Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KONSEP KEUSAHAWANAN DUK 4012.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KONSEP KEUSAHAWANAN DUK 4012."— Transcript presentasi:

1 KONSEP KEUSAHAWANAN DUK 4012

2 PENGENALAN Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana pada masa tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan raya umum diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu berhubung penguasaan ekonomi negara. Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa itu sangat tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai bidang perniagaan dan membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai kaum Peribumi.

3 DEB diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah : Dasar Pengswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera, Pengwujudan Kontraktor Kelas F, Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

4 DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN
KEUSAHAWANAN boleh didefinisikan sebagai Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.

5 KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang samada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah

6 USAHAWAN boleh didefinisikan sebagai
Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti ; Mencari peluang-peluang perniagaan Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Dapat memenuhi keperluan orang ramai. Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti. Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

7 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA
Aktiviti untuk keuntungan, sumbangan kepada masyarakat & negara PENIAGA Mementingkan keuntungan daripada aktiviti perniagaan

8 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA
Cipta suatu yang baru, buat pembaharuan produk untuk penuhi keperluan pelanggan PENIAGA Hanya jalankan aktiviti jual beli, tiada pembaharuan dan pengubahsuaian produk

9 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA
Kurang sanggup hadapi risiko oleh itu perniagaan tidak berkembang USAHAWAN Sanggup terima risiko untuk memajukan perniagaan

10 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA
Berpandangan jauh, cuba rebut peluang, bercita-cita tinggi, gigih dan yakin pada diri PENIAGA Mudah berpuas hati dengan apa yang ada

11 PERANAN USAHAWAN Menyumbangkan Idea dan Pembaharuan
Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.

12 Merancang Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul.

13 Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko
Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi tanggungan usahawan.

14 Menawarkan Peluang Pekerjaan
Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.

15 Menyumbang kebajikan dan kepimpinanan 
Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbang ke arah peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata-mata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.

16 KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
Definisi kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.

17 Berinisiatif Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap.

18 Melihat dan Merebut Peluang
Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya.

19 Kecekalan Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi.

20 Mencari Maklumat Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan.

21 SUMBER DORONGAN USAHAWAN
FAKTOR PENARIK   Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :-  Status sosial Politik dan dasar kerajaan Sistem sokongan kerajaan Peluang ekonomi

22 STATUS SOSIAL Ahli korporat / mewah
Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

23 Kuasa / Kebebasan Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain

24 POLITIK & DASAR KERAJAAN
Keadaan politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya persefahaman antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi bidang perniagaan.

25 Dasar Kerajaan Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya dalam bidang ekonomi bagi memaju dan meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat.

26 SISTEM SOKONGAN KERAJAAN
Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan. Contohnya : Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan. Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta.

27 PELUANG EKONOMI Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam bidang ini.

28 FAKTOR PENOLAK Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan. Peluang terbatas Ekonomi meleset Ketidakpuasan Budaya keusahawanan

29 ETIKA PERNIAGAAN Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan As-Sunnah.

30 Niat yang betul Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-Nahl ayat 90)

31 Keadilan dalam perniagaan
Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat islam.

32 Tidak terlibat dengan amalan riba
Seorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan dari sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di tanggung.

33 Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.
Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari’at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa’lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa’sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

34 Tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan:
Peniaga atau pengusaha Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat yang terangkum dalam syariat Islam. Mereka harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya

35 Pengguna atau pembeli Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Peranan kerajaan Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha. Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya.

36 MENGENALI KONSEP KENDIRI
KEPENTINGAN MENGENAL DIRI Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut : Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik. Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita. Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita. Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri. Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa.

37 KAEDAH MENGENAL DIRI Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:
Pengkajian diri sendiri. Pandangan atau maklumbalas orang lain.

38 Pengkajian Diri Sendiri
Melalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat diri kita dengan mengkaji diri daripada pelbagai segi dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sendiri. Seterusnya kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut.

39 Fizikal Mengenal diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat tubuh badan sendiri. Terdapat sifat fizikal yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti mempunyai lengan dan kaki yang panjang.

40 Mental - Emosi Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang. Sosial Aspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Melalui pergaulan harian, kamu dapat menerima tingkah laku yang positif dan memahami perbezaan- perbezaan di kalangan individu. Minat Ia merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dapat memberi kepuasan kepadanya. Orang yang berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia handal dalam bidang tersebut.

41 Kebolehan Ia adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau kemahiran tertentu. Kadang-kadang ianya tidak mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru, didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya. Nilai Peribadi Ianya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu. Nilai- nilai ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya dalam pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebendaan seperti mementingkan kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan.

42 Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari)
Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau meminta pendapat daripada orang lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri. Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin positif, negatif atau bertentangan dengan pandangan anda. Biasanya mudah bagi kita menerima pandangan positif atau pujian orang lain terhadap diri kita tetapi sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan yang negatif.

43 Teori Tingkap Johari Ibnu Khaldun ialah orang yang pertama memperkenalkan Konsep Tingkap Johari dan kemudiannya dipopularkan oleh Joe Luft dan Harry Ingham.

44

45 MENETAPKAN MATLAMAT DIRI
Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan. Ia menentukan apa juga yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak.

46 KEPENTINGAN MATLAMAT Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi begitu penting dalam kehidupan seseorang:

47 Memenuhi Kehendak Asas
Setiap perlakuan dan tindakan kita adalah berdasarkan kepada matlamat. Matlamat menunjukkan kepada kita arah dan tujuan bagi menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak psikologi yang asas bagi semua manusia sama ada tua atau muda.

48 Asas Menyalurkan Masa,Tenaga dan Idea
Sistem matlamat dan objektif yang dirancang dengan betul melancarkan segala kegiatan seharian. Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah.

49 Mewujudkan Asas Keyakinan dan Kemajuan Diri.
Apabila kita mula mencapai matlamat yang telah ditetapkan, akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan yang telah diperolehi. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri sendiri.

50 Membuat Kehidupan Lebih Menarik dan Menyeronokkan
Kebahagiaan hidup sebenarnya terletak di tangan kita. Jika kita berupaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa berkata “Tidak Boleh” maka kita akan menempah kegagalan.

51 Tulang Belakang Kepada Sikap Positif
Sikap mental yang positif adalah satu aset yang penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada pendirian positif pula ialah penetapan matlamat. Oleh itu kita dapati sikap positif terletak di tengah- tengah penetapan dan pencapaian matlamat.

52 CIRI – CIRI MATLAMAT YANG BERKUALITI
S – Spesifik (Khusus atau Tertentu). M – Measurable (Boleh Diukur). A – Achievable (Boleh Dicapai). R – Realistic (Boleh Menjadi Kenyataan). T – Time Bound (Batasan Waktu).

53 PANDUAN MERANGKA MATLAMAT
Tetapkan matlamat- matlamat utama anda berasaskan pernyataan misi peribadi anda. Pecahkan matlamat- matlamat anda mengikut jangka masa (panjang /sederhana /pendek). Susun matlamat- matlamat mengikut keutamaannya dan tumpukan usaha anda untuk mencapai matlamat yang lebih penting dahulu.


Download ppt "KONSEP KEUSAHAWANAN DUK 4012."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google