Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehRoland Åström Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
Kemunculan Tamadun Islam Zaman Nabi Muhammad SAW
2
Tiga Fasa : Islam Merubah Tamadun Jahiliyyah
Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makkiyyah Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah
3
Kemunculan Tamadun Islam Zaman Nabi Muhammad SAW
Biodata Nabi Muhammad SAW Nama :Muhammad bin Abdullah. Tarikh Lahir : 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (20 April 571M) Keturunan : Bani Quraisy Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Mutalib (meninggal dunia di Yathrib ketika perjalanan dari SYAM ke MEKAH). Nama Ibu : Siti Aminah binti Wahab (meninggal dunia ketika Rasulullah berumur 5/6 tahun. Meninggal kerana jatuh sakit selepas menziarahi kuburan ayah Baginda.) Gelaran : Al-Siddiq Al-Amin (org yg benar lg dipercayai).
4
Peristiwa ketika baginda meningkat dewasa Sering mengasingkan diri(bertahannuth) dari masyarakat kerana keadaan masyarakat yang masih jahil. Semasa Baginda bertahannuth di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan(6 Ogos 610M), Baginda didatangi Malaikat Jibril(tarikh kelahiran tamadun Islam dan runtuhnya zaman kegelapan). Pada masa tersebut Baginda menerima wahyu yg pertama(Surah al-Alaq ayat 1-5) dan telah dilantik menjadi NABI terakhir. Wahyu yg kedua ialah surah al-Mudthasir ayat 1-7. Baginda dilantik menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun.
5
PERISTIWA SEMASA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM
Ditentang hebat oleh kaum kerabat Baginda. Contoh : Abu Jahal. Mereka menolak secara terang-terangan ajaran yg dibawa oleh Baginda. Bilangan umat Islam sangat kecil tetapi mereka tetap teguh menjalankan perintah Allah SWT. Fasa-fasa semasa perkembangan awal Tamadun Islam : Fasa 1 : Fasa yg terpenting, Baginda menyebarkan Islam kepada keluarga, sahabat dan hamba. Contohnya Saidatina Khadijah, Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabbah. Fasa 2 : Menyebarkan Islam secara terang-terangan di Makkah selama 13 tahun. Fasa ini pengukuhan agama dan Tamadun Islam. Fasa 3 : Di Madinah selama 10 tahun. Fasa pengukuhan serta kesejagatan Islam
6
Islam Merubah Tamadun Jahiliyyah
Maksud Jahiliyyah : Jahil, bodoh, pagan, tidak berakhlak, dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Jahiliyyah diklasifikasikan seperti : a. Zaman yg tiada Nabi dan kitab suci. b. Zaman yg tiada peradaban atau tamadun. c. Masyarakat yg tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. d. Masyarakat jahil dan tidak boleh baca atau menulis.
7
Selepas Baginda menjadi Rasul, kehidupan masyarakat berubah dari kegelapan kepada kehidupan yg lebih bercahaya. Selama 13 tahun Baginda menempuh pelbagai mehna dan tribulasi, Baginda berjaya mengislamkan ahli keluarga dan para sahabat. Kesan-kesan perubahan selepas proses Islamilasi tamadun Jahiliyyah. a. Agama dan kepercayaan b. Amalan tradisi -cth: bunuh anak perempuan, lelaki boleh berkahwin sebanyak yg mungkin, kedudukan kaum wanita(tdk diberi nafkah). c. Ekonomi -cth: mencuri harta pedagang. d. Sosial -cth: Assobiyah(semangat perkauman), berzina, saling berperang.
8
Kemunculan Tamadun Islam Di Zaman Makkiyyah
Bertapak dan berkembang ketika baginda menerima wahyu pertama. Perkara utama yg dibincangkan ialah akidah kerana ia merupakan asas dalam Islam. PEMBINAAN AKIDAH Sebelum kedatangan Islam masyarakat terpesong. -cth : mengamalkan syirik, kurafat dan tahyul. Hijaz merupakan pusat penyembahan berhala terbesar. Rasulullah mengubah kepercayaan mereka kepada kepercayaan dan pengabadian yg betul(menyembah Allah). -cth : kisah Bilal bin Rabah dan Sumayyah.
9
MEMBANTERAS MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN
Sebelum kedatangan Islam, akhlak mereka sangat buruk. -cth : minum arak, berjudi, berzina, membunuh anak perempuan. Antara kaedah baginda : a. Mengajak mereka berakhlak mulia. b. Menyemai kasih sayang terhadap anak perempuan dan seluruh makhluk, tdk berjudi, tdk berzina, dan tdk minum arak. c. Al-Quran menjadikan amar makruf nahi mungkar. -cth: Surah Al-Imran ayat 110.
10
MEMBANTERAS PENGHAMBAAN DAN KASTA
Dalam Islam, semua manusia mempunyai taraf yg sama yg membezakan adalah taqwa. -cth: dlm surah Al-Hujurat ayat 13. Pada zaman Jahiliyyah, manusia ibarat barang dagangan. Khususnya dlm kalangan orang kaya dgn orang miskin. Hamba diperoleh melalui beberapa cara ialah perdagangan, peperangan dan penculikkan. Kaedah ini salah kerana dilarang dlm Islam. Hamba dilayan kasar, tdk diupah, dan bekerja semaksimum mungkin. Dalam Islam, menentukan hak terhadap hamba -cth: diberi keampunan setengah dpd hukuman orang yg merdeka. WAJIB di bebaskan dpd bayaran kifarah wajib dilayan dgn baik.
11
PEMULIHAN AKHLAK Akhlak bermaksud tingkah laku yg menjadi tabiat bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Akhlak baik masyarakat Jahiliyyah antaranya menghormati tetamu wlu pun musuh, tepati masa, pegang janji dan berani. Rasulullah telah mengubah akhlak masyarakat Jahiliyyah kepada akhlak yg mencerminkan Islam. Contoh akhlak Rasulullah : a. Memberi salam terlebih dahulu ketika bertemu dgn orang b. Gemar panggil sahabat dgn gelaran yg baik2x. c. Sering senyum dihadapan sahabat.
12
Dalam surah an-Nisa ayat 3 menerangkan tentang hak kaum wanita
PEMBELAAN TERHADAP WANITA a. Tanggapan masyarakat Jahiliyyah terhadap wanita : -golongan kelas kedua -boleh diniagakan -punca kehinaan dlm keluarga dan kabilah. -punca kemiskinan, kejahatan dan pandangan2x yg tidak elok. b. Layanan masyarakat Jahiliyyah terhadap wanita : -bebas berkahwin tanpa had -boleh berkahwin sesuka hati tanpa batas *cth: mengahwini isteri bapa yg sdh meninggal dunia. Dalam surah an-Nisa ayat 3 menerangkan tentang hak kaum wanita
13
Kemunculan Tamadun Islam Zaman Madaniyyah
Muncul selepas zaman Makiyyah atau selepas peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah. Maksud Hijarah : Dari sudut Zahir – pindah dari sesuatu tempat ke tempat lain. Dari sudut makna tesirat – tinggalkan adat resam dan kebiasaan yg karut dan mungkar. Makna lain – perpindahan atau perubahan negatif kepada positif. Dari sudut sejarah Islam – perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Makkah ke Madinah utk menyelamatkan akidah dan nyawa dari ancaman kafir Quraisy.
14
Hijrah bukan semata-mata berlaku secara fizikal tetapi berlaku dalam diri individu muslim yg bersama Rasulullah ke Madinah, tetapi sistem kepercayaan, pemikiran dan amalan mereka yg bersifat jahiliyyah diubah menurut Islam. Sebelum berhijrah, Baginda dan para sahabat telah ditekan dan dizalimi secara mental dan fizikal. Cth : Rasulullah ditawarkan harta, takhta dan wanita namun Baginda tolak kerana semua itu bkn matlamat hidup yg membawa kebahagiaan abadi. Kota Madinah merupakan kota yg membentuk masyarakat Islam. Kota Makkah ialah pembentukan peribadi muslim melalui proses dakwah dan tarbiyah.
15
Usaha-usaha Rasulullah di Madinah
Membina Masjid Masjid – tempat sujud iaitu tempat umat Islam menunaikan solat, zikir kpd Allah dan hal2x berhubung Islamiyah. Dari sudut aplikasi – masjid juga merupakan institusi sosial yg berfungsi sebagai tempat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat penjanaan ekonomi, gedung ilmu, pusat pentadbiran, markas perbincangan, mahkamah pengadilan dan sebagainya. Kesimpulannya, masjid ialah pusat pertumbuhan, peradaban Islam yg paling asas dan efisyen dalam tamadun Islam.
16
Langkah pertama Rasulullah ketika berada di Madinah ialah membina sebuah pusat peribadatan, pusat kemasyarakatan dan pusat dakwah iaitu masjid. Masjid pertama yg didirikan oleh Baginda dan umat Islam ialah masjid Quba’(terletak 2 batu dari masjid Nabawi). Masjid Quba’ dibina dalam peristiwa Hijrah semasa perjalanan ke Madinah. Masjid Quba’ ialah masjid yg ke empat paling suci dalam kalangan umat Islam selepas Masjid al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi(Madinah) dan Masjid al-Aqsa(Palestin). Selepas sampai di Madinah, Rasulullah membina masjid di pusat bandar Madinah iaitu masjid Nabawi. Masjid ini adalah jantung Kota Madinah. Dibina di atas tanah kepunyaan dua orang anak yatim yang bernama Shal dan Suhail bin Amr.
17
Fungsi masjid - mengadakan perjanjian, merawat pesakit, pengisytiharan perlantikan khalifah, kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, Baitulmal, dan tempat wahyu disampaikan kepada para sahabat. Sekitar masjid adalah tempat tinggal orang fakir miskin. Kerana keadaan yg hiruk pikuk sehingga mengganggu para jemaah mendirikan solat. Saidina Umar al-Khatab telah memisahkan urusan2x ibadah dan keduniaan. Namun masjid tetap menjadi pusat Nabi Muhammad menggerakkan pentadbiran negara. Ini kerana Islam tdk wujud sekularisme (aliran yg memisahkan agama dan dunia). Kesimpulan, sistem dan peradaban Islam ialah meluaskan roh persaudaraan dan ikatan mahabbah (kasih sayang) sesama Islam melalui institusi masjid.
18
Memperkukuhkan Persaudaraan
Baginda telah menyatukan dan mempersaudarakan golongan yg telah lama bertelagah di Madinah iaitu golongan Ansar(kaum bani Aus dan bani Khazraj). Penyatuan mereka dilakukan dgn penuh nilai kasih sayang persaudaraan dan semangat tolong menolong. Kota Madinah didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan orang Arab yg tidak beragama. Berbilang kaum pula ialah bani Quraisy, bani Qainuqa’, bani Nadhir, bani Quraizah dll. Selepas kedatangan Islam, elemen-elemen jahiliyyah seperti Assobiyah telah dihapuskan.
19
Usaha kedua Rasulullah, Baginda berjaya mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin. Muhajirin – kumpulan yg datang berhijrah bersama- sama Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Ansar – golongan yg tinggal di Madinah yg sanggup mengorbankan segala kemewahan demi membantu hijrah Rasulullah. Setelah persaudaraan Ansar dan Muhajirin kukuh, Baginda menjadikan ikatan persahabatan dan kerjasama dgn golongan bukan Islam iaitu Yahudi(penduduk Madinah). Bagi mengukuhkan perpaduan ummah sesama para penduduk Madinah serta melakukan semangat kekitaan dan kebertanggungjawaban antara satu sama lain, Rasulullah menukarkan Yathrib kepada Madinah al-Munawarah(kota yg dicahayai olh keimanan).
20
Membentuk Piagam Madinah
Baginda menggubal satu perlembagaan sebagai asas pegangan perjanjian antara umat Islam dgn orang bukan Islam khususnya orang Yahudi. Perlembagaan ini dirangka mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah. Perjanjian ini dinamakan perlembagaan Madinah atau piagam Madinah atau Sahifah Madinah atau Dustur al-Madinah. Ia merangkumi 47 fasal. 23 fasal tentang hubungan umat Islam sesama Islam(Ansar dan Muhajirin) 24 fasal membicarakan hubungan umat Islam dgn bukan umat Islam(Yahudi) Para penulis sejarah memperakui bahawa naskah tersebut adalah satu dokumen politik yg paling lengkap dan paling tua dalam sejarah.
21
Perlembagaan Madinah ialah perlembagaan bertulis yg pertama di Madinah
Perlembagaan Madinah ialah perlembagaan bertulis yg pertama di Madinah. Kesan perlembagaan ini berjaya mewujudkan kesan positif dalam politik di mana Baginda mewujudkan perlembagaan berbentuk ummah. Di atas prisip ummah Baginda melancarkan perubahan revolusioner iaitu Baginda merombak semua prinsip suku-suku bangsa yg lama. Dari sudut sosial, kesannya memberi persamaan hak dan kemuliaan dalam kalangan umat serta melindungi mereka tanpa melakukan kezaliman, penindasan dan permusuhan.
22
Mendirikan Pasar Untuk meningkat dan mengukuhkan ekonomi masyarakat Madinah, Rasulullah menggalakkan mereka mengoptimumkan penggunaan tanah untuk pertanian dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Justeru, Rasulullah mewujudkan sebuah pasar di Madinah untuk melatih umat Islam berniaga. Segala aktiviti perniagaan yang mendatangkan kerugian dan mengelirukan seperti penipuan, monopoli dan spekulasi di haramkan. Sebelum kedatangn Islam, wujud sistem ekonomi berbentuk pasar di Madinah tetapi dimonopoli orang Yahudi. Cth : pasar Zabalah, pasar al-Jasar, pasar Safasir dan pasar Zakak tapi yg maju hanya pasar al-Jasar yg dikuasai olh Yahudi Bani Qainuqa’.
23
Baginda telah membina pasar bersebelahan dgn pasar Yahudi namun ditentang keran mengganggu sumber ekonomi mereka. Kemudian baginda memindahkan tapak pasar tersebut di tengah-tengah bandar Madinah. Rasulullah juga memperkenalkan konsep pasar secara terbuka. Di tapak-tapak pasar tidak dibenarkan membangunkan sebarang binaan atau bangunan, bebas dari sebarang cukai dan melarang memonopoli tempat perniagaan, menipu dan menaikkan harga sesuka hati. Pada zaman Rasulullah, masyarakat Madinah telah muncul sebagai masyarakat yg kukuh ekonominya dan mantap kerohanian, muncul golongan korporat sehingga mewujudkan masyarakat harmoni.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.