audit EMS – secara berkala sahkan bahawa EMS adalah efektif dan mencapai objektif dan sasaran Semakan Pengurusan – menyemak EMS
65
Pengurusan Persekitaran
Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan persekitaran (ISO 14000) tidak berupaya menunjukkan ukuran sebenar pencapaian penjagaan persekitaran di sesebuah organisasi. perlaksanaannya lebih bergantung kepada tekanan pesaing dan insentif pengurusan, dengan itu kurang berkesan menangani masalah persekitaran
66
Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan persekitaran (ISO 14000) (samb.)
melibatkan impak negatif kepada organisasi. Antaranya: Kurang galakan syarikat kecil dan sederhana (IKS) disebabkan kos-kos pembangunan, dokumentasi dan pengesahan pensijilan sistem pengurusan persekitaran dalam mendapatkan pensijilan ISO 14000 kekurangan tenaga pakar, masa dan infrastruktur menjadi beban kepada organisasi industri kecil dan sederhana (IKS) akan terjejas jika ia memerlukan perlabelan alam sekitar dalam setiap barangan yang dikeluarkan kerana kurang kemampuan dari aspek ini – IKS antara penyumbang kepada pencemaran
67
Pengurusan Persekitaran
Ada 4 aspek utama dari Agenda 21 yang berkait dengan EMS Siri ISO 14000 Kesedaran tentang impak terhadap alam sekitar Tanggungjawab terhadap impak berkenaan Jangkaan terhadap pengurangan impak tersebut Agihan tanggungjawab daripada impak alam sekitar terhadap kemajuan masyarakat
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.