Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ﭬرتموان برسموک ڤ.ج.ج يڠ ﭬرتام ادي يسران عبدالعزيز

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ﭬرتموان برسموک ڤ.ج.ج يڠ ﭬرتام ادي يسران عبدالعزيز"— Transcript presentasi:

1 ﭬرتموان برسموک ڤ.ج.ج يڠ ﭬرتام ادي يسران عبدالعزيز
سيستم توليسن جاوي ﭬرتموان برسموک ڤ.ج.ج يڠ ﭬرتام ادي يسران عبدالعزيز

2 'Saya jatuh cinta seni tulisan Jawi' – BH 29/6/08
9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

3 Prof. Dr. Kang Kyoung Seok
9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

4 EJAAN TRADISI Ejaan yang menggunakan sistem baris sekurang-kurangnya pada satu suku kata yang sepatutnya dilambangkan dengan huruf vokal tetapi tidak termasuk dalam jenis ejaan Lazim atau Mengikut Hukum (sila lihat contoh berikut). 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

5 EJAAN TRADISI اد تياد ﭬد كڤد دري درﭬد مک اي كيت ليم ماءنسي اين ايت جک
Bil. Rumi Jawi 1. Ada اد 2. Tiada تياد 3. Pada ﭬد 4. Kepada كڤد 5. Dari دري 6. Daripada درﭬد 7. Maka مک 8. Ia اي Bil. Rumi Jawi 9. Kita كيت 10. Lima ليم 11. Manusia ماءنسي 12. Ini اين 13. Itu ايت 14. Jika جک 15. Dia دي 16. Demikian دمكين 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

6 EJAAN LAZIM Ejaan Lazim ialah ejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali: Bunyi e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ (تله). Bunyi a dalam suku kata KVK kecuali apabila berlaku homograf seperti lentik (لنتيق) - lantik (لانتيق) Bunyi a dalam kata satu suku kata yang bermula dengan wau seperti ‘wang’ (واڠ) dan kata ‘dan’ (دان). 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

7 EJAAN MENGIKUT HUKUM Darlung Luar Darlung Ka dan Ga Ra-ma Ha dan Aha
Lampau Hukum 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

8 HUKUM DARLUNG Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila memenuhi syarat berikut: Kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi Suku kata akhir dan praakhir adalah suku kata terbuka yang diakhiri dengan vokal /a/. Suku kata akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung, iaitu dal, ra, lam, wau, dan nga. Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah ditambah di akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi tradisi seperti ada, tiada, pada, kepada, dan daripada. 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

9 HUKUM LUAR DARLUNG Hukum luar darlung adalah berdasarkan syarat yang sama seperti hukum darlung, kecuali suku kata akhirnya dimulai dengan salah satu huruf selain daripada huruf dal, ra, lam, wau, dan nga. Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali jika berlaku homograf atau untuk mengelakkan berlaku kekeliruan seperti puas (ﭬواس) - puasa (ﭬواسا). Contoh hukum luar darlung: daya (داي), hama (هام), jata (جات), kaca (كاچ), kana (كان), masa (ماس). 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

10 HUKUM KA DAN GA Hukum ka dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir dengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan ga pada akhir kata tersebut tidak diberi lambang alif seperti suka (سوک), duga (دو گ) Kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian disebabkan ejaan yang menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal pada suku kata praakhir, misalnya teka (تكا), lega (لڬا), dan sega (سڬا) (licin berkilat), masalah homograf seperti beg (بيگ) - bega (بيڬا), bek (بيک) - beka (بيكا), kata serapan seperti giga yang dieja ڬيڬا, akronim seperti tabika yang dieja تابيكا dan kata nama khas seperti Afrika yang dieja افريكا. 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

11 HUKUM RA (را) MA (ما) Hukum ini juga digunakan bagi perkataan yang berakhirkan suku kata terbuka ra yang diikuti oleh ma. Kedua-dua suku kata tersebut menerima huruf alif.  Contoh: Asrama (اسراما), irama (ايراما), rama-rama (راما۲), panorama (ﭬانوراما), drama (دراما), gimrama (ڬيمراما), diorama (ديوراما). 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

12 HUKUM KATA DASAR LEBIH DUA SUKU KATA
Bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif. Contoh: Harimau (هريماو), haloba (هلوبا), halilintar (هليلينتر), haruan (هروان), halaman (هلامن), habuan (هبوان), haluan (هلوان), Baharu (بهارو), Bahagi (بهاڬي), Cahaya (چهاي), Bahasa (بهاس), Bahaya (بهاي), Dahaga (دهاگ), dahulu (دهولو), paduka (ﭬدوک). 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

13 LAMPAU HUKUM Selain daripada lima hukum di atas, ada sesetengah perkataan yang dieja terkeluar dari hukum-hukum tersebut. Oleh itu, perkataan yang terkeluar daripada lima hukum di atas dikategorikan sebagai lampau hukum. Lampau hukum ini termasuklah paha (ڤها), maha (مها), mama (ماما) yang termasuk dalam lampau hukum luar darlung. 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

14 Ralat dalam Modul Halaman 15:
“Bentuk تتكال (tatkala) ini...semestinya berkembang sehingga sampai kepada تتكالا” . diubah kepada: “Bentuk تتكال (tatkala) ini telah berkembang menjadi تتكالا dalam ejaan sekarang”. 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

15 Ralat dalam Modul Halaman 33:
“Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 30 abjad termasuk huruf ta marbutah (ة). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 36 huruf.” diubah kepada: “Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 31 abjad termasuk huruf ta marbutah (ة), hamzah (ء), dan alif maqsurah atau ye (ى), tetapi tidak termasuk lam alif (لا). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 37 huruf.” 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

16 Ralat dalam Modul Hal. Perkataan Perubahan 46 Beta Demikian
61 Wahyu Talu 64 Pola u + i Pola u + u 67 Gu Gol 70 Seru Serbu 74 Panaroma Panorama 75 Habuan (Dimasukkan ke dlm. senarai pertama) 75 Haluan (Dimasukkan ke dlm. senarai pertama) 76 Dirgahayu (Dipadamkan) 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

17 KESIMPULAN Nota kuliah pertemuan bersemuka pertama dan peperiksaan pertengahan semester merangkumi unit 1 hingga 3 dalam modul BBM3402. Jika terdapat percanggahan antara modul BBM3402 dengan nota/tugasan terkini yang disediakan pensyarah, sila gunakan nota/tugasan terkini. Semoga pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dan jujur dengan ilmu akan berjaya. Nota dalam talian boleh dicapai di (Pelajar dikehendaki mendaftar terlebih dahulu). 9/20/2018 Adi Yasran BBM3402

18 والله اعلم سكيان، تريما كاسيه


Download ppt "ﭬرتموان برسموک ڤ.ج.ج يڠ ﭬرتام ادي يسران عبدالعزيز"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google