Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)"— Transcript presentasi:

1 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)

2 Ujian Kecergasan Fizikal
Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang

3 Kecergasan untuk prestasi mula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya

4 KOMPONEN BERASASKAN KESIHATAN KOMPONEN BERASASKAN PERLAKUAN MOTOR
KECERGASAN KOMPONEN BERASASKAN KESIHATAN KOMPONEN BERASASKAN PERLAKUAN MOTOR DT KARDIOVAKLULAR KOORDINASI DAYATAHAN OTOT IMBANGAN KEKUATAN OTOT KETANGKASAN FLEKSIBILITI KUASA KOMPOSISI BADAN MASA REAKSI KEPANTASAN

5 KONSEP Ujian kecergasan fizikal ialah satu prosedur atau teknik yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan individu Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan, serta peralatan dan tempat ujian dijalankan Ujian yang dijalankan ini juga boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan

6 Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik
Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan Individu juga telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian Memanaskan badan sebelum menjalani latihan

7 Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
Jenis-jenis ujian 1. Ujian Komposisi Tubuh Badan 2. Bangun Tubi Bervariasi 3. Lari Ulang Alik 4 x 10 meter 4. Tekan Tubi Tanpa Henti 5. Lompat Jauh Berdiri 6. Duduk dan Jangkau 7. Larian 2.4 km

8 1. Ujian Komposisi Tubuh Badan
Mengukur lemak badan lelaki dan wanita Indikator prestasi 1. Lelaki - Lilitan Abdomen (cm) - Berat Badan (kg) 2. Wanita - Lilitan Pinggul (cm) - Ketinggian (cm)

9 Prosedur - Peserta bergerak ke tempat yang telah ditetapkan - Ambil ukuran seperti yang telah ditetapkan Kira peratus lemak badan dengan menggunakan borang yang disediakan. - Catatkan skor dalam borang ujian. - Kira jumlah skor mengikut borang yang telah ditetapkan - Alatan : 2 pita ukur dalam sentimeter 2 alat penimbang dalam (Kg) Borang Ujian

10 2. Bangun Tubi Bervariasi
Mengukur Kekuatan otot abdomen Indikator prestasi Variasi 1 - Kedua tangan lurus di sisi badan - Bangun dan sentuh tapak tangan ke lutut Variasi 2 - Kedua tangan lurus ke sisi badan - Bangun dan cecah kedua siku ke lutut

11 Variasi 3 - Kedua tangan pegang siku yang berlawanan di atas perut - Bangun dan rapatkan ke dada Variasi 4 - Kedua tangan pegang siku dan letakkan di atas kepala - Bangun dan rapatkan dada ke peha - Pergerakan tangan dan kepala serentak

12 Variasi 5 - Tangan disilang ke belakang kepala dan menyentuh skapula - Bangun dan rapatkan dada ke peha

13 Prosedur - Peserta baring terlentang di atas lantai. - Lutut bengkok 90. - Tapak kaki rapat ke lantai. - Setiap variasi hanya lakukan sekali sahaja. - Alatan : Tilam kecergasan Borang Ujian

14 3. Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter Mengukur Ketangkasan
Indikator prestasi - Peserta dikehendaki berlari pantas di antara garisan dengan garisan yang lain berjarak 10 meter sambil mengambil dua potong kayu secara bergilir-gilir serta meletakkannya di belakang garisan mula setelah isyarat mula diberikan. - Peserta akan diberikan 2 percubaan dengan sedikit masa rehat antara percubaan. - Masa yang terbaik akan diambil dari 2 percubaan yang telah dilakukan.

15 Prosedur - Berdiri sedia di belakang garisan. - Berlari apabila isyarat diberikan - Masa dimulakan sebaik sahaja peserta mula berlari sehingga tamat larian. - Peserta membuat percubaan kedua setelah berehat sebentar. - Masa terbaik akan dikira sebagai masa pencapaian. - Alatan:Dua potongan kayu 5 sm x 5 sm x 10 sm Sebuah jam Randik Borang Ujian

16 4. Tekan Tubi Tanpa Henti Mengukur Dayatahan Otot Tangan
Indikator prestasi Lelaki - Dalam posisi meniarap, kedua tapak tangan berada di lantai dan siku lurus. - Kedua–dua kaki lurus dan hujung jari kaki mencecah lantai. - Mulakan aktiviti setelah isyarat diberikan dengan membengkokkan siku sambil membawa keseluruhan badan seolah–olah mencecah lantai. - Bawa naik semula badan dan ulang perlakuan sebanyak mungkin.

17 Wanita - Dalam posisi melutut dengan kedua kaki disilangkan
Wanita - Dalam posisi melutut dengan kedua kaki disilangkan. - Kedua tangan berada di atas lantai di hadapan. - Bawa badan ke hadapan dengan membengkokkan siku - Ulang perlakuan dan catatkan bilangannya - Satu ulangan adalah dikira apabila badan dibawa turun dan naik.

18 Prosedur - Peserta berada dalam keadaan sedia di atas ‘floor mat’. i. lelaki : Badan lurus dengan sokongan di atas kedua tangan. ii. perempuan: melutut dengan sokongan di atas kedua tangan - Lakukan aktiviti tekan tubi apabila isyarat diberikan tanpa henti - Perlakuan yang salah tidak akan dikira. - Pencapaian akan dicatatkan ke dalam borang skor. - Alatan : ‘Exercise mat’ Borang Ujian

19 5. Lompat Jauh Berdiri Mengukur Kuasa otot kaki Indikator prestasi
- Peserta berdiri di belakang garisan mula dengan kedua belah kaki dibuka mengikut keselesaan. - Peserta dikehendaki mengayunkan tangan ke belakang dan membengkokkan kedua-dua lutut. - Peserta melompat dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki. - Peserta akan diberikan 2 percubaan dan percubaan yang terbaik akan dicatatkan. - Ukuran lompatan akan diambil daripada garisan lompatan hingga ke tumit kaki atau anggota badan yang menyentuh lantai yang terdekat sekali dengan garisan lompatan

20 Prosedur - Peserta berdiri di belakang garisan mengadap tempat mendarat. - Peserta membuat lompatan sebaik sahaja isyarat diberikan. - Peserta diberikan 2 kali lompatan. - Lompatan yang terbaik akan direkodkan. - Alatan : Kapur Pita ukur Pita pelekat Borang Ujian

21 6. Duduk dan Jangkau Mengukur Kelenturan tubuh badan
Indikator prestasi - Peserta duduk berlunjur dengan pembaris/pita ukur sepanjang satu meter yang diletakkan di atas lantai serta pita pelekat diletakkan merintangi 90° kepada tanda 50 cm - Kaki tegak bersudut tepat dengan garisan pita di lantai, jarak antara dua kaki adalah 30cm. - Kasut hendaklah ditanggalkan dan tumit kaki menyentuh tepi garisan pita pelekat. - Peserta dikehendaki menjangkau kedua-dua belah tangan (jari hantu bertindih) seberapa jauh ke hadapan di atas pembaris dan bertahan buat seketika. - Jarak terbaik di antara 3 percubaan akan dicatatkan

22 Prosedur - Peserta duduk sedia dengan keadaan kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan. - Mulakan ujian apabila isyarat diberikan. - Peserta diberikan 3 kali percubaan. - Pencapaian yang terbaik akan dicatat di dalam borang ujian. - Alatan : Pembaris atau pita ukur. Pita pelekat. Borang Ujian

23 7. Larian 2.4 km Mengukur Dayatahan Kardiovaskular Indikator prestasi - Peserta dikehendaki berlari sejauh 2.4 km. atau 6 pusingan balapan 400 meter setelah isyarat mula diberikan. - Masa akan dicatatkan setelah peserta tamat berlari sejauh 2.4 km atau 6 pusingan.

24 - Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A
Prosedur - Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. - Kumpulan A melakukan aktiviti larian. - Kumpulan B membuat catatan pusingan dan masa pencapaian kawan setelah kumpulan A tamat berlari. - Tukar pelaku setelah kumpulan A tamat berlari. - Pencatat akan merekodkan masa peserta ke dalam borang ujian. - Alatan : buah jam randik Trek 400 meter Borang Ujian

25 SKALA PEMARKAHAN UKJK


Download ppt "PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google