Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (BBM3401)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (BBM3401)"— Transcript presentasi:

1 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (BBM3401)
DR. HASNAH BINTI MOHAMAD /

2 SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu.

3 …sambungan Sistem Ejaan Rumi dirumuskan sistem
penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

4 Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga
…sambungan Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

5 SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).

6 Sistem Keselarasan Huruf Vokal
Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

7 Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku
berasaskan syarat yang berikut: Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

8 Rajah Segitiga Vokal Melayu
e o i e u

9 Pengertian Rajah Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i(balik), i-a (bilah), a-u(basuh), u-a(sukat), i-u (sibuk), u-i(pulih), o- e taling(boleh) , dan e taling – o(besok) ( 8 pola ). Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a – a(parah), i – i(sirih), u – u(tunduk), e taling – e taling(heret), dan o – o(borong) ( 5 pola ). Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a – i atau i – a dan oleh garis a – u atau u – a. Pola yang wujud ialah e taling – a(dewan) dan o – a(borang) ( 2 pola ).

10 dan e pepet – a (telan) ( 3 pola).
…sambungan Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i (betik), e pepet – u (telus), dan e pepet – a (telan) ( 3 pola).

11 POLA KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil. Suku Kata Suku Kata Contoh Praakhir Akhir Tertutup a a parah, asak a i alih, balik a u basuh, halus e pepet a telan, kelam e pepet i petik, betik e pepet u telus, keruh i a silang, bilah i i sirih, risik i u sibuk, tiruk u a usap, sukat u i pulih, surih u u tunduk, luhur

12 Pola Keselarasan Vokal yang berubah
13. e taling a selak, dewan 14. e taling e taling heret, leceh 15. e taling o besok, elok 16. o a borang, sorak 17. o e taling boleh, korek 18. o o borong, sorok Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal i atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata pra- akhir. Pola Keselarasan Vokal yang berubah Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup Vokal a, e pepet, i atau u i, u

13 Ejaan Lama Ejaan Kini Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
a – e taling aleh a – i alih a – o batok a – u batuk e pepet – e taling lebeh e pepet – i lebih e pepet – o tempoh e pepet – u tempuh i – e taling pileh i – i pilih i – o tidor i – u tidur u – e taling usek u – i usik u – o untong u – u untung

14 Pola Keselarasan Vokal yang tidak berubah
Pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama menetapkan dasar supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya vokal e taling atau o juga digunakan pada suku kata praakhir. Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Vokal e taling atau o vokal e taling atau o

15 Pola Ejaan Contoh 1. e taling – e taling leceh, gelek, selekeh 2. e taling – o tempoh, belok, selekoh 3. o – e taling boleh, ponteng, celoteh 4. o – o obor, corong, borong

16 POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa Contoh Kata Bahasa Nusantara Inggeris a – e taling aneh, awet kabaret, jaket a – o calon atom, kontraktor e pepet – e taling gembleng setem e pepet – o jempol gabenor, interkom i – e taling imlek tiket, kriket i – o pilon diftong, transistor u – e taling tulen, ulet subjek u – o buron, bunglon kupon, konduktor a – e pepet pakem teater, plaster e taling – i - hipotesis, objektif

17 e taling – u - petroleum, spektrum
e pepet – e pepet demdem - i – e pepet iseng artikel, filem, dividen o – i fosil, polis o – u bonus, forum u – e pepet super e taling – e pepet meter o – e pepet Oktober, broker

18 Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah
Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan a a abstrak ae ae aerial ai ai aileron, aising au au audit, automatik b, bb b lobi, hobi

19 Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa
Eropah lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan kaban cartoon kartun katun conductor konduktor kondakter dialogue dialog dailog institute institut institiut structure struktur strakcer

20 Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom tetap atom bukan atum bonus bonus bonos, bunus fossil fosil fosel, fusil pistol pistol pestol, pistul

21 dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk-bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bl block jadi bl - blok br brake br- brek chl- chlorophyll kl- klorofil chr- chronology kr- kronologi cl- clinic kl- klinik cr- credit kr- kredit

22 fr- franc jadi fr- franc
gl- glocose gl- glukosa gr- gravity gr- graviti kn- knot kn- knot kr- kronic kr- kronik pl- plumbum pl- plumbum pr- practical pr- praktis ps- psychology ps- psikologi pt- pterygium pt- pterigium sc- scandal sk- skandal scr- script skr- skrip sk- ski sk- ski sn- snooker sk- snuker sp- spectrum sp- spektrum sph- sphere sf- sfera

23 spr- spring jadi sp- spring
sq- squadron sk- skuadron st- stable st- stabil str- structure str- struktur tr- tragedy tr- tragedi tz- tzar tz- tzar

24 Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan,
beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class jadi kelas bukan klas club kelab klab, klub glass gelas glas grant geran gran plan pelan plan stamp setem stem

25 Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -lf golf jadi -lf golf -lt cobalt -lt kobalt -nce science -ns sains -nk bank -nk bank -ps forceps -ps forseps -rd standard -rd standard -rm chloroform -rm kloroform -rt consert -rt konsert -x complex jadi ks kompleks -xt text ks teks

26 Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -ct fact jadi -kta fakta -gm paradigm -gma paradigma -ism materialism -isme materialisme

27 Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau custom kastam kustom driver drebar driber, driver modern moden modern pension pencen pension station stesen station, stasion, stesyen

28 Huruf ‘g’ yang diucapkan sebagai ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda gymnasium gimnasium jimnasium technology teknologi teknoloji tragedy tragedi trajedi

29 Huruf ‘g’ yang diucapkan sebagai ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen college kolej contingent kontinjen engine enjin

30 Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, iaitu: Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, contohnya: sahabat darurat hakim izin kubur zat sabar zalim Isnin daif hadir bahas

31 Bagi perkataan yang termasuk dlm istilah keagamaan yang berkait dgn akidah, bunyi asal dikekalkan ejaannya, contohnya; qari fasakh thani

32 SEMOGA MENDAPAT MANFAAT...


Download ppt "SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (BBM3401)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google