Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris"— Transcript presentasi:

1 Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris
Cara penyebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga, bukan dengan bunyi [ e ], [ e ], [ E ], [ ei ], dan sebagainya. Contohnya: Ejaan Sebutan album [ al.bum ] data [ da.ta ] popular [ po.pu.lar ] radio [ ra.dio ] MINGGU 7

2 Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ E ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan Sebutan kabaret [ ka.ba.ret ] sen [ sen ] telefon [ te.le.fon ] sel [ sel ] atau [ sEl ] beg [ beg ] atau [ bEg ] Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya: artikel [ ar.ti.kel ] meter [ me.ter ] sistem [ sis.tem ]

3 4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada
4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan dinamo [ di.na.mo ] idea [ i.dea ] firma [ fir.ma ] krisis [ kri.sis ] 5. Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. bom [ bom ] hormon [ hor.mon ] ekonomi [ e.ko.no.mi ] sos [ sOs ] kos [ kOs ]

4 6. Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada
6. Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan industri [ in.dus.tri ] kurikulum [ ku.ri.ku.lum ] unik [ u.nik ] unit [ u.nit ] 7. Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan bunyi [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata dalam bahasa Melayu: aileron [ ai.le.ron ] aising [ ai.sing ] trailer [ trai.ler ]

5 8. Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi
[ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Sebutan audit [ au.dit ] automatik [ au.to.ma.tik ] autograf [ au.to.graf ] 9. Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu, contohnya: konvoi [ kon.voi ] koboi [ ko.boi ] boikot [ boi.kot ]

6 10. Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal
10. Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam bahasa Melayu, contohnya: Kata Sebutan diesel [ di.sel ] protein [ pro.tin ] zoologi [ zu.lo.gi ] erobik [ e.ro.bik ] 11. Huruf konsonan g dilafazkan bunyi [ g ] dan bukannya [ j ] dalam bahasa Melayu: Ejaan Sebutan agenda [ a.gen.da ] agensi [ a.gen.si ] strategi [ stra.te.gi ] tragedi [ tra.ge.di ]

7 12. Huruf gugus konsonan di awal kata atau
12. Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya, contohnya: Ejaan Sebutan deskriptif { des.krip.tif ] drama [ dra.ma ] klasik [ kla.sik ] struktur [ struk.tur ] 13. Gugus konsonan dengan / s / sebagai konsonan akhir, seperti /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau di akhir suku kata, contohnya: ambulans [ am.bu.lans ] forseps [ for.seps ] insurans [ in.su.rans ] sains [ sains ]

8 14. Kata atau ungkapan serapan daripada
14. Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis ( atau bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber, contohnya: Kata/ungkapan Sebutan ad hoc [ Ed.hOk] esprit de corps [ es.prit.de.kOp ] ex officio [ eks.e.fi.syio ] vis-à-vis [ vi.ze.vi ]

9 Sebutan Kata Serapan Bahasa Arab
Kaedah penyebutan kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu: i. cara sebutan yang tidak tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati. ii. cara sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sumber. 1. Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan sahabat [ sa.ha.bat ] darurat [ da.ru.rat ] izin [ i.zin ] zalim [ za.lim ]

10 2. Kata daripada bahasa Arab yang asalnya
2. Kata daripada bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ain ( ) dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap, dan (ii) cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain. Ejaan Sebutan alam [ a.lam ] atau [ a.lam ] ilmu [ il.mu ] atau [ il.mu ] ulama [ u.la.ma? ] atau [ u.la.ma? ]

11 rakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ] maklumat [ ma?.lu.mat ] atau
3. Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu, contohnya: Ejaan Sebutan saat [ sa. at ] Jumaat [ ju.ma. at ] kaedah [ ka. e.dah ] 4. Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis, dan (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ], contohnya: rakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ] maklumat [ ma?.lu.mat ] atau [ ma .lu.mat ]

12 5. Kata serapan yang berupa istilah agama
5. Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan Rumi: Ejaan Sebutan kadi [ qa.di ] hadis [ ha.dith ] Ramadan [ ra.ma.dan ] tawaf [ ta.waf ] 6. Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber, contohnya: hadith [ ha.dith ] isti’mal [ is.ti .mal ] qunut [ qu.nut ]

13 Bunyi Sengau (Nasalisasi)
Pada umumnya, bunyi sengau atau bunyi nasal terdapat pada vokal yang wujud selepas bunyi nasal, iaitu selepas bunyi [ m ], [ n ], [ ny ], dan [ ng ], contohnya: Ejaan Sebutan matang [ ma.tang ] nasi [ na. si ] nyaman [ nya.man ] nganga [ nga.nga ] Suku kata, sama ada terbuka atau tertutup yang bermula dengan bunyi konsonan [ w ] dan [ y ] (bunyi separuh vokal) yang hadir selepas suku kata terbuka bermula dengan bunyi sengau [ m ], [ n ], [ ny ], dan [ ng ] turut juga menjadi suku kata yang disengaukan, contohnya:

14 Sebutan Bagi Kata Nama Khas
Ejaan Sebutan maya [ ma.ya ] aniaya [ a.nia.ya ] nyawa [ nya.wa ] menyahut [ me.nya.hut ] Sebutan Bagi Kata Nama Khas i. Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa, contohnya: Ejaan Sebutan Muhammad [ mu.ham. Hatta mad. hat.ta ]

15 Saad bin Said [ sa. ad bin [ sa. Id ] James Bond [ jems bOnd ]
Nelson Mandela [ nEl. sen man. de.la ] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa: Ejaan Sebutan Selangor Darul [ se.la.ngor Ehsan da.rul. eh.san ] Bosnia Herze- [ bos.nia her.ze. govina go.vi.na ]

16 New Zealand [ niu.zi.lEnd ]
Sunway Lagoon [ sun.wei.le.gun ] Kata nama khas lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan mengikut sistem sebutan baku bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan Bank Bumiputra [ bangk.bu.mi.pu.te.ra ] Radio Televisyen [ ra.dio.te.le.vi.syen. me. Malaysia le.sia ]

17 Penyebutan Kata dalam Bentuk Akronim
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam BM atau bukan BM) dilafazkan dengan dua cara, iaitu:cara sebutan akronim mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya: Ejaan Sebutan Felda [ fel.da ] atau (Federal Land Deve- lopment Authority) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) UNESCO [ yu.ne.ko ] atau United Nations Edu- cational Scientifis and Cultural Organiasation) atau (Pertubuhan Pelajaran Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu)

18 Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu cara sebutan singkatan mengikut bunyi huruf Rumi atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya: Ejaan Sebutan DBP [ di.bi.pi ] atau Dewan Bahasa dan Pustaka TLDM [ ti.el.di.em ] atau Tentera Laut Diraja Malaysia RTM ( ar.ti.em ] atau Radio Televisyen Malaysia

19 PEMBAKUAN ISTILAH Konsep Dasar dalam Pembakuan Istilah
Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah: 1. Takrif istilah Ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. 2. Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah , temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya.

20 Tatanama ialah kumpulan peraturan yang
menentukan nama dalam bidang ilmu, ter- masuk kumpulan nama yang dihasilkannya. 3. Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa tetapi boleh menjadi istilah apabila dikaitkan dengan bidang tertentu. 4. Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna dan fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah BM dilakukan menggunakan:

21 a. Kata akar b. Imbuhan dan pengimbuhan c. Penggandaan d. Penggabungan
5. Bentuk Istilah Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan. 6. Bentuk Prototaip Ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam BM. 7. Paradigma Kata Ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan mahupun yang berbentuk kata gabungan.


Download ppt "Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google